Iklan

Wednesday, April 27, 2011

Oyang Dan Cicit

Salam....





Gambar atas.
Oyang dan cicit.
Opahku dan Zikri.
Syahdu je aku tengok oyang dengan cicit ni.
Kalau korang nak tau.
Opah aku tu dah lingkungan umur 78 tahun gitu.
Tapi ada lagi kudrat (walaupun sebenarnya tak ada mana pun).
Gagah lagi nak tolong tengokkan cicit dia.
Kadang bila kita tak bagi.
Merajuk.
"Tahulah opah dah tua, tak boleh diharap dah, orang tak suka"
Katanya.
Boleh pulak gitu.

Kadang aku nak pergi mandi or solat.
Minta tunggu je.
Tunggu tengok je.
Tetiba aku keluar bilik air dah dimandikannya cicit tu.
Ya ALLAH.
Sabar je le.
Kita ni risau le dia dah tak kuat kudrat kan.
Nak bagi dia rehat.
Tapi.
Opah tetap opah.

Kadang ada gak yang tak sependapat.
Tambah-tambah lak melibatkan hal anak.
Yelah namapun lain zaman kan.
Zaman opah lain.
Zaman kita sekarang dah lain caranya.
Tapi nasib baiklah aku ni berdiplomasi orangnya.
Ewah.....
Takpela opah kurang info dulu.
Kita yang dah ada info ni kenalah terangkan.
Dengan cara diplomasi gitu.
Orang tua memanglah ego sikit kan.

Kadang kalau aku berjalan memana.
Aku memang bawa opah sekali.
Ye le takkan nak tinggal dia sesorang kat rumah kan.
Lagipun bawa jalan takde le dia boring kan.
Kadang bila aku asyik uruskan IR or beli barang.
Opah tunggukan si Zikri.
Dah rope bibik padaku pulak sekali tengok.
Ok lempang aku kurang ajor punya cucu, cakap opah bibik.
Hahahahahahaha....
Awok melawak je.
jangan ambil serius ei.

Apapun.
Aku memang kagum dengan opah.
Aku yakin ramai yang seusia dengan dia.
Tak adanya nak tolong anak cucu cicit bagai dah.
Lantakle deme.
Tabik spring kat opah.......
Petua opah.
katanya dari muda rajin makan ubat aka jamu.

Entah aku bila dah umur macam opah.
Entahkan larat lagi ke kudrat macam opah.
Huhuhuhuhu....
Ok nak makan jamu dari sekarang.
Hehehehehe....

Aku harap opah sentiasa diberkatiNya.
Ya ALLAH berikanlah kelapangan dalam hidup opah.
Amin.

Hik....

Tuesday, April 26, 2011

Anak Sulungku

Salam....

Saja.
Tengah layan gambar anak sulungku, si IR.
Saja bagi korang tengok gak.
Dah rope orang bujang....
Echeh..cheh....cheh....

Ni gambo kitorang pegi TESCO, Manjung.
Semangat dia nak tolak troli tu.
Bersungguh nak buat semua.
Ambil barang, dia yang nak ambik.
Dia yang nak masukkan.
Nak bayar kat kaunter pun
Bersungguh dia yang nak letas atas kaunter.
Sampai nyaris-nyaris jatuh troli tu.
Hahahahahaha....












Oh anakku.

Hik.

Friday, April 22, 2011

Ku dan Anak-anak

Salam....

Tadi rasa macam banyak benda nak update.
Tiba-tiba macam tak ada.
Layan jelah gambar.






Inilah aku selepas 2 bulan beranak.
Zikri 2 bulan.
Rasanya Zikri ni ikut muka aku jugak kan.




Susah benor nak ambik gambar dengan anak.
Tengok si IR tu.
Mula-mula elok je dok sebelah aku.
Sekali time snap.
Dia p pandang tempat lain.
Tengoklah gaya anak-anakku.
Dua-dua macamkan tak sudi nak bergambar dengan ummi depa.
Ummi je tergedik senyum sesorang.
Hahahahahahaa.....

Hik....

Monday, April 4, 2011

Pengalaman Di wad SCN Hospital Sri Manjung

Salam,

Untuk info semua.
Aku dah selamat lahirkan seorang lagi baby boy.
IRFAN ZIKRI.
Seberat 2.4kg.
Pada 2.02.2011, Jam 4.21am.
Syukur semua selamat.

2 hari selepas keluar dari hospital.
Zikri kena tahan wad semula kerana jaundis.
Mulanya aku cuak juga.
Ye lah tak ada pengalaman.
Ditambah pula rasa leceh sebab nak kena tido kat hospital lagi.
Lagipun tak tahu macamana keadaan wad Special Care Nursery (SCN) tu.
Ibu ada ke katil?
Zikri mahu ke duduk bawah lampu phototherapi tu?
Ada ke makanan untuk ibu?
si IR macamana kat rumah nanti, kesian dia.
Macam-macam persoalan la.

Bila dah sampai wad.
Zikri ditinggalkan diaper je.
Terus buh bawah lampu.
Alahai syahdu je aku tengok
Dah le cinonet je.
Dia yang paling kecik dalam ramai2 baby bawah lampu tu.
Hehehehehe....
Waktu tu dah dalam pukul 5 pm.

Kemudian aku ditunjukkan tempat tidur untuk ibu.
Ada 3 bilik untuk ibu yang aku perasan.
Bilik 1 ada 3 katil sekali 1 bilik air.
Baby diletakkan bersama ibu.
Lagi 2 bilik hanya untuk ibu.
Memula aku ditempatkan di bilik yang ke 3.
Bilik sebelah pantri.
Ada 8 katil ibu.
Memang agak jauh dari baby.
Sampai en wolverine pesan.
Selalu2 jenguk Zikri.

Dalam pukul 6 lebih.
Aku memang tengok je le si Zikri.
Bila dia nangis, ambil bagi susu.
Tapi sekali si Zikri buat hal le pulak.
Asal aku letak dia nangis.
Dokong senyap.
Letak nangis balik
Huh riso gak le.
Cemane ni.
Kot dia langsung takmo dalam tu.
Cemane nak turun jaundisnye.
Sekali aku tawakal je le.
dah abis bagi susu.
Nampak dia senyap tu
Aku letak.
Sambil pesan dok bebaik.
Bagi cepat keluar hospital.
dah dia senyap tu ku tinggal je dan balik ke bilik.
Sebab nak mandi.
Tawakal je le.

Dalam pukul 8 lebih macam tu.
Sorang nurse datang ke bilik aku.
Tanya fully bf ke?
Tak ada campur fm ke?
Bila dia tau aku fully bf.
Dia bagi tukar dengan sorang yg di bilik 1. (bilik 3 katil)
Sebab orang tu tak fully bf.
Bilik 1 diutamakan untuk ibu yang fully bf.
Sebab baby bole bersama ibu.
Gembiranya hati aku masa tu.
Ye le risau je nak tido tanpa Zikri di sisi.

Yang lagi best bila dah tukar bilik.
Zikri ada dengan aku.
Elok je Zikri dok bawah lampu tu.
nangis bila nak susu je.
Lepas tu buh je bawah lampu.
Baik je.
Sampai lagi 2 ibu sekali bilik tu.
Dok puji Zikri.
Displin.
Anak derang malam takmo tido bawah lampu tu.
Letak je nangis.

Cuma tak tau le kebetulan ke apa.
Spek rayban tutup mata dia tu.
Asyik le dia tarik ke bawah.
Sampai nampak mata.
Lawak pun ada.

Di SCN manjung.
Ibu juga disediakan makanan.
Aku perasan menu memang sesuai untuk ibu berpantang.
Lobak putih.
Sawi.
Ikan pelata.
Kira oklah bagi aku.
Pam pun disediakan.
Medela pam.
Tapi tak perasan medela apa.

Walaupun ada yang cakap baby tak cukup susu.
Sebab tu jaundis tak turun.
Ada yang sarankan aku minta fm dari nurse.
Untuk top up susu aku yang tak cukup.
Tapi aku tawakal je le.
Direk bf je.
ALhamdulillah 2 malam je tido hospital.
Bacaan menurun je.
Masuk wad bacaan 14.5
Esoknya 12.9.
Sampai hari ke dua turun 7.8.
Syukur.

Walaupun masa memula masuk wad.
Aku ala2 macam nak merungut jugak le.
Sebab rasa leceh.
Tapi bila dah masuk
Tengok ada lagi kes baby yang kritikal dalam SCN tu.
Aku insaf.
Ada yang dah 2 bulan baby dalam SCN.
Kes baby pramatang la.
Macam2 lah.
Tak sampai hati nak tulis.
Baru le aku rasa.
Apalah aku nak lecehkan.
Anak aku setakat duduk bawah lampu je.
Tak ada masalah serius.
Tido pun aku ada katil.
Siap baby sentiasa bersama.
makan ada disediakan.
Huhuhuhuhu.....

Yang lagi best kat wad SCN ni.
Setiap pagi akan datang doktor cek anak.
Seronok je tengok derang cek.
Memang baguslah.
Walaupun ramai doktor pelatih.
Kelakar je tengok gelagat doktor pelatih.
Aku perasan doktor pelatih lelaki macam kurang konpiden sikit.
Banding doktor pelatih perempuan.

Hmm....
Secara peribadi bagi aku servis di wad SCN memuaskan.
Untuk level hospital kerajaan.
oklah setakat ni je.
Akan datang aku tepek gambo baby pula.

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails