Iklan

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tinggal 1432H.... Selamat Datang 1433H

Salam....

Pejam celik....pejam celik.
Hari ni last day 1432H.
Bila dah akhir-akhir.
Mulalah rasa menyesal.
Rasa macam tak cukup je tahun tu.
Rasa macam banyak membazir waktu tahun tu.
Rasa macam tak cukup amal ibadat bagai.
Rasa macam tak cukup kaut pahala dalam tahun tu.
Mulalah terfikir.
Dalam buku.
Amalan baik ke buruk yang lebih?

Ni bagi aku lah.
Benda ni datang kat aku.
Bukan takat bila tahun nak berakhir.
Time ramadhan dulu pun sama.
Bila ramdhan nak abis.
Mulalah rasa.
Alah.
Tak cukup aku ambil kesempatan dalam Ramadhan tu.
Walhal Ramadhan tu bulan penuh keberkatan.
Masa tu cantik dah Allah bagi.
Tapi dok leka2 gak.
Aduih....

Itulah kita ni kan.
Manusia selalu alpa.
Leka.
Leka.
Leka....

Tahun baru.
Semua orang nak lagi baik.
Aku pun macam tu.
Untuk diri. Untuk famili.
Cuma usaha ke arah tu je, kita selalu tertangguh2.
Ya, kita manusia selalu terlupa.
Tapi kalau beribu kali gunapakai alasan lupa.
Tak ambil iktibar.
Tarak inisiatif nak baiki diri.
Tu namanya sengaja.

Salam maal hijrah semua.

Saturday, November 19, 2011

Tawaran Insuran/Medical Melalui Telefon.....

Salam.....

Aku ni banyak kali terima panggilan telefon.
Konon offer untuk ahli kelab ni lah...kelab tulah.
Sebab ada akaun nilah...tulah.
Tawaran insurans.
Mendengarkan depa punya tawaran tu.
Dia punya pakej insurans tu.
Memang menariklah.
Bole claim sampai 300k tu.
Sehari masuk wad lebih dari 6jam bole claim 3ratus.
Bole gunapakai untuk suami.
Untuk semua anak.
Wolaweih.....
Teruja ok mendengarkannya.

Dah kita teruja tu.
Terus nak buat perjanjian.
Terus ayat....
"Ok, untuk mendaftar kami perlukan beberapa maklumat nye"
"Bila daftar ni kami akan terus hantar polisi"
Tu dia.
Dahlah ko terangkan dia punya manfaat cakap laju2 tau.
Sampai aku pun tak ter catchup.
Tetiba trus nak buat agreement.
Mujur time dia nak maklumat bagai tu.
Ku waras lagi.
Bole pause jap.
Takde main nak bagi je.

Aku ni bukanlah apa.
Menda2 offer melalui telefon ni betol ke sebenarnya?
Kadang rimas tau.
Dahlah macam nak paksa2 je.
Sebab explain tak sampai 5minit terus nak suruh buat agreement.
Haiyoh....
Kita ni dah la takut.
Zaman sekarang macam2 cara nak menipu.
Kang ku bagi maklumat peribadi.
Kang tup...tup lebur duit di akaun.

Korang ada ke terima kes macam ni?
Selalu aku cuba elak cakap sibuklah.
Kat opis lah.
Tapi ada je teleponnya.
Nak di letakkan terus telefon
Kurang ajarlah sangat kan.
Tapi pleaselah mana2 agensi insuran ka apa ka.
Gunacara tru phone ni
Cam tak sesuailah.
Sebab insurans ni macam kena by appointment.
Nak terang satu persatu.
Explain term and co.
Kan.....

Tak sukalah camni.
Cam paksa2. Huhuhuhu...

Hik.....

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Salam aidiladha all. Hidup memang perlukan pengorbanan. Nak senang nak kaya kena korban. Apa apa pun dalam nak berkorban tu, biarlah menda yang patut. Dan biarlah pada jalan yang patut. Ok. Maaf zahir dan batin. Hik.....

Thursday, November 3, 2011

Politaik????

Salam....

Aku ni bukanlah aktif politik.
Malahan isu politik Malaysia ni pun.
Tak banyak yang aku tahu.
Yang keluar dalam media semasa.
Maupun media alternatif.
Sikit-sikit je aku tau.
Cuma kadang aku ada jumpalah orang yang perasan arif politik.
Atau dalam kata lain ekstrim satu2 pihak.
Mulut bila bercakap sedap je kondem pihak yang lain.
Macamkan dia sorang yang bagus.
Dialah yang baik.

Aku ni bukanlah apa.
Sebab apa yang kita cakap tu melambangkan tahap pemikiran kita.
Konpiden sangat. Gayanya. Macam tau semua.
Bagi aku.
Apapun bendera parti.
Aku percaya orang dalam parti tu.
Ada yang memang ikhlas nak berkhidmat untuk rakyat.
Ada pula yang memang nak kan kuasa semata.
Dalam kata lain tak semesti ko jumpa sorang yang tak ok.
Terus ko kondem semua orang dalam parti tu tak ok.
Huhuhuhuhu.

Ada pula yang mula2 kita kenal elok, baik, bersih.
Sekali dah ada jawatan.
Ada kuasa. Duit depan mata berkepuk.
Hilang peribadi2 yang baik.
Manusia berubah kan.

PRU pun rasanya macam tak lama je lagi kan.
Setakat ni aku ok dengan wakil kawasan aku.
Yolah ku orang takde kepentingan.
Sapepun memerintah.
Ku cuma harap Malaysia kekal aman sentosa.
Orait....

Hik....

Hmmm.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails