Iklan

Tuesday, February 25, 2014

Sabar Itu Indah

Salam..

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan: kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati): sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
Surah Al Anfal, Ayat 46.

 Bila ada sesiapa mengadu masalah pada aku.
Aku memang tak reti nak bagi cadangan atau penyelesaian.
Pertamanya, hati orang aku tak tahu bagaimana cara fikirnya.
Mungkin cadangan yang aku bagi nanti rupanya tak sepadan dengan orangnya.
Kadang orang mengadu, asalnya sendiri dah ada solusi sendiri.
Saja nak bercerita.
Keduanya aku sendiri tak tahu nak berkalau-kalau.
Tak reti nak "kalau akulah kat tempat kau aku buat begini,begitu, blablabla"
Sebabnya dah tentu sesuatu yang terjadi itu berpadanan dengan diri kita.
Allah takkan menguji umat manusia pada ujian yang tidak mereka mampukan.
Begitukan.
Jadi paling koman aku boleh nasihat.
Bersabarlah. Ini dugaan.
Bunyi macam bagus je kan.
Kalau aku tambah lagi Ayat 46 Surah Al Anfal di atas lagilah bunyi macamkan bagus sangat.
Perasan ustazah pula nanti kata orang.
Hiks.
Alah Ayat dari Allah.
Tak perlu jadi ustazah pun untuk hayati. Kan?
Aku sendiri tak tau nak klasifikasikan tahap kesabaran aku.
Ada perkara aku boleh sabar, ada perkara aku pun kurang sabarnya. Huhuhuhu
Aku sendiri gunakan ayat ni bila aku ditimpa ujian.
Alhamdulillah lapang sikit hati.
Mari kita sama-sama tingkatkan kesabaran kita.
Sabar itu indah.
 Hiks    

Monday, February 10, 2014

Rasa Hati Seorang Ibu

Salam..... Lama benar tak menulis blog. Hari ini entah apa mood. Rasa nak mencoret sedikit. Sedikit rasa seorang ibu. Sejak dah bergelar ibu. Tambah-tambah dah punyai tiga orang cahaya mata. Dua lelaki seorang perempuan. Memang rasa syukur sangat. Alhamdulillah atas segala nikmat kan. Semua ibu sayang dan kasih anak mereka kan. Aku pun tak terkecuali. Tapi dalam pada sayang dan kasih pada mereka. Aku ni kadang tak dapat elak daripada rasa marah pada anak. Marah-marah mak. Marah yang bila anak tak dengar kata. Yang bila anak kadang buat perangai di kala kita keletihan. Yang bila kita tak larat melayan kerenah depa. Huh. Kalian ada tak? Aku sebenarnya bukanlah suka marah anak. Cuma ada masa Ya Allah...terlalai, terleka terlepas. Marah juga kadang terlepas juga tangan. Huhuuhuhuhu.... Dah marah, nanti anak merajuk baru datang insaf, menyesal. Tambah bila tengok depa tidur. Alahai sayu hati. Mulalah tiba-tiba jadi hati seperti tisu. Air mata boleh menitik. Hmmm blues pula kan. Ya Allah berilah aku kesabaran dalam mendidik dan mengasuh anak-anak. Moga depa juga nanti punyai kesabaran dalam menjagaku di masa depan. InsyaAllah jika dipanjangkan usia. Aaminn.....



Aku dan Si bongsu, Sofia.
Layan Sofia tak banyak
ragamnya. Ialah baya macam ni setakat layan nak bf je lah.




Si Abang Ngah. Huhuhu sejak genap tiga tahun 2hb Feb lepas, meragamnya makin menjadi2. Huhuhu bila merajuk membawa diri ke satu penjuru Kat rumah. Port merajuk namanya. Melayan hati yg Lara macamkan sedih yg amat. Alahai.




Abang long. Sejak sekolah ni dah faham banyak. Bolehlah diharap. Cuma bilakala bergaduh dengan adik Ngah. Aduh pukulnya beria. Kalau tumbuknya tak reti slow. Huhuhu.

Sekian.
Blues Seorang ibu.

Hiks

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails