Iklan

Wednesday, June 25, 2008

I'M PREGNANT.......

Salam.....
Yus rasa ini adalah posting yg paling bermakna selama berada di laman blog (ewah blog pun tak sampai setengah tahun).
Selama seminggu lewat period. Yus cuba tenangkan jiwa untuk tidak membuat UPT. Biar pun memang ada tanda tanda kehamilan awal Yus senyapkan. Rasa keras kekadang seperti ada ketulan di sebelah kanan(agaknya inilah rasa 'cramp'). Demam yang on dan off. Selera makan yang sedikit menaik, loya tetapi belum tahap muntah. Kepeningan.Yus cuba kawal untuk tidak ceritakan tanda pregnant pada geng suite VVIP. Sengaja tak cerita untuk menenangkan diri sendiri.
Sehinggalah si an2(boleh Yus katakan si bunting pelamin...he....he) buat UPT. Baru Yus ceritakan pada geng SUITE yang Yus sudah lewat period. Semua geng SUITE beri sokongan untuk buat UPT.
Alhamdulillah keputusan UPT positif. Terus ke klinik untuk pengesahahn. Doktor sahkan Yus memang pregnant berdasarkan UPT yang Yus buat sendiri. (Doktor malas nak membazir UPT lain agaknya...he..he....he). Bila scan,baby(baby ke?)masih belum kelihatan. Doktor kata mungkin terlalu awal. Hmm...harap lain kali scan akan kelihatan. Harap semua pasti baik baik sahaja. Syukur.Alhamdulillah.

Saturday, June 21, 2008

.....SEPI....

Sepi

Bisikku pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku

Sepi memelukku,

Bulan jangan biar siang

Biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku


Bait-bait di atas bukan espresi diri. Yang pasti Yus tidak kesepian. Ia satu bait promosi dari filem SEPI.Beberapa minggu kebelakangan ini, promosi filem SEPI melalui media buat Yus teruja untuk menonton filem arahan Khabir Bhatia ini. Semalam berkesempatan menonton 'The Making of SEPI'. Baru saja melihat the making hati Yus sudah tersentuh(memang lah Yus ni sensitif). Siapa yang tak tersentuh dengan iringan muzik tema yang mengasyikkan, di tambah dengan visual 'maple leaf' yang berguguran. Ah teringat pula pada filem 'Mohabbatein'.

Melihat senarai para pelakonnya, Yus dapat rasakan ini satu nashkah hebat. Mari kita lihat para pelakon dan watak mereka di dalam SEPI :

Adam - Afdlin Shauki (Pasti tidak akan menghampakan sebagaimana lakonan selamba beliau sebelum ini)


Sufi - Tony Eusof (Selalu watak yang dipegang karektor lelaki urban, hmm harap lakonannya superb)


Ilyana - Vanidah Imran (Yus antara peminat Vanidah, antara pelakon terbaik di Malaysia)


Suzie - Nasha Aziz (Walaupun adakala Yus kurang senang dengan lakonan Nasha, tapi tak dinafikan Nasha antara pelakon yang baik.


Imaan - Baizura Kahar (Suka lakonan Baizura dalam Dunia Baru dan Cinta)


Ean - Syed Hussain (Tak pernah lihat lakonan Hussain, tak sangka lepas berkahwin Hussain masih aktif dunia seni)


Khalif- Piere Andre (Walaupun lakonannya bagus. Tapi selalunya gaya yang sama, harap SEPI ada pembaharuan)


Marya - Eja (Hmm apa lagi nak dikatakan,memang sentiasa tidak menghampakan)


Tak sabar nak menanti tayangan SEPI pada 26 Jun ini. Sudah ingatkan hubby untuk sama sama menonton nanti. Selepas menonton filem santai HULK dan KUNG FU PANDA(ah si PO yang comel) masanya pula untuk melayan perasaan untuk filem romantis. Nantikan reviu SEPI dari Yus.


Saturday, June 14, 2008

Wajah blog terbaru & Rasberi Mousse


Salam......


Akhirnya berjaya juga Yus mengubahsuai blog milikku.

Hmm.....imej baru jadi harapnya akan jadi pemangkin untuk Yus lagi rajin mengemaskini blog.

Sebagai langkah permulaan mari kita berkongsi rasa Rasbery Mousse Cake.

Dah tentu bukan resipi Yus.

Kek terbaru di Boulangerie Classic. Sedap walaupun agak manis.

Pasti akan ada cerita terbaru secepat yang mungkin untuk dicoretkan

Semungkin yang boleh akan rajinkan diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails