Iklan

Saturday, January 31, 2009

Cheng Ho

Salam....

Malam tahun baru Cina yg lepas.
BIL belanja kami sefamili mkn besar di Restoran ChengHo
Aku pun tak pasti sama ada cawangan kt Manjung ni juga milik rocker Amy Search.
Makanan ok ar. Almaklumle org yg belanja kn.
Tapi aku sedih sebb hubby tak dapat join.
Dia kerja malam tu. Uhuk...


Siakap Steamed with Nyonya Style....
Ok je bg aku
Cuma mcm byk sgt garlic ar.
Chinesse food mmg suka taruk garlic byk kn.



Butter prawn,tomyam,beancurd sizzling.....beancurd ni aku mmg recommended ar.




Sotong goreng tepung.
Cheh aku tak sempat merasa dah abis.




BIL & kak yong



Aku masih setia dgn tdg ariani kak yong.
Hihihihihihi

Friday, January 30, 2009

Angpau

Salam....


Company bg angpow utk semua staff & workers.
Wah ada sarung angpow company lg.
Ni 1st year ada sarung angpow sendiri.
Kalau tak sebelum ni ambil dr bank je.
Ada peningkatan gitu.
Tu kat angpow tu gambar Dewa Duit katanya.
Hik....

Tudung Ariani

Salam....




Tak pernah try tudung ariani ni.
Hari tu kak yong balik pinjam dia punya.
Rasa sesuai lak dgn muka.
Senang bangat pakai.
Bak kata cac...sauk je
tak payah brooch bagai.
Harus cari beli.

Saturday, January 24, 2009

Boring.....meh

Salam.....

Boringnya kt opis ari ni.
Ramai yg dah cuti.

Muka boring kat opis.
Ok tak aku pakai SAFI?
Ngengada je aku ni baru pakai seminggu berangan nak efek meletup2.
Hihihihihihi.




Dah 8 bulan lebih dah aku.

Sekejap je masa berlalu rasanye
Harap maaf ilustrasi tidak baik krn gambar diambil dlm mood yg boring.
Selera makan cam makin berkurangan.
Sekarang dh hampir kul 10 am belum sarapan lagi.
Baby dlm perut dah menolak2.
Lapar agaknya.
Ok baby, demi baby, ummi g mkn sekarang.
Ok. Chow....

Friday, January 23, 2009

MEGA oh MEGA

Salam.....

Dialog sepasang suami isteri di dalam kereta

Hubby : Kalau terberanak dalam kereta macamana?

Aku : Isk....x taulah cemane.

Hubby : Jadilah nama baby tu **** Mega Waja. (sambil tersenyum)

Aku : Eeee nak jugak Mega tu.......

Hubby aku cukup suka iklan astro MEGADRAMA tu. Siap panggil baby dlm perut ni Mega.
Sabo je lah.......

Tuesday, January 20, 2009

AJL 23 lagi......

Salam....

Hik. Kalau sebelum ni aku blog pasal komen aku.
Kali ni aku nk blog pasal komen famili aku sepanjang persembahan AJL.

SOFAZ
Derang tak komen apa. Biasalah 1st contestant kn

AIZAT
maksu aku cakap "ooo ni lagu dia yg ciptanye?"
paksu "ye lah kan tadi FBI cakap kalo menang tapau abis"
maksu "kurus dia nye bang..."

AIMAN
paksu "ayah suke lagu ni"
adik aku terus kluar bilik. Dia pun suke lagu ni
Tapi bile tgk corak persembahan cam tak terkomen apa derang. Hihihihihi

FAIZAL TAHIR
mak su "Isk tak sukalah dia ni"
adik aku "Ibu lagu ni tak best sgt ....yg lg satu tu sedap"

AYU
paksu "suara dia jelas, tapi badan kecik"
maksu "bibir dia tebal skit, mcm anita sarawak memula dulu"

ZAHID & HELIZA
maksu "merahnye gincu dia"
paksu "ok jgk zahid, tp kalau mawi nyanyi lg sedap sikit kot dari zahid."

ESTRANGED
adik aku "Rich ms rambut pendek ari tu mcm angah kn Bu?" motif dia ckp RIch mcm muke laki aku???

FAIZAL TAHIR
masa part penari bukak blazer FT, maksu "ayah dia nk bukak baju dh ayah"
adik aku "wah siap ada gunting rambut atas pentas"
maksu "hah buat ler smua, potong sgala bulu kt atas pentas tu"
Hik....

SPIDER
maksu "bila nak saksi? apa tu?"

Meet Uncle Husain
paksu "Bu, ayah nk tergelak tgk penyanyi dia nyanyi, kesian tgk"
maksu "semua ahli dia ada lukis muke ei?"

STACY
maksu "ibu mmg minat stacy ni"
paksu "isk penat woo nak nyanyi sambil menari"

ZIANA ZAIN
maksu "ibu suke lagu ni" sambil ikut ziana nyanyi
paksu "lor mata dia"

FARAHWAHIDA
adik aku "ifa raziah dh nyanyi dah"
wahahahhahaha
motif adik aku tanye ifa raziah?
sabo je ler. Dia igt ifa ada masuk AJL. Hik

ELYANA
paksu "isk x sedap ler dia nyanyi.
maksu ""ibu suke dia ni, seksi skit dia ni"

Adoi memcm komen famili aku ni.
Hihihihihihiihi.....
Saja je aku blog pasal ni
Maklumler lama tak update blog.
Hik

Monday, January 19, 2009

AJL oh AJL

Salam.....

Huh, dari 3 tekaan aku sebelum ni cuma 1 je yg mengena.
Kira orait ar.
Aku suka Meet Uncle Husain (MUH) menang Juara Lagu. Macam De Javu pulak kemenangan Estranged utk tahun lepas utk band INDIE.
Kemenangan Faizal Tahir(FT)utk 3 kategori. Alamak terlebih sudah.
Tapi bila lihat pada persembahan mlm td. I think he deserverd its.
Lagu Persoalan Cinta pulak, walaupun lirik dia tersgtlah simple.
Tapi melodi lagu ni mmg mengasyikkan.

Ini komen syok sendiri aku yg bukan profesional.

SOFAZ
Okaylah persembahan SOFAZ ni. Cuma bg aku mcm bkn utk pertandingan je. Biasa2 saja
Komen aku, vokalis dia si Ameer tu cute ar.Hihihihihi

AIZAT
Memula dgr masa separuh akhir, aku tak berapa menangkap lagu ni. Tapi mlm tadi boleh tahan lak lagu ni. Nyanyian Aizat biasa2 saja pd pendengaran aku.

AIMAN
Tolonglah.....masa separuh akhir aku sgt suka lagu ni. Tapi bila Aiman dah pakai kostum ala2 Raja Mesir, mekap gitu, dgn penari yg camtu. Terasa semacam dah bg spoil utk lirik lagu ni yg bg aku sgt universal dan bermesej.

FAIZAL TAHIR
Untuk lagu CUBA ni rasanya memang FT tak menaruh harapan sgt. Persembahan FT pun simple. Tapi nyanyian tetap ok.

AYU
Kekuatan Ayu aku rasa pd lontaran vokal dia yg jelas. Rambut dia mlm td bg aku lg ok dari ms dia jadi guest utk MUzik2 ari tu. FBI cakap mcm Oprah Winfrey pun ada. Sabo je la FBI tu.

ZAHID & HELIZA
Nyanyian ok. Persembahan pun ok. Zahid tak menghampakan ok. Dia nyanyi style dia sendiri. Tak perlu tiru Mawi.

ESTRANGED
Lagu ni best. Cuma tak sekuat lagu 'Itu Kamu'. Rich pulak kekdg aku x jelas butiran lirik dia.

FAIZAL TAHIR
Memang jelas FT lebih tumpu pd lagu 'Sampai Syurga' ni. Siap ada gunting2 rambut lagi. Cuma elemen KOIR tu mcm tiru style Hazami lak.

SPIDER
Ok je bagi aku. Cuma aku mmg tak fhm sgt lagu ni. BIla nak saksi apa? Lagu ni kesinambungan dari 'Relaku Pujuk' kn.

STACY
Mantap beb. Tak sesia aku minat minah ni. Suara best, tarian mantap. Persembahan Stacy mmg hangatkan studio malam tadi. Aku tgk bebudak Estranged pun mcm kagum dgn persembahan Stacy.

ZIANA ZAIN
Vokal mmg masih best dan tersendiri, masih meletup. Lagu Dingin ni pun bg aku best je.

MEET UNCLE HUSAIN
Mekap sebelah muka ala clown tu menarik bg aku. Kesian aku tgk Lan nyanyi, sebab sebelah muka dia mekap clown sedih.Hihihihihi.Nyanyian mmglah tersgt ok.

FARAHWAHIDA
Vokal Farahwahida ok & jelas. Muzik lagu ni mmg mengasyikkan. Mungkin ini kekuatan lagu ni.

ELYANA
Alamak, apa dah jadi. Persembahan dia mmg selamba dan bersahaja. Tapi malam td mmg tak berapa menjadi la. Vokal dia tak sedap pd pendengaran aku. Masa separuh akhir lg best. Tulah nyanyi duduk mmg cepat semput dik.

Persembahan pembukaan. Untuk AJL.....aku rasa persembahan pembukaan yg paling best iyelah masa kumpulan VE dulu. Aku tak igt tahun berapa.
Stamping Dance tu dah menarik dah bg aku. Tapi bila masuk ONe Nation Emcees tu.Adoi dah spoil lak rasanya. Apa motif tak tau.

Nasib baik persembahan penutup selamatkan keadaan sikit. OKlah kan. Bebudak IDOLA KECIL tu nyanyi pun bole thn. Tapi part lagu 'ISABELLA' wah kemain over dua org budak lelaki tu eik. Hik

Pengacara lak. Kombinasi FBI, Cheryl & Ally, hmm menarik. Aku suka derang bertiga ni jd host. FBI mmg selamba lah. Derang tak perlu terjerit2 ok untuk jd pengacara.

Wednesday, January 14, 2009

Safi Oh Safi

Salam....

Kebanyakan gunit sudah mencubanya.
Kebanyakan gunit memuji keberkesanannya.
Dan aku juga tak mahu ketinggalan menikmati manfaat darinya.
Hihihihihihihi.....

Inikah krim yg diperkatakan?



Ya gang gunit, aku dah beli dua krim kecantikan Safi
beli dua sebab ada less utk 2 krim.
Satu aku bg maksu.
Aku bukanlah mudah terpengaruh dgn produk kecantikan ni.
Tapi memang sejak mengandung aku kurang penjagaan muka.
Harga pula berpatutanlah sangat.
So harap Safi akn membantu.

Hari ni 1st day pakai.
Hmmm....so far dah melebihi 2pm, tak berminyak
Aku takut nk pakai krim2 bagai sbb muka aku oily ar.
Juz harap efek yg positif.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails