Iklan

Thursday, April 30, 2009

Mari Tengok Iklan

Salam....

Weih mesti korang ada tgk iklan HASIL kt tv kan.
Alah yg Afdlin & Vanidah tu
Semacam sambungan dari filem SEPI lak kan.

Aku suka iklan ni
Menarik.
Rasa terharu bila tgk perasaan seorang ayah nak menerima ahli baru kan.
Tambahan pulak berkaitan lak aku pun baru terima Ir kan.

Cuma yg aku kurang selesa part Vanidah terjerit2 tu.
Sbb aku rasa tak delah sampai gtu org menjerit nak bersalin kan?
Maksu pun kurang berkenan.
Siap nak komplen (aku pun tak tau dia nak komplen kt sape)
Hik....
Nasib baik versi pendek, part jerit dh dipotong.

Eh iklan ni Afdlin gak ke yg arah ar?
Apa pendapat korang ttg iklan ni?
Kalau aku bagi 3.5/5

**iklan adalah rancangan kegemaran saya.
Hik....

Wednesday, April 29, 2009

Mari Jiwang

Salam....



Mungkin aku terlalu lewat menonton filem ni.
Sewaktu dlm pantang aku menjadi seorang yg super duper emosi.
Tgk pepisahan ANTM pun nak nangis.
OIAM elimination part pun nangis.
padahal mana ada sedih apa pun.
Apa lagi tonton filem ni
Lagi ar jiwang.
Mungkin aku jd jiwang sbb terlalu byk emphaty dlm diri aku kot.(ke berangan?)

"Aku ingin menjadi yg halal bg mu."
surat cinta Noura pd Fahri

"Menjadi adil pd seorg isteri pun sudah susah inikan pula pd 2 orang"
Ful pd Fahri

"Aku lebih rela diseksa & sengsara di penjara,dari kamu menyimpan syak pada ku"
Fahri kpd Aisha

"Jodoh itu spt Sg Nil dan Mesir saling tercipta utk masing2"

"Utk melalui ini kita perlukan keikhlasan,utk itu aku perlu kamu"
Fahri kpd Aisha

Argh kalau nak diikutkan byk dialog yg menyentuh hati aku.
Maaf kalau dialog2 ni bkn sebijik dr drama.
Walaupun ramai komen filem dan novel berbeza.
Apapun bg aku filem ni bagus.
Dgr lagu nyanyian Rossa pun dh tersentuh hati.
Mengapakah aku sgt jiwang.....hik

Tuesday, April 28, 2009

Mari Botak

Salam....


Tak tau nak update apa.
Yg sebenarnya byk nak dikongsi.
Ni gambar masa cukur rambut Ir.
Oyang Ir je pun yg botakkan Ir.
Kagumlah dgn oyang Ir ni.
Dah tua pun masih nampak mata, cukur Ir.
Kitorang lak yg takut je tgk.
Area utara mmg simple je majlis cukur ni.
Tak de marhaban segala.

Ir luruh pusatnye lepas 5 ari lahir
Kira cepatlah.
Jadi ari ke 7 tu cukur ar rambut Ir
Orang kata budak cepat luruh pusat mendengar kata.
Amin.

Saturday, April 18, 2009

Mari Berposing

Salam....


Pagi tadi saja suruh abg chik amek gambar aku & Ir.
Amacam ok tak ummi n Ir ni.
Ir tak reti posing lagi la.

Oh ya....
tudung tu aku beli RM15
tapi maksu kata tempat lain bole dpt RM10 je
Cis.....
Tp kesukaran sikit aku nak melilitnye.
Sebab aku kidal
tudung tu utk org tgn kanan.
Tapi rasa oklah dgn bentuk muka aku kan?

Ar...lagi satu
ni je lah jeans yg aku bole pakai lepas bersalin
Yg lain agak kesesakan nafas menahan perut.
Sabarjelah.

Wednesday, April 15, 2009

BUAH HATIKU.....

Salam....

Tak tau nak update apa.
Ada banyak gambar Ir.
Ni antara yg ingin dikongsi.



Ir dah pandai pegang botol susu....Hiiihihihiih

Nampak kan perbezaanya.
Harap Ir dapat membesar dgn sihat.
Dahlah hari ni demam selsema lak.
Risau je.
Kang elok badan nak berisi tetiba susut lak.
Apapun Ummi sentiasa doakan Ir.
Amin...

Thursday, April 9, 2009

Mari bersalin.....Siri 2

Salam....

13.02.2009

Walaupun agak ralat sbb nak masuk labor room
Hubby tak sempat sampai.
Nak tak nak aku redha jelah.
Sempat sms maksu je.
Handphone aku letak dlm beg.
nurse cakap diorang akan hantar ke labor room.
Aku dok fikirle jenuh aku nak tunggu berjam dlm bilik tu
Sebab ada org kata sejam satu cm bukak.
Fuh mau 6 jam aku nak tunggu sbb br buka 4cm.

Masa aku masuk labor room tu jam lbh kurang 1.15pm
Nurse ikat pinggang dgn wayar utk check hb baby.
Aku berdebar je.
10 minit dlm labor room aku dgr suara hubby dari luar tanya nurse.
Senyum aku dgr suara hubby.
Tapi tak boleh masuk sbb hubby tak isi form.
Biasalah hospital kerajaan kalau suami nak masuk labor room kena isi satu form.
Tak apalah sekurangnya aku tau hubby ada tunggu di luar.

Selang 20 minit aku rasa sakit sgt.
Sampai terjerit mcm nak nangis.
Dr ckp "Eh jgn nangis"
Sister suruh kalau sakit sedut gas kt tepi katil.
Masa ni sister tu seluk katanye "Already 8cm....fully already"
Wah kira cepatla bukaannya.
Sambil mengiring ke kiri aku tarik gas kt tepi n sedut.
Tekup...sedut...hembus...
Smpai aku rasa terlebih sedut mcm 'layan stim' lak
Hihihihihihi....


Dlm 10 minit aku rasa nak berry
"Dr saya nak berak la"
Kelakar aku bole ckp mcm tu kt dr....Hik
Sister trus terlentang kan aku.
Lepas tu dia suruh betulkan kedudukan kaki
Sister "Berak je...saya ada kt cni"
rasanya aku dh nak bersalin.
Tapi mmg rasa nak berry weih....
Masa ni diorang tak bagi dah sedut gas tu.
Tapi aku nak sedut lagi(terlebih 'layan stim')

Bila sister dah suruh berry.
Aku pun teran ar mcm nak berry
Tapi cool n steady ar(aku mmg berry teran cool n steady)
Then sister tu ckp aku teran salah
baby tak bergerak pun.
katanya sila teran dari perut.
Aku pun bkn tau camne teran dari perut.
Aku tahan nafas dari prut
Masa ni baru aku rasa ada seketul benda nak keluar kt tuut...(Hehehheh)
Sister "Ar..pandai pun...push lagi...buat lagi"
Sambil push tgn aku lap2 peluh kt muka n picit2 hidung
Konon tak nak hidung kembang masa push...ala2 kontrol cun
(mcm le hidung mancung sgt...hihihihihi)

Dalam 15 minit push...
Tetiba bole aku ala2 kemalasan nak push (teruk betul aku ni)
Nak kata malas tu ntahlah.
Cuma rasa dah tak larat.
Cam redha je nak kena czer ke...forcep ke...vacuum ke....
Sister tu cakap "Bole ni baby kamu kecik je...angkat kepala tgk kepala baby dh nak keluar"
Aku tak angkat pun kepala tgk..
Takut nak tgk(Boleh aku fikir mcm ni...)
Dr cakap "Jgnlah macam ni ..sayang baby kan.taknak apa2 jadi kt baby kn"
Dgr je Dr ckp mcm tu
Terus aku menjerit sound effect cerita Ninja Samurai
"EE...YAH!!!!"
Diikuti aksi tangan aku sebelah genggam rambut.
Elok je habis jeritan sound effect ninja tu terus aku dgr baby nangis
Ala2 terpinga2 gak aku
Serius rasa sakit ke apa tak ada langsung
Ni bukan tipikal punya perasaan lepas bersalin.
Tapi mmg aku rasa lega yg amat.
Rasa sejuk je kt tuut (Hihihihih...ye le kena aircond)
Sister tu picit2 bg darah keluar pun tak rasa sakit apa.

Sister tu angkat baby
"nah tgk kamu dpt baby apa"
Yg aku perasan masa ni
Rambut baby yg itam n lebat
Mata baby melilau kiri kanan (yelah terkejut kot dlm perut gelap je)
Mulut baby nganga2 mcm anak burung (lapar kot)
Kaki n tgn baby gerak2 mcm berkayuh.
Tuut baby yg jelas...Hihihihihih

Sister cepat2 bawa baby keluar.
Yelah nak check le kot
Sebab baby aku kn kecik je.
Sementara tunggu nak kena jahit.
Aku sempat selak baju nak tgk perut flat ke tidak (lawak tul)
Tapi haram tak flat...banglo lg ada le....Hik

Proses menjahit lama gak le
Dekat 30 minit
Time jahit sister tu benarkan aku sedut gas kt tepi tu
Apa lagi aku tarik gas tu sampai tercabut dia punya sarung.
Rasa mcm byk je jahit....Hehe
Sambil jahit borak2 dgn sister yg jahit tu
Baik je....elok je layan aku borak....
sambil borak sambil sedut gas tu balik....
Tekup....Sedut...Hembus....
Memang layan stimlah....
Menyesal gak tak bawak handphone kalau tidak bole sms gunits.

Lepas jahit baru le aku rasa lenguh yg amat kaki...
Lepas tu nak gerak mcm seriau
Seriau jahitan terbuka.
Tak lama lepas tu bole masuk ward.
Diorang letak baby kt tepi aku.
Senyum lebar aku tgk baby
Nurse suruh susukan baby
Yg bestnye baby pandai menyusu.
Cap...cap dia menyusu

Masuk je ward.
Terus hubby n opah dtg.
Hubby "Meh nak sayang sikit"
Aku igt dia nak cium baby rupanya cium aku
Hihihihih blushing lak kejap.
Terus hubby azankan baby.

Syukur aku bersalin tak de alami komplikasi apa2

Hmm ni je lah yg aku dpt ceritakan.
Tiap kali aku nak cerita kt org mesti nak gelak...
Hihihihihih

Wednesday, April 8, 2009

Mari Bersalin.....Siri 1

Salam....



Putera Hati Aku & Hubby IRFAN HAFIZI

Kali ni aku nak kongsi pengalaman aku bersalin.
Lain orang lain pengalamannya kan...
Tiap kali teringat pengalaman aku bersalin.
Mesti nak tergelak.
Hik....

13.02.2009
Subuh tu aku sedar dah rasa sakit sikit2.
Tapi bole tahan la.
Bila mandi aku perasan ada bleeding yg tersangatla stain.
Gabra gak aku.
Kelam kabut mandi.
Cerita kat opah.
Opah kata tu tanda nak beranak rasanya.
Cerita kat hubby.
Dia terpinga2
Tapi aku tetap siap nak pegi kerja.
Mula nak drive sendiri
Tapi hubby cakap biar dia yg hantar.
Aku bawa surah Yassin.Mana tau dipermudahkan.
Singgah kedai maksu.
Maksu suruh g hospital.
Opah suruh minum air selusuh.
Contraction datang tiap 10- 15 minit.

Sampai hospital.
Sempatle aku habiskan satu surah Yassin.
Biasalah kena check kan aka seluk
Time nak seluk tu terjerit lite2
Nurse "jari I belum masuk lagi u dah jerit"
Tergelak aku masa ni.....Hihihihiihihi
Nurse cakap dah bukak 3cm.

Aku masuk ward lebih kurang pukul 10.30 am
Hubby g hantar maksu balik dulu.
Sebelum balik hubby cakap dia maafkan semua kesalahan aku
dan redha segalanya.
Apa lagi meleleh ar air mata ni.
Sebak sgt rasanya.
Bila hubby dah balik berdebar je aku rasa.
Ayat Al Fatah dengan doa Nabi Yunus selang seli aku baca.
Sambil baca aku mengiring ke kiri.
Maksu pesan mengiring kiri mudah pintu tu terbuka.

Lebih kurang pukul 12pm time lunch.
Aku makan separuh dari hidangan.
Yelah nak tenaga time push kan.
Bila contraction dtg.
Aku dok fikir nanti nak dekat bersalin contraction lama ke.
Jenuh aku nak tahan sakit.
Yang contraction ni bole ar aku tahan sebab sakit dtg sekejap2
Lepas tu hilang
Tu yg bole tahan sakit tu.

Tak lama lepas makan.
Yg aku igt aku ada baca ayat Kursi
Elok je aku habis baca ayat Kursi tu.
Aku rasa bergetar pinggang aku.
Terus rasa meleleh air (aku pasti air ketuban pecah)
Diikuti contraction yg sakit sgt.
Dr dtg check dah buka 4cm
Terus Dr suruh masuk labor room.

Dalam labor room.........

Sunday, April 5, 2009

Kesyukuran Tidak Terhingga

Salam....

Syukur aku dah selamat melahirkan baby boy 13hb februari lepas.
Cepat 3 minggu dari EDD...
Gambar dan cerita akan menyusul...
ironinya berat baby dan masa kelahiran adalah sama.
2.29kg dan 2.29pm...
baby lahir hari jumaat.
Kira betul2 selepas solat jumaat.
OK...
Akan update selanjutnya.
Banyak nak diceritakan
Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails