Iklan

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Raya 2009....

Salam....

Fuh masih mood raya.
Almaklumle syawal kan sebulan.


Kami 3 beranak di pagi raya.
Si IR susah beno nk tgk kamera.

Cerita Raya tahun ni.
Memang meriah ok rumah opah.
Mana taknye tahun ni mak teh sekeluarga balik beraya rumah opah.
Agak dah 3 ke 4 tahun tak balik raya Lumut.
Makan memang meriah le.
Nama pun raya.
Penuh le rumah opah dgn anak..menantu..cucu..cicit.
Aku lg ok ramai sepupu kt rumah.
Senang nak beragih keje.MUahhahahahaaha....
Org ni tolong angkat kain.
Orang ni jemur kain (yg ni tugas sepupu lelaki) hihihihihi....
Org ni tolong berhidang.
Org ni tolong membasuh.
Bak kata WONDERPETS "Apa yang penting....KERJASAMA"

Memula en wolverine plan mlm raya balik umah mak@Segari.
Sekali last minit tak jadi balik.
Pagi raya baru balik katanya.
Aku on je. Hihihihihi....

So pagi raya selesai sesi bermaafan rumah opah.
Kitorang pun berangkat ke rumah mak.
Alah 30 minit je dari rumah opah.
Lepas rumah mak bawak mak ke rumah kakak ipar ku.
Menu adalah bihun sup tulang......terbaik.
Aku kalau datang rumah kak ina ni.
Memang makan tak banyak,sikit mesti nak merasa.
Ada selera rumah dia gitu.

Seterusnya destinasi adalah ke rumah Chor aka Pak sedara en wolverine.
Menu raya lemang, nasi himpit, rendang.
Tapi berjalan raya ni.
Masalah sikit dgn IR.
Sebab dia tido siang nak berbuai.
Haru gak le kan.
Bukan semua rumah ada buai.
Tapi dalam kereta tidor elok je cantik.
Huhuhuhuhuhuhu....

Berikutnya bawak mak ke rumah opah.
Kebetulan datang lak Ateh Daud sekeluarga.
Kalu rombongan Ateh Daud ni dtg.
Rumah mmg otometik menjadi riuh.
Macam masuk rancangan Raja Lawak lagaknye.
Hahahahahahahaha....
Dan yang paling best makanan semua akn disantap penuh selera.
Memang berbaloi hidang makanan rasanya.
Hihihihihihi....

Seterusnya hantar mak pulang.
Terus singgah ke rumah Si Tam adik iparku.
Muka rasa dah slebet je seharian beraya.
Maklum le 1st raya aku peot.
Takde bercuci langsung muka.
Seb baik pakai SAFI RANIA.
Kurangle sikit minyak dari zaman dolu2.
Sampai rumah ada le dah nak pukul 9mlm.
Sakan beraya tu, baru berapa buah rumah je.



Di rumah Si Tam adik iparku.
IR mcm dah nak start meragam.
Aku menten kekonon ayu lagi.Hihihihihi....

2nd raya lak.
Beraya rumah sedara belah aku lak.


Ummi dan IR

Schedule jalan raya kedua adalah..makan...makan..makan..dan makan..
Dari Kayan membawa ke pantai Remis terus ke Beruas.
Rumah Mak Lang di Kayan menu ayam kampung masak gulai.
Puyuh masak kicap.
Kuah kacang berlaukkan ayam resipinye.

Tok Lang di Pantai Remis hidang laksa mi.
Mak Long Lela di Beruas.
Kitorang siap call.
Suruh masak nasi, menu simple pun takpe.
Kemain nak beraya rumah org tapi demand suh masak.
Muhahahahahaha....
Menunye ada mi kari, pucuk ubi rebus, ikan kering, ikan goreng.
Tidak dilupakan sambal belacan yg power rangers.
Power giler sebab amek secoet pun dia punye pedas...BERASAP.
Tapi memang berselera je makan..meleleh..


Sakan lepak berasap nampak.




IR yg bermata redup aka kuyu.
Gambar kedua sangat mahal sebab susah nak dapat dia senyum kt kamera.


3rd raya.
Tak ke mana-mana.
Giliran tunggu tetamu datang rumah lak.
Menu senang buat beza skit dari menu tipikal raya
masak nasi putih je.
Sayur campur, Ikan masak lemak kuning, Sotong goreng kunyit
Ikan goreng, Sambal Belacan, Sambal Mempelam, Ulam2an
Bihun goreng.
Semua letak dalam tray.
Tetamu datang buffet sendiri amek.
Hihihiihihihi....

Aku cerita sampai raya ke 3 le dulu
Kot tak kang berjela karangan entry ni.
Tapi memang tiap kali raya rumah opah meriah.
Buruk2 pun ramai orang datang.
Berduyun kereta sekali datang rumah opah.
Meriah gitu.
Aku percaya orang datang rumah pun namanye rezeki kan.
Buat apa rumah besar, tanah berekar2, harta katanye berduyun.
Tapi time raya macam takde je org dtg rumah.
Ni kalau aku nak sambung
sampai ke hari kak yong n pak uda lak balik rumah opah.
Memang tak terabis aku bercerita.
Cukuplah sekadar di sini.
Hihi....

Hik....

Friday, September 18, 2009

Iklan Raya & Salam Raya....

Salam....

Hari tu time merdeka.
TV memang dah keluar iklan PETRONAS lelama karya YASMIN AHMAD.
Raya ni pun sama keluar iklan PETRONAS yg lelama.
Paling aku suka dah tentu JANDA BERANAK TUJUH.
Memang best iklan tu.
Ada unsur komedi tapi mesej tetap maintain.
Dalam dok nak gelak tgk gelagat anak2 janda tu.
Boleh rasa sedih nak nangis.
Terharu aku tengok semua anak lelaki dia tolong buat kerja.
Ada kupas bawang le.
Buat ketupat le.
Bersemangat betul derang nak tunaikan cari daging untuk raya.
Beruntung janda tu.

Lagi satu iklan PETRONAS.
yang ayah dia dah tua tu.
Yg tinggal dengan anak & menantu.
Paling aku sedih bila tempat makan diasingkan.
Tergamak tu makan serentak.
Tapi ayahnya makan sesorang.
Sedih weih.

Tu je iklan raya yg aku baru tengok.
Maklum le dah nak akhir ramadhan ni
Macam tak ada masa nak bertenggek depan TV.
Iklan yg anak tanya burung apa? burung apa tu.
Tak ada keluar lagi ei?
Ke aku yang tak perasan.

Oklah.
Dengan ini aku mengucapkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga bergembira di hari raya.
Raikan bersama keluarga tersayang.
Maaf atas segala salah dan silap.

Tuesday, September 8, 2009

Kunjungan YAB Menteri Besar ke Kg....

Salam....

Semalam Nuzul Quran.
YAB Menteri Besar Perak.
Dato' Seri Dr. Zambry berkunjung ke kg.
Ada aktiviti pemberian sumbangan ke fakir miskin.
AGRO BANK ada.
TV3 BERSAMAMU pun ada.
Selain acara berbuka puasa bersama org kg.

Dr Zambry cuma pakai baju melayu dgn kain pelikat je
(very the mamak style)
Katanye ini kg dia, pakai kain memadai.
Huhuhuhuhuhu....

Ni antara gambo yg aku snap.


Antara org kg yg menunggu ketibaan Dr Zambry.




Angota RELA jaga lalulintas.



Kereta Dr Zambry baru sampai.


Salam....salam....


Tersenyum lebor Dr Zambry.

Tu je gambo yg ada.
Opah kemain beria duk depan skali.
Ye le perasaan orang tua kan.
Maklum le dia kenal DR Zambry ni dari beliau kecik.
Seronok le dia dapat jumpa.

Menu buka puasa, aku tak tau.
Sebab aku tak tunggu sampai berbuka.
Balik rumah dgn IR.

Ok.
Hik....

Saturday, September 5, 2009

Aku dan Pencuci Muka....

Salam....

Saja nak bercerita pasal produk muka yg aku pernah pakai.
Kulit muka aku ni takde le teruk jerawat bagai.
Tapi cepat oily.
Pagi glowing....sampai tengahari dah oily.

Masa aku study dulu.
Aku pernah pakai BML.
Yg pengasas dia org philipine tu.
Dr Betty apa ke.
Kes tgk kakyong pakai elok.
Aku pun teringin le.
Mahal gak le.
1 set RM200 lebih.
Utk student mahal le kan.

Igt lagi iklan BML ni kt TV.
"Kecantikan Adalah Hak Milik Tiap Insan" katanye.
Member2 time iklan ni slalu perli aku.
Suruh aku lak jadi model produk ni.
Sbb mmg aku pakai berkesan ok.
Kulit mulus.
Tp terlebih mulus pink gtu.

Tp korang memula pakai hazab weih.
Kulit mengelupas teruk.
Aku nak gelak time kulit mengelupas pun sengsara.
Takleh nganga mulut beso2.
Sebb keliling mulut mengelupas kn.
Gosok gg kalau ubat gg tu meleleh kena kulit.
Aduh pedih weih.
Ada semingu gak le pengelupasan ni baru pulih.
Tapi pastu mmg kulit marveles.
Kira org tgk aku time tu paling kurang toleh 2 kali le weih.
Bak kata ZIZAN NIN dlm iklan PONDS.
"dulu saya tak perasan dia di kolej"
Tak tau derang toleh sbb cantik ke sbb pelik
Muhahaahahaha....

Jenuh aku cari gambo muke aku je .
Takde.
Ni pun dah dicropkan.
Sebelah tu Zam....
HI zam pekabo? Bila kite bole jumpe balik eik?


Pastu dh lama pakai.
Kecoh pasal hydroquino.
Apa ke nama bhn kimia tu.
Produk pengelupasan mcm ni mmg mesti ada hydroquin ni kn.
Walaupun katanye produk ni kuantiti bhn tu dibenarkan.
Tapi malas le aku nak pakai dah.
Plus duit pun dh kureng kan.
Perlu duit lg utk mende lain.
So aku stop le.
Huhuhuhuhhuuhu....

Kemudian aku pakai memacam produk.
Tak stick ke 1 produk je.
Pakai belasah je.
Bila keje.
Kekawan keje ada yg pakai babyface.
Keluaran philiphine gak.
Aku pun sama ikut gak.
Pakai toner babyface dgn sabun papaya.
Ada gak mengelupas.
Tapi mild gtu.
Tak ketara sgt.
Tak tau le kulit aku ni tingal brp lapisan je.
Asek mengelupas je.
Huhuhuhuhu.....

Kejap je pakai.
Pastu stop.
Sbb kalu tak silap aku produk ni sebenarnye dah diharamkan.

Ni masa ni aku baru je stop pakai babyface....
Saja tepek.
Eh aku senyum lebo le dlm gambo ni tAnYA.
Ni aku pakai shawl tau.
Tapi aku lipat dulu br pakai.
Over kemain siap ada kerongsang beso tepi bwh telinge.
Hihihihihihihi....

Bila balik keje kt kg.
Aku ada try FELISA KOSMETIK kejap.
Tapi cam tak berkesan ke aku.
Kulit oily le.
Pastu cerah tak sekata.
Jadi tompok2.
Silap besar org igt muka aku berpanau lak.
Huhuhuhuhuhu....

Pastu aku try je apa2 pencuci muka.
Mana maksu beli.
Tule aku pakai.
Ada en wolverine beli brylcream pencuci muka lelaki tu.
Pun aku pakai gak.
Hihihhihihi....

Bila mengandung aku mcm mls nk jg muka2 ni.
Cuci bese je.
Bila tgk gunits ramai pakai krim kecantikan SAFI.
yg tutup ijo tu kan.
Ramai kata best.
So aku pakai le.
Krim tutup ijo tu dgn pencuci RANIA kaler pepel.
Ada le setahun dh aku pakai.
Aku tak perasan sgt.
Tapi kak yong tego muka ada cerah skit.
En wolverine pun perasan katenye.
Lama dah dia nk puji.
Tapi kakyong ckp br dia igt nak puji.
Apa daa.....

Nampak kan perubahan?
Bg aku okla.
Rasanya aku stick ke SAFI je le.
Serasi bersama SAFI gitu.
Sekarang aku menten krim tutup ijo tu dgn pencuci SAFI RANIAGOLD & serum dia.
Aku ni pun bukannye nak kulit putih sepuh gtu.
Sebab aku rasa kulit gelap aku ni mmg dh molek utk muka aku.
Juz nk glowing skit je.
Aku suka mcm kulit VANIDA IMRAN tu.
Tak putih tapi nampak berseri.

SAFI ....dah le murah....senang didapati di mana2.
OK.
Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails