Iklan

Monday, November 30, 2009

Mereka Yang Berlagak.....

Salam....

Aku selalu jumpa orang yg suka CAKAP BESAR aka BERLAGAK aka RIAK.
Baik masa study dulu.
Masa kerja.
Baik kt kampung aku.
Mahupun di bandar besar cam KL.

Boleh ke aku katakan CAKAP BESAR.
salah satu perangai TIPIKAL orang kita??

Yang sebenarnya aku heran.
Heran apa motif orang CAKAP BESAR.
Apa motif gebang sini sana harta benda derang?
Apa motif gebang duit ada banyak kt bank?
Apa motif gebang meniaga untung sehari 5 ribu?(5 ribu je ke???)
(ko bukan meniaga MLM yg nak kena tarik org masuk under ko)

Kat kg aku ada sorang.
Asal kalau ada kenduri keramaian ke.
Kalau dia datang.
Fuh mesti gebang.
Hari ni meniaga penat tak menang tangan.
Untung jer mau 10 ribu katanye.

Korang rasa sebab apa?
Aku rasa 1 je sebab nak BERLAGAK.
Sebab pada hemat aku.
Orang yg bebetul ada harta & duit ni.
Takdenye nak gebang kat orang eh duit depa.
Depa cool je.
Selalu yang takde yg gebang melebih.
Senang kata AUTA saja.

Pulak tu selalu aku tengok
Yg kata harta banyak berkoyan2 ni
Yg selalu jeles kat org yg kurang dari depa.
Motif??

Orang yg pakai kete continental buatan luar negara.
Yg jeles dgn org yg pakai kete nasional.
Orang yang meniaga kedai batu besar.
Yg jeles dgn orang meniaga kedai papan kecik cenonet.
Orang bisnes kontrak juta2 yg jeles dgn orang meniaga makan kecik2.
Sampai dikaconye tempat org yg meniaga kecik tu.
Apa tak reti bersyukur ke dgn rezeki yg ALLAH dh bg tu.
Apa ke tamak lagi.
Nak sumbat rete mende tu dlm kubur kot?

Semoga ALLAH berilah keinsafan pada mereka ni.
Nak kata tak kaya.
Keta dh beso dah.
Umah batu tersergam indah.
Harta menda banyak.
Apa tak sedo ke.
Kesenangan yang ALLAH bg tu pun ujian.
Yg ditahunye ujian bila dtg susah je.
Time susah baru nk ingat ALLAH ke apa?
Time senang tak reti bersyukur.

Hmmm....

TIPIKAL manusia....
Semoga aku sentiasa disedarkan jika ada perangai macam ni.
Amin....


Hik....

Thursday, November 5, 2009

LAYANAN TAK BEST OLEH PETUGAS HOSPITAL ANGKATAN TENTERA......

Salam....

2 minggu lepas.
IR demam.
Suhu tinggi juga 39'c.
Memula kitorang bawak ke klinik swasta.
2 hari still tak baik demamnya.
Jadi hari ahad paksu ajak bawak ke HOSPITAL ANGKATAN TENTERA (HAT)
di pangkalan TLDM.
Aku pun ok je lah kan.
Pergilah hospital kerajaan terus....senang.

Kitorang terus mendaftar di bahagian wad kecemasan.
Orang memang tak ramai.
Sekejap je dah giliran IR.
Kami dilayan MA SARJAN EN ZAHARI.
Consultation semua ok.
Untuk kepastian sarjan tu suruh darah IR diambil.
Yelah sekarang kn musim denggilah.....itulah....inilah.
Ambil darah di bahagian wad bersalin.
OK...pergi jelah kan.
Ambil darah je makan masa dekat 30minit.
Terjerit2 aku dengar IR menangis.
Tau sangat le tu mengelejat tak ingat kot.
Kesian huhuhuhuhuuhu.....

Selesai darah diambil....
Tersedu2 IR....kesian ko nak.
Sampel darah diletak di kaunter makmal.
Kitorang disuruh tunggu di bahagian kecemasan semula.
Selang 10 minit, Paksu tergerak hati nak meronda kat kaunter makmal tadi.
Sampel darah IR tak terusik pun.
Paksu ketuk cermin kaunter.
Barulah petugas tu "Ar..ye..ye"
Paksu nampak dia main game kt komputer.

Tak lama lepas tu kaunter bahagian kecemasan terima call.
Darah IR tadi dh beku.
Kena ambil darah lain.
Ya ALLAH serius geram je aku.
Seb baik emosi aku bole kawal lagi.
Nak tak nak terpaksa le gak kan
Ikut rasa nak balik je.
Mana tak beku kan...dah lama terbiar.
GERAM....

Sampai wad bersalin.
Geram bertambah.
Sebab petugas tu lak.
Name tag ASHIMAH.
Suruh tunggu dulu dia nak settlekan kerja dia di komputer.
"Tunggu luar dulu nye,sy nak settlekan kerja saya dulu"
Sambil menaip2 di komputer.
OK...fine kitorang tunggu.
Ir dh meragam nak tido.
Dalam 10 minit tunggu.
Aku tanya
"Lambat lagi ke, anak sy dah nak tido ni...meragam dah"
ASHIMAH tu jawab "Arr,saya nak siapkan kerja sy dulu. nak tunggu doktor habis melawat lagi"
EEEE rasa nak mencarut je tau.
"Takpe budak biasalah,duduk dulu tidokan dia dulu takpe"
Eeee...memang tahap nak mencarut je rasa.

Paksu naik.....lama dah tunggu dengan IR meragam.
KItoragn igt nak batalkan je ambil darah kali kedua.
si ASHIMAH ni suruh kalau nk batalkan kena jumpe MA tadi.
Then isi form & cakap parent yg refuse nak teruskan.
Takutle kan...kang tak pepasal kena menjawab dgn superior.
Kitorang pun nak refuse bukan le tak nak buat cek sampel darah tu.
Ingat nak ke HOSPITAL MANJUNG pula.

Sampai bawah jumpa MA SARJAN EN ZAHARI tadi.
Dia pun terkejut kenapa kitorang nak refuse.
Aku pun cakaple.
Dah si ASHIMAH tadi nak settlekan kerja dia lah.
Nak tunggu doktor abis melawatle.
Takkan kitorang nk tunggu berejamkan.
Sebab ketara orang memang tak de .
Seb baik si MA ni lembut gak orangnya.
So dia suggest....biar dia yg amekkan darah IR.
Bole lak amek kt bawah terus.
Oklah amek le....

Dan keputusan darah syukur.
Tak ada apa2 masalah.

Apa yg aku fikirkan.

APAKAH KERANA HARI TU HARI AHAD.
MAKA PETUGAS2 KERJA SAMBIL LEWA.
LAYAN PATIENT MACAM NAK TAK NAK????

ATAU KAMI ORANG AWAM.
BUKAN KAKITANGAN TENTERA.
MAKA LAYANAN ENDAH TAK ENDAH???

ATAU JUGA TIADA OFFICER YG PANTAU KERJA MEREKA.
JADI KERJA SAMBIL LEWA???

Bila ingat memang hati rasa geram.
Kenapa le paksu tak amek gambar petugas yg main game kt kaunter makmal tu.
Kalau dapat gambar.
Hah bukti bergambar lagi.
Patut lah ramai yang tak nak bersalin kt HAT.
Rupanya layanan tak bagus kot.
Huh.....

Apapun, aku bersyukur IR tak de kena tahan wad ke apa ke.
IR pun dh sembuh sekarang.

Patut petugas di HAT lagi le berdisiplin dan layanan lagi bagus kan.
Sebab mereka tentera.
Sahih dilatih displin lagi kuat.

Hmmm......

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails