Iklan

Thursday, December 31, 2009

Your Wish Comes True....Katanya....

Salam....

Tajuk macam best je.
Mana tak best.
Your wish comes true katanya.
Comes true lah sangat.
Hihihihihi....

Aku ni selalu sebelum naik kereta.
Sambil jalan ke kereta.
Memang aku akan nyanyi-nyanyi.
Tak nyanyi keluar mulut.
Nyanyi dalam hati.
Selalunya pulak.
Asal aku masuk kereta.
Buka radio.
Lagu yang aku nyanyi tadi.
Mesti tengah ke udara di radio.
Ala-ala your wish comes true gitu.
Ko nak lagu tu.
Sekali dapat dengar.

Macam petang semalam aku nyanyi lagu pakai buang STACY.
Masuk kereta radio Era tgh pasang lagu tu.
Pagi tadi lak.
Aku nyanyi lagu Alleycats yang berarak mendung kelabu tu.
Sekali buka radio Selangor FM.
Pak uda aku tengah pasang lagu tu.
Rasa macam ada SUPERPOWER je.
Hahahahhahahahahaha....

Yang peliknya time lagu je le wish comes true.
Tang lain takde le pulak dimakbulkan.
Macam aku terfikir nak 1 juta.
Sekali masuk kereta ada 1 juta sejelepuk dalam kereta.
Fuh....meriah hidup kalau betul ada.
Hihihiihihi....
Berangan je lah.

Hik....

Friday, December 25, 2009

Iklan Promo AJL & TM....

Salam....

Weih korang ada tengok iklan promo AJL.
Aku sukalah iklan tu.
Sememangnya aku suka gandingan ALLY ISKANDAR,CHERYL & FBI
Bagi aku derang tak over.
Lawaknya masih bole diterima tak terlalu DUNGU.
Ada info dan nampak educated bila mengacara.
Tidak perlu terlalu buat lawak sampai adakala pengacara yg nampak BODOH
Kiut je iklan tu di mata aku.
Adalah rasa tertarik nak tgk AJL.
Meski ada ralat di hati sebab lagu yg aku suka tak masuk.
Huhuhuhuhuuhu....
(psst...seb baik EZLYN tak ada final ni)
Aku semacam kurang dgn minah ni kalau dia mengacara.

Lagi satu iklan TM.
Yang BUNKFACE berlegar2 nyanyi di jalan.
Sambil orang ramai ikut sama menyanyi.
Rasa meriah je hidup tgk iklan tu.
Aku yg tgk iklan pun sama nyanyi.
Walau tak hafal lirik.
Ntah lirik apa ikut sedap mulut je nyanyi.
Hahahahahahahha....
Tapi memang best pun lagu tu.
Lagi best bila tahu lagu tu ciptaan BUNKFACE sendiri.
CAYALAH....
Memula dengar kt iklan TM yang ORANG KERTAS tu(serius kiut orang kertas ni, suka gak iklan tu).
Aku ingat lagu penyanyi antarabangsa.
Ropenye lokal band punye.
Dari sudut promosi & pengiklanan.
Aku rasa TM memang menjadi.
Seharapnya SERVICE pun menjadi lagi BAIK PUNYA.
OK.
Hihihihihihihi....

Monday, December 21, 2009

2 Tahun Dah Berumahtangga....

Salam....



Hari ni genap 2 tahun dah kahwin.
Ada masa rasa macam dah lama dah aku kahwin.
Ada masa rasa macam baru semalam je kahwin.

Kalau baby macam IR.
Baru 2 tahun.
Alahai baru reti nak berjalan kot.
Comei je kan.

Macam tulah aku rasa 2 tahun hidup berumahtangga ni.
Comei je.
Kejap2 macam marah.
Kejap2 kena marah.
Sekejap balik sayang giler.
Hihihihihi....

Muda dalam alam rumahtangga.
Harapan semoga sentiasa diBERKATI.
Dimurahkan REZEKI.
Dikekalkan ke AKHIR USIA.
Amin....

Hik....

Friday, December 18, 2009

Salam Awal Muharam & Emas Bolasepak Sukan Sea....

Salam....

Salam awal muharam.
Cepat je masa berlalu.
Yg mana tak tercapai tu.
Takpe tahun ni ada lagi.
Semoga kita semua akan lebih baik.

Memang tiap tahun.
Asal nak awal tahun.
Aku memang tgk live bacaan doa akhir & awal tahun kt TV1.
Ntah dah macam acara wajib akhir tahun.
Hihihihihihi.....

Semalam time forum.
Salah sorang ahli panel USTAZ FARID RAVI ABDULLAH.
Aku suka gak ustaz ni.
Setakat ni rasa ustaz ni takde over & isu.

Tertarik dgn salah 1 isi ahli panel.
Betapa ada sorang profesional barat.
Cukup kagum dgn ISLAM.
Katanya "Belum ada satu agama selain ISLAM yg boleh himpunkan
ramai umatnya dalam 1 masa & situasi yg unik">> merujuk kpd ibadat HAJI
Orang bukan ISLAM sendiri nampak KEHEBATAN & COOLnya ISLAM.
Cuma ada kala kita sendiri tak ternampak.
Huhuhuhuhu....

Aku nampak TUN ABDULLAH ada join solat jemaah.
PM & TUN MAHATHIR solat masjid lain kot ei.
Bertambah hensem lak aku tgk PAK LAH pas pencen ni.
Hhehehehehe....

Lepas habis sessi berdoa, solat semua.
Tukar channel.
Malaysia vs Vietnam.
Belum habis lagi.
Takmo ketinggalan gak.
Harus tonton.
Hihihihihihihi.....

Time aku bukak still 0-0.
Tak lama pas tu Malaysia rembat 1 gol.
Yahuuuuuu....
Tapi aku tgk pas rembat 1 gol tu.
Malaysia main cam ala2 nak melengahkan jer.
Sampai keeper dpt kad kuning lorrr....
Alah boring le pulok.
Kalu tgh rancak main Refree tiup wisel.
Baru best.
Apa2 pun YABEDABEDU.
Malaysia Menang.....
Boleh balik dapat pujian + habuan.
BERBALOI BALOI....

Hik....

Wednesday, December 9, 2009

Mak2 Zaman Sekarang Suka Merungut????

Salam....

Aku ni kadang letih le gak melayan tahap kelasakan IR.
Ye le baby boy.
Lasaknya penat nak melayan.
Sesekali bising2 gak kt IR tu.
Tapi sekali fikir lak.
Syukur le kan anak kita aktif.
Apa le nak dirungutnya sangat.
Baru anak sorang.
Huh....

Ada gak aku tgk.
Bila nak berjalan ada mak2 jadikan alasan barang baby melambak.
Merungut bagai kata brg anaknye byk.
Siap kena berchecklist bagai.
Kot baru sebulan dua beranak.
Takpe le.
Ini kot anak dh 10 bulan mcm IR.
Apa BANGANG lagi ke maknya tak expert brg anak.
Macam aku mmg sebakul yg tinggal hari2 tu.
Tu ler barang IR bile berjalan.
Just tambah mana yg patut je.
Idak ler rasa mimpi ngeri sekali bwk brg baby.
Bukan kena pegang sepanjang perjalanan.
Sumbat je dalam bonet kete.

Ada pulak tu merungut dokong baby lelama.
kot dh penat duduk le kan dia kejap.
Bagus apa dokong baby.
Exercise lengan gitu.
Bole le turunkan berat badan yg gemuk tu kot.
Baru pangku anak dlm kete.
Tu pun ada merungut tak tahan.
Bagus apa.
Bole gak kempiskan montot memana yg lebor tu kan.
Hihihihihihihi....
Huh kot umor kite ni udah 50an merungut.
Tak larat pangku anak.
Lojikle gak.
Ini baru 20an.
Tenaga masih muda,segar bugar lagi.

Lagipun kalau kite merungut sangat bab anak ni.
Kang depa besor depa lak merungut kt kite.
NAK?? SUKA??
Tak mau kan.
Jadi fikir2 kan.
Juga ingatan utk diri sendiri.

Hik......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails