Iklan

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul....

Salam....

Hari ini bersamaan 12 Rabiulawal.
Hari kelahiran junjungan besar kita.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kita umumnya mengetahui betapa mulianya pekerti baginda Rasulullah.
Betapa tinggi akhlak baginda Rasulullah.
Betapa tabahnya baginda Rasulullah dalam menyebarkan syiar Islam.]
Kelahiran baginda Rasulullah.
Membawa rahmat kepada sekelian alam dan umat.
Kita umatnya sehingga hari ini pun.
Menerima tempias rahmat Rasulullah.

Teringat aku pada drama siri Arab
QAMAR BANI HASHIM.
Ya, drama siri ini mengisahkan Sirah Rasulullah.
Menarik.
Mudah difahami dan diterima.
Harap pihak Astro boleh buat marathon drama ni.
Ke dah buat?
aku je tak perasan....

Marilah kita berselawat ke atas baginda Rasulullah.
Sentiasa mencontohi akhlak baginda.
Sentiasa mempertahankan baginda.
Mengamalkan Sunnah baginda.
Biar sekecil amalan.
InsyaALLAH.
Kita mendapat manfaatnya.
Semangat maulidur Rasul itu.
Seharusnya bukan terhad pada 12 Rabiulawal ini.
Tapi pada setiap hari.

Kita umat terbaik.
Tapi umat terbaik itu hanya sekadar kosong.
Jika kita tidak mengamalkan ajaran dan sunnah baginda Rasulullah.

Wasallam.

Hik....


p/s : Entri ala tazkirah untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca.Hehehehe....

Thursday, February 25, 2010

Sambutan Hari Lahir Ir Yang Pertama....

Salam....

13.02.2010 hari tu genap Ir setahun.
Memandangkan aku masih bekerja pada hari terbabit.
Jadi majlis sambutan dibuat pada 15.03.2010.
Lokasi majlis adalah kedai maksu.

Majlis dibuat sederhana saja.
Syukur walau sederhana tapi rasa meriah.
Dengan kehadiran sedara mara.
Terima kasih pada mereka yang datang meraikan.
Pendapat aku.
Besar atau kecil majlis hari lahir.
Itu bergantung pada kemampuan memasing.
Jika kita mampu buat besaran.
Silakan.
Andai hanya termampu kecilan saja.
Itu tak menjadi masalah.
Yang penting adalah meraikan.
Sekadar ucapan pun memadai.
Itu lebih bermakna.
Hihihihi....

Terima kasih juga pada mereka.
Yang bersama menjayakan majlis ini.
Ewah....
Yang tolong memasak.
Tolong berhidang.
Tolong Mengemas.
Hahahahahaha....
Mereka yang dimaksudkan adalah :
Maksu, Makjang, Kakyong, Nani, Toklang
Terima kasih kerana sudi membantu.



Kek harus bentuk 1.
Menu utama adalah nasi ayam,
laksa mi(makanan popular di utara perak terutama pangkor,pantai remis)




Selamat hari Lahir....




Budak umur setahun.
Kemain makan tembikai.
Comot jangan cakap le.
Tengok hidung dia.
Ada merah.
Jatuh tersembam ketika berjalan-jalan bersama tok.

Sekian.
Hik....

Tuesday, February 23, 2010

9 NYAWA....

Salam....

Ini bukan entri reviu novel 9 NYAWA.
Karya RAMLEE AWANG MURSHID.
Tapi yang aku musykilkan.
Kita selalu dengar kucing miliki 9 nyawa.
Mitos atau hakikat?

Maknanya macamana.
Adakah sekali dia dah mati.
Tetiba bole hidup balik.
Contohnya.
Seekor kucing kena langgar.
Dah macam nyawa ikan.
Sekali hidup sebab ada lagi 8 nyawa.
Maknanya kucing tu takkan mati.
Sampai habis 9 nyawa dia.
Macam tu ke?

Atau 9 nyawa yang dimaksudkan.
8 kali dia nyaris mati.
Makna dia tak mati atau cedera langsung.
Cuma nyaris-nyaris.
Contoh kucing tu tidor dalam 1 kotak.
Elok je si kucing keluar kotak tu.
Tetiba jatuh benda berat besi ke apa.
Jadi kucing tu selamat sebab dah keluar kotak.
Itu pun makna tolak lah 1 nyawa ei?

Aku pun tak tahulah.
Kenapa aku dok fikir serius hal ni.
Sesiapa faham mari explain kat aku.

Hik....

Saturday, February 13, 2010

Ir sudah 1 Tahun Usianya....

Salam....


Hari ni.
Genap Ir 1 tahun.
Semoga membesar dengan lebih sihat dan kuat.
Membesar bagaikan juara.
Ewahhh....

Lah tetiba ummi macam tak tau nak tulis apa.
Selamat Hari Lahir sayang.
Nanti ummi belikan kek.

Hik....

Friday, February 5, 2010

Telatah Ir....

Salam....

Lihat aksi si kecik ni.
Ragamnya dah pelbagai.
Dah pandai jalan biarpun tak berapa stabil.
Kadang sambil jalan.
Usaha jinjing sekali bantal busuk.
Tak pun si E'O Cik De.
Lawak je.
Bawa diri sendiri pun tak berapa larat.
Ada hati nak bawa benda lain.
Jalan mesti nak mendepa tangan.
Nak bagi balancing badan le tu gamaknya.
Hihihiihi....




Anak kecil macam IR.
Memunggah memang hobi.
Dapat limau Tahun Baru Cina.
Dipunggahnya limau keluar.
Sekali dia yang masuk kotak.
Sangat comel.
Hehehehehehe.....
Ku biarkan saja.
Dia nak ekplorasi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails