Iklan

Friday, April 30, 2010

Event Bersempena Navy Day di Lumut....

Salam....

Sabtu & Ahad lepas.
Lumut ada pameran & pertunjukan.
Bersempena Navy Day kalau tak silap aku.
So pergilah aku membawa anak & adik-adik.
Entah kenapa kali ni Navy buat kat luar pangkalan lak.
Agaknya nak lagi mesra orang awam kot.
Kot buat kat pangkalan kang orang awam nak kena tinggal IC segala.
Gamaknya.

Lumut ni biasalah kalau ada apa-apa event.
Haruslah sesak dan parking penuh saja.
Usahkan tak ada event pun penuh manjang parkingnya.
Inikan pula ada event kan.

Time kami sampai tu.
Muzik ala-ala gamelan ke caklempong ke bergema.
Rupanya ada persembahan dari Pasukan Silat Olahraga Navy.
Persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS)


Kemudian persembahan kawad senyap.


Adik Navy tersenyum melihat gambarnya di snap aku.
Hihihihihihi....

Layankan je le gambar-gambar yang sempat aku snap.





Gambar yang di snap di booth pameran.
Booth tak banyak sangat.
Ada le dalam 6,7,8 gitu je.
Mungkin sebab kawasan yang terhad.

Kemudian ke KFC.

IR yang hanya mampu menjenguk permainan di KFC.
Sebab memang umminye takkan beli pun.
Hihihiiiihihi....


Ok mainan tak mampu menarik perhatian IR.
Akhirnya tangga juga menjadi pilihan hati.
Hihihihihhi......

Kemudian kami balik.

Hik....

Thursday, April 29, 2010

Gunit Kepeningan Gara-Gara PA&MA edisi Mei....

Salam....


Hahahahaaha....
Ini memang entri tak ada motif.
Tu baby cover PA&MA Mei tu comel kan.
Tetapi kecomelannya tidak mampu membendung musykil di hati gunit.
Gara-gara mencari 1 artikel atau spesifik gambar seseorang.
Yang menurut seorang gunit ada.
Tetapi tidak ketemu oleh gunits yang lain.
Sangat musykil ok.
Jenuh kami menyelak page by page.
Namun masih tidak ketemu.
Diharap gunit terbabit sila buktikan kenyataan anda.
Sesungguhnya gunit ini sudah pening.
Hahahahahahahhaaha....

Hik....

Saturday, April 24, 2010

Semalam Yang Hangat....(tajuk tak bole blah ok)

Salam....

Ye.
Semalam memang hangat pun.
Maklum le cuaca sekarang.
Redup pun tapi terasa haba panas.
Huh sungguhlah pemanasan global.
Tapi sehangat-hangat pun.
Aku dikira untunglah.
Sebab opis ada aircond gitu.
Yang keje tengah panas site.
Macam en wolverine.(kesian laki kesayangan ku)
Lagilah kesian kan.
Semoga derang tabahlah.
Mencari rezeki sesuap nasi untuk femili.
Ewah....

Balik keje semalam.
Maksu nak keluar pergi farmasi.
Dah alang-alang keluar.
Terus decide nak potong/botakkan rambut IR.
Si IR ni rambut dia kalau panjang macam tak berapa nak cantik.
Jenis tumbuh menegak tercacak-cacak.
Kira kalau ada cicak jatuh atas rambut dia.
Bole matilah cicak tu tertikam(wah extreme punya imagine)
Hahahahaha....

Macam biasa.
Si IR ni memang pesen potong rambut nangis tak ingat weih.
Memang kedengaran nangis seperti dipukul-pukul.
Huhuhuhuhuhu....
Aku yang nengok pun rasa macam takmo je bagi org tu potong.
Si tukang gunting tu pun memang cakap.
Biasalah potong rambut budak.
Memang majoriti macam tu lah.
Nangis derang.
Biarlah potong je kan.
Lagi pula aku rasa si IR memang bertambah hensem rambut pendek/botak.
Hehehehehehe.....
Entah apa le kena dia nangis ei.
Adakah geli?
Adakah sakit?
Adakah sayang rambut dipotong?
Sebab memang dia pegang-pegang je kepala.
Macam nak tarik je mesin rambut tu.
Seperti dalam hati berkata.
"Arrr.....rambut Irfan,tolong jangan potong"
"Irfan sayang rambut Irfan,takmo potong"
Wah pandai sungguh aku buat drama.
Hahahahahhaha.....



Dah nak abis potong.
baru teringat nak snap gambo.
Tengok sampai nak bengkak mata nangis.
Kesian anak aku.
Sabar ei IR.
Ummi cuma nak anak ummi hensem.
Hihihihihihi....

Hik....

Thursday, April 22, 2010

1 Warisan 1 Hati....





InsyaALLAH.
Jika takde aral melintang
Kami sekeluarga akan berpindah ke kediaman baru.
Masih di Lumut.
Masih di kampung yang sama.
Cuma di tanah sendiri.
Rumah sendiri.

Cerita bab tanah dan rumah ni.
Aku rasa memang topik sensitif bagi orang melayu.
Tengok je le lagu rasmi Biro Tatanegara(BTN).
WARISAN
Ada je terselit lirik tanah,harta benda.
Nak perjuangkan hak kita.
Memang mencabar dan dugaan.
Kes tamak haloba harta pusaka.
Walhal rasanya balasan dah dapat.
Tapi masih tak sedarkan diri atau bebal tak insaf???

Syukur ALLAH lorongkan jalan untuk kami sekeluarga.
Syukur hak yang lama dibolot oleh sang perakus.
Yang sepatutnya memang lama dimiliki.
Kini kembali kepada yang berhak.
Terima kasih pada Pak Uda
Yang telah memberi idea yang sangat bernas.
Terima kasih juga pada kontraktor yang banyak membantu.

Dugaan pasti akan mendatang.
Harap apapun dugaan biarlah dapat diatasi.
Semoga kami sekeluarga dapat hidup sehati seharmoni.
Amin....

Hik....

Friday, April 16, 2010

Imam Muda....

Salam....

Ini bukanlah entri khas untuk promosi IMAM MUDA.
Ye rancangan realiti terbaharu akan datang.
Di saluran ASTRO OASIS.
Aku tertarik tengok iklan IMAM MUDA ni.
Dan memang teruja nak tengok program ni.
Kira macam memecah tradisi lah program ni.
Konsep lebih kurang AF gak.
Sebab peserta yang terpilih akan dikurung selama 3 bulan.
Cuma intipati yang jauh berbeza.
Mesti menarik program ni.
Bolehlah tengok sambil menambah ilmu di dada.
Disamping cuci mata
tengok bakal-bakal imam muda yang hensem gitu.
Amboi tersasar dah aku ni.
Hahahahahaha....

Gambar bawah ni Imam Muda kesayangan aku.
Ewah.........
Moga-moga dimakbulkan.
Amin....

Saturday, April 10, 2010

Peragut>>>>Kita Semua Harus Berwaspada....

Salam....

Yup, kita semua harus berwaspada.
Untuk semua dalam kehidupan seharian.
Tapi untuk entri ini.
Aku lebih tekankan pada kes ragut.

Sesiapa yang ada menonton Buletin Utama malam tadi.
Ada disiarkan CCTV 1 kes ragut.
Lokasi aku tak berapa ingat.
Tapi dari imbasan CCTV terbabit memaparkan.
Seorang auntie sedang berjogging di pagi hari
di kawasan taman perumahan.
Diekori 2 lelaki bermotosikal.
Setelah pasti keadaan mencurigakan.
Auntie tersebut memanjat pagar rumah jirannya.
Tetapi peragut yang sangat terdesak
turut sama memanjat pagar terbabit.
Weih gila scary je aku tengok.
Siap bawa parang tu sang peragut.
Isk ingatkan dah masuk kawasan rumah harusle selamatkan.
Rupanya tak gak.
Geram je tengok.
Rasa aku nak masuk je dalam TV tu tangkap peragut tu(ewah.....)
Syukurlah auntie tu tak diapa-apakan.
Tapi rasa geram & marah tetap ada le.

Tadi aku terlebih rajin
Gugel youtube pasal peragut.
Adalah jumpa beberapa video.
Huish macam-macam taktik peragut.
Ada 1 taktik tu peragut tunggu luar pagar rumah.
Dalam video tu tunjuk kelibat seorang lelaki mundar mandir depan rumah.
Setelah pasti mangsanya dah keluar dari rumah.
Sebab lampu rumah dah padam.
(Aku bajet ni waktu selepas subuh.)
(Dan mangsa mungkin seorang cikgu yang nak pergi sekolah)
Peragut menyorok tepi pagar.
Kemudian kelihatan alarm kereta berbunyi.
Pada waktu nilah peragut masuk ke dalam pagar rumah terbabit.
Tak lama kemudian lari keluar dengan cepat.
Huh aku yakin ni mesti dia dah dapat apa yang dihajat.
Isk takut je.

Memang kita kena sentiasa berhati-hatilah.
Jangan pakai perhiasan emas dengan terbuka.
Pegang beg tangan dengan selamat.
Jangan bawa barang berharga.
Jangan biar barang berharga dalam kereta.
Cepat-cepat lock kereta bila masuk kereta.
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
( aku ni kadang tak peka gak)huh....

Memang orang kata.
Benda nak jadi.
Jaga macamana pun jadi gak.
Tapi bagi aku sekurangnya kita ambil langkah pencegahan.
Mana tahu bole dihindarkan.

Usaha.
Doa.
Tawakal.

Hik....

Friday, April 9, 2010

Mengemas Rumah???? Tidur mata tak rapat????

Salam....

Dulu aku selalu komplen.
Apalah orang ni biar rumah bersepah
Merujuk pada orang yang punya ramai anak kecil.
Sekarang setelah memiliki anak sendiri.
Aku faham kenapa rumah femili itu selalunya bersepah.
Apa lagi kalau anak lelaki ramai.
(ke aku yang sebenarnya malas kemas)
Hihihihihihihi....

Ok....
Mungkin ada femili yang punya ramai anak.
Tapi rumah masih kelihatan kemas dah teratur.
Korang memang super arr.
Hakikatnya aku rasa ramai ibu-ibu yang pengalaman sama seperti aku.
Sekarang ni memang aku biarkan je bila si IR buat sepah.
Kata orang itu cara dia belajar( a'a belajarlah sangat)

Takpe.
Ir bila dia sepahkan dia akan kemas balik
Tengok gambar di bawah.
Siap tolong menyapu.(huh rajin anak aku)
Dari cepat jadi lagi lambat keje aku.
Huh.....



Bila tengok dia tidor.
Alahai cair hati.
Penat le tu tolong aku mengemas.
Oh Ir memang fesyen tido mata tak tutup rapat.
Kadang macam style mata UNDERTAKER.
Scary gak kadang aku.
Eh boleh pulak scary aku ni.
Lempang kang....
hehehehehhehe....
Aku rasa sebab time pregnant dulu.
Aku selalu layan wrestling.
Tu IR terikut kot.
Yelah tu.
Ada kawan aku dulu.
Cakap kalau tido mata tak rapat.
Tu tanda nak dapat laki hensem.
Aku tido mata tak rapat.
Dan memang aku dapat laki hensem
Kebetulan kot.....
MUhahahahahahaa.....
Eh merepek sudah....


Anak oh anak....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails