Iklan

Friday, June 18, 2010

Pencinta Haiwan Bukan Pendera.......

Salam....



Tengoklah anak aku IR.
Selamba aje pegang kucing.
Sambil dia pegang tu aku dok jaga-jaga gak le.
Risau aku kang dibuatnya dicekiknya anak kucing tu.
Haru.
Nasib baik cekikannya tak berapa kuat.
masih bernafas kucing tu.
Mula-mula time Ir nak pegang kucing tu.
Garang gak le si kucing tu.
Siap kemain mulut cam mengaum2.
Sekali pegang dek IR....
Baik cam bodoh je.
Dengan si mak kucing ni pun.
Boleh selamba IR angkat.
Nasib baik SI Tijah tu ok.
Tak digigitnya IR.
Tapi muka kalau tengok memang ada asamlah.
Hahahahahahha.....

Aku bajet.
Memang bebudak suka kucinglah.
Suka takpe jangan sampai kau dera dah la anak oi.

Hik....

Saturday, June 12, 2010

Sanggul Bonggol Unta.....

Salam....

Sebenarnya dah lama aku nak buat entri ni.
Khas untuk peringatan diri sendiri dan sesiapa yang sudi menjenguk.
Aku tak tahu siapa yang mulakan trend ni.
Pakai tudung nampak sanggul terjojol.
Memang macam bonggol untalah.
Ada yang kata ikut wanita Arab.
Hello trend wanita Arab tak semesti mengikut Islam sebenar.
Asal Arab ingat baik ke?
Huhuhuhuhuhu....

Masa aku zaman matrik dulu.
Memang kawan-kawan dari sekolah agama.
Bagitahu yang kalau kita pakai tudung.
Tapi sengaja meninggikan sanggul dalam tudung.
Kata mereka berdosa.
Tapi yelah zaman muda belia aku tak amik pusing pun.

Sehinggalah baru-baru ni ada yang mengeluarkan kenyataan.
Bertudung sanggul sebegitu haram di sisi Islam.
Di bawah aku cilok dari komen di blog Ustaz Hasrizal

eity
says:
28/05/2010 at 11:05 am…”di dalam tudungnya ada bonggol sanggul meninggikan kepala, kakinya memakai loceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.”
ustaz,apakah hukum memakai sanggul?saya keliru adakah ianya dibenarkan jika kita berambut panjang?

Reply

Abu Saif
says:
28/05/2010 at 11:14 amPerempuan yang berambut panjang, hendaklah memposisikan sanggul di dalam tudungnya itu di bahagian belakang kepala atau sedikit ke bawah berhampiran leher.
Meninggikan sanggul di bahagian atas kepala, adalah cara berhias yang dilaknat oleh Allah SWT seperti di dalam hadith-hadith Nabi SAW


Ok aku harap kita jelas dengan isu ini.
Mungkin kata kita
"alah rambut aku dah panjang, memanglah akan nampak terbojol"
"habis tu kalau tak nampak terbojol orang laki tau lak rambut pendek ei"
Itu aku rasa antara alasan yang boleh kita kata.
Tapi bagi aku sendiri.
Kalau dah terbojol tu.
Secara tak langsung memang dah menarik perhatian.
Jadi bila dah menarik perhatian.
Sendiri mahu faham lah ei.

Ni hadith sahih yang aku jumpa berkaitan isu sanggul bonggol unta

Daripada Abu Hurairah ra
beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka
yang tak pernah aku lihat iaitu
yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu
(bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut)
dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian
tetapi keadaannya umpama telanjang (ketat),
dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok
dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.
Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga.
Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
(Hadith diriwayat oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Malik)

Semoga aku dan kalian mendapat info yang berguna.
Aku bukan ustazah.

Hik....

Wednesday, June 9, 2010

Makan Udan Lipan.....Ada Bran????

Salam....

Siapa sini pernah dengar atau makan UDANG LIPAN.
Mungkin lain tempat lain kot namanya.
Area aku memang panggil udang lipan.
Kalau in English namanya MANTIS SHRIMP.
Rasanya memang ada tempat-tempat yang panggil UDANG MENTADAK kot.
Aku rasa udang ni memang antara tergolong makanan eksotik gak kot.

Rupa memang peliklah.
Ada orang panggil UGLY LOBSTER.
Hahahahahahha.....
Sebab tu aku rasa tak ramai yang nak makan kot.
Even aku memula tengok dulu pun.
Macam takut je nak makan.
Tapi aku ibaratkan macam masuk FEAR FACTOR lah kekonon.
Makanlah.
Rasa udang ni memang tak fear langsung weih.
Memang macam udang biasa je.
Lagi manis & sedap.

Hari tu maksu beli lagi udang ni.
Dia ikut musim kot.
Sebab ada masa tak ada orang jual.
Kami masak goreng kunyit je.
Kalau kalian makan di restoran seafood.
Selalunya uadng ni dimasak dengan kulit sudah dibuang.
Jadi tak adalah menakutkan macam nak makan.
Tapi kami masak dengan kulit je kecuali digunting kaki & kepalanya.
Sebab kalau salah teknik buang kulit.
Nanti isi jadi kurang.
Tak feel & eksotik lak kang.
Hihihihihihihhi.....



Ni hah udang lipan yang sudah aku guntingkan sedikit kepala, kakinya.


Ada bran mahu makan?????
Alah gambar yang sudah dimasak.
Tak snap lak.

Oh ya menurut kepercayaan chinesse.
Udang ni elok dimakan untuk kesihatan kaum lelaki.
Wallahualam.

Hik....

Monday, June 7, 2010

Salam....

Ambil nafas...ambil nafas....
Huh...huh...huh.....

Ni berlaku hari Jumaat hari tu.
Kisahnya macam ni.
Hari Rabu tayar kereta pancit/bocor.
Jadi kami tukarlah 2 tayar.
Semua nampak ok je.
Sekali hari Khamis tu aku bawa kereta ada bunyi lain macam.
Bunyi macam tayar kereta tak ada angin.
Gedeguk...gedegak...gedeguk...gedegak bunyinya.
Turun, check tengok tayar ok je.
Tak de lempeng ke apa.
So drivelah seperti biasa.

Malam tu aku dah mengadu ke en wolverine.
Dia kata mungkin tayar baru tu tak sesuai.
So nanti nak checklah.
Esoknya , Jumaatlah kan.
Aku pun drive jelah macam biasa.
Kat tayar masih ada bunyi-bunyian.
Lagi kuat bunyi bila belok tau.

Jadi balik lunch tu.
Aku ngadu lagi ke en wolverine.
Dia pun ajaklah test drive.
Sebab 2 hari ni memang aku je yang pegang stereng.
Dah bawa tu memang ada bunyi.
Tapi en wolverine ingat bunyi bearing ke apa.
Dia pi goyang-goyang tayar tu.
So try bawak jauh sikit & laju sikit.
Bila berhenti traffic light en wolverine keluar jenguk.
Sambil main stering.
hah ko time tu rupenye tayar dah ngeng....ngeng....nmgeng....
Macam nak terkeluar dah.
Bila berhenti tengok 1 skru dah hilang.
masa memula tadi still ada skrunye.
Cecepat g kedai tayar suh pasang balik skru & ketatkan.




Tayar yang dah hilang 1 skru.
Lagi 3 tu dah sedia longgar.

Huhuhuhuuhuhu....
Nasib baik takde time aku bawa
Tayar tu tercabut ke apa.
Tak ke naya je.
Syukur sangat.

Sabotaj ke apa????
Hahhahahhaha....
Siapalah nak sabotaj aku.
Ni kes cuai le ni.
Mesti yang masa tayar aku pancit tu.
Pomen yang tukar tu tak ketat properly.
Huh....

Hik....

Tuesday, June 1, 2010

Biar Terkena Kotoran Demi Pengalaman....

Salam....

Anak aku si IR memang suka ais krim.
Selalu aku bagi ais krim mangkuk tu.
Tak pun set-set conetto.
Hari tu bagi ais krim batang.
Wah pandai dia pegang & makan.
Adalah comot-comot sikit.
Tapi ada gaya gitu pegang.
Macam dah besar je gayanye.
Hari tu pun bagi ais krim mangkuk takmo dah orang suap.
Dia nak suap sendiri.
Suaplah anak oii....
Bak kata iklan serbuk pencuci BREZZE.
"BIAR TERKENA KOTORAN DEMI PENGALAMAN"
Hahahahahaha.....


Siap baring gitu.
Kemain....

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails