Iklan

Wednesday, November 3, 2010

Result MGTT....

Salam....

Hari tu aku maternity checkup.
Urine test ada gula katanya.
Tapi bila dibuat test darah dalam gula.
Kandungan gula hanya 4.2.
Yang mana rendah untuk paras normal.
Tambah pula aku dah sarapan nasi lemak waktu tu.
Nurse pun pelik.
Urin ada gula.
Tapi paras gula rendah.
Jadi kenalah jumpa doktor.
Doktor kata ok sebab paras gula rendah.
Bila aku tanya kenapa urin ada.
Doktor kata mungkin ada error gitu.
Tapi biasalah klinik kerajaan.
Depa memang teliti sikit.
Even result hari tu rendah gula.
Masih tetap kena jalani MGTT.
Ye ujian minum air gula yang pekat.
Untuk tau paras gula dalam darah.

Ok mahu tak mahu kenalah buat ujian.
Sopan santun aku menikmati air gula pekat tu.
Sikit-sikit dihirup ibarat menikmati hot chocolate.
Ewah....

Bila result keluar.
Aku sendiri pelik menengoknya.
Paras gula aku :

Sebelum minum = 4.19
Selepas minum = 4.19

Tak berubah ok.
Sudahlah rendah pula tu.
Nurse saspek aku ada muntah time minum tu.
Tak ada muntah ok.
Memang minum sampai habis.

Sesiapa boleh tak jelaskan pada aku.
Adakah benar maknanya aku kekurangan gula?
Adakah maknanya badan aku cepat proses gula kepada tenaga?
Adakah aku punya insulin terlebih yang cepat berkerja?
Atau badan aku lambat nak serap gula tu.

Tolong terangkan kalau tahu.
Atau kalian pun ada alami macam aku.

Hik....

Tuesday, November 2, 2010

Kes pemotongan elektrik (Amanah + Cuai)

Salam....

Kisah ni terjadi pada famili aku baru-baru ni.
Alkisah 1 petang yang nyaman lepas balik kerja.
Sampai je rumah.
Kami dapati rumah tak ada elektrik.
Bila cek, fius elektrik utama di luar rumah tak ada.
Saspek, sama ada dicuri atau elektrik dipotong.
Tapi kalau dipotong kami tak pernah dapat sebarang notis pemotongan.
Dari bil hanya ada 1 bil tertunggak dengan nilai lebih kurang RM101.
Tapi rasanya tidak memberi sebarang efek untuk pemotongan kan.
Sebab nilai cagaran bil RM200.
Secara lojiknya aku fikir macam tu.

TNB Sitiawan dihubungi.
Pihak di sana suruh cek sama ada betul tak pernah terima sebarang notis.
Sememangnya tak pernah dapat sebarang notis pun.
Maksu pun pelik kalau betul dipotong.
Bagaimana cagaran RM200 tu.
Tak ambil kira ke?
Pihak TNB tu cakap, cagaran memang tak kira.
WTH!!!
Kalau macam ni baik tak perlu diletakkan cagaran.
Buang masa saja deh.

Setelah di cek paksu jumpa 1 notis pemotongan di depan rumah.
Letak begitu saja je.
Kira terus notis terakhir.
Dari notis tu kami dapati.
Bayaran akhir dibuat pada 7.9.2010.
Sedangkan pada 15.10.2010 maksu ada buat bayaran bil di kaunter TNB Sitiawan.
Tapi memang maksu pelik.
Sebab time bayar bil.
Kerani kaunter tu cek lama tenung komputer.

Esoknya ke TNB Sitiawan untuk bertanya lanjut.
Bila ditanya pada pihak TNB kenapa tak terima notis awal.
Kata mereka notis dihantar melalui pos.
Jadi posmenlah yang salah tak buat kerja kot.
Hmm.....

Bila di cek lagi sekali memang bayaran yang dibuat pada 15.10.2010.
Tiada dalam rekod TNB.
Hanya ada rekod pada 7.9.2010 iaitu bayaran yang aku buat melalui M2U.
Maksu ni jenis selagi tak puas hati.
Selagi tu akan didebatkan.
Maksu tunjukkan resit bil yang dia bayar.
Baru maksu perasan walaupun keratan kecil telah dipotong.
Tapi tiada cetakan komputer.
Hanya ada tulisan tangan dengan pen.
Ok disini maksu ada sedikit cuai.
Aku pasti kalau pada 15.10.2010 tu maksu cek resit selepas bayar.
Pasti hal ini tak jadi isu.
Tapi yelah benda dah nak jadi kan.
Puas berdebat.
Akhirnya kami mengalah.
Bil dibayar jugak.

Tapi bila sampai dalam kereta.
Naluri hati manusia yang tidak puas kerana yakin di pihak benar.
Maksu lagi tertanya-tanya.
Betul nilai bil hanya Rm100 gitu.
Tapi rasa ditipu dan teraniaya mengatasi RM100 tu.
Oh ya lupa nak bagitahu.
Ditakdirkan
Kerani kaunter yang jaga kaunter hari tu orang yang sama pada 15hb tu.
Jadi senang nak ingat.
Kembali masuk ke TNB Sitiawan.
Untuk menegakkan keadilan (ewah.......)
Ada dengar sinis kakitangan TNB perli "Hah, apa lagi ni"
Tapi tak apa abaikan.
Demi keadilan harus ditegakkan.

Maksu tak puas hati.
Aku dah bayar melalui M2U.
maksu lagi bayar di kaunter.
Kerani tu senyap je.
Adakah senyap sebab rasa bersalah.
Ada seorang kakitangan kata.
Kalau tak puas hati boleh jumpa pegawai atasan.
Kalau melibatkan kes tak amanah.
Akan disiasat.
Kerani kaunter tanya apa maksu nak.
Maksu kata nak balik duit yang dah bayar pada 15.10.10 tu
Bayaran yang tiada rekod tu.
Mengagumkan kerani tu bagi tunai kat maksu duit tu.
Adakah dia rasa dia di pihak yang salah.
Wallahualam....

Dalam kes ni.
Kami cuai kerana tak cek resit selepas bayaran.
Tak tengok bahawa tak ada cetakan komputer.
Tapi duit yang maksu bayar tu.
Masuk ke kocek siapa?
Sebab tiada rekod.

Penipuan boleh berlaku bila-bila masa.
Apatah lagi kalau kita sendiri yang leka.
Walau melibatkan nilai kecil.
Tapi nilai murni yang hilang tetap sama.
Aku harap selepas ini kami akan sentiasa berhati-hati.
Syukur tuhan tunjukkan jalan kali ini.
Adakah orang lain ada pengalaman serupa kami?

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails