Iklan

Thursday, June 30, 2011

Gemuk Tanda Bahagia. Kurus tandanya???

Salam....

Bila kita dah kahwin ni.
Terutama bagi si isteri-isteri.
Perubahan fizikal.
Memang yang utama orang perati.
Nak-nak lepas kita beranak.
Bergantunglah kepada perubahan fizikal kita tu.

Tapi bagi aku.
Sebenarnya lagi untung kalau kita berisi.
Sebab at least kita bole jawab
"Aku bahagia, laki aku bagi makan cukup"

Kalau makin kurus.
Paling koman pun ,boleh jawab
"Letih jaga anak"
Takkan nak jawab
"Sengsara hidup, makan hati. Laki tak bagi makan cukup"
Hehehehhehe....

Jadi kesimpulannya.
Lepas kahwin gemuk lagi untung.
Sebab itu secara tersuratnya orang tau.
Rumahtangga kita bahagia.

Hmmm....
Tapi tak bermakna orang kurus tu rumahtangga depa tak bahagia.

Hik....

Tuesday, June 28, 2011

Seruan Azan di Astro Oasis.

Salam....

Aku suka layan azan di Astro Oasis.
Dulu siaran azan dia
Gambarkan kehidupan insan.
Dari dilahirkan disambut dengan azan/iqamat.
Zaman kanak-kanak.
Remaja, sehingga dewasa dan berkeluarga.
Punya anak sendiri.
Sampailah ke akhir usia.
Disolatkan pula.
Kira kalau tengok siaran azan ni.
InsyaALLAH boleh buat kita sedarlah.
Walau cuma seketika.
Yang bagusnya berterusanlah.

Terkini siaran azan di Astro Oasis.
Setakat ni yang aku pernah tengok 2 orang artis.
Mawi dan Amy Search.
Tapi yang menarik bagi aku.
Ialah cerita latar azan tu.
Suasana digambarkan waktu maghrib
(waktu ni je le aku berkesempatan tengok)
Ada yang menungu bas di bus stop.
Remaja sedang bermain bola.
Kanak-kanak di taman permainan.
Bagusnya bila waktu solat tiba.
Depa semua berhenti.
Indahnya kalau kita semua umat Islam macam tu.
Bersegera menunaikan solat.
Hormat seruan azan.
Indahnya....
Dan kalau kita sendiri hormat pada seruan azan.
Pasti umat lain pun akan hormat.


*** Pesanan untuk diri sendiri juga ***

Monday, June 27, 2011

Karnival Di Marina Island - Bertemu Upin & Ipin

Salam....

Sepanjang minggu lepas berlangsung karnival di Marina Island, Lumut.
Marina Island ni memang tempat cantiklah untuk lepak-lepak.
Tepi laut kan.
Dari sini kalau nak ke Pulau Pangkor naik bot.
Dalam 10-15 minit je pun.

Ada pertandingan kenderaan antik.
Vespa. Van. Volkswagen (eh tak reti nak eja)

Banyaklah booth2 yang ada.
Dan yang paling penting ada booth Upin & Ipin.
Walaupun yang dijual cuma air minuman & kurma.
Tak apa lagi bagus.
Kang banyak barang dijual lagi banyak nak dibeli.
Hehehehehe....

Ir memang minat Upin & Ipin.
Jadi mendengarkan saja ada maskot Upin & Ipin.
Aku sebagai ibu yang ingin membahagiakan anaknya.
Tidak mahu lepaskan peluang gitu.

Maka. semalam kami ke karnival.
Mula pergi pukul 11.30 am.
Upin & Ipin tak ada lagi.
Pukul 3pm baru ada.
Malas nak tunggu, balik dulu.
Rumah dekat so no hal lah.
Tunggu pun malaslah.
Panas.
Tepi laut.
Even cuaca redup.
Tapi terasa bahang.



Memula sampai. 3 beranak.





IR bergambar dengan salah satu kereta antik yang ada.
Gaya macam kereta tentera je.






Pagi, maskot Upin & Ipin tak ada lagi.
Back drop je.
Bergambar juga tu.
Zikri tido time ni.




Nilah kurma dan air Upin & Ipin.
2 ni = RM5



Dalam pukul 2.30pm kami pergi semula.
Upin & Ipin masih tak ada.
Tunggu MB Dato Seri Dr Zambry rasmikan karnival baru depa ada.
Huh.

Tunggu punya tunggu dalam pukul 4 baru Upin & Ipin ada.
Mujur 2 anak aku tak meragam.
Nak bergambar dengan Upin & Ipin.
Kena beli air 5 botol = RM10
Dapat 1 kupon baru bole bergambar.
Tak apalah demi anak.
Lagipun dapat air pun kan.
Tapi time nak bergambar tu
Ya ALLAH.
Orang bertolak-tolak.
Aku tak tahu kenapa.
Nilah kan anak-anak punya pasal.
Mak Ayah sanggupkan.
Tapi aku konpius gak.
Anak-anak yamg lebih ke mak ayah yg lebih.
Hahahahahaha.....
Malu pun ada mengingatkan insiden bertolak-tolak semalam.
Sampai selipar Ir tercicir le sebelah.
Sorry le kepada bapa yang depan aku semalam.
Aku terpaksa tolak sebab nak bagi Zikri & Ir selesa.
IR dah macam mandi peluh.
Aku riso dia pitam je.
Im so sorry.....
Heheheheheee....
Terima Kasih juga pada beberapa orang mak ayah
Yang prihatin sebab aku ada bawa baby.
Siap ada yang jerit-jerit suruh lepaskan kitorang dulu.
Sebab aku ada kendong baby.

Ir tengok je Upin & Ipin.
Dia punya senyum.
Berbunga hatiku tengok.
Tapi bila si Upin nak dokong dia.
Dia macam ala2 takmo.
Terkejut kot.
Dalam TV Upin & Ipin kecik je.
Yang ni bapak giant.
Hahahahahaha....




Sementara tunggu Upin & Ipin.
Lepak dulu kat tepi pentas utama.
Tengok MB nak rasmi & beri hadiah pada pemenang pertandingan.
Baik je Zikri.
Uk...ek kejap je sebab nak susu.
Bila dah di BF elok je.




Si abang.




Yang Berhormat MB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir.






Bergambar bersama vespa2 antik.






Alahai Upin & Ipin.
Kalau tak kerana anak.
Memang takde le aku nak berebut beratur berhimpit.
Tapi oklah.
Even dapat sekeping je.
Masing-masing dapat sekejap je.
Ir pun tak ready.
Tengok selipar sebelah tak ada.
Dah tercicir.





Dapat je bergambar.
Lepak tepi pantai pula.
Bagi tenang sikit jiwa.
Pastu cau cin cau....

Tapi aku puas.
Puas sebab dapat happykan Ir
Hik....

Sunday, June 26, 2011

Salam....

Yuhuuuu....
Zikri dah meniarap.
Dah 3 minggu gitu.
Sekarang pantang lepa.
Letak je terus nak pusing.
Hahahahahah....
Comel.



Cepatlah anak merangkak.
Berjalan.
Boleh cepat main sama abangmu.

Hik....

Saturday, June 25, 2011

Cerita Anak-anak

Salam....

Bila bercerita pasal anak-anak.
Memang banyak ceritanya.
Memang tak akan habis.
Pe'el depa.
Kelaku depa bila meragam.
Comelnya depa terutama di mata kita.
Memang tak jemulah cerita pasal anak ni.



Ir dan Zikri.
2 beradik ni.
Kadang bila tengok Ir memain sesorang.
Tak sabar aku nak Zikri cepat besar.
Biar bole main sama dengan abangnya.
Ir pun rasanya setakat ni ok dengan adiknya.
Walaupun 2 bulan pertama Zikri lahir agak mencabar.
Ir dengan meragamnya.
Cemburunya.
Syukur sekarang nampak ok.
Walau ada masa kaki IR nak ke Zikri juga.
Tangannye halus je menjentik kepala adik dia.
HEheheheheh....
Sekarang pantang adik nangis sikit.
Dia dulu menjenguk.
Abang yang prihatin gitu.
Bila depa 2 beradik berseloroh.
Si abang yang ketawa lebih berdekah-dekah.
Hahahhaaaa.
Penghibur kami.



Aku sayang anak-anakku.
Terima kasih ALLAH atas nikmat ini.
Semoga anakku membesar sebagai insan yang berkualiti.

Amin....

Tuesday, June 14, 2011

Majlis Berkhatan Afif

Salam....


4/6/2011 hari tu.
Berlangsung majlis berkhatan adik aku Afif.
Alhamdulillah semua selesai dengan jayanya.
Tetamu silih berganti datang hingga malam.
Rezeki.

Menu semua masak sendiri gotong royong sesama keluarga.
Harmoni gitu.
Daging Goreng Kunyit.
Sambal sotong petai.
Kari ayam.
Ikan masak kicap.
Sayur campur.
Ulam-ulaman bersama sambal belacan.
Pulut kuning >> Orang Perak harus ada pulut kuning
Bihun goreng.
Agar-agar.
Buah tembikai.
Cupcakes comel >> Import dari Kajang oleh Kak Yong


Orang yang nak dikhatankan.
Pengantin kita hari tu.
Sarapan dulu.
Muka steady lagi.




IR dan Cik De.
Ada gak aku terfikir nak khatankan dia sekali.
Tapi kecik lagi kan.
Kang dibuatnya dia menjerit tak dok diam.
Haru..
HEhehehee....







Sessi bergambo sebelum acara khatan.





Sessi berkhatan.
Doktor Zakaria khatankan.
Orang area Manjung-Sitiawan-Lumut.
Harus tahulah klinik Dr Zakaria ni.
Kebetulan hari tu cuti umum.
Klinik tutup.
Dr offer datang rumah.
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Terima kasih Dr kerana sudi khatankan di rumah.





Sessi bacaan Yassin oleh kaum2 ibu.
Wah ibu gitu.
Auwww....
Tengok 2 orang anak bujang aku tu.
IR macamkan bersungguh baca tu.
Sejuk hati ku tengok.
Ewahhh....





Suasana majlis & antara tetamu yang hadir.





Tak best kalau tak taruk gambo suami sendiri.
En wolverine.
Penat tu.
Antara orang kuat majlis hari tu.
Hehehehe....




Last but not least.
Zikri.
Alalalalalala anakku.

Hik....

Tuesday, June 7, 2011

Entri Orang Umur 31 Tahun.

Salam....



31hb Mei yang lepas.
Genap umur aku 31 tahun.
31 tahun dah hidup di dunia yang fana ni.

Hmm...
Dalam umur macam ni.
Nak fikirkan pencapaian aku.
Harta yang ada?
Kerjaya?
Ilmu yang ada?
Ilmu yang berterusan dikongsi?
Amal Ibadat?
Huh....
Memang boleh down kalau difikirkan.
Memang cukup-cukup tak sempurna.

Itu belum lagi masuk bab peranan aku.
Aku sebagai isteri.
Sebagai ibu.
Sebagai muslimah.
Lagilah kecik rasanya.
Seboleh mungkin aku cuba buat sebaik yang mampu.
Cuba jadi isteri yang menyenangkan.
Ibu yang boleh dibanggakan anak-anak.
Harap aku diberi peluang lagi lama.
Cukup lama untuk lihat anak-anak membesar.
Amin....

Syukur.
Masih diberi nikmat hidup.
Nikmat berkeluarga.
Mohon sentiasa ditetapkan hati & iman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails