Iklan

Sunday, August 28, 2011


Salam....

Tup tap.... Tup tap....
Dah nak habis Ramadhan.
Rasa sedih.
Sebab macam rasa tak kaut semua kelebihan pada bulan ni.
Huhuhhuhu....
Harap ada lagi kesempatan tahun hadapan.
Dan moga pada waktu tu takde lagi ku leka-leka.

Syawal dah nak hampir.
Rasa gembira.
Persiapan ala kadar.
Ikut bajet mana yang mampu je.
Lebih ke anak-anaklah.

Kepada siapa yang sudi membaca.
Ku ucapkan Salam Aidilfitri.
Moga kalian semua bergumbira di hari raya ini.

Cool Di Hari Raya.
Ok.

Hik....

Wednesday, August 24, 2011

Aku Nampak 1Malaysia


Salam.

Beberapa hari yang lalu aku temankan opah ke hospital.
Hospital Manjung.
Hospital gomen.
Pagi pukul 8am.

Di kaunter pendaftaran.
Aku nampak Pak Hj Mat sedang borak dengan kawannya Pak Cik Mail.
Uncle Ah Fatt sambil pegang tongkat.
Auntie Kalai.
Makcik Mariah bawak anak-anak.
Abang Zaidi.
Nyonya asoh dan anaknya amoi.
Govindan.
Beberapa budak sekolah teknik.
Dan jumlah 3 kaum utama ni.
Boleh kata sama saja jumlahnya pagi tu.

Dalam hati aku.
"Ini baru nampak 1Malaysia"

Hik....

Wednesday, August 17, 2011

Janganlah Terlalu Yakin Menyuarakan Sesuatu Yang Tak Pasti....


Salam....

Keyakinan tu memang perlu.
Malah sifat positif.
Yakin Boleh gitu.
Tapi ada masanya.
Janganlah konpiden beria.
Ni aku merujuk pada situasi yang kita tak pasti kebenarannya.
Misalannya kita dengar cakap-cakap orang.
Atau yang kita baca di laman blog.
Laman gosip.
Tak semestinya yang tertulis tu sahih.

Aku beri 1 contoh.
Kita menerima 1 artikel melalui emel.
Menyatakan :
Minuman X tak boleh diminum.
Kerana terkandung cacing.
Lalu kita atas dasar konon nak cepat menyampaikan info.
Terus bikin status di fb
" Hei, jenama X tak boleh diminum, ada cacing di dalamnya"

Aduh, nampak gelojoh kan.
Sepatutnya kalau nak selamat tulislah.
" Hei, jenama X tak boleh diminum, ada cacing?"

Hah nampak kan ada tanda soal gitu.
So nampaklah kita bertanya.
Sebab mende tu tak terbukti lagi.
Jatuh fitnah kang.
Tak pepasal kita kena saman pulak.
Sekarang dahlah zaman saman menyaman.

Gosip-gosip pun gitu.
Janganlah kita konpiden 100 peratus semua gosip yang kita baca.
Mungkin ada gosip yang betul.
Tapi janganlah sekali baca kita dah jatuh hukum betul.
Nama pun gosip.
Media sekarangpun.
Bukan boleh percaya sangat.
Berita utama pun sama.
Manipulasi je lebih.
Kadang meluat aku tengok.

Bagi aku.
Tahap penerimaan kita pada sesuatu khabar.
Berita.
Tu pun melambangkan tahap kecerdikan kita.
Takkanlah kita nak melulu percaya kan.

Aku tulis ni ingatan untuk aku juga.
Maknanya bila menerima apa-apa perkhabaran.
Konpomkan dulu kesahihannya.
Kalau yang buruk.
Minta kita dijauhkan.
Kalau yang baik, baik- baik saja mintanya.

OK.

Hik....



Monday, August 15, 2011

Badak Berendam....


Salam....

Ye badak memang suka berendam.
Tapi tak tau apa sinonim kuih ni diberi nama
Badak berendam.
Nak kata rope badak.
Tak juga.
HEhehehehe....

Semalam buat badak berendam.
Selalu aku gugel.
Mesti jumpa pesen bulat-bulat je.
Tapi turun temurun famili aku.
Pesen lain sikit badaknya.


Hah camgini ye versi famili aku punya badak berendam.
Ala-ala ternganga mulut badak kot.


Curah santan.
Barulah namanya badak berendam.

Gambar dah siap tak pulak aku snap.
Hehehheehe....

Oh resipi memang mudah dan ringkas.

Tepung pulut.
Pati pandan.
Sedikit air.
Gula.
Santan.
Tepung gandum (bancuh dengan santan)

Dah masak buh peti es.
Makan sesejuk.
Sedap.....

Hik....

Friday, August 5, 2011

Edisi Istimewa Drypers.

Salam....

Sesiapa ada beli Drypers yang edisi istimewa tu?
Memang dah lama ke?
Atau aku yang baru tahu?
Eh! Menarik juga kan.
Comel rasanya bila dipunggung anak.
Heheheheehe....



Ada 4 rekabentuk semuanya.
Setiap pek ada 2 rekabentuk yang berbeza.



Ini yang aku beli.
Ini belakang.



Hadapannya.


Aku memang beli Dyrpers je untuk anak-anak.
Malas nak mencuba jenama yang lain.
Aku ni kalau dah serasi sesuatu jenama.
Memang susah nak cuba jenama lain.

Tapi hari tu.
Ada 1 hari aku beli HUGGIES time promosi.
HUGGIES merah.
Memang oklah.
Tak lama lepas tu aku pun cubalah HUGGIES biru.
Oh memang cepat nau bocornya.
Zikri berak, hah bocor je tau.
Pulak tu dia lain-lain saiz sama je kalernye.
Susah ok.
Time tergopoh kadang tertuko hat abang terambil hat adik.
Huhuhuhuhu.
Drypers ni mudah.
Lain saiz lain kalernya.
Untuk edisi istimewa ni.
Ada saiz tertera bahagian hadapan lampin.

Kualiti Drypers.
Oklah untuk harganya.
Mana boleh nak lawan MAMI POKAI.

Hik....

Tuesday, August 2, 2011

6 Bulan Berjaya Eklusif Menyusukan Zikri.....

Salam....

Hari ni genap Irfan Zikri 6 bulan.
Syukur.
Kali ni aku diberi rezeki lengkap menyusukan Zikri.
Sepenuhnya dengan susu badanku.
Sepenuhnya selama 6 bulan.
Sebagai ibu yang tidak menyusukan sepenuhnya anak pada kali pertama.
Sebagai ibu yang berkerjaya.
Aku akui betapa rasa sangat gembira.
Sedikit bangga.
Terima kasih Ya ALLAH.
Sesungguhnya KAUlah yang memberi rezeki dan peluang ni.

Sepanjang tempoh ni.
Cabaran tu memang ada.
Hari kedua selepas melahirkan Zikri.
Keluar je hospital.
Cabaran dah datang.
Yang mana aku sendiri tak pandai skill bf.
Tak reti aku nak pangku Zikri.
Di samping susu yang memang belum ada lagi.
Nasib baik aku dah ambil no telefon ahli sokongan susu ibu Hospital Manjung.
Dan kebetulan memang ada sorang tinggal berhampiran area rumah.
Ingat lagi waktu tu malam CNY.
Pukul 10 malam sanggup dia datang ke rumah.
Ajar macamana nak bfkan baby.
Terima kasih Kak Razita.
Sampai nak pukul 12 malam jugaklah dia mengajar dan beri penerangan.

Maka, dapatlah aku nikmat menyusukan anak.
Sehingga sampai waktu masuk kerja semula.
Dapatlah aku buat stok dalam 40 bekas susu.
Bermulalah rutin mengepam susu di tempat kerja.
1 pengalaman baru bagi aku.
Cuma aku ni kategori memang tak meriah susunya.
Sekali pam paling banyak boleh dapat adalah 6-7 Oz.
Tu pun sekali je lah waktu pagi.
Seterusnya memang dapat cukup untuk sekali minum Zikri je.
Tapi tak apa susu masih mencukupi.
Betullah kan Suppy vz Demand.

Cabaran sekali lagi datang bila peti ais tetiba buat hal.
Tiba-tiba bahagian frozen tak mau membeku.
Dalam 6 bekas susu mencair.
Risau. panik
Tapi nasib baiklah dapat diatasi.
Caranya ialah belilah peti ais baru.
Lagipun benda memang nak guna pun kan.
Heheheheheh....

Dalam umur Zikri 3 bulan.
Sekali lagi cabaran mendatang.
Pam spectraku buat hal.
Tetiba pam tak mau keluar susunya.
yang ni pun ku panik.
Nak tak nak pam dihantar servis.
Dan aku tak ada backup pam.
Memang panik.
Perah guna tangan memang tak reti.
Maka gunalah stok susu yang ada.
Bersusutlah stok selama beberapa hari.
Tapi kawan, gunit Pink sudi pinjamkan Pam Avent manualnya.
Sanggup kurier lagi tu.
Sementara tunggu Spectra siap.
dapatlah aku guna Avent manual ni.
Seminggu jugalah proses Spectra siap campur urusan kurier.

Bila pam dah siap.
Lega rasanya hati.
Nak top up balik stok yang dah bersusut tu.
Tapi malang sekali lagi.
Baru seminggu guna
Entah mana silapnya.
Entah mana cuainya aku.
Pagi pam sekali susu termasuk dalam tiub terus ke mesin pam.
Apa orang panggil 'backflow'
Ya ALLAH memang bebetul paniklah aku.
Mana taknya baru seminggu guna.
Dengan stok susu yang ciput.
Dengan tak ada backup pam.
Nak pinjam Avent pinku, dah malu.
Pam memang kenalah kurier semula untuk diservis kan.
Dah nyaris-nyaris aku nak putus asa.
Dah berkira-kira nak beli FM ke Zikri.
Untuk topup supply yang kurang.
Tapi cuba bertahan.
Apa yang aku buat ialah mahirkan diri dengan marmet teknik.
ALhamdulillah dapat aku.
Jadi sepanjang tempoh seminggu menunggu pam selesai siap.
Berteknik marmertlah aku.
Dan aku rasa teknik marmet ni skill yang ibu-ibu bf ni patut tahu.
Emergency boleh praktik tu.
Hehehehehe....

Hmm apa lagi eh cabaran.
Cabaran dari luar.
Macam pandangan orang yang tak yakin ku mampu bf.
Yang tak yakin susu tu akan cukup.
Itu biasalah.
Mujur kali ni berjaya mengeringkan hati.

Setelah berjaya untuk tempoh crucial 6 bulan ni.
Aku harap masih diberi peluang untuk meneruskan.
Selagi yang terdaya.

Amin.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails