Iklan

Saturday, January 21, 2012

Reviu BB krim & Stippling Brush Etude

Salam....

Mesti ramai sini tau pasal stippling brush kan.
Yang syok dengan sapuan efek airbrush tu.
Entri sebelum ni, aku ada cerita aku pesan stippling brush etude.
Tak dilupai bb krim Etude.
Harus dah guna ko.
Jadi aku nak buatlah sikit reviu pasal 2 produk etude ni.
Nah ni reviu aku.


Hah tengok 2 gambar ni.
Macam takde perubahan sangat kan.
Aku suka, maknanya bb krim ni sesuai dengan ton kulit aku.
Maklumlah kulit aku kategori gelap.
So nak mencari bedak asas kaler sesuai riso je.


Hah nampak tak efek airbrush dia.
Sapuan tu lebih sekata.
Tapi bila ko pakai bb krim terlebih.
Jadilah macam gambar kiri tu.
Nampak fake sikit. Macam kelabu asap sikit muka.
So rule pakai bb krim etude ni, yang utama secoet je pakainya.
Hehehehheheh.

Dalam 4 gambar ni aku tak pakai bedak,blusher or lipstik.
Memang semata bb krim.
BB krim etude ni aku perasan macam buat muka kita pale.
So agak kureng kalau pakai dia je semata.
Tambah blusher n lipstik sikit haaa moleklah.
Dan yang paling penting.
SECOET je pakai.
Tak boleh banyak.
Sampai tengahari aku pakai.
Ok tak berminyak.
Best.

Untuk stippling brush etude ni.
Memang aku bagi A+ lah.
Sepadanlah dengan harga.
Memang tak menyesal beli u.
Hehehehehehe....

Ok.
Hiks....

Thursday, January 19, 2012

Etude House....

Salam....

Siapa sini pernah pi etude house?
Aku tak pernah.
Heheehehe....

Asalnya gunit Rinne pakai bb krim etude.
Reviu macam best je kan.
Aku pun teringinlah kan.
Aku memang ada pakai bb krim Maybelinne.
Ok. Tapi konon naklah bb krim dari negara asal korea.
Wah gitu ko.

Dah tu si gunit pinku lak.
Try stippling brush etude.
Reviu pun best sangat katanya.
Aku ni biasalah kalau gunit dok rekomen.
Teruja je.
Tapi barang yang ku mampulah.
Hehehehehe....

DOk gugel pasal etude.
Alahai comellah kedainya weih.
Pink kaler u.
Packaging pun cute2 semua.

Kat Lumut memang takdelah kan Etude House ni.
So apa lagi gunitlah jadi mangsa.
Hehehehhe.....
Nasib baik pink offerkan diri.
So ku pesanlah BB krim & stipling brush.
Ikutkan hati banyak je nak suh beli.
Tapi ikut bajetlah pun kan.



Jyeah....ni dia parcel semalam sudah kuterima.
Thank u so much Pink.



Isi dalam parcel.
Cute kan paper bag kaler pink tu.


Yang dipesan BB krim Precious Mineral
#3 Sheer Flawless Skin SPF 30/PA++.
Dan stippling brush.
Hari ni dah try bb krim.
Sesuai dengan kulit ku.
Dap....dap je oklah nampak natural ku rasa.
Stippling brush je tak try lagi.



Haa ni yang syok shopping kat Etude House.
Beli je ada je free gift.
Ni free gift.
Sample BB krim, Lotion, Shampoo, Mekap remover & lipgloss.



Lipgloss pink kaler.


Nanti kalau rajin
Ku try reviu sapu BB krim with stippling brush.

Hiks.....

Wednesday, January 18, 2012

Chinese New Year Dinner

Salam....

14 jan hari tu ada dinner sempena Tahun Baru Cina.
Di Teluk batik Resort.
Biasalah company cina kan.
Nak tahun baru.
Depa memang akan belanja staf makan.
Biasa ada lucky draw bagai.
Tapi disebabkan last minit decision.
So belanja makan je.
Another big corporate dinner will be held on 26/5/2012.
Barulah bertema bagai yang bulan 5 ni.
Barulah boleh melaram bagai.
Yang ni dinner untuk site opis je


Alahmak takut tengok rupa sendiri.
Wakakakaka.
So amatur mekap.
Ni mekap 5minit je tau.
(Eleh sejam pun mekap gini je hasilnye nanti)
Wakakakkakakaka.
Kelam kabut pas maghrib siap.
Hehehehehe....




En wolverine & anak-anak hantar.
Sekali dah turun si Ir terus laju nak ikut sekali.
Dinner ni memang untuk staf je.
No family.
tapi sorang manager tu benarkan bawak Ir.
So ngikut le Ir.
Tak plan pun.
Pakai baju tido je.
Gasak tak formal pun kan.
Si Zikri pun dah nangis nak ikut.
Ikutkan aku nak je sekali En Wolverine ku nak angkut bawak.
Tapi over le pulak kang kan.



Ni antara menu aku dapat snap.
Aku duduk semeja dengan mereka-mereka yang pemakan.
Memang takdenye sempat nak snap2 bagai.
Hehehhhe.




Mula-mula masuk dewan.
Ir macam pemalu je.
Suruh makan takmo.
Diam je.
Baik je rupanya.
Last aku bagi dia sharkfinsup.
Habis semangkuk.

Penangan sup.
Terus kembali ke kelaku sebenar.
Dok berotomen dalam dewan tu.
Lantak...janji ko hepi anak.
Mentang-mentanglah dia sorang je budak kat situ kan.
Tunjuk kelakulah.

Keseluruhanya dinner yang ni oklah.
Makan pun sedap.
Habis pun cepat sebab tak ada ucapan melalut bagai.
CEO bagi speech ringkas & padat je.
I loike.....

Hiks.....

Wednesday, January 11, 2012

Hal Yang Tak Sepatutnya, Tak Perlulah Cerita Lebih-Lebih.

Salam....

Laman sosial macam blog,fb, twitter.
Memang medan kita ekspresikan diri,emosi,minda.
Membuka ruang keterbukaan kita.
Jadikan jarak berbatu-batu, macamkan tepi pintu.

Tapi dalam dok kita seronok taip status.
Dok seronok twit sana sini.
Ada gak tergelincir dok cerita hal peribadi.
Masalah percintaan.
Masalah rumahtangga.
Makihamun.

Ya....
Kita boleh cakap akaun aku.
Suka hati akulah nak tulis apa.
Korang sibuk buat apa kan.
Tapi sedarlah.
Bila sesuatu perkara tu dah dipublish.
Bukan kita je yang membacanya,
Ramai yang baca.
unless kita privatekan akaun.
Terutama bila kita cerita masalah rumahtangga.
Bayangkan kalau ada yang nak ambil kesempatan.
Ada pulak yang tokok tambah.
Benda kecik, terus jadi lagi besar kebabom.
Orang,dah memang tentu ada yang perangai 'kak nam'
kepoci sini sana.
Tapi kita sendiri ni.
Yang dok sibuk nak cerita tu.
Apa halnya pulak?
Kalau kita tak mulakan.
Takde sapa yang tau kan.

Tak kiralah kita ni orang biasa ke.
Selebriti ke.
Kerabat diraja ke.
Pemimpin ke, ahli agama ke.
Sekali kita update status.
Kita bertanggungjawab dengan apa yang kita taipkan.
Benda ni basic pun.
Hal yang mengaibkan.
Sorok-soroklah sikit.
Nak hebah lebih-lebih.
Yang malu diri sendiri pun.
Kalau tak tahan nak mengadu sangat pun.
Carilah tempat pengaduan yang sesuai.
Orang yang dipercayai.
Tak gitu?
Bukanlah suruh pendam je pulak.
Kang tak pepasal dok pendam-pendam.
Sakit jiwa kang dapatnya pulak.
Heheheheh.

Aku tulis ni untuk peringatan diri sendiri juga.
Manalah tau kot akan datang
Aku pi update status masalah peribadi.
Silalah siapa yang baca.
Sudi ingatkan aku.
Smash aje kat komen terus.
Hehehehehe....

EKPRESIKAN EMOSI, PERASAAN MEMANG BAGUS.
TAPI NAK EKPRESIKAN KENA CARANYA.
PADA ORANG YANG PATUT.
MASA DAN SITUASI YANG SESUAI.
JUGA MEDIUM YANG BETUL.

Hiks....

Monday, January 9, 2012

Pantun Romantis.

Salam....


Indah nian si bunga melati,
Lagikan sayang si bunga melur,
Sungguh tuan hanya di hati,
Kasih sayang tak pernah luntur.


Malam gelita memasang pelita,
Indah dihias paluan gendang,
Emas permata tidak ku pinta,
Kasih ikhlas jua dipandang.


Burung tempua membuat sarang,
Si rama-rama terbang sekawan,
Biarpun rupa molek dipandang,
Manakan sama hati yang menawan.


Lurut jari daun selasih,
Selasih ditabur dalam karang,
Dalam hati bersulam kasih,
Kasih mekar tuan seorang.


Ikat pohon duduknya masih,
Daunnya luruh si bunga cina,
Empat tahun menyemai kasih,
Ku pinta bahagia ke akhir usia.


Hiks....

Saturday, January 7, 2012

Yang Pertama Di 2012

Salam....

Yuhuuu....

Tu dia dah 7hb baru nak buat entri 2012.
Selamat tahun baru masihi geng.

Malam tahun baru hari tu.
Memang takde rasa apa pun.
Weols di kenduri sepupu kt Sg petani.
Memang tak merasa malam tahun baru pun.
Tengah malam katanya ada yang main bunga api.
Tapi tidur mati memasing.
Tak dengor bom meletop ke apa ke.
Muhahahaahhaha.

Kecuali dalam perjalanan pergi n balik Sg Petani tu.
Penuh hiway konvoi motor.
Ada mat rempit kemain berani mati.
Siap buat aksi stunt superman tengah2 hiway tu.
Aiyoh...naseb baik ku tengah memangku Zikri.
Idak mau ku rakam aksi depa.
Gilakkkk....

Well....
Tahun baru.
Ku memang takde azam-azam ni.
Boring je kan.
Cuma macam biasa.
Ayat klise.
NAK LEBIH BAIK2 DARI TAHUN LEPAS.
Heheheheh....

Hiks....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails