Iklan

Friday, March 23, 2012

Janganlah Mudah Sangat Terlayu & Terkulai....

Salam....

Sekarang ni macam banyak keluar berita remaja perempuan hilang.
Hilang or dilarikan.
Umur belasan tahun.
Tapi akhirnya jumpa rupanya lari ikut kekasih hati.
Huh....

Memang aku mengeluh pun dengar berita macam ni.
Sebagai perempuan yang pernah melalui zaman belasan tahun.
Zaman remaja.
Aku tahu zaman remaja ni benda yang tak dibagi.
Yang tulah kita nak.
Hidup tau nak seronok je.
Tapi tolonglah adik2 semua.
Nak seronok, nak enjoy biarlah benda yang patut.
Nak bercinta?
Cinta monyet je lah.
Tak payahlah nak bersungguh janji sehidup semati.
We never know what will happen tomorrow ok.

Dan tolong jangan mudah percaya.
Jangan mudah terperdaya.
Baru lelaki puji sikit.
Dah kembang montot. Layu terkulai bagai.
Sebab ikut lojikla.
Let say korang baru umur 15 tahun.
Jumpa lelaki umur 26tahun.
Kalau lelaki yang baik takde makna dia nak pujuk bercinta dengan dia.
Abai sekolah bagai.
Selalunya mesti ada udang di sebalik mee lah.
Aku ada pernah jumpa kes macam ni.
Time sekolah couple dengan lelaki lebih dewasa.
Rupanya nak dijadikan mangsa nafsu ja.
Habis madu, sepah dibuang.....
Huhuhhu kesian....

Kita perempuan ni, biarlah ada kelas.
Biar jual mahal sikit.
Menggedik tu memang naluri semulajadi perempuan.
Tapi padan patutlah kan.
Jangan menggedik yang orang bole ambil kesempatan pada kita.
Kita yang tentukan sendiri untuk orang respek kita.

Kalau korang betul pun nak bercinta pakwe bagai.
Kenalkan pada famili.
Biar famili tau dengan siapa korang kawan.
Ni kalau korang nak bagi jumpa famili pun
Lelaki tu teragak-agak.
Hmmm tu adalah tak kena tu.

Apa-apa korang fikirlah masa depan.
Memanglah time muda, body tengah cun.
Orang sukalah.
Cuba korang bayang dah tua nanti?
Cemana?
Ingat Allah.
Ingat famili.
Jangan nak seronok yang sekejap kita merana kemudian hari.

Banyak pulak aku membebel.
Hiks.....

Thursday, March 15, 2012

Shawl, Bawal, Square Printed ..... Sedikit Tentang Mekap & Penjagaan Wajahku.

Salam....

Sekarang aku dah mula pakai semula tudung bawal.
Semuanya sebab tengok Datin Juma maintain cun berbawal.
Yelah orang tu dah memang cantik kan.
Tapi oklah. Bawal memang kemas je pakai.
Kecuali bab nak kena iron tulah.
Sebab selama bershawl ni majoriti shawl ku,tak payah ber iron bagai. (malas)
Teringin juga nak pakai bawal stylo macam Dian Pelangi tu.
Tapi sesuai ke umur ku sekarang.
Hehehehhhee.....


Plain shawl


Square printed


Shawl....licin2, tapi tetap tak perlu iron


Bawal

Harap maklum.
Meja office selain tempat buat kerja.
Adalah tempat gedik bergambar sesorang.
Cam woring gitu.
Muhahahahhaha....

Sekarang untuk muka ke office.
Selepas cleanser, toner & serum Safi Rani Gold.
Ku cuma apply krim Safi tutup hijau.
Diikuti MAC studiofix. (tq pada gunit pink yg rekomen)
Calit eyeliner Revlon (tq pada gunit Rinne yg rekomen)
Blusher SimplyCT kaler Vintage Pink.
Dan lipice Sheer colour. (gue tak pakai lipstik)
Oklah puas hatilah dengan semua produk ku guna sekarang.

BB krim Etude ku dah stop.
Sebab memang nampak a bit grey lah.
Sebab nak pastikan pakai secoet tu macam susah sikit.
Kang pakai secoet tak berkesan lak.
Wakaaakak....
Mungkin tak sesuai tone kulit ku.
Yolah tengoklah kan tone kulit korean cemana.
Hmmm.. kalau satu menda yang ku nak rekomen yg ku pakai.
Pastinya serum safi rania gold.
Terasa berkesannya. Aku dah pakai 2 botol serum tu
Sebotol ku pakai tahan 2 bulan lebih kurang.
Hehehehehe.....

Oklah setakat ni dulu.
Bye.

Hiks....

Wednesday, March 14, 2012

Saja Suka Update Gambar.

Salam....

En wolverine serbis rambut.
Kami bertiga beranak cam-woring.
HEheheheh...





Wednesday, March 7, 2012

Jujurnya Aku Dayus.....(Penat tonton, tapi berbaloi)

Salam.

Aku ni dah lama tak layan sangat cerekarama.
Tapi hari tu lepak-lepak kat forum CARI.
Nampak thread Jujurnya Aku Dayus (JAD).
Baca komen-komen forumner macam best je nak tengok.
Pelakon pulak best si Beto tu
Aku memang minat Beto sejak dia pegang watak Rosli Dobhy
dalam warkah terakhir dulu.
Tak dilupai Mayat dalam Geng Surau.
Wakakakakaka.....
Si Nora Danish pulak.
Sejak dia pegang watak as a perempuan berhijab dalam Tentang Dhia.
Minat pulak je tengok dia berlakon kan.

So malam tu aku pun tengok je lah.
Disebabkan aku dah baca sikit-sikit kat thread.
Secara kasarnya pembayangnya cerita yang aku tau
Ialah laki tak mampu perform gitu.
Ehem..ehemmmmm....

Tapi serius bila tengok.
Penat ok.
Penat...penat fikir.
Kenapa pulak si Ed (Beto) ni?
Awat dia ni?
Isk sapa lak si Aisah(Irma Hasmi) ni?
Anak sapa pulak dia mengandung ni?
Letih ok......
Semuanya buat kita tertanya-tanya.
Speku je manjang.

Antara speku yang muncul dalam kepala otak ku
Ed mati pucuk lepas koma.
Ed ada hubungan dengan Aisah.
Ed gay. Si Zul Abby tu pasangannya.
Heheheheeh....

Cerita ni aku rasa 90 persen menimbulkan persoalan.
Dan yang buat lagi letih.....
10minit terakhir baru terjawab semua persoalan.
Bayangkan mana tak letih menunggu.
Heheeehhe.

Dah terjawab persoalan.
Baru nak padankan muka si Lisa (ND) & bapak dia.
Sekali Lisa pulak flashback.
Arr sudah.
Nak marah ke...
Nak padankan muka ke?
Nak sedihhhhhhh?
Uwaaaaaaa.....

Hmmm....
Walaupun aku rasa macam lagi ok kalau Ed awal-awal bagitau perkara sebenar kan.
Tapi kang tak jadi pulak ceritanya.
Wakakakak.
Sebab aku rasa kalau sesetengah suami nampak isteri macam tu.
Aku rasa, la..la tu jugak kena makan penyepak.
Ekekekeke....

Secara keseluruhan aku suka drama ni.
Jalan cerita lain sikit dari lain.
Pelakon pun best.
Paling tak tahan bila Ed dialog
Time nak ceraikan Lisa.
Homai....nampak sangat tingginya kasih sayang dia pada isteri.
Huuhuhuhuhu.....

Ok.
Nak layan drama sat.
Huhuhuuhuhu....

Hiks....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails