Iklan

Saturday, June 12, 2010

Sanggul Bonggol Unta.....

Salam....

Sebenarnya dah lama aku nak buat entri ni.
Khas untuk peringatan diri sendiri dan sesiapa yang sudi menjenguk.
Aku tak tahu siapa yang mulakan trend ni.
Pakai tudung nampak sanggul terjojol.
Memang macam bonggol untalah.
Ada yang kata ikut wanita Arab.
Hello trend wanita Arab tak semesti mengikut Islam sebenar.
Asal Arab ingat baik ke?
Huhuhuhuhuhu....

Masa aku zaman matrik dulu.
Memang kawan-kawan dari sekolah agama.
Bagitahu yang kalau kita pakai tudung.
Tapi sengaja meninggikan sanggul dalam tudung.
Kata mereka berdosa.
Tapi yelah zaman muda belia aku tak amik pusing pun.

Sehinggalah baru-baru ni ada yang mengeluarkan kenyataan.
Bertudung sanggul sebegitu haram di sisi Islam.
Di bawah aku cilok dari komen di blog Ustaz Hasrizal

eity
says:
28/05/2010 at 11:05 am…”di dalam tudungnya ada bonggol sanggul meninggikan kepala, kakinya memakai loceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.”
ustaz,apakah hukum memakai sanggul?saya keliru adakah ianya dibenarkan jika kita berambut panjang?

Reply

Abu Saif
says:
28/05/2010 at 11:14 amPerempuan yang berambut panjang, hendaklah memposisikan sanggul di dalam tudungnya itu di bahagian belakang kepala atau sedikit ke bawah berhampiran leher.
Meninggikan sanggul di bahagian atas kepala, adalah cara berhias yang dilaknat oleh Allah SWT seperti di dalam hadith-hadith Nabi SAW


Ok aku harap kita jelas dengan isu ini.
Mungkin kata kita
"alah rambut aku dah panjang, memanglah akan nampak terbojol"
"habis tu kalau tak nampak terbojol orang laki tau lak rambut pendek ei"
Itu aku rasa antara alasan yang boleh kita kata.
Tapi bagi aku sendiri.
Kalau dah terbojol tu.
Secara tak langsung memang dah menarik perhatian.
Jadi bila dah menarik perhatian.
Sendiri mahu faham lah ei.

Ni hadith sahih yang aku jumpa berkaitan isu sanggul bonggol unta

Daripada Abu Hurairah ra
beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka
yang tak pernah aku lihat iaitu
yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu
(bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut)
dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian
tetapi keadaannya umpama telanjang (ketat),
dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok
dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.
Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga.
Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
(Hadith diriwayat oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Malik)

Semoga aku dan kalian mendapat info yang berguna.
Aku bukan ustazah.

Hik....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails