Iklan

Wednesday, December 31, 2008

Salam Tahun Baru 2009

Salam......

Esok 1 Jan 2009......
Memang aku tak pernah celebrate tahun baru.
Duduk rumah je lah malam ni.
Nak keluar, Lumut mesti penuh sesak.
Dengan Pesta Lumut lagi.
Tak kuasa aku dgn badan macam ni nak bersesak2.

Harapan aku semoga aku dan suami akan lebih dimurahkan rezeki.
Aku mahu jadi isteri yg lebih baik dari tahun 2008.
Aku mahu jadi ummi yg baik utk baby nanti.

Saturday, December 27, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam....

29 Dis ni bermulalah tahun baru Islam 1430 Hijrah.
Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun.
Semoga sepanjang tahun ini kita akan sentiasa diberkati ALLAH.
Harapan aku kita semua dapat hidup dgn lebih tenang....
Lebih harmoni....
Lebih aman....
Dan rezeki yg lebih....
Amin....

Dalam menjelang awal Muharam ni.
Rakyat malaysia dikejutkan dgn 1 blog menghina Nabi Muhammad SAW.
Aku sendiri tak sanggup melihat lukisan kartun tersebut.
Aku pasti pemilik identiti di blog tersebut hanya dipergunakan.
Yg aku rasa penulis blog ni asalnya ingin sakitkan hati & menganiayai wanita tersebut.
Kalau tgk pada friendster wanita ni pun.
Nampak sgt memang dia menjadi mangsa.
Siapa pun yg mencipta blog tersebut aku harap dia akn mendpt balasan yg setimpal dan mendapat pengajaran....

Monday, December 22, 2008

Ulang Tahun Pertama

Salam....


21.12.2007 yg lalu aku dan hubby selamat diijabkabulkan....
Tak sah gang gunit kalau tak ada entry pasal 1st annivesary ok....
Siapa sangka persahabatan dari zaman sekolah membawa ke jinjang pelamin.
Hmm best gak tarikh annivesary aku & hubby sehari selepas Mawi & Ekin.
Hihihihihi....

Setahun berlalu rasanya masih byk yg perlu kami tempuhi.
Memang kami tak ada celebrate apa2 lagi....
Cuma ucapan dari memasing....
Harapan aku semoga setiap dugaan ,kami akn dapat tempuhi dgn sabar.
Sepanjang setahun perkahwinan bg aku adatlah berkrisis pendapat, merajuk
Tapi alhamdulillah setakat ini gaduh kami tak lama.
Biarpun hubby nampak spt lekas marah
tapi hakikatnya dia byk sabar dgn kerenah aku yg terlalu sensitif (Sayang Abang)
Dan aku jg bersyukur aku diberi ALLAH sifaf yg tak cepat melenting.
Perjalanan masih jauh. Masih byk yg perlu dihadapi.
Ya ALLAH kekalkanlah keharmonian rumahtangga aku & hubby utk selama2nya.
Amin....

I luv my hubby so much....Mmuah....

Saturday, December 20, 2008

Gosip....gosip....gosip

Salam....

Entry kali ni saja aku nak berkongsi rasa aku mengenai gosip dunia seni kita.
Malam tadi aku layan GALAKSI TV9.
Aku suka tgk GALAKSI sebab format dia lebih baik dari MELODI


Semalam ada cerita pasal Mawi & Ekin.
Aku kira sekarang mereka dah selamat pun diijabkabul dengan sah
(psst....sekali lafaz je ei...cayalah Mawi)
Eleh hubby aku pun dulu sekali lafaz gak (OMG..esok 1st enibeseri kitorang ar)
Hihihihiihihihi........

Baru malam tadi aku perasan, ye ar memang nampak Ekin tua dari Mawi
Hello mmg sohih dia tua 2 tahun maa....Apa nak heran.Hik....
Dalam rancangan tu Mawi cakap dia kenal Ekin, biar apa orang lain cakap mengenai Ekin
Ekin pengikis? Mawi cakap "mana ada....dia tak pernah minta duit saya"
Masa ni aku dengar Ekin nyampuk "Sampai botak Mawi saya kikis"
Hmmmm... Apa2 lah kan.
Selamat Pengantin Baru & Semoga kekal ke akhir usia.

Lagi satu cerita, pasal Norman Hakim (NH) dan Abby yg sah bercerai.
Kiranya 2 talak la kan sudah???
Agaknya ini jalan terbaik untuk mereka berdua.
NH kekonon sebak. Erk NH bole bukak spek itam ko tu tak?
Aku nak tgk keikhlasan dari mata ko..Hihihihiiiiihi.
Tapi bak kata NH hanya orang yg melalui proses cerai ni je tau perasaan memasing.
Habis tu yg ko abaikan Abby dari masa dia peknen.APA KES?
Teman baru si Abby yg lelaki tu pun ada di mahkamah.
Hmm aku kira mungkin ini peluang utk naikkan nama dia sekelip mata
Kalau betul dia & Abby ada hubungan.
Rasanya terlalu awal dan seperti tak sesuai.
Atau barangkali Abby nak tunjuk pd NH dia pun boleh dapat yg muda
NH jgn abaikan nafkah anak ko yg 3 org tu!!!
Apa2lah....

Aku suka style Sharifah Shahira handle GALAKSI
Kelly Cantik....Hihihihihiihi
Bila masuk part cerita NH & Abby dia control & malu2
Cakap tak terlepas. Maklumlah dia pun dulu ada kes khalwat dan bercerai.
Berbeza dgn Ifa Raziah dlm WHI masa interviu Abby
Ifa asyik provok Abby mcm lah Ifa tak ada suami....
Hmmm.....

Ok stop setakat ni.....
Aku nak komen byk aku pun baru setahun kahwin
Tapi ini cuma rasa aku mengenai kisah 3 artis ni(Ekin tak termasuk dalam list artis)
1 baru nak bina masjid....1 lagi dah roboh masjid
Yg pasti dalam realiti ramai lagi org biasa yg alami lagi teruk dari mereka
Biasalah harga publisiti untuk artis la kan
Semoga apa yg berlaku ada hikmahnya....

p/s : esok 1st enibeseri aku & hubby weih......21/12/2008

Friday, December 19, 2008

7 Bulan Kehamilan

Salam....


Diam tak diam aku dah sampai 7 bulan hamil. Kurang lebih 2 bulan insyaALLAH bersalinlah aku.
Tapi barang2 baby satu apapun tak beli lagi.
Tak tau nak mula beli apa dulu. Hmm minggu depan lah nak start beli.
Masuk 7 bulan ni rasanya selera makin menurun. Loya dan muntah ada sikit balik.
Hmm dugaan kan. 2 ari mc sebab tak berapa sihat. Tekanan darah turun sikit.

Hubby bila tgk perut aku mesti tersenyum. Semalam dia tanya aku dah ready ke?
Hihihiihihihi....
Ready ke tak ready....Memang kena bersedia je lah.
Hmm yang aku perasan sepanjang hamil ni, aku jadi tersangat sensitif.
Kena tegur sikit mudah la air mata meleleh. Tapi dgn hubby je yg mcm ni.
Baby jangan ikut perangai ummi mudah nangis ye sayang.Hihihihihihiih....

Thursday, December 18, 2008

Sambutan Besday

Salam....

Sabtu lepas kt rumah opah buat sambutan ari lahir Afif & Amni
Afif patutnye pada 21/12...Amni lak 15/12
saja buat awal
ni antara menu yang ada.....

Kek batik tu spesel....sbb gune biskut cracker & letak kacang
anak buah panggil cloud nut.........hihihihi

Antara gambar yg di snappy2.....
hihiihhihih
Semoga Afif & Amni akan jadi anak yang baik
menyenangkan ati smua orang....
ingat ALLAH selalu....

Saturday, December 13, 2008

AJL......Semi Final

Salam....
Ini hanya reviu suka2 aku atau boleh kalian katakan syok sendiri
hihiihihihihi.....
Semalam berakhir semifinal untuk AJL....
Ini pilihan aku untuk setiap kategori
Harap maaf hanya nama penyanyi yg aku ingat (nama lg reviu suka2)

ETNIK KREATIF
Doa Dalam Lagu - Mawi & Heliza
Dusta Berkalang - Aiman
Persoalan Cinta - Farawahida

Pilihan aku * Dusta Berkalang

BALADA
Dingin - Ziana Zain
Hanya Di Mercu - Ayu OIAM
Bila Nak Saksi - Spider
Cuba - Faizal Tahir
Sampai Syurga - Faizal Tahir
Lagu Kita - Aizat

Pilihan aku * Dingin

POP ROCK
Kalis Rindu - Elyana
Bukan Di Sini- Sofaz
Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussin
Yang Pernah - Estranged
Aku Stacy - Stacy

Pilihan aku * Lagu Untukmu

Aku suka lagu Dusta Berkalang biarpun kali pertama dengar pd semifinal hari tu.
Vokal Aiman pun sedap pd pendengaran aku.
Kategori balada pula memang tak tahu nak pilih yg mana.
Pilih je lah lagu akak ziana tu.
Lagipun muzik dia rasanya mmg balada betul dibandingkan dengan lagu Faizal Tahir.
Pop rock pulak memang sengit.
Boleh kata semua penyanyi menyanyi dengan baik kecuali mila yang aku rasa mcm nak sumbang sikit.Hihihihihihi
Stacy nyanyi best. Stamina bagus minah ni.
Hmm kalau ada Vokal Terbaik aku pilih antara Lan dari Meet Uncle Hussin, Stacy, Aiman

Ramalan syok sendiri.
Kitatunggu je nanti keputusan juri yg sebenar.
Ok.......

Saturday, December 6, 2008

Rona Roni Makaroni - Episod 2......SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam....

Ini bukan reviu penuh ok. Juz pandangan sisi aku mengenai drama ni
2nd episod tak banyak nak komen.
Episod permulaan bagi aku masih tak menonjol lagi. Rona dah sampai KL
Tapi serius aku rasa sedikit annoying dengan loghat utara Amani....
Apa lagi bila dia terjerit2 buat suara kelam tu...
Satu yg aku suka dgn lakonan Amani ialah dia tak pernah control cun (ke sebab dia mmg x cun?). Dgn bj kurung kain cotton....fesyen tudung ikat belakang tu
Hihihihihihihihi...

Part lawak bagi aku best. Part Rona kena kejar satu jln TAR.
Serius mmg Amani je yg bole buat adegan ni.
Oh ya ada skrip si Jess suruh Roni minta tolong dari ayah derang...
Tetiba terus aku terfikir boleh jadi ayah derang juga adalah ayah Rona
Hmm terlalu awal utk speku kn....
Si Butang lak dalam cerita ni aku tgk skali imbas mcm Adlin Aiman Ramli lak
Oklah ni je utk Rona Roni Episod 2.

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua gang Gunits
Setiap dari kita pasti tahu apa erti pengorbanan.
Moga setiap pengorbanan yg kita lakukan dgn ikhlas mendapat balasan kebaikan
Biar pun hanya sekelumit....
Maaf zahir batin

Friday, December 5, 2008

Alah......pregnancy checkup

Salam....

Agak bosan minggu ni
Dalam bosan2 ni nak update pasal pregnancy checkup....
Kali ni berat saya naik 3 kg......45kg
Nurse cakap naik melambung....
Hmm....melambung ke naiknye
Orait kena jumpa doc untuk reviu

Doc : Actually i x risau sgt berat u naik...sbb sblm ni berat u
36.4kg...terlalu kurus.

Saya : Tulah doc..........(sambil tersengih)

Doc : U suka makan manis2 ke?

Saya : (Diam.....mmg sejak preknen suka makanan manis2)

Doc : Hmm tak de naik sgt lah berat u....Yg kita risau preknen
berat u naik lebih dari 15kg. Tapi u kena
jugak datang ambik B/P selang 2 ari
& next 2 weeks dtg utk test diabetic dlm darah.
Juz kita takut ada
kencing manis & darah u naik bila2 masa

Saya : (Diam gak....malas nye nak buat test segala tu)

Ingatkan tak de lah kena test minum glukos tu. Kena gak.
Hmm dari pengalaman gunits....test tu tak best....
Glukos tu x best
Alah....kena redah je ar....
Yang penting minta2 x de ar sangkut diabetis...
AMIN....

Monday, December 1, 2008

Jalan2........Kenduri Kawen.......Go kart

Salam....

Ahad lepas ada 2 jemputan kenduri kawen member hubby
Satu di Beruas & satu lagi di Tambun, Ipoh
Jadi kami 3 pasangan suami isteri berkonvoi ke rumah pengantin(eleh 3 kereta je)
Saya & Hubby, Ja'e & Ct bersama baby Shaqif, Fauzan & Rina bersama hero mereka....
oh ya ada sorang cousin ikut, si Wahid
Gambar di rumah kenduri langsung tak teringat nak ambik
Apa lagi kena lah marah dgn hubbyku
(abang.......preknen woman mmg pembawakan pelupa)hihihiihihihhi

Kami bertolak ke Beruas destinasi pertama
Kemudian baru ke Ipoh....
Balik dari Ipoh....
Boleh layan go kart lagi....
Hubby menang ok....YEAY!!!!



Selesai go kart
Sessi minum & makan2
Terserempak pulak dgn Manaf
Hepi je Manaf....ye ar baru je timang puteri sulung selasa lalu
Tahniah Manaf n Zana
Masing2 muka kepenatan
Apa lagi yang kalah lumba tadi
Hihihihihihihihii


Ambil berkat........
Hihihihihihihihi

Saturday, November 29, 2008

RONA RONI MAKARONI

Salam....



Cam best je drama siri ni....
Selalu kalau Shahrulezad punya drama mesti best
Teringat pulak kt Sindarela....
Agak2 makcik merry ada tak? Hihihihihihihih
Episod pengenalan....
hmm ok ar....
Tak sabar nak tunggu episod seterusnya....
Kalau saya rajin saya akan reviu setiap episod (Hello....ko nak jadi pengulas drama ke?)
Hihihihiihiihiihihi...........

Thursday, November 27, 2008

Baby Gunits.....





Salam....
Nampaknya semua gunits due date 2008 sudah selamat
Tumpang gembira....
Bermula dengan Rinne....bb Hasya (oh pipi yang gebus)
LeHa....Syahmi(ensem)
Vimash.....Haikal(comei k)
ct.....Adam(cute mcm mama nye)
ziela.....Dania(sweet namanye)
Nana....Dhia (nama je dah comei...bbnye lg ar)
sya......Iman(nakal je gambo yg tido senyum tu...hihihiihihih)
Dan penutup 2008 tAnyA.....nama tak tau lagi....(si bibir merah ok)


Alhamdulillah semua selamat....
Even ada yang normal ada yang czer...
Semoga waktu saya nanti pun dipermudahkan
Juga untuk an2....vtec...iza
Untuk gunits Pinku....Cac n Choc gud luck ok

AMIN.....

nota kaki : Semua gambar baby gunits diambil dari blog LeHa.....
hihihihihiihihhii.....LeHA sungguh rajin dan baik ati...

Tuesday, November 25, 2008

Cerita Hari Sabtu.....

Salam....

Sabtu lepas ada kenduri di SLim River..
Kenduri sedara sebelah paksu...

Gambar di rumah kenduri....



Selesai je makan2, kami ke Taman Rekreasi Air Panas (TRAP), Sg Klah

Saya dengan Hubby tak mandi pun....
Malas...
Kesian adik2, baru mandi tak sampai sejam sekali hujan n petir
pihak pengurusan keselamatan TRAP suruh semua pengunjung naik....
Untuk safety ar tu kot


Hubby berangan bertapa kekonon....
Ilmu apa nuntut tu?
Hihihihihiihihi......

Tuesday, November 18, 2008

6 Bulan Kehamilan

Salam....


Yuhuu....
Tengok besar kan perut saya.........
Ketara beza...
Masa 4 bulan bole sorok2 lagi....
5 bulan baru membesar sikit....
6 bulan amek kau....
Tapi perasan yang naik cuma bahagian perut dan peha sikit....
Lengan, tangan masih slim (wah perasan)
Muka ada berisi sikit kot...sebab hubby tegur nampak tembam....
Makin besar perut, makin tak sabar nak tunggu baby.....
Hihihihihihihiihi.....

Friday, November 14, 2008

Berat Badanku

Salam....

Meh nak cerita pasal berat badan sepanjang hamil ni
1st checkup----------36.4kg(berat turun ok.....sebelum peknen 40kg) nurse cakap "ringannye kamu"

2nd checkup-----------36.1kg(berat tak naik lagi.nurse tak komplen apa sebab bulan pose..hihihihhi)

3rd checkup----------37.2kg(ok naik 1.1kg nurse ok je)

4th checkup----------40.8kg (naik 3.6kg..........nurse ckp naik melambung kena ambil BP Chart coz takut darah tinggi)

5th chekup-----------42.3kg (tak sampai seminggu berat naik 1.5kg.patut sebulan 2kg je naik weih)

6th checkup----------41.8kg (turun 0.5kg........yus kekonon kurang makan malam tu dan tak mkn sebelum checkup.Konon tak nak bagi berat naik.Sekali nurse cakap mengandung berat tak leh turun.)

Aduh memacam kan. Berat naik lebih takleh..Turun lagi la takleh.
Sekarang Yus makan je ikut selera.
Tak fikir sangat pasal risau berat naik.....
Yang penting makan yang berkhasiat demi baby tersayang....
Hihihihihiihhi....

Wednesday, November 12, 2008

Ais Kacang....ABC.....

Salam....


Meh buat ais kacang weih....
Ada nata de coco........
Kacang....kacang merah
Cincau.....
Halwa pala.....
Jagung.......
Laici....
Cuaca panas pekena ABC....
Pergh....

Monday, November 10, 2008

Ikan Masak Stim

Salam....

Sabtu lepas masak ikan stim....Taraa.....

Ikan Masak Stim

Bahan2
Ikan (siakap paling best)
Sos Tiram
Light Soy Sauce (tak ada pun tak apa, sesudu memadai sebab masin)
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah/Besar
Tomato (Potong ikut suka)
Cili Api/ Cili Merah
Carrot (dipotong rampai)
Serai
Garam
Daun Sup (dihiris kasar)

Cara2
Tumbuk/Blend halia + bwg putih + bawang besar
Gaulkan dengan Ikan bersama sos tiram dan light soy sauce + garam
Perapkan dalam 15 minit
Letakkan dalam pinggan utk dikukus
Taburkan tomato + cili padi + carrot + serai diketuk + halia yg dihiris + Daun sup
Kukus selama lebih kurang 20 minit.....
Kalau suka boleh tambah perahan limau....

Resipi paling mudah, ringkas dan SEDAP....
Pekena pula dengan kangkung goreng belacan
Gerenti sedap.........

Tuesday, November 4, 2008

DINNER....

Salam....



Tak pernah2 entry pasal makanan
Tetibe nak cerita pasal dinner
Ni semua Pinku punya pengaruh....Hehehehheh
Semalam dinner wif hubby kt Lumut Water Front Bistro
Nayli's Place Western
Okaylah....
Environment menarik....
ada karaoke terbuka....
Saya makan beef lasagna
Hubby order chicken chop....

Monday, November 3, 2008

21W5D

Salam....


Sabtu lepas scan baby....

Doc : Sekarang baby u all 21 minggu ye
Hubby : 21 bulan doc?
Doc : 21 minggu lah, astaghfirullahalazim.....
Aku : Heheheheheeh.....(tak tahan nak tergelak)

Hubby ketara gembira tengok baby
Siap rakam lagi
Lepas je scan ni...bersemangat hubby tanya bila nak pergi scan lagi
Ada kelapangan nanti upload yang hubby rakam di phone dia....
Berat baby 0.496kg....
Kaki baby berlipat....doc ckp baby tengah sujud....

Saturday, October 25, 2008

5 Bulan Kehamilan....

Salam....


5 Bulan Hamil....
Perut Dah nampak...
Hubby kata "Dah gemuk lah"....
Saya kata "Gemuk ke depan je kan"....
Ha...ha...haha.....

Eh gang gunits
dari kebesaran perut yg ni
ada yg dah bole teka baby apa dalam perut ni.....
Hehehehhehe....

Saturday, October 18, 2008

More Picture To Share

Salam.....


I luv my hubby so much.....And i believe all woman in the world would feel the same....





My 1st niece......she so smart n photogenic....





2nd niece.....she's girl....but always told that she was a boy when people asked.....
I think she really dont realized what she talked about......hahahhaahhahaha





Enjoy time....Marina Island Water Theme Park....






My little brother....

Monday, October 13, 2008

Lagi Gambar

Salam....



Yeay lagi gambar raya
Tu dia satu ari berapa posting ni
Bersama hubby tersayang di jeti Damar Laut
Uit nanti nak update pasal gambar perut pulak
Hehehehehehhe.

Syawal Mood

Salam....


Mood Syawal masih menebal
Lagi gambar syawal kami sekeluarga
Sebahagian dari keluarga Opah

Friday, October 10, 2008

Syawal

Salam....



Photobucket


Gambar raya kami berdua.
Sejak nikah tak banyak gambar kami berdua.
InsyaALLAH tahun depan gambar bertiga.
Perasaan beraya bersama suami tak dapat digambarkan.
Syukur.

Saturday, September 27, 2008

Salam Lebaran


Pixel Code Graphics



Salam Lebaran untuk semua kawan kawan
Maafkan andai ada salah dan silap
Sama sama kita saling bermaafan
Semoga Lebaran kali ini lebih bermakna bersama orang yang kita sayangi

Saturday, September 20, 2008

Date Couple

Salam.....
Baca entry tAnyA pasal tarikh dia couple dengan hubbynya. Menarik tuh. Ramai jugak gang yang memang ingat tarikh derang couple. Yang hebat tu bukan setakat tarikh, malah waktu declared pun ingat. Aku memang tak ingat lah tarikh aku couple. Kalau diikutkan aku ni detail jugak pasal tarikh2 ni. Tapi tarikh couple memang tak ingat.

Yang aku ingat situasi macamana aku dan hubby ada ala2 macam nak declared couple.
Ada 2 3 situasi rasanya. Yang ini antara yang dalam ingatan.

Situasi 1 (Tahun 1997)
Waktu tu ujian lisan Bahasa Malaysia. Time SPM. Aku dgn hubby masa tu tengah tunggu giliran untuk ujian lisan tu. Biasa ar dah nama dia pangkal Y lepas tu memang nama aku ar pangkal Z. Dalam tunggu giliran tu hubby ada cam cakap nak couple dengan aku. Tapi yelah time tu mana nak ambil serius. Heheheheheheh. Bila ingat balik situasi ni. Hubby selalu cakap aku jual mahal. Dia bila aku tak bagi respon masa tu. Dia pun malas nak tanya2 lagi. Ekekekekekek. Kekdahnya dia pun boring. Sghhhhhh.

Situasi 2 (Tahun 2002)
Waktu tu aku keje kt KL. Kebetulan hubby pun keje area KL. Tapi serius kami tak penah berjumpa. Telefon dan sms je. Ada sekali hubby sms tanya kalau aku dengan dia sepadan tak (maksud dia kalau kitorg couple ar). Macam tak caya ke hubby nak bercouple dengan aku. Memang tak tau aku jawab apa. Tapi rasanya aku reply kawan je ar. Hehehehehhehehe.

Situasi 3 (Tahun 2004)
Hmm...waktu ni aku dah balik lumut. Dan kebetulan juga rupanya hubbyku waktu ni juga dah balik keje lumut. Kitorang terserempak dekat kedai makan. Sebelum ni kitorang dah terlost contact. Sebab aku dah tukar nombor telefon dan sama jugak dengan dia. Macam biasa bertukar nombor telefon. Tak lama lepas ber sms...telefon. Borak macam biasa. Sehingga terima satu sms dari dia "Z***** Binti M** Y**** sudikah anda menjadi teman hidup saya". Wah nama penuh gitu kan. Tapi masa ni aku cam tak percaya lagi. Ye ar by sms kan mana nak percaya sangat. Ekekekekekekke

Situasi 4 (Tahun 2004)
Waktu ni janji nak jumpa lepas memasing balik kerja. Pergi makan . Sembang macam biasa. Tetiba dalam kereta hubby macam cakap ayat nak couple. Aku bila dia tanya dedepan memang lain sikit ar rasa. By phone or sms tu cam rasa ok lagi. Sebab bukan depan mata. Aku cam tak ada ar cakap iye ke tidak. Tapi rasanya lepas date yang ni terus macam kitorang couple secara otomatik. Ekekekekekke

Inilah antara situasi macamana bermulanya couple antara aku dan hubby. Sekarang aku bukan sekadar sahabat dia malah teman, kekasih dan isteri yang sah. Kalau dah jodoh kan.Ya ALLAH kekalkanlah rumahtangga kami ke akhir hayat.

Salam

Saturday, September 6, 2008

Catatan 5 Hari Berpuasa

Hari Pertama
Sahur makan nasi dan ikan bilis goreng. Minum air milo dan ais masak.
Rasa ok tidak berapa letih. Selalu hari pertama puasa yang penat.Tapi alhamdulillah kalini ok.

Hari Kedua
Bangun sahur sudah rasa pening yang amat. Sampai opis je terus muntah. 6 kali muntah. Tapi masuh dapat meneruskan puasa.

Hari Ketiga
Elok je lepas abis makan sahur terus rasa nak muntah. Memang keluar balik isi sahur tadi. Tidur sekejap dan bangun je terus muntah lagi. Memang rasa dah tak ada isi perut nih kecuali baby.heheheheheh. Kt opis pun pening yang amat dan muntah. Tak tahan sangat. Terpaksa berbuka puasa. Walaupun rasa rugi sebab memang tak ada selera nk makan.

Hari Keempat
Rasa sihat. Tak ada muntah. Walau ada rasa keletihan tapi puasa dapat diteruskan.

Hari Kelima
Pening tak hilang. Dapat berpuasa penuh.

Hari Keenam
Sahur makan nasi dengan serunding daging dan acar buah. Buah kurma menu wajib.
Harap dapat bertahan ke petang.

Harapan supaya dapat berpuasa penuh walau satu hari sudah tertinggal.
Sekurang-kurangnya dapat separuh dari sebulan pun jadilah.
Hubby marah sebab puasa.Tapi rasanya bole bertahan kan. Doktor pun kata boleh je puasa.

Salam

Saturday, August 16, 2008

Hmmm.......bosan dan pingat olimpik

Salam....
Tak ada apa yang nk diceritakan sangat. Sedikit bosan. Yelah kerja ari sabtu kan. Siapa yang tak bosan. Hmm....

Cuti sekolah ni kak yong balik kg. Harapnye kehadiran anak buah dapat bagi ilang sedikit kebosanan ni. Pening dan muntah walaupun tak ilang, sekurangnya sudah berkurangan.
Cepatlah ilang rasa pening ni. Bukan apa pening ni buat mood pun cam penat and letih je.

Oh ya...Lee Chong Wei dapat masuk final olimpik. Perak dalam gengaman. Harapnye dapat emas. Kalau Chong Wei dapat sejuta. Biar lah usaha dia. Dia yang penat lelah main kt gelanggang. Kita tunggu ahad ni.Tak payah lah sibuk pasal perkauman. Cukuplah politik je ada isu perkauman.

Ok....Salam

Friday, August 8, 2008

080808

Salam,
Wah tarikh hari ni sangat cantik. 08.08.08. Bagi kaum cina banyak 'ong' ooo.
Siapa yang lahirkan baby tarikh ni mesti suka. Yalah no cantik. Nanti mesti senang nak ingat besday. Kalau lahir di Perak lagi best. IC no 080808-08-XXXX. Kalau ada lapan lagi di hujung no IC tu lagi best.
Tapi entahlah...sejauh mana tuah no tak dapat dipastikan. Cuma memang no ni kira cantik ar.
Oh ye.....08.08.08 ari ni besday paksu ku yang ke 48 tahun.
Selamat hari lahir paksu. Terima kasih atas jasa baik pak su menjaga Yanti selama ni.
Allah saja yang akan membalas semuanya.

Tuesday, August 5, 2008

KASUT BARU

Salam,




Ye last sunday pergi tengok THE MUMMY. Cerita ada kureng sket. Terus terang 2nd is better then this sequel.
Sambil menunggu waktu tayangan. Ronda shopping complex dan hubby kesayanganku pilihkan kasut baru.
Ekekekkeek...macam kasut bebudak. Tapi comfort ar untuk pregnant woman. Tapi part yang paling kelakar tapak dia kan. Tapi hubby cakap tapak macam ni kuat.
Dan rasanya hubby ku betul. Selesa.

Saturday, August 2, 2008

Bosan & Tak Sabar

Salam Geng....
Lama tak update blog. Tak ada stori nak share.
Juz rasa pening yang masih ada sedikit. Loya yang masih tidak mahu hilang. Masih bergantung pada ubat tahan muntah.
Tak apalah sabar je lah kan. Bukan aku sorang yang rasa macam ni. Boleh kata semua perempuan yang pregnant alami alahan macam ni. Sabar ....
Tak sabar nak lepasi 1st trimester ni. Supaya hilang rasa loya dan pening. Memang serba tak kena baik kat rumah atau opis.
Harap semuanya akan baik saja.

Saturday, July 12, 2008

MABUK

salam,
Ye yus mabuk yang melampau. Alahan mengandung yang rasanya agak teruk. Masuk je makanan ke minuman ke mesti 10 - 15min kemudian nak keluar balik. Pergi klinik dapat vitamin dan ubat tahan muntah. Oklah skit. Walaupun masih tak hilang.
Scan baby. Doktor kata terlalu kecil, macam baru 6 minggu padahal kalau ikut tarikh last period sudah masuk 8 minggu.
Ya ALLAH berilah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Demi kandunganku berilah aku kekuatan.
Amin.

Wednesday, June 25, 2008

I'M PREGNANT.......

Salam.....
Yus rasa ini adalah posting yg paling bermakna selama berada di laman blog (ewah blog pun tak sampai setengah tahun).
Selama seminggu lewat period. Yus cuba tenangkan jiwa untuk tidak membuat UPT. Biar pun memang ada tanda tanda kehamilan awal Yus senyapkan. Rasa keras kekadang seperti ada ketulan di sebelah kanan(agaknya inilah rasa 'cramp'). Demam yang on dan off. Selera makan yang sedikit menaik, loya tetapi belum tahap muntah. Kepeningan.Yus cuba kawal untuk tidak ceritakan tanda pregnant pada geng suite VVIP. Sengaja tak cerita untuk menenangkan diri sendiri.
Sehinggalah si an2(boleh Yus katakan si bunting pelamin...he....he) buat UPT. Baru Yus ceritakan pada geng SUITE yang Yus sudah lewat period. Semua geng SUITE beri sokongan untuk buat UPT.
Alhamdulillah keputusan UPT positif. Terus ke klinik untuk pengesahahn. Doktor sahkan Yus memang pregnant berdasarkan UPT yang Yus buat sendiri. (Doktor malas nak membazir UPT lain agaknya...he..he....he). Bila scan,baby(baby ke?)masih belum kelihatan. Doktor kata mungkin terlalu awal. Hmm...harap lain kali scan akan kelihatan. Harap semua pasti baik baik sahaja. Syukur.Alhamdulillah.

Saturday, June 21, 2008

.....SEPI....

Sepi

Bisikku pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku

Sepi memelukku,

Bulan jangan biar siang

Biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku


Bait-bait di atas bukan espresi diri. Yang pasti Yus tidak kesepian. Ia satu bait promosi dari filem SEPI.Beberapa minggu kebelakangan ini, promosi filem SEPI melalui media buat Yus teruja untuk menonton filem arahan Khabir Bhatia ini. Semalam berkesempatan menonton 'The Making of SEPI'. Baru saja melihat the making hati Yus sudah tersentuh(memang lah Yus ni sensitif). Siapa yang tak tersentuh dengan iringan muzik tema yang mengasyikkan, di tambah dengan visual 'maple leaf' yang berguguran. Ah teringat pula pada filem 'Mohabbatein'.

Melihat senarai para pelakonnya, Yus dapat rasakan ini satu nashkah hebat. Mari kita lihat para pelakon dan watak mereka di dalam SEPI :

Adam - Afdlin Shauki (Pasti tidak akan menghampakan sebagaimana lakonan selamba beliau sebelum ini)


Sufi - Tony Eusof (Selalu watak yang dipegang karektor lelaki urban, hmm harap lakonannya superb)


Ilyana - Vanidah Imran (Yus antara peminat Vanidah, antara pelakon terbaik di Malaysia)


Suzie - Nasha Aziz (Walaupun adakala Yus kurang senang dengan lakonan Nasha, tapi tak dinafikan Nasha antara pelakon yang baik.


Imaan - Baizura Kahar (Suka lakonan Baizura dalam Dunia Baru dan Cinta)


Ean - Syed Hussain (Tak pernah lihat lakonan Hussain, tak sangka lepas berkahwin Hussain masih aktif dunia seni)


Khalif- Piere Andre (Walaupun lakonannya bagus. Tapi selalunya gaya yang sama, harap SEPI ada pembaharuan)


Marya - Eja (Hmm apa lagi nak dikatakan,memang sentiasa tidak menghampakan)


Tak sabar nak menanti tayangan SEPI pada 26 Jun ini. Sudah ingatkan hubby untuk sama sama menonton nanti. Selepas menonton filem santai HULK dan KUNG FU PANDA(ah si PO yang comel) masanya pula untuk melayan perasaan untuk filem romantis. Nantikan reviu SEPI dari Yus.


Saturday, June 14, 2008

Wajah blog terbaru & Rasberi Mousse


Salam......


Akhirnya berjaya juga Yus mengubahsuai blog milikku.

Hmm.....imej baru jadi harapnya akan jadi pemangkin untuk Yus lagi rajin mengemaskini blog.

Sebagai langkah permulaan mari kita berkongsi rasa Rasbery Mousse Cake.

Dah tentu bukan resipi Yus.

Kek terbaru di Boulangerie Classic. Sedap walaupun agak manis.

Pasti akan ada cerita terbaru secepat yang mungkin untuk dicoretkan

Semungkin yang boleh akan rajinkan diri.

Saturday, April 26, 2008

Sambungan Kisah Di Puduraya

Salam ...
Nampaknye waktu2 sibuk sudah berlalu. Sekarang yus ada lebih banyak ruang untuk merewang di laman blog. Juga untuk berborak di suite kesayangan.

Sekarang yus nk continue cerita sorang mamat yg yus temui di puduraya. Sambungannya......

Selepas saja naik dari kedai mamak dari teman Ani n lelaki yg mencurigakn tu, Yus kembali duduk dalam pudu.
Tak lama lepas tu ada sorang mamat yg memang mcm drug addict dtg pulak dekat yus. Aduh dalam hati ni sape pulak ni. Tension skit le masa tu. Mamat ni tegur yus baru balik dari kg ke. Yus pun jawablah iye. Then yus tanya balik mamat tu awat pun baru balik dari kg ke. Dia jawab ye baru balik dr kg, dari Penang. Yus sound balik ai baru balik dari kg tak ada bag pun. Dia jawab balik "Alah budak lelaki mmg sempoi camgni". Tak de ye yus nk percaya. Memang dia ni sj lepak kt Pudu ni.

Lepas tu dia tanya yus "Tadi saya nampak kecoh2 kt cni ada apa?" Wah dia nampak apa yg berlaku kt yus tadi. Means dia mmg dah lama ushar yus la kan..So mmg yus kena berhati2 dgn mamat ni. Yus jawab ar saya pun tak tau kalau awak nk tau pergi tanye derang sendiri. Mamat ni mesti ingat aku baru sampai dari kg...Baru je duduk KL..so senang nk kena kencing.

Lepas tu dia ajak yus pegi minum kt bawah. Hello mamat ni mmg nk kena. Dia ingat yus ni pompuan yg senang nk kena tipu dengan lelaki ei. Tak semudah itu. Yus mmg dah cam bengang tau. Yus jawablah awak pegi lah makan sendiri.Kata lelaki mesti biasa makan sesorang kn. Sy tak de masa nk pegi minum2 lah. Dia bole jawab balik "Bukan apa kalau awak teman ada la gak kawan borak". Yus mmg dah tension tau. Ini kalau yus ikut dia pergi makan ni. Sure mesti dia tipu yus kn. Antara kebarangkalian yg mungkin terjadi kalau yus ikut mamat ni :

1) Dia masukkan ubat khayal dalam minuman yus, then rompak apa yg yus ada atau lg teruk dia cabul yus(Nauzubillah)

2) Dia acukan pisau pada yus dan samun yus (Nauzubillah)

3) Dia jual yus pada sindiket (Nauzubillah)

Mmg yus takkn ikut mamat ni even sesapa pun yg tidak dikenali. Dan yus buat muka masam n keras membatukan diri. Sehinggalah mamat yg mencurigakan tadi kembali dgn Ani. Mamat yg macam drug addict ni pun blah. Ish.ntah berapa ramai pompuan dah terkena dgn derang2 ni.

Oklah itu je smbungannye. Apa yg berlaku lepas tu mcm yg yus citer pd post sebelum ni. Ni nak kata prequel pun bukan sequel pun bukan...

OK .....Bye.

Saturday, April 12, 2008

Salam......

Memandangkan minggu depan adalah antara waktu2 bz. So yus decide utk update blog. Tiada apa yg terbaru nk di ceritakan. Tp yus nak cerita satu kisah yg terjadi pada yus di Puduraya kira2 5 tahun yang lepas.Ia waktu yus masih bekerja di KL..



Kisah bermula.......

Waktu tu baru selepas sehari Hari Raya Aidiladha.Ye Raya Haji.Seperti biasa yus ambil cuti dan pulang ke kg.Nak dijadikan cerita boss telefon suruh emergency masuk kerja.Kata esoknya kena outstation ke Melaka.Aduh tiket tak beli lagi.Last minute pegi beli tiket, ada pukul 8.30pm sahaja.Terpaksa jugak beli tiket tu.Bajet dalam 1 pg akn sampai Pudu. Ah..tak apalah orang mesti ramai.Tak pun lepak kt surau.



Sampai je di pudu,pergi cari surau kt car park. Tp alamak surau tu kunci la pulak. So nak tak nak lepak je lah kt dalam puduraya tu. Orang ramai lah jugak even tak seramai di siang hari.Duduk je lah.Menung sambil dalam ati minta2 cpat waktu subuh. Selang 1 kerusi dari yus ada budak2 U rasanya yg sama2 baru balik dari kg memasing.



Sehinggalah...tiba2 dtg sorang mamat ntah dari mana muncul duduk sebelah yus.Fizikalnye mmg mamat ni hensem,smart,pakai kasut formal ok.Skali tgk mcm polis.Tp ntahlah.Mamat ni tegur yus dan kitorang borak mcm biasa.Tukar2 no telefon(yus dulu kerja marketing so bg no telefon kt org kire perlu gak le utk bisnez).Tgh borak2 kosong tiba dtg sorang lg brothers ckap kt mamat ni.Ni antara perbualan diorang yg yus masih ingat.A ialah mamat yg borak dgn yus, B member dia :

B : Tadi aku tgk ada sorang budak ni..Dari semalm aku dah nmpak dia

A : Ada apahal kenapa?

B : Kau ikut aku jap



Lepas tu mamat ni follow member dia tu. Sebelum pergi tu sempat lg pesan kt yus.."Sekejap ye ada hal jap.Tunggu ok" dlm ati yus eh nak suruh aku tunggu dia lak.



Beberapa minit kemudia derang pun balik ke tempat yus dgn bawa sorang pompuan dalm linkungan umur 20-23 tahun. Keadaan kelam kabut sikit waktu tu. Security guard datang tempat duduk kitorang dan ucap terima kasih kt mamat tu.Member mamat ni mcm marah kt budak pompuan tu "Kau buat apa kt cni? Kau kg mana?Esok pagi2 beli tiket balik kg."

Mamat ni suruh member dia cool down,biar dia yg settlekn.Lepas tu dia mcm slowtalk la kt budak pompuan ni.

Lepas tu mamat ni ckp kt yus. Yg budak pompuan ni nyaris nk kena raped kt bawah tadi.So derang dah selamatkan dia.Konon nama dia Ani. Dtg KL nk jumpa makcik.Tp tak dapat jumpa.



Lepas tu mamat ni blah jap n pesan kt yus suruh jaga Ani. Sementara derang tak ada yus borak dgn Ani.Tanya dia umur n dari mana. Ani ckp dia datang nk tgk kawan baru lepas bersalin..Jeng.jeng......jeng.....fakta dah tak sama dgn brother td.Td cakap nk jumpa makcik ni nk jumpa kawan pulak.Something wrong....



Tak sempat nak borak lama mamat tu dah balik dan ajak yus teman Ani ni mkn sebb Ani tak makan lg.Yus pun tak tau knp yus bole ikut derang g kt kedai mamak kt bawah tu.Dah sampai kedai mamak tu baru yus ingat"Eh apsal pulak aku ikut derang lebih baik naik cpat kt pudu td.....So yus juz tinggal derang kt kedai mamak tu



Dah naik tu.Tiba2 ada pulak lg brother datang kt yus.Yg brother ni mmg mcm drug addict gayanye.Tp pasal brother ni nanti yus citer lainlah...Panjang no rasanye



Tak lama lepas tu mamat tadi datang balik dgn Ani.Aduh ingat tak jumpa dah.Jam masa tu baru 3pagi kalau tak silap.Tp kali ni yus buat keras je.Sepatah dia tanya sepatah yus jawab.Mamat ni cakap dia kesian kt Ani.Ani ni kena dera dgn mak tiri.So dia nak tolong Ani.Dia nak bawa Ani balik tempat dia.Bg kerja bila dah ok bawak adik2 Ani dtg KL n duduk skali.ADa gak dia suruh Ani ikut yus dok umah sewa yus. Gila apa kena dia berpakat dgn Ani nk kenakan yus!!! Mana tau kn.



Tp mamat ni cakap..Geli sikit ayat dia ni.Cam ni lah dia ckp kt yus "Tp abang tak nak putus dgn yus, Sebab abg nak yus sama2 jaga Ani bila abg g outstation"...Adoi ni yus dah masuk drama apa ni tak taulah.

Naseb baik tak brp lama lepas tu ada sekumpulan budak U baru turun dari bas datang tempat yus. Ada can aku lari dari borak dgn mamat yg mencurigakan tu.



Dah sampai waktu subuh (fuh mmg lega sgt dalam ati) Mamat ni cakap kt yus dia nk blah dah.Nk bawak Ani balik ikut dia. Yus cakap ok..ok(dlm ati cpat le pegi..walau dlm masa yg sama tak sure apa akn jadi kt Ani)



Yus pn cepat2 pegi LRT station sambil masih tertanye apa sebenarnye yg berlaku.Adakah Ani sbenarnye mmg dah geng dgn mamat tadi.Atau derang mmg baru je berkenalan.

Selang semalam lepas tu.Yus terima panggilan telefon dari mamat tu. Memula tak ingat.Dia tanya apa kabar smua la. Bila yus tanya pasal Ani. Dia cakap tak tau lah apa jadi kt Ani. Dia cakap Ani ada tunjuk kt dia surat gila. Means Ani tu ada penyakit gila.(Ada ke camni..Ntah2 mamat ni yg gila kot?). Pastu dia cakap turun je dari pudu tu Ani lari naik teksi sorang2.Dia tak sempat kejar.(Cam tak ligik kn)

Lepas tu dah dia cakap dia ada tolong budak pompuan lain lak kt pudu.Budak Sabah nyaris nk kena jual.Aduh baik aku jgn layan kt mamat ni

Tp smpai sekarang yus masih tertanya.Nasib Ani...Btul ke dia gila atau dia mmg berpakat dgn mamat tu...
Ataupun dia dah kena aniaya dah kena jual dek mamat tu? Mamat tu mmg keje jual org ke.

Apapun yus syukur tak ada yg buruk terjadi kt yus........

Ok itulah sebahagian cerite yus.Ada byk cerita masa yus keje KL dulu...Tp kita citer sikit2 dulu k....

Salam...

Monday, April 7, 2008

Cerita Ari Sabtu......

salam.......
sat lepas g exam SPA...2 kali dah attend exam ni..ok ar..soklan senang skit compare to PTD n KPLI...
tp x tau lah..ada rezki alhamdulillah...Ushar gak kalau ada member time study dulu.Tp x jumpe sorang pun.Dh lah sampai lewat ok...Suppose start 9.30...Btul2 9.30 br sampai skolah tu.Dh sampai melilau lak cari kelas..Nk nangis lor.tp 9.45 jumpa la klas tu...Org dah jawab pun exam.So trus start jawab.Naseb baik Sahsiah Diri.Kalau math mau kelam kabut.....Lepas je exam abes trus g Jusco Ipoh....ye lah bkn slalu turun dr Lumut ke Ipoh...so ada waktu redah jer......pusing2 window shopping...x shopping mende pun.juz perfume dr body shop.....White Musk.i loike this perfurme...pakai dari study lg..rasa cam dah sebati dgn diri.of coz la tak ribu riban punye perfume kn...
Then kitorg tgk wayang.Alah citer best smua fully booked.Hentam je lah tgk Nim's Island.X tau citer camne tp tgk pelakon ada Jodie Foster dgn budak kecik yg ada berlakon citer little miss sunshine kn.So ok lah layan ar.Hmm menarik gak citer ni..Mmg tak ada langsung adegan sencored ka..romantik ka....memmg clean la citer ni...Ada klaka n kasih sayang...Comei iguana nama fred kwn Nim.....
Lepas tgk wayang hubby ajak tgk bola...alamak.Mmg tak pernah tgk bola live kt stadium.Tp teringin gak...Hubby pesan tp jg2 nanti mesti ada yg kena raba.Sebab time masuk tu ramai org.Alah takut gak....Hubby tanya btul ke nk tgk ni?So tgk jam pn dah 7 lebih...Cakap kt hubby takyah ar.......Jadi kitorg tak tgk le bola.....
Trus balik n dgr konsert AF dlm radio....Dah tak tau nk citer mende lg ni.....Cukup utk kali ni...Update lg.....

Thursday, April 3, 2008

bz...bz.......

aduila....
bz la minggu ni.......
22/04 ni ada Internal Quality Audit...
sure bz puinye......nanti x ada masa nk forum dgn kengkawan
ramai dah kengkawan forum dah peknen..
hope i'll follow them soonest as possible

Wednesday, April 2, 2008

hi..
sj test...tgk ok tak.....
ada masa nanti akn di post bebayk.......
tumpang hepi pd kengkawan forum yg dah peknen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails