Iklan

Monday, November 10, 2008

Ikan Masak Stim

Salam....

Sabtu lepas masak ikan stim....Taraa.....

Ikan Masak Stim

Bahan2
Ikan (siakap paling best)
Sos Tiram
Light Soy Sauce (tak ada pun tak apa, sesudu memadai sebab masin)
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah/Besar
Tomato (Potong ikut suka)
Cili Api/ Cili Merah
Carrot (dipotong rampai)
Serai
Garam
Daun Sup (dihiris kasar)

Cara2
Tumbuk/Blend halia + bwg putih + bawang besar
Gaulkan dengan Ikan bersama sos tiram dan light soy sauce + garam
Perapkan dalam 15 minit
Letakkan dalam pinggan utk dikukus
Taburkan tomato + cili padi + carrot + serai diketuk + halia yg dihiris + Daun sup
Kukus selama lebih kurang 20 minit.....
Kalau suka boleh tambah perahan limau....

Resipi paling mudah, ringkas dan SEDAP....
Pekena pula dengan kangkung goreng belacan
Gerenti sedap.........

3 comments:

azia rinne_rinn said...

saya mau cuba lah....
ahaksss....

yusyanti said...

sile cuba rinn.......
yus gerenti sedap.......
suami suke....
jgn lupe tabur daun sup....
kalu nak bole perah limau

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

hadeh sodap....mau sket..mao mao..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails