Iklan

Thursday, December 31, 2009

Your Wish Comes True....Katanya....

Salam....

Tajuk macam best je.
Mana tak best.
Your wish comes true katanya.
Comes true lah sangat.
Hihihihihi....

Aku ni selalu sebelum naik kereta.
Sambil jalan ke kereta.
Memang aku akan nyanyi-nyanyi.
Tak nyanyi keluar mulut.
Nyanyi dalam hati.
Selalunya pulak.
Asal aku masuk kereta.
Buka radio.
Lagu yang aku nyanyi tadi.
Mesti tengah ke udara di radio.
Ala-ala your wish comes true gitu.
Ko nak lagu tu.
Sekali dapat dengar.

Macam petang semalam aku nyanyi lagu pakai buang STACY.
Masuk kereta radio Era tgh pasang lagu tu.
Pagi tadi lak.
Aku nyanyi lagu Alleycats yang berarak mendung kelabu tu.
Sekali buka radio Selangor FM.
Pak uda aku tengah pasang lagu tu.
Rasa macam ada SUPERPOWER je.
Hahahahhahahahahaha....

Yang peliknya time lagu je le wish comes true.
Tang lain takde le pulak dimakbulkan.
Macam aku terfikir nak 1 juta.
Sekali masuk kereta ada 1 juta sejelepuk dalam kereta.
Fuh....meriah hidup kalau betul ada.
Hihihiihihi....
Berangan je lah.

Hik....

Friday, December 25, 2009

Iklan Promo AJL & TM....

Salam....

Weih korang ada tengok iklan promo AJL.
Aku sukalah iklan tu.
Sememangnya aku suka gandingan ALLY ISKANDAR,CHERYL & FBI
Bagi aku derang tak over.
Lawaknya masih bole diterima tak terlalu DUNGU.
Ada info dan nampak educated bila mengacara.
Tidak perlu terlalu buat lawak sampai adakala pengacara yg nampak BODOH
Kiut je iklan tu di mata aku.
Adalah rasa tertarik nak tgk AJL.
Meski ada ralat di hati sebab lagu yg aku suka tak masuk.
Huhuhuhuhuuhu....
(psst...seb baik EZLYN tak ada final ni)
Aku semacam kurang dgn minah ni kalau dia mengacara.

Lagi satu iklan TM.
Yang BUNKFACE berlegar2 nyanyi di jalan.
Sambil orang ramai ikut sama menyanyi.
Rasa meriah je hidup tgk iklan tu.
Aku yg tgk iklan pun sama nyanyi.
Walau tak hafal lirik.
Ntah lirik apa ikut sedap mulut je nyanyi.
Hahahahahahahha....
Tapi memang best pun lagu tu.
Lagi best bila tahu lagu tu ciptaan BUNKFACE sendiri.
CAYALAH....
Memula dengar kt iklan TM yang ORANG KERTAS tu(serius kiut orang kertas ni, suka gak iklan tu).
Aku ingat lagu penyanyi antarabangsa.
Ropenye lokal band punye.
Dari sudut promosi & pengiklanan.
Aku rasa TM memang menjadi.
Seharapnya SERVICE pun menjadi lagi BAIK PUNYA.
OK.
Hihihihihihihi....

Monday, December 21, 2009

2 Tahun Dah Berumahtangga....

Salam....



Hari ni genap 2 tahun dah kahwin.
Ada masa rasa macam dah lama dah aku kahwin.
Ada masa rasa macam baru semalam je kahwin.

Kalau baby macam IR.
Baru 2 tahun.
Alahai baru reti nak berjalan kot.
Comei je kan.

Macam tulah aku rasa 2 tahun hidup berumahtangga ni.
Comei je.
Kejap2 macam marah.
Kejap2 kena marah.
Sekejap balik sayang giler.
Hihihihihi....

Muda dalam alam rumahtangga.
Harapan semoga sentiasa diBERKATI.
Dimurahkan REZEKI.
Dikekalkan ke AKHIR USIA.
Amin....

Hik....

Friday, December 18, 2009

Salam Awal Muharam & Emas Bolasepak Sukan Sea....

Salam....

Salam awal muharam.
Cepat je masa berlalu.
Yg mana tak tercapai tu.
Takpe tahun ni ada lagi.
Semoga kita semua akan lebih baik.

Memang tiap tahun.
Asal nak awal tahun.
Aku memang tgk live bacaan doa akhir & awal tahun kt TV1.
Ntah dah macam acara wajib akhir tahun.
Hihihihihihi.....

Semalam time forum.
Salah sorang ahli panel USTAZ FARID RAVI ABDULLAH.
Aku suka gak ustaz ni.
Setakat ni rasa ustaz ni takde over & isu.

Tertarik dgn salah 1 isi ahli panel.
Betapa ada sorang profesional barat.
Cukup kagum dgn ISLAM.
Katanya "Belum ada satu agama selain ISLAM yg boleh himpunkan
ramai umatnya dalam 1 masa & situasi yg unik">> merujuk kpd ibadat HAJI
Orang bukan ISLAM sendiri nampak KEHEBATAN & COOLnya ISLAM.
Cuma ada kala kita sendiri tak ternampak.
Huhuhuhuhu....

Aku nampak TUN ABDULLAH ada join solat jemaah.
PM & TUN MAHATHIR solat masjid lain kot ei.
Bertambah hensem lak aku tgk PAK LAH pas pencen ni.
Hhehehehehe....

Lepas habis sessi berdoa, solat semua.
Tukar channel.
Malaysia vs Vietnam.
Belum habis lagi.
Takmo ketinggalan gak.
Harus tonton.
Hihihihihihihi.....

Time aku bukak still 0-0.
Tak lama pas tu Malaysia rembat 1 gol.
Yahuuuuuu....
Tapi aku tgk pas rembat 1 gol tu.
Malaysia main cam ala2 nak melengahkan jer.
Sampai keeper dpt kad kuning lorrr....
Alah boring le pulok.
Kalu tgh rancak main Refree tiup wisel.
Baru best.
Apa2 pun YABEDABEDU.
Malaysia Menang.....
Boleh balik dapat pujian + habuan.
BERBALOI BALOI....

Hik....

Wednesday, December 9, 2009

Mak2 Zaman Sekarang Suka Merungut????

Salam....

Aku ni kadang letih le gak melayan tahap kelasakan IR.
Ye le baby boy.
Lasaknya penat nak melayan.
Sesekali bising2 gak kt IR tu.
Tapi sekali fikir lak.
Syukur le kan anak kita aktif.
Apa le nak dirungutnya sangat.
Baru anak sorang.
Huh....

Ada gak aku tgk.
Bila nak berjalan ada mak2 jadikan alasan barang baby melambak.
Merungut bagai kata brg anaknye byk.
Siap kena berchecklist bagai.
Kot baru sebulan dua beranak.
Takpe le.
Ini kot anak dh 10 bulan mcm IR.
Apa BANGANG lagi ke maknya tak expert brg anak.
Macam aku mmg sebakul yg tinggal hari2 tu.
Tu ler barang IR bile berjalan.
Just tambah mana yg patut je.
Idak ler rasa mimpi ngeri sekali bwk brg baby.
Bukan kena pegang sepanjang perjalanan.
Sumbat je dalam bonet kete.

Ada pulak tu merungut dokong baby lelama.
kot dh penat duduk le kan dia kejap.
Bagus apa dokong baby.
Exercise lengan gitu.
Bole le turunkan berat badan yg gemuk tu kot.
Baru pangku anak dlm kete.
Tu pun ada merungut tak tahan.
Bagus apa.
Bole gak kempiskan montot memana yg lebor tu kan.
Hihihihihihihi....
Huh kot umor kite ni udah 50an merungut.
Tak larat pangku anak.
Lojikle gak.
Ini baru 20an.
Tenaga masih muda,segar bugar lagi.

Lagipun kalau kite merungut sangat bab anak ni.
Kang depa besor depa lak merungut kt kite.
NAK?? SUKA??
Tak mau kan.
Jadi fikir2 kan.
Juga ingatan utk diri sendiri.

Hik......

Monday, November 30, 2009

Mereka Yang Berlagak.....

Salam....

Aku selalu jumpa orang yg suka CAKAP BESAR aka BERLAGAK aka RIAK.
Baik masa study dulu.
Masa kerja.
Baik kt kampung aku.
Mahupun di bandar besar cam KL.

Boleh ke aku katakan CAKAP BESAR.
salah satu perangai TIPIKAL orang kita??

Yang sebenarnya aku heran.
Heran apa motif orang CAKAP BESAR.
Apa motif gebang sini sana harta benda derang?
Apa motif gebang duit ada banyak kt bank?
Apa motif gebang meniaga untung sehari 5 ribu?(5 ribu je ke???)
(ko bukan meniaga MLM yg nak kena tarik org masuk under ko)

Kat kg aku ada sorang.
Asal kalau ada kenduri keramaian ke.
Kalau dia datang.
Fuh mesti gebang.
Hari ni meniaga penat tak menang tangan.
Untung jer mau 10 ribu katanye.

Korang rasa sebab apa?
Aku rasa 1 je sebab nak BERLAGAK.
Sebab pada hemat aku.
Orang yg bebetul ada harta & duit ni.
Takdenye nak gebang kat orang eh duit depa.
Depa cool je.
Selalu yang takde yg gebang melebih.
Senang kata AUTA saja.

Pulak tu selalu aku tengok
Yg kata harta banyak berkoyan2 ni
Yg selalu jeles kat org yg kurang dari depa.
Motif??

Orang yg pakai kete continental buatan luar negara.
Yg jeles dgn org yg pakai kete nasional.
Orang yang meniaga kedai batu besar.
Yg jeles dgn orang meniaga kedai papan kecik cenonet.
Orang bisnes kontrak juta2 yg jeles dgn orang meniaga makan kecik2.
Sampai dikaconye tempat org yg meniaga kecik tu.
Apa tak reti bersyukur ke dgn rezeki yg ALLAH dh bg tu.
Apa ke tamak lagi.
Nak sumbat rete mende tu dlm kubur kot?

Semoga ALLAH berilah keinsafan pada mereka ni.
Nak kata tak kaya.
Keta dh beso dah.
Umah batu tersergam indah.
Harta menda banyak.
Apa tak sedo ke.
Kesenangan yang ALLAH bg tu pun ujian.
Yg ditahunye ujian bila dtg susah je.
Time susah baru nk ingat ALLAH ke apa?
Time senang tak reti bersyukur.

Hmmm....

TIPIKAL manusia....
Semoga aku sentiasa disedarkan jika ada perangai macam ni.
Amin....


Hik....

Thursday, November 5, 2009

LAYANAN TAK BEST OLEH PETUGAS HOSPITAL ANGKATAN TENTERA......

Salam....

2 minggu lepas.
IR demam.
Suhu tinggi juga 39'c.
Memula kitorang bawak ke klinik swasta.
2 hari still tak baik demamnya.
Jadi hari ahad paksu ajak bawak ke HOSPITAL ANGKATAN TENTERA (HAT)
di pangkalan TLDM.
Aku pun ok je lah kan.
Pergilah hospital kerajaan terus....senang.

Kitorang terus mendaftar di bahagian wad kecemasan.
Orang memang tak ramai.
Sekejap je dah giliran IR.
Kami dilayan MA SARJAN EN ZAHARI.
Consultation semua ok.
Untuk kepastian sarjan tu suruh darah IR diambil.
Yelah sekarang kn musim denggilah.....itulah....inilah.
Ambil darah di bahagian wad bersalin.
OK...pergi jelah kan.
Ambil darah je makan masa dekat 30minit.
Terjerit2 aku dengar IR menangis.
Tau sangat le tu mengelejat tak ingat kot.
Kesian huhuhuhuhuuhu.....

Selesai darah diambil....
Tersedu2 IR....kesian ko nak.
Sampel darah diletak di kaunter makmal.
Kitorang disuruh tunggu di bahagian kecemasan semula.
Selang 10 minit, Paksu tergerak hati nak meronda kat kaunter makmal tadi.
Sampel darah IR tak terusik pun.
Paksu ketuk cermin kaunter.
Barulah petugas tu "Ar..ye..ye"
Paksu nampak dia main game kt komputer.

Tak lama lepas tu kaunter bahagian kecemasan terima call.
Darah IR tadi dh beku.
Kena ambil darah lain.
Ya ALLAH serius geram je aku.
Seb baik emosi aku bole kawal lagi.
Nak tak nak terpaksa le gak kan
Ikut rasa nak balik je.
Mana tak beku kan...dah lama terbiar.
GERAM....

Sampai wad bersalin.
Geram bertambah.
Sebab petugas tu lak.
Name tag ASHIMAH.
Suruh tunggu dulu dia nak settlekan kerja dia di komputer.
"Tunggu luar dulu nye,sy nak settlekan kerja saya dulu"
Sambil menaip2 di komputer.
OK...fine kitorang tunggu.
Ir dh meragam nak tido.
Dalam 10 minit tunggu.
Aku tanya
"Lambat lagi ke, anak sy dah nak tido ni...meragam dah"
ASHIMAH tu jawab "Arr,saya nak siapkan kerja sy dulu. nak tunggu doktor habis melawat lagi"
EEEE rasa nak mencarut je tau.
"Takpe budak biasalah,duduk dulu tidokan dia dulu takpe"
Eeee...memang tahap nak mencarut je rasa.

Paksu naik.....lama dah tunggu dengan IR meragam.
KItoragn igt nak batalkan je ambil darah kali kedua.
si ASHIMAH ni suruh kalau nk batalkan kena jumpe MA tadi.
Then isi form & cakap parent yg refuse nak teruskan.
Takutle kan...kang tak pepasal kena menjawab dgn superior.
Kitorang pun nak refuse bukan le tak nak buat cek sampel darah tu.
Ingat nak ke HOSPITAL MANJUNG pula.

Sampai bawah jumpa MA SARJAN EN ZAHARI tadi.
Dia pun terkejut kenapa kitorang nak refuse.
Aku pun cakaple.
Dah si ASHIMAH tadi nak settlekan kerja dia lah.
Nak tunggu doktor abis melawatle.
Takkan kitorang nk tunggu berejamkan.
Sebab ketara orang memang tak de .
Seb baik si MA ni lembut gak orangnya.
So dia suggest....biar dia yg amekkan darah IR.
Bole lak amek kt bawah terus.
Oklah amek le....

Dan keputusan darah syukur.
Tak ada apa2 masalah.

Apa yg aku fikirkan.

APAKAH KERANA HARI TU HARI AHAD.
MAKA PETUGAS2 KERJA SAMBIL LEWA.
LAYAN PATIENT MACAM NAK TAK NAK????

ATAU KAMI ORANG AWAM.
BUKAN KAKITANGAN TENTERA.
MAKA LAYANAN ENDAH TAK ENDAH???

ATAU JUGA TIADA OFFICER YG PANTAU KERJA MEREKA.
JADI KERJA SAMBIL LEWA???

Bila ingat memang hati rasa geram.
Kenapa le paksu tak amek gambar petugas yg main game kt kaunter makmal tu.
Kalau dapat gambar.
Hah bukti bergambar lagi.
Patut lah ramai yang tak nak bersalin kt HAT.
Rupanya layanan tak bagus kot.
Huh.....

Apapun, aku bersyukur IR tak de kena tahan wad ke apa ke.
IR pun dh sembuh sekarang.

Patut petugas di HAT lagi le berdisiplin dan layanan lagi bagus kan.
Sebab mereka tentera.
Sahih dilatih displin lagi kuat.

Hmmm......

Hik....

Tuesday, October 20, 2009

Sesape Nak Terror Menjahit, Meh Sini Ada Petua....Baik Punya

Salam....

Hai kawan-kawan.
Apa khabar? (Lagak mcm kanak2 riang ria ribena).
Hihihihi....
Korang aku nak kongsi sikit.
Cerita zaman aku kekecik dulu.
Kenangan agak lawak + bengong sikit.
Huhuhuhuhu....

Ceritanya macam ni.
Adalah dedulu time aku sekolah rendah, dlm darjah 3 kot.
Kak yong ada cakap kat aku.
"Hang nak terror menjahit tak?"
"Kalau hang nak terror menjahit, jahit jari, memang boleh terror"
Time tu aku idak le nak percaya ke apa.
Dengar tak dengar je.
Acuh tak acuh gitu.

Cuma ada satu hari tu.
Balik sekolah.
Opah takde rumah....kerja kot.
Kak yong pun tak balik sekolah lagi.
Sekali tengok.
Mesin jahit...cantik je terpasang.
Apa lagi aku pun set up projek baik punya.
Misi kekonon nak jadi terror menjahit.
Ye aku nak jahit jari aku guna mesin jahit.
Hihihihihihihi....

Ok...memula tutup pintu tingkap semua....
Siap kunci....alah rumah kampung selak je.
Aku pun apa lagi.
Memula putar pelan2 roda mesin.
Turunkan jarum mesin.
Letak jari telunjuk ngam2 bawah jarum
1..2..3..
Jarum mesin menusuk kuku telunjuk.
Masuk ok cantik
Aku tak rasa sakit lagi.
Sekali time nak bwk kuar jarum.
UWAA.............
Sakit weih.
Takleh kuar jarum tu
Aku tarik seriau.
Dengan jari aku sama naik
Jarum takleh kuar lagi.

Aku dah panik.
Sakit ada.
Dah nak meraung2 dah menangis.
Siap angkat sebelah tangan berdoa.
MInta ALLAH cepat hantar penyelamat pada aku.

Ada dalam 20 minit aku keras je kat mesin jahit tu.
Sambil memikir untung nasib (ewah over lak)
Sekali aku dengar suara opah.
Apa lagi menjerit le aku nangis.
"Opah tolong................opah"
Opah "Hah kenapa lak kamu ni?"
Sambil ketuk2 pintu
Dah aku kunci pintu kan.
Opah suh buka pintu.
"Takleh bukak,tgn kt mesin jahit....uwaa...."
Opah "Yang gatal p kunci tu naper?"
Aku dah tak tahan ni.
Opah dok membebel dah.

Naseb baik opah kuat cam power rangers.
Ditolaknya pintu sampai terbukak selak kunci.
Sekali dia tgk aku menderita je kat mesin jahit.
Opah nak keluarkan jarum dari jari aku.
tapi aku ala2 gedik meronta sakit takut
Seriau beb sbb sakit.
Sekali opah tolak jari aku ke bawah
Fuh selamat bole kuar.
Darah takde tp cam ada le bekas jarum tu kan tercucuk.
Tapi aku tersedu2 gak le
Ye le time tu budak lagi kan.
Padahal sendiri yg cari pasal.

Hampeh ok.
Kesannya sampai sekarang memang aku tak terror menjahit.
Setakat ada le jahit butang secoet tu.
Pastu masa form 4 n form 5.
Subjek ERT jahit skirt & apron.
Nama jahit baju ke apa ke.
Usah le.

Bengong je rasa bila ingat.
Kakyong aku mmg tersenyum je le balik sekolah opah cerita kt dia.
Hampeh....

Lawak kan.

Hik....

Friday, October 16, 2009

Kelaku IR....

Salam....

Ir dh 8 bulan korang woi...
sekejap je rasa.
Pe'el dh macam kelaku dia tunjuk.
Udah pandai nak panjat sini sana.
Berdiri tak stabil lagi.
Tapi ada hati nak memanjat.
Sudahnye ada je terhantuk sini sana.
Baby boy....nakal le sikit....kot.
Risau kita dibuatnya.

Kot aku dah bersiap pakai tudung semua.
Mula le menjerit.
"Mmmmi...Mmmmi"
Takut kena tinggal kot.
Huhuhuhuhuhu....



Aku dah IR merenung di kejauhan.....hihihiihihihi....



Seronok le tu naik motor dengan ayahnye.

Lagi satu kan.
Ada hari tu.
Kebetulan je le gamaknye.
Aku suap dia kek coklat.
Sebelum ni IR macam tak suke bile bagi dia coklat.
Sambil aku suap tu.
Aku pun kata le kt en wolverine.
"IR tak suke coklat, dia tak berapa nak makan"
en wolverine tanya "ye ke?"
sekali kau keluar seketul ayat dari IR "Mmmm...SEDAP"
Terkujat aku laki bini.
Memang le seronok dengar dia cam cakap kn.
Tapi dlm masa sama aku rasa cam dikenakan anak sendiri lak.
Macam aku cakap dia tak suka coklat.
Tapi IR cam menafikan gitu...
SEDAP katanye coklat.
Hahahhaahhahaha....
Kebetulan je kot.
Terkeluar SEDAP tu dari mulut dia kan.

Hik.....

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Raya 2009....

Salam....

Fuh masih mood raya.
Almaklumle syawal kan sebulan.


Kami 3 beranak di pagi raya.
Si IR susah beno nk tgk kamera.

Cerita Raya tahun ni.
Memang meriah ok rumah opah.
Mana taknye tahun ni mak teh sekeluarga balik beraya rumah opah.
Agak dah 3 ke 4 tahun tak balik raya Lumut.
Makan memang meriah le.
Nama pun raya.
Penuh le rumah opah dgn anak..menantu..cucu..cicit.
Aku lg ok ramai sepupu kt rumah.
Senang nak beragih keje.MUahhahahahaaha....
Org ni tolong angkat kain.
Orang ni jemur kain (yg ni tugas sepupu lelaki) hihihihihi....
Org ni tolong berhidang.
Org ni tolong membasuh.
Bak kata WONDERPETS "Apa yang penting....KERJASAMA"

Memula en wolverine plan mlm raya balik umah mak@Segari.
Sekali last minit tak jadi balik.
Pagi raya baru balik katanya.
Aku on je. Hihihihihi....

So pagi raya selesai sesi bermaafan rumah opah.
Kitorang pun berangkat ke rumah mak.
Alah 30 minit je dari rumah opah.
Lepas rumah mak bawak mak ke rumah kakak ipar ku.
Menu adalah bihun sup tulang......terbaik.
Aku kalau datang rumah kak ina ni.
Memang makan tak banyak,sikit mesti nak merasa.
Ada selera rumah dia gitu.

Seterusnya destinasi adalah ke rumah Chor aka Pak sedara en wolverine.
Menu raya lemang, nasi himpit, rendang.
Tapi berjalan raya ni.
Masalah sikit dgn IR.
Sebab dia tido siang nak berbuai.
Haru gak le kan.
Bukan semua rumah ada buai.
Tapi dalam kereta tidor elok je cantik.
Huhuhuhuhuhuhu....

Berikutnya bawak mak ke rumah opah.
Kebetulan datang lak Ateh Daud sekeluarga.
Kalu rombongan Ateh Daud ni dtg.
Rumah mmg otometik menjadi riuh.
Macam masuk rancangan Raja Lawak lagaknye.
Hahahahahahahaha....
Dan yang paling best makanan semua akn disantap penuh selera.
Memang berbaloi hidang makanan rasanya.
Hihihihihihi....

Seterusnya hantar mak pulang.
Terus singgah ke rumah Si Tam adik iparku.
Muka rasa dah slebet je seharian beraya.
Maklum le 1st raya aku peot.
Takde bercuci langsung muka.
Seb baik pakai SAFI RANIA.
Kurangle sikit minyak dari zaman dolu2.
Sampai rumah ada le dah nak pukul 9mlm.
Sakan beraya tu, baru berapa buah rumah je.



Di rumah Si Tam adik iparku.
IR mcm dah nak start meragam.
Aku menten kekonon ayu lagi.Hihihihihi....

2nd raya lak.
Beraya rumah sedara belah aku lak.


Ummi dan IR

Schedule jalan raya kedua adalah..makan...makan..makan..dan makan..
Dari Kayan membawa ke pantai Remis terus ke Beruas.
Rumah Mak Lang di Kayan menu ayam kampung masak gulai.
Puyuh masak kicap.
Kuah kacang berlaukkan ayam resipinye.

Tok Lang di Pantai Remis hidang laksa mi.
Mak Long Lela di Beruas.
Kitorang siap call.
Suruh masak nasi, menu simple pun takpe.
Kemain nak beraya rumah org tapi demand suh masak.
Muhahahahahaha....
Menunye ada mi kari, pucuk ubi rebus, ikan kering, ikan goreng.
Tidak dilupakan sambal belacan yg power rangers.
Power giler sebab amek secoet pun dia punye pedas...BERASAP.
Tapi memang berselera je makan..meleleh..


Sakan lepak berasap nampak.




IR yg bermata redup aka kuyu.
Gambar kedua sangat mahal sebab susah nak dapat dia senyum kt kamera.


3rd raya.
Tak ke mana-mana.
Giliran tunggu tetamu datang rumah lak.
Menu senang buat beza skit dari menu tipikal raya
masak nasi putih je.
Sayur campur, Ikan masak lemak kuning, Sotong goreng kunyit
Ikan goreng, Sambal Belacan, Sambal Mempelam, Ulam2an
Bihun goreng.
Semua letak dalam tray.
Tetamu datang buffet sendiri amek.
Hihihiihihihi....

Aku cerita sampai raya ke 3 le dulu
Kot tak kang berjela karangan entry ni.
Tapi memang tiap kali raya rumah opah meriah.
Buruk2 pun ramai orang datang.
Berduyun kereta sekali datang rumah opah.
Meriah gitu.
Aku percaya orang datang rumah pun namanye rezeki kan.
Buat apa rumah besar, tanah berekar2, harta katanye berduyun.
Tapi time raya macam takde je org dtg rumah.
Ni kalau aku nak sambung
sampai ke hari kak yong n pak uda lak balik rumah opah.
Memang tak terabis aku bercerita.
Cukuplah sekadar di sini.
Hihi....

Hik....

Friday, September 18, 2009

Iklan Raya & Salam Raya....

Salam....

Hari tu time merdeka.
TV memang dah keluar iklan PETRONAS lelama karya YASMIN AHMAD.
Raya ni pun sama keluar iklan PETRONAS yg lelama.
Paling aku suka dah tentu JANDA BERANAK TUJUH.
Memang best iklan tu.
Ada unsur komedi tapi mesej tetap maintain.
Dalam dok nak gelak tgk gelagat anak2 janda tu.
Boleh rasa sedih nak nangis.
Terharu aku tengok semua anak lelaki dia tolong buat kerja.
Ada kupas bawang le.
Buat ketupat le.
Bersemangat betul derang nak tunaikan cari daging untuk raya.
Beruntung janda tu.

Lagi satu iklan PETRONAS.
yang ayah dia dah tua tu.
Yg tinggal dengan anak & menantu.
Paling aku sedih bila tempat makan diasingkan.
Tergamak tu makan serentak.
Tapi ayahnya makan sesorang.
Sedih weih.

Tu je iklan raya yg aku baru tengok.
Maklum le dah nak akhir ramadhan ni
Macam tak ada masa nak bertenggek depan TV.
Iklan yg anak tanya burung apa? burung apa tu.
Tak ada keluar lagi ei?
Ke aku yang tak perasan.

Oklah.
Dengan ini aku mengucapkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga bergembira di hari raya.
Raikan bersama keluarga tersayang.
Maaf atas segala salah dan silap.

Tuesday, September 8, 2009

Kunjungan YAB Menteri Besar ke Kg....

Salam....

Semalam Nuzul Quran.
YAB Menteri Besar Perak.
Dato' Seri Dr. Zambry berkunjung ke kg.
Ada aktiviti pemberian sumbangan ke fakir miskin.
AGRO BANK ada.
TV3 BERSAMAMU pun ada.
Selain acara berbuka puasa bersama org kg.

Dr Zambry cuma pakai baju melayu dgn kain pelikat je
(very the mamak style)
Katanye ini kg dia, pakai kain memadai.
Huhuhuhuhuhu....

Ni antara gambo yg aku snap.


Antara org kg yg menunggu ketibaan Dr Zambry.




Angota RELA jaga lalulintas.



Kereta Dr Zambry baru sampai.


Salam....salam....


Tersenyum lebor Dr Zambry.

Tu je gambo yg ada.
Opah kemain beria duk depan skali.
Ye le perasaan orang tua kan.
Maklum le dia kenal DR Zambry ni dari beliau kecik.
Seronok le dia dapat jumpa.

Menu buka puasa, aku tak tau.
Sebab aku tak tunggu sampai berbuka.
Balik rumah dgn IR.

Ok.
Hik....

Saturday, September 5, 2009

Aku dan Pencuci Muka....

Salam....

Saja nak bercerita pasal produk muka yg aku pernah pakai.
Kulit muka aku ni takde le teruk jerawat bagai.
Tapi cepat oily.
Pagi glowing....sampai tengahari dah oily.

Masa aku study dulu.
Aku pernah pakai BML.
Yg pengasas dia org philipine tu.
Dr Betty apa ke.
Kes tgk kakyong pakai elok.
Aku pun teringin le.
Mahal gak le.
1 set RM200 lebih.
Utk student mahal le kan.

Igt lagi iklan BML ni kt TV.
"Kecantikan Adalah Hak Milik Tiap Insan" katanye.
Member2 time iklan ni slalu perli aku.
Suruh aku lak jadi model produk ni.
Sbb mmg aku pakai berkesan ok.
Kulit mulus.
Tp terlebih mulus pink gtu.

Tp korang memula pakai hazab weih.
Kulit mengelupas teruk.
Aku nak gelak time kulit mengelupas pun sengsara.
Takleh nganga mulut beso2.
Sebb keliling mulut mengelupas kn.
Gosok gg kalau ubat gg tu meleleh kena kulit.
Aduh pedih weih.
Ada semingu gak le pengelupasan ni baru pulih.
Tapi pastu mmg kulit marveles.
Kira org tgk aku time tu paling kurang toleh 2 kali le weih.
Bak kata ZIZAN NIN dlm iklan PONDS.
"dulu saya tak perasan dia di kolej"
Tak tau derang toleh sbb cantik ke sbb pelik
Muhahaahahaha....

Jenuh aku cari gambo muke aku je .
Takde.
Ni pun dah dicropkan.
Sebelah tu Zam....
HI zam pekabo? Bila kite bole jumpe balik eik?


Pastu dh lama pakai.
Kecoh pasal hydroquino.
Apa ke nama bhn kimia tu.
Produk pengelupasan mcm ni mmg mesti ada hydroquin ni kn.
Walaupun katanye produk ni kuantiti bhn tu dibenarkan.
Tapi malas le aku nak pakai dah.
Plus duit pun dh kureng kan.
Perlu duit lg utk mende lain.
So aku stop le.
Huhuhuhuhhuuhu....

Kemudian aku pakai memacam produk.
Tak stick ke 1 produk je.
Pakai belasah je.
Bila keje.
Kekawan keje ada yg pakai babyface.
Keluaran philiphine gak.
Aku pun sama ikut gak.
Pakai toner babyface dgn sabun papaya.
Ada gak mengelupas.
Tapi mild gtu.
Tak ketara sgt.
Tak tau le kulit aku ni tingal brp lapisan je.
Asek mengelupas je.
Huhuhuhuhu.....

Kejap je pakai.
Pastu stop.
Sbb kalu tak silap aku produk ni sebenarnye dah diharamkan.

Ni masa ni aku baru je stop pakai babyface....
Saja tepek.
Eh aku senyum lebo le dlm gambo ni tAnYA.
Ni aku pakai shawl tau.
Tapi aku lipat dulu br pakai.
Over kemain siap ada kerongsang beso tepi bwh telinge.
Hihihihihihihi....

Bila balik keje kt kg.
Aku ada try FELISA KOSMETIK kejap.
Tapi cam tak berkesan ke aku.
Kulit oily le.
Pastu cerah tak sekata.
Jadi tompok2.
Silap besar org igt muka aku berpanau lak.
Huhuhuhuhuhu....

Pastu aku try je apa2 pencuci muka.
Mana maksu beli.
Tule aku pakai.
Ada en wolverine beli brylcream pencuci muka lelaki tu.
Pun aku pakai gak.
Hihihhihihi....

Bila mengandung aku mcm mls nk jg muka2 ni.
Cuci bese je.
Bila tgk gunits ramai pakai krim kecantikan SAFI.
yg tutup ijo tu kan.
Ramai kata best.
So aku pakai le.
Krim tutup ijo tu dgn pencuci RANIA kaler pepel.
Ada le setahun dh aku pakai.
Aku tak perasan sgt.
Tapi kak yong tego muka ada cerah skit.
En wolverine pun perasan katenye.
Lama dah dia nk puji.
Tapi kakyong ckp br dia igt nak puji.
Apa daa.....

Nampak kan perubahan?
Bg aku okla.
Rasanya aku stick ke SAFI je le.
Serasi bersama SAFI gitu.
Sekarang aku menten krim tutup ijo tu dgn pencuci SAFI RANIAGOLD & serum dia.
Aku ni pun bukannye nak kulit putih sepuh gtu.
Sebab aku rasa kulit gelap aku ni mmg dh molek utk muka aku.
Juz nk glowing skit je.
Aku suka mcm kulit VANIDA IMRAN tu.
Tak putih tapi nampak berseri.

SAFI ....dah le murah....senang didapati di mana2.
OK.
Hik....

Saturday, August 29, 2009

Hari Lahir Suami....

Salam....

Hari ni 29.08 hari lahir en wolverine.
Hubby kesayangan aku.
Hari lahir ke 29.
Semoga kita kekal bahagia.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Dibukakan hati ke arah yg baik2 saja.
Bib sayang abang.....Mmuah.
Kena marah pun sayang.
Tak kena marah lagi sayang.
Huhuhuhuhu....

Pagi tadi dia p belek2 muka dia dgn IR kat cermin.
Dok tgk tang mana sama.
Terus katanya "Ayah nak buat pembedahan plastik le IR"
Nak muka serupa IR katanye.
Apa ke hubby aku ni.
Hihihihihi....

Aku kata mata IR ikut aku.
Ramai member cakap mcm tu.
En wolverine mengaku.
Terus puji mata IR unik.
Jadi aku buat kesimpulan.
Sebenarnya en wolverine nak puji mata aku.
Hahahahahahahahaha....
Hahaahahhaahhahaha....
Adeh...adeh sakit perut gelak besar pose2 ni.
Adoi....adoi....
Hihihiihi....
Arr....baru lega gelak seslow.

Hik....

Monday, August 24, 2009

Gerai Pasar Ramadhan Maksu Di Manjung....

Salam....

1st day puasa sampai hari ni.
Syukur cuaca redup je kt Manjung & Lumut.
Jadi takde lah letih sgt rasanya.
Terutama yg keje di site mcm en wolverine.

Maksu mcm biasa ambil gerai pasar ramadhan(param).
Mcm biasa jual lauk pauk.
So, ni aku nak promote skit gerai ramadhan maksu.
Lokasi adalah di tapak biasa PARAM manjung.
Belakang medan selera manjung lama.
Gerai dekat2 dgn belakang blok asrama student apa ntah.
Berdepan dgn org jual roti bom.





Ni antara menu lauk.
Adalah dalam lbh kurang 20 jenis.
Mcm thn lepas2.
Ari pertama mmg ramai org.
Lauk pauk kbanyakannye SOLD OUT.
Hmm.... mcm bertentangan lak dgn situasi skang.
Situasi yg mana kite digalakkan elak dr tempat sesak.
Susah nak komen kn.
Org berniaga, tetap kena keluar cari rezeki.
Hidup tetap kena diteruskan.
Yg paling penting sesapa yg tak sihat tu.
Elakkan la dari kesesakan tempat awam.
Terutama tempat yg tertutup.




Nampak tu ayam & telur masak kurma dh nk abis....
Sebelah tu daging masak kicap.
Pun antara lauk feveret org beli.




Maksu gigih cedok lauk utk customer.




Rendang kerang yg dh nak abis.
Mmg tiap2 thn.
Asal buka gerai, rendang kerang yg paling dulu SOLD OUT.
Yg paling best ada regular customer thn2 lepas.
Dtg cari maksu gak nak beli lauk.

Oklah.
Ini saja.
Hik....

Wednesday, August 19, 2009

Marhaban Ya Ramadhan....

Salam....

Dlm beberapa hari je lg.
Ramadhan dah nk menjelma.
Semoga kita semua akn mendapat lebih keberkatan.
Semoga dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna.

Semua tau, bulan Ramadhan.
Bulan yg mana setiap amalan berganda pahalanya.
Tiap kali ramadhan nk dtg.
Aku mesti terigt diri aku belas2 thn yg dulu.
Aku yg masa tu budak kecik
(ye skrg pun kecik lg,perasan bluwek).
Yg hatinya polos,tulus....
(sekarang tak berapa nak polos,sbb dh byk buat dosa)
huhuhuhuhuhu....

Masa memiliki hati yg polos n tulus dulu.(chewah kemain)
Aku suka sgt bln puasa.
Sbb katanye bln puasa ni ahli kubur direhatkan dari seksaan.
So, aku hepi le sbb arwah mak tak kena seksa sebulan.
Bila nak abis puasa mula le sedih.
Sedih yg sampai menangis.
Sbb nanti arwah mak dh nk kena seksa balik.
Dah nak kena soal jawab dgn malaikat.
Aku igt lagi balik dari sekolah agama.
Sepanjang perjalanan balik tu.
Mulut n dlm ati aku.
Tak berenti baca alfatihah.
Sampai aku tersadung batu tuh.
Mulut tak berenti baca.
Konon nk spanjang masa sampai ke mak aku.
Nanti terang je le kot kubur mak aku.
Berkat alfatihah aku tu.
Wah sucinye ati aku korang ms tuh.
Eh, tetibe rasa sedih lak.

Sekarang ni.
Dah kawen.
Dah ada anak pun.
Aku dok bayang le nanti.
Mcm mana aku nak didik anak pose bile masanya.
Harap si IR ni ikut le prangai aku.
Yg senang pose.
Lg pula aku masa peknenkan dia tahan pose.
InsyaALLAH mengikut kan.

Hmm....
SELAMAT BERPUASA.
SEMOGA KEBERKATAN RAMADHAN SEIRING BERSAMA KITA.

Hik....

Friday, August 14, 2009

Perginya Ustaz Asri.....Cerita Petang Khamis

Salam....

Ok aku mulakan dgn perginya tak kembali Ustaz Asri.
Innalillah.
Sedih le.
Aku mmg minat Ustaz Asri ni.
Aku suka bila tiap kali RABBANI menang anugerah.
Mcm dlm ABPBH derang kn slalu menang ARTIS NASYID POPULAR.
Tiap kali bg speech.
Mesti ada selit nasihat utk semua.
Semoga roh ustaz Asri ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.
AMIN....Sedih sgt.

Balik keje petang semalam.
Main2 dgn IR.
Alah main yg letak dia kat kaki kita.
Pastu kita gerak2 kaki mcm jongkang jongket.
Memula IR gelak je.
Mmg terserlah kegirangan di hati.
Tapi bila aku amek kamera nak snap gambo.
Dia muka mcm pelik.
Tapi memang dia tgk je camera bile aku snap tu.
Dan hasilnye....

Air liur maintain ada ok.
Aku rasa camera ni mmg
WHAT YOU SEE IS NOT WHAT YOU GET (WYSINWYG) lah.
Atau IR mmg mewarisi aku yg tak pandai senyum kt camera.
Hahahahahaha.....





Yg last ni paling aku tak bole blah.
Siap jebik tu.
Nanti ko beso ummi tunjukkan gambo ni kt ko IR.
Huhuhuhuhu....

Lepas main2 dgn IR.
Tetiba perasaan nk mkn megi.
Terus rendam megi perasa ayam.
Yg sebenarnye aku rendam MAMEE.
Tapi standad le org kg cam aku.
Segala jenis mee segera adalah MAGGIE.
Same goes to drypers.
Segala jenis lampin pakai buang adalah PAMPERS.
Inilah namanye branding yg berjaya oleh MAGGIE,PAMPERS
dan seangkatannye spt COLGATE, XEROX, etc....
Eh tetiba masuk subjek marketing lak.
Hihihihihi....

Dah rendam megi.
Tetibe perasaan nk minum ribena laici.
Kelmarin dh teringin nak buat.
Maklum le kelmarin puasa.
Dh siap pakai sluar tudung semua nak keluar.
Sekali dgr bunyi bising org main sepak takraw depan umah opah.
Leceh le pulak kang nak keluar kete.
Kang aku nak gostan tak pepasal derang nk kena berenti main bg laluan kt mem besar.
Lg pulak mesti byk motor/kete tu parked.
Terus tak jd keluar kelmarin.
Aku ni bukan apa.
Aku trauma skit dgn bola takraw ni.
Dedulu, lbh kurang 20thn yg dulu.
Aku ada sejarah sikit dgn sepak takraw ni.
Zmn aku kekecik, generasi dulu slalu gak main takraw dpn umah opah ni.
Zmn arwah pak ngah aku.
Siap derang bole buat perlawanan antara kg lg.
Ok dijadikan cerite.
Dekat court takraw tu.
Dekat ar dgn kedai runcit cik mah ni.
Ada 1 ari tu opah suh g beli brg.
Aku memalu le nak pegi.
(gediknye segan konon, mcm le pakcik2/abang2 tu nk ngorat aku yg belum baligh tu)
Nak tak nak kena le gak pegi.
Elok je aku lalu tepi court ni.
TOING!!!
Aduss korang elok je bola sepak takraw tu landing atas kepala aku.
Biol jap rasanye.
Malu pun ada.
Bygkan le takraw punye bola.
Dari rotan kn....Keras.
Dgr gak le pakcik2, abang2 yg main tu ckp sori.
Terus aku jln cecepat g kedai cik mah.
Seb baik lah aku ni bole buat muke selamba.
Lepas tu mmg le aku ni fobia dgn bola takraw.

Eh, panjang lak cite pasal takraw.
Jadi semalam utk qada' ribena laici kelmarin.
Aku pun keluar le nk beli laici n ribena.
Semalam ada sikit je group main takraw.
So senangle nak keluar kete.

Ada le dlm 30minit gak aku keluar.
Sekali korang dh nak balik baru aku igt.
Kan tadi aku rendam megi kn.
Alamak.
Mesti kembang semangkuk.
Terus cecepat balik rumah.
Sampai rumah, mmgle kembang semangkuk dah megi tu.
Tapi mkn gak le.
Kang membazir.
Amalan syaitan.


Megi yg kembang semangkuk.
Ni pun aku dh modified tambah air balik.


And last but not least.
Aku dan IR.

Hik....

Thursday, August 6, 2009

De Javu.....Mimpi....

Salam....

Ni aku nak cerita skit pasal sesuatu situasi.
Yg aku rasa aku dh pernah mimpi.
Tetibe mende tu jadi kt real life.
Dia mcm DE JAVU gitu.

Aku bajet korang mesti ada gak alami situasi camgini.
Macam aku banyak kali weih.
Aku dah mimpi.
Bile mende tu jadi betul2.
Baru ingat "Eh aku ada mimpi le mende ni"
Tapi selalunya bila bende tu dah jadi baru aku ingat aku pernah mimpi.

Adik2 aku dah faham sgt pe'el aku.
Tetibe time tgk TV.
Tetibe aku menjerit gedik "Weih kak nyah pernah mimpi mcm ni"
"mcm ni lah dlm mimpi nyah tu "
Sambil buat aksi lakon semula dlm mimpi aku tu.
Memula derang cam tertarik ar kan nak tau.
Tapi bila dh kerap sgt.
Malas dah derang nk layan pe'el aku tu.
Hahahahhahaha....

Mana tak derang malas nak layan.
Sebab bila derang nk tau apa kesudahan jadi lepas tu.
Aku dh tak ingat.
Sebab serius dlm mimpi tu dia mcm tergantung2.
Tak abis ceritenye.
Kot mimpi penuh story.
Bole jadi cam ada kuasa psikik lak kan.
Hihihihihihihi....

Macam tadi aku tgh acan2 IR balik lunch tadi.
Baru aku ingat aku pernah mimpi situasi yg sama.
Dalam mimpi tu mmg sebijik ok.
Tempat sama.
IR pakai baju yg sama.
Aku pun pakai baju yg sama.
Lagu yg sama aku acan dia.
Tapi mcm selalu tergantung tak kesudah mimpi tu.

Lawak kan.
De Javu lah sangat.

Hik....

Wednesday, August 5, 2009

IR jatuh tilam....

Salam....

Weih korang ptg semalam IR jatuh tilam.
Selamat jatuh tilam, kot jatuh katil lg kesian anak aku tu.
Kt umah mmg ada tilam letak depan tv.
Ptg tu elok je en wolverine g keje.
Tinggal ar aku n opah je.
Nak mandi ar kan.
Aku suh ar "Opah,tgk dia jap,nk g mandi"
Opah baru nk bgn g ke IR.
Aku terus masuk bilik nak amek towel
Sekali terus dgr IR menangis.
Aiyoh tgk2 dh terlentang atas lantai (ada lapik tikar)
Kelam kabut ar aku n opah menenangkan IR.
Terus g basuh muke dia.
Rasa telinga sejuk ke apa.
Riso kot terkejut.
Kang bole demam lak.
Seb baik takde benjol mende.
Nasib baik ayahnye si en wolverine dh kuar g keje
Kot dia ada harus aku kena dgr ceramah dia.
Takpun klua besi dr jari dia.
Hahahahahahaha....

Pastu si IR ni mcm majuk lak dgn aku.
Kemain balik opah n tok dia.
Aku acan2 takmo layan.
Ampun eik IR.
pasni ummi tak bio dh ko sesorang
Tu ar mesti time nk menerap terlebih rolling.
Hihihihihihi....

Malam td ok ar IR tido.
Takde ngigau mende.
Fuh selamat.
Gunits lain kate kalu bb jatuh ke apa.
Yg bahaya kalu dia muntah kn.
Takut ada gegaran di otak.
IR mungkin nasib baik sbb jatuh tilam je.
Lantai lak ada alas tikar lg.
So kurang le efek cedera tu.

Jadi gunits yg bergelar ibu semua.
Marilah kite berjaga2.
Nak kena tu skejap je.
Kdg mmg ada mende kite tak dpt nk elak.
Yg penting kite sentiasa beringat kan.

Hik....

Thursday, July 30, 2009

Lepat Katanye....

Salam....

Ada ari tu.
Aku dgn en wolverine g beli belah skit.
Beli barang keperluan serba sikit.

Sekali sampai 1 tempat.
En wolverine ckp.
"Hah kt situ ada lepat, gi ar amik"
Aku blur2 gak ar kan.
"Hah, lepat?"
Ropenye pad aka tuala wanita dia panggil lepat.

Nak tergelak pun ada.
Weih laki korang panggil mende alah tu amende?
Hiks....

Monday, July 27, 2009

Gosip.....Erema & Seri Bayu

Salam....

Aku mmg tiap2 minggu layan GALAKSI TV9.
Suka format dia.

Minggu lepas ada cerita pasal Seri Bayu & Erema.
Ada isu pasal keratan akhbar tabloid kenyataan Erema.

Korang nak tau apa tajuk artikel tu?
'EREMA HAIRAN, SUAMI LUMPUH MILIKI KUASA LUAR BIASA
BAYU KUAT SEKS'

Ambek ko tajuk dia.
Kot yelah Erema yg g cerita kt reporter tu.
Sabo jelah.
Isk tak tau ar kisah benar ke apa?

Akhbar sekarang mmg suka guna tajuk berunsur seks kn.
Apa lagi tabloid.

Aku rasa artis sekarang kena ambik course public speaking ar.
Supaya derang akn lebih bijak bg statement kt media.
Bkn apa bila dh kluar mende camgni.
Sape yg malu?
Engkau sendiri yg malu kn.
Unless ko mmg spesies tak tau malu.

Sama ada Erema tau cerita tu akn di publishkan atau tak.
Yg sepatutnye cerita dlm kain ni mmg tak patut hebahkan.
Errrr.....
Tapi kot nanti derang naik mahkamah pasal kes rumahtangga ni.
Nak taknak mmg akn kluar cerita dlm kain sumer ni kn?
Kecuali si Bayu tu lepaskan Erema elok2.
Takde nak bukak kes apa ke kn?
Hmmm....

Apa terjadi dlm rumahtangga derang, derang lebih tau.
Kita2 ni.
Silalah ambek iktibar dan pengajaran k.
Bak kata pepatah.
YG BAIK JD TELADAN, YG BURUK JDKAN SEMPADAN.

Hiks....

Thursday, July 23, 2009

Mari Tgk Iklan....

Salam....

Meh citer pasal iklan.
Ni antara iklan yg menarik perhatian aku.

DIGI
Korang tgk tak iklan ni.
Dialog dia
Lelaki tipon pompuan
Pompuan "Hello"
Lelaki "Hello,ko ok ke? Masih single lg?"
Pastu trus part lelaki kuning.
Bertuko menjadi menatang apa ntah.
Kucing eik? ke hamster?
Lagu hindustan tu best.
Tapi part menatang menari2.
Takut le aku tgknye.
Kot kalau muncul depan aku harus aku pengsan.
Tapi mmg salute le DIGI.
Trademark lelaki kuning ni mmg menarik.
Senang nak ingat pun sama.
Hihihihihihi....

IKLAN KEMPEN BARANG MALAYSIA
Cool lah iklan ni.
Aku suke.
Alah yg mamat gambo dia dgn puteri sarah tu.
Nampak cool n bergaya je guna produk buatan malaysia.
Kdg fikir.
Kite ni kdg terlalu prejudis.
Asal produk luar negara yg branded, mahal.
Kualiti sgt baik.
Padahal ada mende yg lbh kurang je dgn produk tempatan.
Betul tak....
Jadi marilah sesama sokong produk tempatan.

Tuesday, July 21, 2009

Budak Berkasut Merah.....

Salam....


Yo....comey tak....
Ranggi tak.
Cool kan kasut merah IR ni.



Huh....
IR dan air liur meleleh tak dapat dipisahkan.
Org kata kot masa aku peknen.
Ada tak dapat mkn mende mengidam.
Tak tau ar.
Tp mmg byk mende yg aku teringin tak sempat mkn.
Apa2lah.
Hik....

Monday, July 20, 2009

MU vs M'sia.....(aku tak pakar pasal bola, ini sesuka saja)

Salam....

Ari tu aku lyn Pilihan Malaysia vs MU.
Layan kt chanel 811 je.
So result spt yg smua tau.
3-2.
Oklah.
Tapi kot aku tgk cam player MU main idakle bersungguh sgt kn?
Ke perasan aku je.
Mlm ni skali lg lawan.
Tak tau nk lyn ke idak.
Eh awat derang tak bwk pemain Indon mai sini ar?
Lawan kt cni?
Kesian warga Jakarta.
Dah bkn rezeki derang kot.

Aku tgk si Rooney tu cam sombong le.
Muka takde manis langsung.
Mmg style dia camgtu eik?
Aku perasan masa nk turun dr salam Sultan Pahang.
Si Fobeo apa ke nama dia.
Rambut kerinting2.
Dia sorang je yg berenti ada sign otograph.
Dedulu aku ske Owen.
Skang pun ok lg.
Tak kire le dia main utk sape pun.

Majoriti dlm stadium mmg merah je le.
Takpele kasi can derang sokong MU.
Kekonon kipas susah mati MU le.
Hihihihihihi.....

Si kembar hensem tu.
Zaquan....Zafuan....
Derang mmg terror eik.
jarang le kt Malaysia ada player yg bkn sj terror malah hensem lg.
Caiyok ar....

Aku sokong Malaysia.
Patriotik kekonon.
Hiks....

Thursday, July 16, 2009

Mari buat Pap Smear Test....

Salam....

Ye, aku dah buat Pap Smear test semlm.
Ye le dah tiap kali g klinik nurse dok tanye.
Pap Smear dah buat?
Buat je le kan.
Lagipun benda baik.

Memule nak buat.
Cam seganle jugak.
Masa nak beranak nak kangkang depan nurse takde malu mende.
Ni tak sakit mende tetibe nk tu.
Gwegediok segan jadinye.

Dah sampai klinik (klinik gomen)
Mula ar darah gemuruh aku dtg.
Nak berry ar....
Nak kencing arr....
Tp p toilet takde lak.
Terus je aku p bilik ujian tu.
"Saya nak buat Pap Smear"
Nurse isi form sumer.
Pastu suh aku salin kain.
Yg aku ala2 blur p tanya "Seluar dalam nk tanggal ke?"
Lawak je aku ni
Kot tak tanggal spentot.
Camne nak amek specimen tu kn.
Hahahahaaha....

Aku pun baring.
Sambil berdebor je.
Nurse "Tegakkan kaki mcm nak beranak"
"Sy cuci sket nye"nurse ckp dgn lemah lembutnye....
Aku p angkat montot.
"La jgn angkat bontot"
Aku cam nk gelak.
Yg sebetulnya aku cam rasa nk kentut.
Korang bygkan kot aku terkentut.
Tak ke haruman nanti.
Dh ar kaki tgh tegak camgtu.
Hahahahahahaha....

Nurse "Sy masukkan alat ni 'speculum', kamu jgn buat mcm tadi"
Nanti dia menolak takleh masuk.
Kamu rileks je.
Mula dia nak masuk aku ala2 kemut.
Hihihihihih....
Nurse ckp jgn keraskan.
Rilek....lepas nafas ikut mulut.
Hah baru ok.
Tak sedor dah settle.
Sekejapan sgt.
Sumer proses lbh kurang 10 minit je.

Tak sakit mende lah.
Rasa tak selesa sket masa memule tu
Sbb aku kemut.
Result lbh kurang 2 minggu.
Mintak yg baik sj.
InsyaALLAH.
Amin....

So ayuh gunits....
Mari buat pap smear.
Hiks....

Saturday, July 11, 2009

Mari Puji Suami....

Salam....

Ni aku nak cerita skit perihal en wolverine.
Dari zaman sekolah.
Mmg dia ni jenis senang nk tolong org.
Pe'el tu membawa ke sekarang.
Tambah pula dia ni mmg menghargai erti kawan.
Tak kire ko laki atau pompuan.
Tapi yg pompuan jgn lelebihnye.
kang aku laser otomen.
Hihhihihiihi....

Even org tak kenal pun.
Kalau bole tolong dia tolong.
Hari tu kitorang g KL antar opah g umrah.
Sampai Sekinchan, isi petrol.
Tgh isi.
Sekali ada sorang mamat naik motor.
Tetiba dtg kt en wolverine.
"Bang bole mintak duit tak bang? Saya nak isi minyak, wallet terjatuh"
en wolverine dgn murah hati trus amek duit dari dashboard.
Memula dia amek 10 henget.
Sekali aku ckp "Isi minyak moto 5 henget pun cukup kot bang"(Kedekut sket aku ni) Trus dia bg 5 henget.
en wolverine bagi.
Sebab katanye dia pun penah camgtu dedulu.
Tetibe cek, wallet tak ada.
Ibarat ada rasa empathy gitu.

Dgn kekawan apatah lagi.
Hari tu member keje dia.
Anak demam (tua 2 bln je dari IR).
So nk ke klinik. Kenderaan takde.
Malam tu kitorang tolong bawakan anak dia ke klinik.
Aku pun ngekor le skali.
Sebb wife member dia pun ada.
At least dpt le aku kenal dgn wife member dia kn.
Tambah kawn gtu.

Ada satu ari tu.
Ada eksiden.
Org yg eksiden dh dibawa ke hospital.
en wolverine tgk dlm kete byk mende2 wiring.
Takut mende tu kena curi.
Dia cecepat nk tolong cari waris mangsa.
Cek ada bil astro.
So refer dr address bill astro tu.
Kitorang cari rumah mangsa.
Dpt le jumpe..
Nak menunjukkn lg betapa baiknye ati somi aku.
Bawak lak waris ni ke tempat eksiden.
Baik kan ati dia. Somi sape le ni.

Rasa cam byk je lg keprihatinan somi aku.
Kang citer lelebih cam promote somi sendiri lak.
Hihihihihihi.....

Its a love story,just say YES
i luv my hubby so much.... Hiks....


Love Story - Taylor Swift...

**NOTAKAKI : Entry ini bersempena mood love story aku somi isteri....
Ye, bile mood ayat2 cinta datang, yg indah sj di fikiran. Hik....
Dgn ini aku menyeru semua gunits, mari puji somi sendiri di blog.
Hahahahahahaha....

Thursday, July 9, 2009

LHDN Sijil....IR menerap....MJ....

Salam....

Beberapa perkara aku nak kongsi

Yg pertama
Aku dah terima sijil penghargaan LHDN.
Terima kasih LHDN.
Gambar sijil akan diupload nanti.
Psst....psst....ada keje kosong tak.
Huhuhuhuhuhu....

Keduanye.
IR dah menerap.
Tapi masih tak stabil lagi.
Agak lawaknye.
Kepala tak bole lama tegak.
Pastu jatuh kepala cium tilam.

5 bulan ko baru nak menerap IR.
Takpe ummi still sayang ko.
Ummi dulu lg truk IR.
Takde menerap merangkak bagai.
Terus duduk n jalan.
Oyang ko kata ummi adalah tak ikut undang2
Hahahahahahahahaha....

Akhir2 ni.
en wolverine panggil aku
Bib....hihihihihi...
Yg sebenarnye 'babe' atau 'habibi'
Tapi bile dia sebut tu.
Bunyinye bib
Sekali aku dgr sayup2 mcm Bik.
Lor cam bibik lak....
Hahahhahahha.....

Takmo ketinggalan pasal Michael Jackson....Mikael.
Aku ni bkn le kipas susah mati MJ.
Yg aku igt dulu masa aku kekecik.
Aku darjah 2 rasanye.
Bila TV ada video klip lagu dia apa ke 'black n white'
Yg ada tuko2 muke tuh.
Terlopong mulut tgk depan TV.
Best je tgk.
LUX ada tiru VC ni satu ketika dulu kn.
Suke tgk gaya dia menari tuh.
Sedih gak le dia meninggal ni.
Kalau betol dia seorg MUSLIM.
Hanya ALLAH yg lebih mengetahui.
Yg pasti di dunia.
MJ tetap diangkat sbg legenda.

Err cam dh panjang je karangan aku ni.
Ok.....
Hik.....

Saturday, July 4, 2009

Mari Tgk Wayang.....TRANSFORMERS

Salam....

Malam tadi dating tgk wayang.
Eh dating mende 2 adik aku pun join sekali.
Tgk citer yg tgh kebaboom skang.
TRANSFORMERS.....
Err.....IR tinggal wif opah n tok ei.
Trimas maksu n paksu sbb sudi jg IR.
Hihihhihihiihi....

Citer ok la pada aku.
Ada lawak....cemas....lawan....emosi
Cuma tule lawak dewasa byk sgt ar....
Patut ar specifikasi PG13.
Jenuh part kissing en wolverine dok suh adik aku pejam mata.
Dgn aku sekali dia suh pejam mata.
Hahaahhahahaha....

Aku suke watak derang :

Si Jetfire robot tua.
Siap bertongkat.
Asal decepticons tetibe tobat,sokong autobots.
Aku rasa kot kalau dia tak tua.
Harus dia lg kuat dr Megatron,The fallen sumer tu.

Si Robowarrior.
Mamat ni yg kena kencing dgn bumblebee ms 1st film.
Lawak ar karektor dia.

Si Leo.
Eh apa ke nama roomate si Sam ni.
Gabra, penakut, cam bodoh pun iye.
Part dlm toilet kt museum.
Time ni le aku gelak besar dibuatnye.

Bumblebee.
Oh tetap menten kiut n manja ok.
Pandai majuk dgn Sam.
Ye robot2 dlm TRANSFORMER adalah humanoid.
So derang mmg ada feeling cam human.

Optimus Prime.
Weih kot minat TRANSFORMERS tak suke Prime.
Bek toksah minat.
Prime mcm bese.
Macho.
Tp tgh2 citer bole mati lak.
Sedih le pulak.
Seb baik idup balik (bese le HERO).

Mejar Lennox.
Ada karisma.
Hensem pun iye.
Lalalalalala.....

Wheelie.
Ni kan nama robot kecik yg Mikaela trained trus dgr kata tu?
Cute je.
Kelaka kaki kena sepit tikus.

Ikutkan cam byk je watak yg aku suke.
Tapi byk autobots cam x fokus sgt watak.
Ironhide sket je.
Dh ar aku suke Ironhide.

OK.
Keseluruhan.
TRANSFROMERS - Revenge Of The Fallen.
Adalah menarik, tak rugi tonton.

Hik....

Thursday, July 2, 2009

Main Cupido2

Salam.....

Saja nak cerite pasal mak2 sedara aku.
Derang yg meriah tu.
Suke cupido anak2 sedara derang.

Dulu ms kekecik.
Derang g cupid kan aku dgn sorang kt kg ni.
Udah le gila orgnye tau.
Panggil Merote kalau tak silap nama betul Mokhtar.
Benci tau.
Tak suke.

Aku dulu kalau nmpk je Merote ni lalu.
Mula ar nak menyorok.
Dok elak takmo jumpe.
Kang nampak dek maksu ke,makjang ke,kakyong ke.
Nanti derang usek aku.
Kadang sampai nangis.
Ye ar ms tu aku lbh kurang 8-12 thn.
Mana nak suke kena usek camgtu.
Dah ar tak hensem,tak betul lak tu.
Benci tau.

Rupenye idea cupid mencupid ni.
Mmg dlm femili aku dr generasi ke generasi.
Merote ni dulu dicupidkn dgn makteh aku.
Makteh dh kawen.
Aku le pulak yg ganti...hampeh je
Maksu aku lak dulu dicupidkan dgn Pak Mat nampak gusi.
Sbb dia takde gg senyum nmpk gusi
Hahahahahahaha.....

Seb baik ar jodoh aku
Dapat somi hensem....(harus puji somi sendiri)
Ye ar dulu riso gak kot aku btoi kawen dgn Merote tu.
Hahahhahahaha.....
dh meninggal pun member tu.
Eksiden rasanye.
Hihihihihihihi....

Lawak je bile igt.
Hik....

Tuesday, June 30, 2009

Tangan Kelembai

Salam....

Weih korang igt tak
entry Sang Kelembai aku ari tu

Ni aku nak cite pasal tangan kelembai lak.
En wolverine kadang panggil aku tangan kelembai.
Sebabnye
Ari tu aku btoikan mirror kete.
Sekali terus patah.
Terus dia kata aku tgn kelembai.
Spek pun x penah lekat kt aku.
Asek patah je semedang.
Hampeh.....

Tapi aku rasa cam selalu gak ar.
Aku buat sesuatu tu cam tak kena.
Yg sebetulnya aku ni clumsy.
Aduh....
Cemane eik nak buang clumsy aka kelam kabut aka gabra ni.

Hik....

Saturday, June 27, 2009

Shawl Di Muka.....

Salam....



Ni aku try shawl di mukaku.
Rasa orait je.
Belit 2 kali.
Senang gak ar.
Jimat pun sepasal sebab dah takyah brooch bebyk.
Semata aku pakai satu brooch kecik je.

Hik....

Friday, June 26, 2009

Rosli Dhoby.......Warkah Terakhir

Salam....

Geram.Sedih.Bangga.Takut.Terharu.
Ni perasaan aku tika layan Warkah Terakhir.
Adik aku yg lelaki yg form 2 tu.
Pun nangis leleh2 tgk.
Serius aku rasa nanti soklan sejarah
pasal Rosli Dhoby mesti dia score.

Mana tak sedih weih,Rosli Dhobi masa tu baru 17 tahun.
Korang tgk ar kite time 17 thn dok apa je fikirnye.
Kot tgh feeling cinta monyet (aku tak layan cinta monyet)
Hik....
Kira mmg isu jugak ar.
Patut dia juvenile kn.
Mana bole hukum gantung kn.

Memula aku mcm geram gak dgn Awang Rambli tu(lakonan superb Namron)
Seb baik dia suh Rosli Dhoby terus terang kt mahkamah.
Ye ar derang semua kn dah ikat sumpah takmo bocor rahsia.
Kot Rosli Dhoby tak terus terang.
Takdele dlm Sejarah Malaysia tercatat pasal Rukun 13.

Scene dalam penjara sedih le.
Lepas dah hukuman jatuh.
Rosli nampak sgt down.
Asyik nangis je.
Sedih weih....sob..sob....sob...(lap air mata)

Momen cantik tp sedih.
Masa femili Rosli semua datang mahkamah.
Weih dah ar masa tu ari hukuman dijatuhkan.
Style Rosli toleh sikit2 tgk femili dia.
Uwaaaaa.......meraung weih aku tgk.
Scene mak rosli lawat Rosli lg ar sedih.
Uwaaa....can't describe ar the feeling......

Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli, Bujang Suntong
4 orang ni dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Manakala ahli Rukun 13 yg lain penjara
(ada yg 15 thn, 10 thn, 7thn)

Kudos to team produksi.
Cayalah Wan Hasliza the director.
Pelakon mmg memasing menghayati.

Semoga semua roh pahlawan negara (yg muslim ar kan)
Ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.
Alfatihah....

Thursday, June 25, 2009

TV Melayu yg Aku Layan

Salam.....

Dah lama aku nak blog pasal mende ni.
Saja sesuka.
Ni antara program yg aku rajin layan.

JANGAN LUPA LIRIK

Serius ok. Tgk JLL rasa nak karaoke je.
Apa yg menarik selain hadiah duit tu.
Gelagat peserta pun best je tgk.
Si Pak Nil tu jgn ckp ar.
Mmg pandai manipulate situasi.
Kalau aku jadi peserta harus terpengsan time nak kunci lirik.
Takpun baru RM500 dah abis smua talian hayat aku guna.
Hahahahahaha.....
Yg leceh baru kejap dah iklan.
Benci ar....
Eh tapi takpe aku suke iklan.
Hihihihihihi.....
Time peserta dh select lagu.
Derang belum nyanyi.
Baru intro muzik.
Aku dah nyanyi dulu.
Adik2 aku tgk bengkeng je
Hahahahahaha....
Kekonon nak tunjuk aku tau arr lagu tu.
Tapi time isi tapak kosong senyap gak aku tak tau.
Hik....
Eh takat ni yg paling byk pun menang RM25k je kan.
Eh yg format baru ada artis tu kan.
Paksu aku speku.
Time artis test nyanyi lirik semedang betul tu.
Derang ada alat kt telinga.
Ada org produksi ckp lirik betul.
Eh ni speku je bkn bebetul.
Kang tak pepasal kena lak aku.
Hihihihihihi.....


WARUNG KITA

Aku suke weih tgk program ni.
Sebab dia bkn pilih restoran mewah ke apa ke
Kedai makan aka warung2 biasa je.
Aku suke tgk time Azrul raja lawak jadi host.
Best je tgk dia mengacara.
Bile dia makan tu.
Weih mmg rasa tertarik kau mmg daboom ar nk g gak.
Hari tu aku tgk dia mkn kt medan sleera kt Klang
Beef & Lamb blackpepper sizzling.
Weih kecur air liur.
Time farouk cam kureng skit ar.
Aku baca kt paper Farouk tu dh 7 thn tak mkn nasi kau.
Tapi sebab program ni baru mkn balik nasi
Wuih.....dasat punye diet.

Citer 2 ni je ar dulu.
Kot rajin ulas program lain pun.
Eleh sape je yg baca.
Hik....

Wednesday, June 24, 2009

Shawls in Da House

Salam....


Ye....
Shawls yg diorder telah diterima semalam.
Yg pink tu material satin-silk.
Agak mencabarnye nk pakai.
Dah test mlm tadi.
Yg biru tu polyester kalau tak silap.
Senang skit nak memakainye.
Belit rasa ok.
Tapi dedua shawls kena 2 kali belit.
Kalau takat 1 kali je, x kemas tgknye.
Kekonon nak menunjuk betapa kecilnye aku.

Belum ready lg nk pakai.
Takde keberanian lg.
Wah nak pakai shawl kekdah mcm nak g berperang.
Hahahahahahaha.....

Tuesday, June 23, 2009

Jogging Ar Kekonon.....

Salam....

Pagi Ahad semangat bangun pagi
Konon nak jogging.
Tak jogging pun.
Jejalan jer, kira exercise gak kn.
en wolverine pun senang bgn pagi
Kalau hari keje liat kemain nak bangun



Mcm bese.
Ambik gambo dulu.
Ummi & IR dedua tak mandi
Hihihihihihi....



Lor teruknye muke 2 beranak ni.
Tau ar tak mandi lg.
Tgk IR tu
air liur meleleh.
Bkn takat meleleh weih
Kadang dia cam ludah seketul kuar.
Buruk kelaku IR weih....



Ikat tali kasut dulu



IR dan ayahnye
yg kat buai tu klaka.
en wolverine mcm kepit....
Hahahahahahaha.....

Saturday, June 20, 2009

Baju baru...Wallet baru

Salam....

Bebaru ni en wolverine kesayangan
belanja aku baju n jeans
hubby nak belanja....jgn dilepaskan
Alah....beli yg bese2 je.
Aku ni beli barang takde le nak tgk brand segala.
Asal tgk mende ok,selesa,ngam,cantik....rembat.



Ni tshirt yg aku rembat.
Aku suke tshirt ni sbb material dia jenis lembut.
Ditambah lak labuh.
So bila pakai terletak je kt badan.
Tp tak satisfied skit ar sbb lengan pendek.
takpe inner kan ada.
Corak stripe camgni sesuai tudung cemane eik?
Tudung plain atau cecorak sesuai kn.



Tshirt yg ni simple je kan.
Ye sesimple harganye...hihihihi....
en wolverine anda sgt beruntung punya isteri sebegini(Hik)



Ye....yg ni pulak wallet baru.
Bkn baru beli tp kak yong yg bagi.
Ganti wallet aku yg dah rope bungkus belacan tu.
Kira baru ar.
Aku ni wallet mmg suke beso2.
kena ada byk ruang utk selit2.
Senang aku nak sumbat sumer resit2, bill2

Aku ni mmg bukan kaki shopping.
Beli bile perlu je.
Kdg even mmg perlu pun aku tak shopping.
Hahahaahahaha....
Kak yong kata aku kedekut.
Tapi dah pesen aku camgni.
Sape yg untung, en wolverine gak yg untung kn.

Tapi dah namanye pompuan.
Walau tak suke shopping, kalau dah tgk mende cantik.
Mesti tertarik gak kan.
Mcm aku, tgk gunit pinku cantik pakai shawl.
Cheh aku pun nk try shawl.Hihihihihi....
Jenuh aku duk ushar area manjung n lumut.
Mana kedai jual shawl cecantik
Tak ketemu.
Sudahnye beli online.
Tak pernah2 aku beli barang online(kecuali bayo bill).
Ntah sesuai ke idak shawl dgn aku.
Kite tunggu dan lihat.

Monday, June 15, 2009

Se Ahad Yg Sibuk (sibuk ke?)

Salam....

Ahad lepas dua pupu kawen.
Kt Pangkor.
Giler lama tak pegi Pangkor.
Malas nak naik feri.
Plus Pangkor adalah sesak.
Almaklumler antara famous tempat perlancongan dalam Malaysia kn
bangga....bangga....bangga



Macam biasa.
Ambik gambo dulu.
Apa ke aku pakai baju ni je.
Hihihihihihi....
Mementang ratu kebaya...huhuhuhu....
sebnornye tema kenduri adalah purple(alasan konkrit)
Isk buruk bebenor aku pakai spek ni.
Kalah kesatria baja hitam....



Meh ambik gambo reramai.
IR,aku,kak yong,nurul,amni,afif
Tobat aku takmo dah pakai spek ni....



Aku dan gunit Cac....
Ye seumum gunits tau
cac adalah mak andam dua pupu aku ni.
Dh kebetulan dua pupu ni member cac.
What a small world.......
Ambik gambo duduknye.
Gambo berdiri tak sanggup nak mengambilnye....



Ye ni hasil sentuhan mak andam cac.
Cac.....kakyong aku puji ko mekap cantik.
Katanye elok je bedak terletak kt muke
Idak le nmpk putih sepuh bak tepung gomak.
Hihihihihi....
Weih ada hantaran gitar.
Ala2 nana Era & Brian lak.



Kitorang balik dlm kul 2.30pm gitu.
Sampai jeti kul 2.45pm.
Bot kul 3.30pm.
Muke adalah boring + letih.
Dah arr machine air tin dedua rosak.
Part ni nk komplen skit ar....
Pihak berwajib sile take note.
Sebab kedai dari jeti cam jauh skit.
Tp skang tgh renovate.
Mungkin nanti ada ar kedai dekat jeti kot....ei



En wolverine & Amni....



Last but not least.
Aku dan IR dlm feri.
Yg paling best IR tak meragam.
Elok je dia.
Cuma bila panas dia ngengada sikit
Bajet mcm putera lilin.
Gwegediok....

Monday, June 8, 2009

Lawak Seram.......

Salam....

Weih korang.
Mlm sabtu ari tu.
Tetiba tgh tido.
Aku rasa aku kena gigit kt bahu.
Gigit yg bebetul dgn gigi.
Bukan gigit2 manja.........
Serius ala2 keseraman le jugak.
Walaupun hati berat mengatakan en wolverine yg gigit.
Tapi mata adalah tak berani buka.
Sebab takut kalau buka mata.
Tgk lembaga lain yg gigit.
Dah ar mlm jumaat tu tgk Keliwon.
Kan dlm tu ada part hantu tu gigit tengkuk kn.
Seb baik bkn gigit tengkuk.

Dah sekali gigit pas tu dia lepas.
Selang 2....3 minit dia gigit lagi sekali.
Aku dalam ketakutan.
Dgn mata yg pejam.
Dok pegang bahu yg sakit kena gigit.
Pastu terus sambung tido.
Sampai ke pagi.
Dah bangun.
Tak berani nak tanya en wolverine.
Dia ke yg gigit.
Tapi yg pasti mesti ar dia yg gigit.
Sapa lg kan.

Tu dia en wolverine buat balik kelaku mengigau.
Hik....

Friday, June 5, 2009

ROSLI DHOBI....Kumpulan Rukun 13

Salam....

Mlm tadi aku layan siri Warkah Terakhir.
Kisah perjuangan Rosli Dhobi.
Alah pejuang keturunan Melanau.
Yg dlm subjek sejarah kita masa sekolah ada sebut tu.
Yg dia bunuh gabenor British tu.
Aku ingat sebab kalau korang nak tau Sejarah adalah subjek kegemaran aku.
Ramai yg tak suka sejarah sebab byk fakta ar.
Byk kena baca note ar.
Tp aku suke.
Tak percaya tanya En wolverine.
Yg sebenarnya En wolverine pun suka subjek Sejarah.
Memang serasi bersama gtu....
Tapi nama je subjek favourite tetap tak score dlm SPM.
Hahahahahahaha....

Semalam episod kedua.
Part yg paling aku tertarik adalah adegan angkat sumpah.
Penubuhan Kumpulan Rukun 13.
Baru aku tau knp nama kumpulan tu Rukun 13.
Jumlah yg berbincang masa tu adalah 13 orang.
Kebetulan rukun sembahyang adalah 13.
Sempena tu ar nama Rukun 13 tu.

Masa nak angkat sumpah semua ahli adalah baca surah Yassin.
Buat air Yassin.
Semua angkat sumpah....
Selesai lafaz semua minum air Yassin tersebut.
Mmg terkesan le kat hati aku tgk adegan tu.
Sebab masa lafaz sumpah ada lafaz tidak akn ingkar pd perintah ALLAH
perintah Rasulullah, pemimpin, akn menjaga maruah bangsa blablabla....
Pelakon2 pula mmg masing2 menjiwai ar.

Mmg perbincangan nk tubuh kump Rukun 13 ni.
Mmg bg aku part yg menarik ar.
Siap ada dialog pasal perang KHANDAK.
Ingatkan perang KHANDAK.
Perang yg mana Islam kalahkan org bukan Islam.
Guna taktik gali parit.
Sesekali layan cerite mcm ni.
Seperti recall balik pengetahuan kita.
Yg mcm semakin nk pudar.
Hihihihihihiihi....

Tak sabar nak tgk episod seterusnya.
Sbb masa ni Rosli Dhobi belum terlibat dgn kump Rukun 13.

Ah ye.
Tak pasal2 kamek rasa nk cakap Serawak pas tgk cite ni.
Hik....

**NOTAKAKI : Apakah motif entry ni bersempena aku nak bgtau aku dh langgan ASTRO MUSTIKA.

Wednesday, June 3, 2009

Pak Hasan .... Ko lah hero sebenar....

Salam....


Hihihihihihihihi.....
gelak dulu....
Weih korang kenal ke artis ni.
Apa ke nama betul dia Roslan apa ke.
Tak ingat ar.
Tapi berlakon best ar gak kan.
Ada kt Lumut.
Shooting drama apa ke tajuk TERATAK MAHLIGAI

Watak dia yg paling aku ingat of cozlah Pak Hassan.
Alah dlm citer BELLA.
Bg aku dlm citer BELLA.
Pak Hassan nilah hero sebenar.
Yelah kan dia yg selamatkan BELLA.
nak harap Azhar Sulaiman ....dh tentu jahat.
Si Iqram Dizzly tu dlm BELLA alah lembik cam lembu kena cocok idung.
Si Ako lak dok tak tau buat keputusan.
Antara BELLA dgn Dr Mia.

Tu dia amek ko.
Kan dah masuk citer BELLA dlm blog aku ni.
Tapi aku suka cerita BELLA tu.
Ending dia pun aku suka.
Sebab tak de tergantung2.
Dah mmg sah kita tau BELLA mati kan
Aku mmg nyampah tgk cerita melayu ending tergantung2
tak tau kesudah.
Mcm bodoh je rasanya.
Mcm cerita JELATANG tu kan.
Eeee tak faham aku ending dia.
Sanad ar...Hasanad ar....
Last2 mmg aku rasa semua dlm cerita tu adalah gila.
Seb baik aku yg tgk tak jadi gila.

Ambek ko kan dah aku melalut.
Hik....

Tuesday, June 2, 2009

Ratu Kebaya Is Back....(tajuk kena mengena skit je dgn entry)

Salam....

Ahad yg baru ni.
Biasalah cuti sekolah.
Jemputan kahwin adalah banyak diterima.
Sempat g 2 jemputan je.



Ratu Kebaya is back(bluwek ratu le sgt)
Percubaan pertama memakai kebaya selepas beranak.
Yeay suke....tepuk....tepuk
Beg adalah kena beso
Senang aku nak sumbat semua sekali harung.
Botol susu IR.
Diapers IR.
Rokok hubby.
HP hubby dan aku.
Takyah le gegedik nak byk2 bag setakat g kenduri je.




Motif aku posing camgni.
Apakah nak tunjuk pinggang yg ramping (ramping ke???)
Lihat perut ku....
Sungguh rampingkan....terima kasih tummytrim....
(klakar kan iklan ni dulu)
*Paksu sila take note rumput di kedai adalah sudah panjang




Ye ini menu kenduri.
Nasi minyak + Nasi putih (memana kenduri aku mmg suke amik dedua nasi)
Ayam goreng rempah.
Kuah dalca.
Daging masak Hitam.
Acar buah.
Jelatah nenas.




Cenderahati untuk tetamu.
Bahulu ada choc chip dalamnya.



Hubby eh gediklah En Wolverine adalah makan cendol.

Sekian.
Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails