Iklan

Saturday, January 30, 2010

Mari Pakai Belt....

Salam....

Mari bicara tentang fesyen.
Kemain macam fashion designer.
Hihihihihihi....
Gaya berbelt ni memang dah lama.
Bila tengok ramai pakai rasa macam CUN saja.
Naluri wanita ingin berfesyen lawa-lawa.
Jadi aku pun cubalah.
Hmm....
Hasilnya rasa boleh tahan.
Yang lagi best memang impak lagi ramping.




Baru je beli belt.
Balik terus test.
Bukti tag harga tak buang lagi.
Hahahahaha....
Tengok tag tu mesti tahu mana aku beli belt tu.
Percubaan pertama beli yang murah saja.
Kang beli yang mahal.
Tak sesuai.
Buang karan je.
(Eleh aku memang beli yang murah-murah je)
Ops botol susu IR enterframe.
Hihihihihihi....





Ye.
Lihat hasil bersama shawl.
Nampak cun dan bergaya kan.
(Perasan)

Aku pun dah cuba.
Pakai belt dengan blaus masa mengandungkan IR.
Sesuai ok.
Suka-suka.

Hik....

Dugaan Senang Dan Susah....

Salam....

Setiap insan ada cerita tersendiri.
Dan setiap cerita itu ada dugaannya.
Tapi aku selalu nampak.
Kita ini selalu fikir.
Dugaan itu hanya apabila kita kesusahan.
Kita jiwa kacau bila dilanda susah.
Kita resah bila ditimpa bencana.

Tapi kita lupa.
Kesenangan yang kita miliki.
Sebenarnya itu juga dugaan.
Kerana itu bila kita diberi kesenangan.
Rezeki yang melimpah ruah.
Kita jadi alpa.
Tidak bersyukur.
Malah lagi buruk kita bongkak dan riak.
Nampak.
Inilah dugaan kesenangan dan kenikmatan.
Dugaan supaya kita tidak riak.

Sebab itu aku selalu berfikir.
Ada bagusnya kita ini diduga dengan kesusahan.
Barangkali kesusahan itu.
Akan mendekatkan kita lagi dengan ALLAH YANG MAHA ESA.

Ada orang bongkak dengan kecantikan.
Sehingga siapa yang buruk dicela.
Bangga dengan jenama mewah.
Sehingga ada rasa riak.
Memandang rendah pada insan lain.

Tapi berpegang pada kata.
ALLAH menduga setiap umatnya pada kadar yang termampu.
Aku yakin setiap dugaan itu berpada untuk kita.
Cuma aku harapkan.
Apa saja dugaan.
Biarlah dugaan itu mendekatkan aku padaNYA.
Biarlah aku dan seluruh famili ku terdaya.


Huh....
Sedikit jiwa kacau.
Hik....

Friday, January 15, 2010

AJL25 ....

Salam....

Walau dah lewat nak komen.
Tapi tak apalah nak juga buat entri AJL.
Aku enjoy tengok AJL 25 ni.
Boleh kata tak de yang perform takat tangkap muat je.
Even band indie pun rasanya all out.
Aku nak komen mereka yang menang jelah.

Bagi aku sememangnya pentas AJL atau MUZIK-MUZIK.
Memang medan untuk artis tunjuk kebolehan mereka sehabis boleh.
Yelah nak tunggu memasing ada konsert.
Tak adalah sentiasa ada pun.
Kalau ada pun mungkin hanya segelintir je penontonnya.
Mungkin yang menonton hanya terhad pada umur atau grup tertentu.
Tapi kalau kat AJL skop orang yang menonton luas.
Dari penonton di stadium hingga penonton di rumah.
Peringkat umur yang berbeza.
Dan dari pelbagai lapisan kelas masyarakat.

Even Datuk Siti Nurhaliza pun.
Nama dia menyerlah lepas menang AJL dengan lagu JERAT PERCINTAAN.
Ingat tak waktu tu pengacara AZWAN ALI lagi.
STACY pun dapat tunjuk kehebatan pada AJL tahun lepas.
Dan kali ni.
Secara peribadi aku rasa yang paling menyerlah.
Ialah YUNA, AIZAT

YUNA bagi aku telah curi lime light peserta wanita yang lain.
Even kelantangan vokal MISHA OMAR & ALIYAH.
Pun terkalah dgn keunikan vokal & persembahan YUNA.
STACY yg tampilkan tarian mantap pun.
Bagi aku tak dapat lawan uniknya YUNA & THE GANG
Persembahan YUNA so BRILLIANT.


AIZAT pulak bagi aku.
Meski vokal biasa-biasa saja.
Tapi persembahan dia memang menarik.
Lagu PERGI tu.
Sejujurnya aku tak pernah dengar.
Lagi pula aku tak tonton TALENTIME.
Lagilah macam tak faham je.
Tapi dah juri pilih kan.
Jadi hormat jelah keputusan juri gitu.

FAIZAL TAHIR lak.
Hmm.....
Mamat ni memang sentiasa perform best.
Suka buat gimik.
Aku ingat time SHEILA masuk.
Dia nak sambung nyanyi serangkap ke apa.
Rupanya keras macam tu je.
Aku rasa kalau SHIELA nyanyi barang serangkap.
Lagi best.
Anyway pendapat aku je kan.

Si BLACK lak.
Vokal memang best.
Dan aku rasa aku mula minat kat vokal mamat ni.
Cuma nasib dia lagu yang bertanding ni.
Tak cukup ummph.
Dok ulang-ulang lirik je.
Kira orait arr dia menang VOKAL TERBAIK.


PERSEMBAHAN PEMBUKAAN & PENUTUP

Aku enjoy.
Datuk Siti bawa LAGU UNTUKMU dari BALADA
Ke IRAMA MALAYSIA.
Terus ke ROCK.
Kemain baju Datuk kita tu.
Si Lan tu nampak berisi lak.

Dan paling best persembahan penutup.
Tok JEFRIDIN best.(time ni siaran tergendala sebentar....CISS)
SEARCH wolaweih.
Paling aku suka.
MEET UNCLE HUSSIN lak.
Ok juga.
Yang sorang tu dah sah tahu si BLACK.
Lagi sorang tu.
Memula aku tengok cam ALONG CHAM RAJA LAWAK.
Tapi mustahil aku rasa.
Baca kat FORUM CARI.
Katanya HAZAMA ei.

Apapun tahniah kepada semua pemenang.
Baik penulis lirik, pencipta lagu & penyanyi.

Hik....

Saturday, January 9, 2010

Minggu Pertama 2010 Yang Kurang Best....Huhuhuhu....

Salam....

Minggu pertama 2010.
Aku rasa waktu yang agak malap.
1 permulaan yang sedikit slow bagi aku.
Mood datang kerja pun malas.
Huh....
Harap permulaan yang kurang best ini.
Bukan untuk seluruh 2010.

1 kisah masalah famili terdekat.
Walau bukan masalah aku.
Tapi nak tak nak kena ambil tahu juga.
Meski aku rasa apa yang menimpa akibat sikap sendiri.
Dan adakala naluri jahat seperti ingin memadankan.
Tapi terselit juga rasa simpati pada penerima dugaan.
Harap semua akan berakhir dengan yang TERBAIK untuk mereka.
Dan juga harap masalah ini tidak menjejaskan aku.
Please aku tak mau mengspoilkan mood diri sendiri.
Moga aku atau sesiapa saja, terutama famili.
Menerima setiap masalah itu dengan bijak.
Faham itu adalah DUGAAN.
Dan dapat menilai HIKMAH disebaliknya.
Amin....

Hik....

Monday, January 4, 2010

Blog Sememangnya Untuk Diskodeng....

Salam....

Aku tahu berapa kerat je yang baca blog aku ni.
Tapi aku memahami hakikat blog memang untuk diskodeng.
Blog memang untuk dibaca oleh sesape saja.
Walaupun orang tu kita tak kenal.
Sekali orang google taip berkaitan entri blog kita.
Even orang tu bukannya nak masuk blog kita.
Tapi dah keluar link.
Kebarangkalian nak klik blog kita tu boleh ada.

Famous blogger dah masak pasal skodeng2 blog ni.
Tak herannye kan.
Setakat kena kutuk di alam maya.
Apalah sangat.
Dah berani berblog haruslah berani terima apa saja.
Takkan nak kena puji je kan.
Kena perli/kutuk sikit dah SENTAP.
Tak COOLah macam tu.

Apa lagi kalau blog kita ada nuffnang.
Haruslah kita nak lagi ramai yang skodeng kan.
Jadi tak perlulah kita gegedik.
Kata orang masuk blog kita tak ada life.
Kita skodeng blog orang.
Orang pun skodenglah blog kita kan.
Serupa saja.

Senang kata kalau kita tak mau orang skodeng blog kita.
PRIVATE kan lah blog kita.
Tapi dah kita gila glemer.
Takkan nak PRIVATE lak kan.
Hihihihihihi....

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails