Salam....
Walau dah lewat nak komen.
Tapi tak apalah nak juga buat entri AJL.
Aku enjoy tengok AJL 25 ni.
Boleh kata tak de yang perform takat tangkap muat je.
Even band indie pun rasanya all out.
Aku nak komen mereka yang menang jelah.
Bagi aku sememangnya pentas AJL atau MUZIK-MUZIK.
Memang medan untuk artis tunjuk kebolehan mereka sehabis boleh.
Yelah nak tunggu memasing ada konsert.
Tak adalah sentiasa ada pun.
Kalau ada pun mungkin hanya segelintir je penontonnya.
Mungkin yang menonton hanya terhad pada umur atau grup tertentu.
Tapi kalau kat AJL skop orang yang menonton luas.
Dari penonton di stadium hingga penonton di rumah.
Peringkat umur yang berbeza.
Dan dari pelbagai lapisan kelas masyarakat.
Even Datuk Siti Nurhaliza pun.
Nama dia menyerlah lepas menang AJL dengan lagu JERAT PERCINTAAN.
Ingat tak waktu tu pengacara AZWAN ALI lagi.
STACY pun dapat tunjuk kehebatan pada AJL tahun lepas.
Dan kali ni.
Secara peribadi aku rasa yang paling menyerlah.
Ialah YUNA, AIZAT
YUNA bagi aku telah curi lime light peserta wanita yang lain.
Even kelantangan vokal MISHA OMAR & ALIYAH.
Pun terkalah dgn keunikan vokal & persembahan YUNA.
STACY yg tampilkan tarian mantap pun.
Bagi aku tak dapat lawan uniknya YUNA & THE GANG
Persembahan YUNA so BRILLIANT.
AIZAT pulak bagi aku.
Meski vokal biasa-biasa saja.
Tapi persembahan dia memang menarik.
Lagu PERGI tu.
Sejujurnya aku tak pernah dengar.
Lagi pula aku tak tonton TALENTIME.
Lagilah macam tak faham je.
Tapi dah juri pilih kan.
Jadi hormat jelah keputusan juri gitu.
FAIZAL TAHIR lak.
Hmm.....
Mamat ni memang sentiasa perform best.
Suka buat gimik.
Aku ingat time SHEILA masuk.
Dia nak sambung nyanyi serangkap ke apa.
Rupanya keras macam tu je.
Aku rasa kalau SHIELA nyanyi barang serangkap.
Lagi best.
Anyway pendapat aku je kan.
Si BLACK lak.
Vokal memang best.
Dan aku rasa aku mula minat kat vokal mamat ni.
Cuma nasib dia lagu yang bertanding ni.
Tak cukup ummph.
Dok ulang-ulang lirik je.
Kira orait arr dia menang VOKAL TERBAIK.
PERSEMBAHAN PEMBUKAAN & PENUTUP
Aku enjoy.
Datuk Siti bawa LAGU UNTUKMU dari BALADA
Ke IRAMA MALAYSIA.
Terus ke ROCK.
Kemain baju Datuk kita tu.
Si Lan tu nampak berisi lak.
Dan paling best persembahan penutup.
Tok JEFRIDIN best.(time ni siaran tergendala sebentar....CISS)
SEARCH wolaweih.
Paling aku suka.
MEET UNCLE HUSSIN lak.
Ok juga.
Yang sorang tu dah sah tahu si BLACK.
Lagi sorang tu.
Memula aku tengok cam ALONG CHAM RAJA LAWAK.
Tapi mustahil aku rasa.
Baca kat FORUM CARI.
Katanya HAZAMA ei.
Apapun tahniah kepada semua pemenang.
Baik penulis lirik, pencipta lagu & penyanyi.
Hik....
No comments:
Post a Comment