Iklan

Friday, March 26, 2010

Berkebun Di Facebook....

Salam....


Sumber kartun dari akhbar KOSMO Selasa 23 Mac 2010.
Ada sesiapa terasa....
Hehehehehehe....

Hari tu 1 of my colleague.
Beria tunjuk kartun ni ke aku.
Lucu pun ada.
Nama pun kartun kan.
Heheheheehe....

Tapi memang facebook ni.
Cepat benar popularnya.
Dulu aku ada juga akaun friendster.
Tapi tak berminat nak update selalu.
Bila ada facebook ni.
Wah tak update gambar.
Update status pun best aje.
Yang paling best dapat berhubung semula
Dengan kekawan lama.
Seronok baca tiap status update kekawan.
Masakini siapa tak ada akaun facebook.
Kira macam tak COOL kot.
Heheheh....

Dan yang utamanya.
Dah tentulah aktiviti berkebun seperti kartun di atas.
Kebun aku sekarang wah.
Dah tahap ladang gitu.
Dah ada villa 1 juta wohooo....
Memang tahap jutawan le weih.
Lagi 1 level je nak ke final level.
Bila dah tahap jutawan ni.
Memang aku dah slow la sikit berkebun.
Hihihihihihi....

Kepada semua kekawan yang ada kebun tu.
Tolong sikit hulur gift untuk buat kandang kuda ei.
Tak tersiap2 kandang kudaku itu.
Kata jutawan.
Tapi kandang kuda 1 pun tak settle.
Hahahahahaha....

Hik....

Thursday, March 11, 2010

Mari Menurunkan Berat Badan Di Samping Mengamalkan Gaya Hidup Yang Sihat....Entri Bersempena THE BIGGEST LOSER ASIA....ewah ewah

Salam....

Wahwah.... tajuk kemain aku ni.
Lagak macam pakar pemakanan dan instructor gym je.
Hihihihihi....

The Biggest Loser Asia (TBLA) baru je habis.
Sejujurnya aku bukanlah fanatik setia program ni.
Tapi memang rasa kagumlah tengok derang dapat turun berat badan.
Secara sihat pula tu.
Tanpa ubatan terlarang.
Cuma senaman yang konsisten dan diet yang seimbang & sihat.
Memang bole motivate kitalah.
Bagus program ni.
Dah lah tak ada sistem undian melalui sms.
Kira memang only the biggest loser yang akan staylah.
Bab penyingkiran mingguan.
Peserta sendiri yang undi.
Huh....
Mencabar emosi strategi dan pilihan.


Tapi serius si David ni.
Kurus gila weih.
Berbeza terus muka.
Takpelah.
Lepas dah menang ni.
Bolehlah dia workout balik.
Pergi gym nye King David.
Bagi fit sikit.
Ada muscle sikit barulah macho.
Ewah....

Ok.
Bila tengok program ni.
Aku bersyukur.
Sebab aku ni kategori tak ada masalah berat badan.
Berat aku dari zaman anak dara sampai dah beranak sorang ni.
Setakat ni.
Maintain gitu je.
Cuma aku harap nak gain 2 - 4 kilo je.
Bagi fit gitu.
Memintak tercapailah dan dikekalkan.
Amin....
Masa bebaru kahwin.
Memang aku dah capai berat ni.
Tapi kembali turun bila alahan mengandungkan Ir.
Dah 5 bulan mengandung baru naik berat.
Berat naik waktu mengandung tu biasalah kan.
Tapi yelah.
Normal problem perempuan lepas bersalin.
Kebuncitan perut melanda.
(walhal memang sebelum beranak pun perut dah buncit)
Berat kekal, perut still buncit. Huh...
Hahahahahaha....

Selain mungkin faktor hormon.
Aku rasa corak diet aku seharian.
Menyumbang gak ke arah maintannya berat aku.
Ewah.....
Bukan nak berlagak ke apa.
Tapi rasanya benda baik & manfaat.
Meh le kita kongsi bersama.
Hehehehehehe....

Aku ni jenis memang makan ikut schedule.
Kudapan antara waktu makan utama memang sangat2 jarang.
Boleh kata aku makan hanya pada 3 waktu makan yang utama.
Sarapan, Lunch, Dinner (Sejak ada anak ni selalu terskip dinner)
Banyak aku baca artikel kata.
Bila kita displinkan waktu makan.
Itu boleh maintainkan berat kita.
Kalau nak skip pun.
Makan malam je.
Yang lain a must gitu untuk aku.
Dan aku juga makan dalam portion yang kecil.
Agak perut aku memang kantung kecik kot.
Sekali lagi syukur....

Faktor lain.
Kelasakan Ir memang menyumbang juganye.
Dok terkejar dia ke sana ke sinun.
Takpe le, pengorbanan ibu kan.
Boleh kira senaman gitu.

Cuma yang aku tak buat.
Senaman yang konsisten.
Tu je lah aku rasa kurang.
Setakat jalan, naik turun tangga.
Kejar2 Ir.
Itu senaman sampingan secara tak langsung je kan.
Kalau aku rajin buat sit up tiap hari.
Mungkin body aku lagi fit kan.
Bolehlah hilang buncit perutku.
Hihihihihi....
Nak berazam le sit up setiap hari.
Mau perut flat wooo....


Aku yang kurus (Memang diakui ramai)

Hik....

Monday, March 8, 2010

Finale Raja Lawak 4....

Salam....

Malam tadi aku layan Final Raja Lawak.
Oklah....

Zizan & Johan tetap terbaik.
Derang berdua ni memang best.
Memang gaya penghibur.
Boleh menari, menyanyi, berlawak, berlakon, mengacara.
Produk Raja Lawak terbaik setakat ini.

Time umum hadiah untuk pemenang.
Ohohohhohohoo....
Lumayan weih hadiah dia.
Bestlah sesiapa yang dapat.

Alex....
Mamat ni peserta paling menyerlah malam tadi.
Kalau ikut persembahan dia layak menang.
Lawak ada isi.
Boleh jadi stand up comedian.

Kecik....
Lawak biasa saja.
Memang ada lawaknya.
Tapi bukan lawak tahap juara.

Idlan....
1st round very dissapointed.
2nd round ok.
Itupun diselamatkan oleh juri
Sebab juri join menari atas pentas.

Aku rasa kalau Mamu ke final.
Mungkin lagi fight.
Kecik pun dah juara.
Lantaklah.
Tengok saja siapa yang lebih menyerlah.
Siapa bole survive dalam industri sebenar.
Hihihihihihi....

Oklah megi aku dah kembang.
Bye.

Hik....

Saturday, March 6, 2010

Dera Yang Buat Kita Semua Marah....

Salam....

Minggu ni kita ada 2 berita penderaan kanak-kanak.
Kedua-duanya meninggal dunia.
huh....

Siapa tak marah?
Siapa tak sedih?
Siapa tak sayang?
Siapa tak peduli????

Apalah perasaan sang pendera.
Sakit otak barangkali.(bukan barangkali lagi tapi memang)
Gamaknya derang ni selalu kena dera dari kecil kot.
dah terbiasa dibesarkan dengan suasana kemarahan.
Lantas terbawa hingga ke alam dewasa.
Lempiaskan sejarah derang tu ke orang lain????
Ahhhhhhhhh....
Alasan tetap alasan.
Benda yang tak patut.
Tetap tak patut.
Kau dera anak kecil ok.
Patut kalau iye kau selalu kena dera semasa kecil.
Kau sepatutnya janganlah bagi anak lain merasa apa yang kau rasa.
Apa kau ingat kau dah selalu merasa taik.
Kau nak orang lain pun merasa gak.
GILA.....GILA....GILAAAAAAAAAAAAAAK.....

Dengan ini aku menyeru.
Kita semua.
(wah, gaya macam Datuk Seri Shahrizat aku ni)
Nampak saja hal yang mencurigakan.
Kot ada bayi ke, budak ke.
Kita tengok ada nampak ke arah seperti berlaku penderaan.
Mari kita laporkan cecepat.
Kot tak.
Dengar je budak menangis lain macam.
Ketuk je lah pintu rumah jiran kita tu ke.
Lantak le kena tuduh penyibuk.
Mana tahu.
Dengan tindakan itu.
Kita dapat menyelamatkan nyawa.
Ini tanggugjawab sosial.

Aku sedih dan geram ok.
Tapi semua dah ditentukan.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Tapi kalau dah jadi macam ni.
Masih tak nampak apa yang tersirat tu.
Memanglah otak beku ke apa.
Yang aku nampak.
Peri pentingnya didikan dari awal.
Institusi keluarga.
Mencangkupi agama, moral, tanggungjawab sosial.
Paling ketara aku tengok pada kes adik Humaira Syafia.
Melihat latarbelakang keluarga.
Setakat yang dilaporkan di media perdana & alternatif.
Jelas keluarga mereka bermasalah.

Apapun.
Harap pihak polis dapat menyiasat dengan terperinci.
Yang mendera dan sesiapa saja yang terlibat.
Harus diberi hukuman setimpal.
Betul.
Yang pergi tetap takkan kembali.
Tetapi dengan menghukum mereka yang terbabit.
Rasalah sedikit berbaloi.

Huhuhuhuhhhu....

Hik.

Thursday, March 4, 2010

RAJA LAWAK 4....Kelakar Tak Ingat....

Salam....

Aku memang layan Raja Lawak.
Musim pertama aku cuma layan sikit2 saja.
Musim Kedua & Ketiga memang terus layan.
Tengok untuk berhibur dan suka-suka.
Bagi aku bintang kelahiran Raja Lawak.
Tetap ada kualiti tersendiri.
Lihat saja Zizan, Johan, Angah, Tauke, Nabil, Along, Cham, Jihan
(Sekadar memberi beberapa nama)
Mereka boleh dikatakan pelapis pelawak yang berbakat.

Masuk musim ke empat ni.
Lihat pada promo memang menarik saja.
tagline 'KELAKAR TAK INGAT' katanya.
Dari tenaga pengajar hingga ke peserta.
Pengacara jangan katalah.
Zizan dan Johan memang dah serasi bersama.
Tenaga pengajar merangkap juri.
Memang nama besar & ada kelas tersendiri dalam dunia hiburan.
AFDLIN SHAUKI, DIN BERAMBOI, BOB LOKMAN.

Tapi Raja Lawak 4 ni semacam kurang.
Kadang aku rasa juri bagi komen lebih kepada syok sendiri.
Juri seperti nak promote memasing.
Entahlah pendapat aku je.

Bagi aku.
Memang ada peserta yang tahap hampas je.
Tapi tetap ada gak peserta yang punya kualiti.
MAMU(sudah tersingkir), KECIK, ALEX
Aku rasa ada potensi(wah lagak macam pro gitu aku ni)
Mereka ada idea.
Tapi macam tak terluah atau sentuhan lawak perlu dipolish lagi.
Wah gitu....
Hihihihihihi.....

Mungkin perlu dikekalkan juri jemputan.
Yang mana juri jemputan yang memberi tugasan.
Seperti Raja Lawak yang lepas.

Raja LAwak 4 ni pun dah nak masuk minggu akhir.
Harap di final nanti
Sesiapa peserta yang tinggal.
Dapat perform best punya.
Zizan & Johan juga yang best + lawak.

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails