Iklan

Saturday, March 6, 2010

Dera Yang Buat Kita Semua Marah....

Salam....

Minggu ni kita ada 2 berita penderaan kanak-kanak.
Kedua-duanya meninggal dunia.
huh....

Siapa tak marah?
Siapa tak sedih?
Siapa tak sayang?
Siapa tak peduli????

Apalah perasaan sang pendera.
Sakit otak barangkali.(bukan barangkali lagi tapi memang)
Gamaknya derang ni selalu kena dera dari kecil kot.
dah terbiasa dibesarkan dengan suasana kemarahan.
Lantas terbawa hingga ke alam dewasa.
Lempiaskan sejarah derang tu ke orang lain????
Ahhhhhhhhh....
Alasan tetap alasan.
Benda yang tak patut.
Tetap tak patut.
Kau dera anak kecil ok.
Patut kalau iye kau selalu kena dera semasa kecil.
Kau sepatutnya janganlah bagi anak lain merasa apa yang kau rasa.
Apa kau ingat kau dah selalu merasa taik.
Kau nak orang lain pun merasa gak.
GILA.....GILA....GILAAAAAAAAAAAAAAK.....

Dengan ini aku menyeru.
Kita semua.
(wah, gaya macam Datuk Seri Shahrizat aku ni)
Nampak saja hal yang mencurigakan.
Kot ada bayi ke, budak ke.
Kita tengok ada nampak ke arah seperti berlaku penderaan.
Mari kita laporkan cecepat.
Kot tak.
Dengar je budak menangis lain macam.
Ketuk je lah pintu rumah jiran kita tu ke.
Lantak le kena tuduh penyibuk.
Mana tahu.
Dengan tindakan itu.
Kita dapat menyelamatkan nyawa.
Ini tanggugjawab sosial.

Aku sedih dan geram ok.
Tapi semua dah ditentukan.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Tapi kalau dah jadi macam ni.
Masih tak nampak apa yang tersirat tu.
Memanglah otak beku ke apa.
Yang aku nampak.
Peri pentingnya didikan dari awal.
Institusi keluarga.
Mencangkupi agama, moral, tanggungjawab sosial.
Paling ketara aku tengok pada kes adik Humaira Syafia.
Melihat latarbelakang keluarga.
Setakat yang dilaporkan di media perdana & alternatif.
Jelas keluarga mereka bermasalah.

Apapun.
Harap pihak polis dapat menyiasat dengan terperinci.
Yang mendera dan sesiapa saja yang terlibat.
Harus diberi hukuman setimpal.
Betul.
Yang pergi tetap takkan kembali.
Tetapi dengan menghukum mereka yang terbabit.
Rasalah sedikit berbaloi.

Huhuhuhuhhhu....

Hik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails