Salam....
Siapa sini pernah dengar atau makan UDANG LIPAN.
Mungkin lain tempat lain kot namanya.
Area aku memang panggil udang lipan.
Kalau in English namanya MANTIS SHRIMP.
Rasanya memang ada tempat-tempat yang panggil UDANG MENTADAK kot.
Aku rasa udang ni memang antara tergolong makanan eksotik gak kot.
Rupa memang peliklah.
Ada orang panggil UGLY LOBSTER.
Hahahahahahha.....
Sebab tu aku rasa tak ramai yang nak makan kot.
Even aku memula tengok dulu pun.
Macam takut je nak makan.
Tapi aku ibaratkan macam masuk FEAR FACTOR lah kekonon.
Makanlah.
Rasa udang ni memang tak fear langsung weih.
Memang macam udang biasa je.
Lagi manis & sedap.
Hari tu maksu beli lagi udang ni.
Dia ikut musim kot.
Sebab ada masa tak ada orang jual.
Kami masak goreng kunyit je.
Kalau kalian makan di restoran seafood.
Selalunya uadng ni dimasak dengan kulit sudah dibuang.
Jadi tak adalah menakutkan macam nak makan.
Tapi kami masak dengan kulit je kecuali digunting kaki & kepalanya.
Sebab kalau salah teknik buang kulit.
Nanti isi jadi kurang.
Tak feel & eksotik lak kang.
Hihihihihihihhi.....
Ni hah udang lipan yang sudah aku guntingkan sedikit kepala, kakinya.
Ada bran mahu makan?????
Alah gambar yang sudah dimasak.
Tak snap lak.
Oh ya menurut kepercayaan chinesse.
Udang ni elok dimakan untuk kesihatan kaum lelaki.
Wallahualam.
Hik....
2 comments:
udang ni tak feel sangat la yang. sebab cengkerang dia tajam. hehehe.
tapi bila dapat isi, rasa macam dah seribu nikmat sebab cengkerang tajam tu. hahaha~
tulah cengkerang dia tajam.....
kalau basuh tu mmg kena seslow le.
mesti ada kena jari skit.
tapi isi dia best apa...manis je....
orang kata masak jgn terlalu laam...nanti isi kecut lak
Post a Comment