Iklan

Wednesday, November 3, 2010

Result MGTT....

Salam....

Hari tu aku maternity checkup.
Urine test ada gula katanya.
Tapi bila dibuat test darah dalam gula.
Kandungan gula hanya 4.2.
Yang mana rendah untuk paras normal.
Tambah pula aku dah sarapan nasi lemak waktu tu.
Nurse pun pelik.
Urin ada gula.
Tapi paras gula rendah.
Jadi kenalah jumpa doktor.
Doktor kata ok sebab paras gula rendah.
Bila aku tanya kenapa urin ada.
Doktor kata mungkin ada error gitu.
Tapi biasalah klinik kerajaan.
Depa memang teliti sikit.
Even result hari tu rendah gula.
Masih tetap kena jalani MGTT.
Ye ujian minum air gula yang pekat.
Untuk tau paras gula dalam darah.

Ok mahu tak mahu kenalah buat ujian.
Sopan santun aku menikmati air gula pekat tu.
Sikit-sikit dihirup ibarat menikmati hot chocolate.
Ewah....

Bila result keluar.
Aku sendiri pelik menengoknya.
Paras gula aku :

Sebelum minum = 4.19
Selepas minum = 4.19

Tak berubah ok.
Sudahlah rendah pula tu.
Nurse saspek aku ada muntah time minum tu.
Tak ada muntah ok.
Memang minum sampai habis.

Sesiapa boleh tak jelaskan pada aku.
Adakah benar maknanya aku kekurangan gula?
Adakah maknanya badan aku cepat proses gula kepada tenaga?
Adakah aku punya insulin terlebih yang cepat berkerja?
Atau badan aku lambat nak serap gula tu.

Tolong terangkan kalau tahu.
Atau kalian pun ada alami macam aku.

Hik....

2 comments:

nieda said...

tak taulah pula. MGTT aduss..manisnya

yusyanti said...

tq nieda....
tulah, nak tanya nurse n doc.
Tapi nanti takut derang suruh ulang MGTT.
sebab nurse saspek yus mutnah.
huhuuhuhuhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails