Iklan

Monday, April 4, 2011

Pengalaman Di wad SCN Hospital Sri Manjung

Salam,

Untuk info semua.
Aku dah selamat lahirkan seorang lagi baby boy.
IRFAN ZIKRI.
Seberat 2.4kg.
Pada 2.02.2011, Jam 4.21am.
Syukur semua selamat.

2 hari selepas keluar dari hospital.
Zikri kena tahan wad semula kerana jaundis.
Mulanya aku cuak juga.
Ye lah tak ada pengalaman.
Ditambah pula rasa leceh sebab nak kena tido kat hospital lagi.
Lagipun tak tahu macamana keadaan wad Special Care Nursery (SCN) tu.
Ibu ada ke katil?
Zikri mahu ke duduk bawah lampu phototherapi tu?
Ada ke makanan untuk ibu?
si IR macamana kat rumah nanti, kesian dia.
Macam-macam persoalan la.

Bila dah sampai wad.
Zikri ditinggalkan diaper je.
Terus buh bawah lampu.
Alahai syahdu je aku tengok
Dah le cinonet je.
Dia yang paling kecik dalam ramai2 baby bawah lampu tu.
Hehehehehe....
Waktu tu dah dalam pukul 5 pm.

Kemudian aku ditunjukkan tempat tidur untuk ibu.
Ada 3 bilik untuk ibu yang aku perasan.
Bilik 1 ada 3 katil sekali 1 bilik air.
Baby diletakkan bersama ibu.
Lagi 2 bilik hanya untuk ibu.
Memula aku ditempatkan di bilik yang ke 3.
Bilik sebelah pantri.
Ada 8 katil ibu.
Memang agak jauh dari baby.
Sampai en wolverine pesan.
Selalu2 jenguk Zikri.

Dalam pukul 6 lebih.
Aku memang tengok je le si Zikri.
Bila dia nangis, ambil bagi susu.
Tapi sekali si Zikri buat hal le pulak.
Asal aku letak dia nangis.
Dokong senyap.
Letak nangis balik
Huh riso gak le.
Cemane ni.
Kot dia langsung takmo dalam tu.
Cemane nak turun jaundisnye.
Sekali aku tawakal je le.
dah abis bagi susu.
Nampak dia senyap tu
Aku letak.
Sambil pesan dok bebaik.
Bagi cepat keluar hospital.
dah dia senyap tu ku tinggal je dan balik ke bilik.
Sebab nak mandi.
Tawakal je le.

Dalam pukul 8 lebih macam tu.
Sorang nurse datang ke bilik aku.
Tanya fully bf ke?
Tak ada campur fm ke?
Bila dia tau aku fully bf.
Dia bagi tukar dengan sorang yg di bilik 1. (bilik 3 katil)
Sebab orang tu tak fully bf.
Bilik 1 diutamakan untuk ibu yang fully bf.
Sebab baby bole bersama ibu.
Gembiranya hati aku masa tu.
Ye le risau je nak tido tanpa Zikri di sisi.

Yang lagi best bila dah tukar bilik.
Zikri ada dengan aku.
Elok je Zikri dok bawah lampu tu.
nangis bila nak susu je.
Lepas tu buh je bawah lampu.
Baik je.
Sampai lagi 2 ibu sekali bilik tu.
Dok puji Zikri.
Displin.
Anak derang malam takmo tido bawah lampu tu.
Letak je nangis.

Cuma tak tau le kebetulan ke apa.
Spek rayban tutup mata dia tu.
Asyik le dia tarik ke bawah.
Sampai nampak mata.
Lawak pun ada.

Di SCN manjung.
Ibu juga disediakan makanan.
Aku perasan menu memang sesuai untuk ibu berpantang.
Lobak putih.
Sawi.
Ikan pelata.
Kira oklah bagi aku.
Pam pun disediakan.
Medela pam.
Tapi tak perasan medela apa.

Walaupun ada yang cakap baby tak cukup susu.
Sebab tu jaundis tak turun.
Ada yang sarankan aku minta fm dari nurse.
Untuk top up susu aku yang tak cukup.
Tapi aku tawakal je le.
Direk bf je.
ALhamdulillah 2 malam je tido hospital.
Bacaan menurun je.
Masuk wad bacaan 14.5
Esoknya 12.9.
Sampai hari ke dua turun 7.8.
Syukur.

Walaupun masa memula masuk wad.
Aku ala2 macam nak merungut jugak le.
Sebab rasa leceh.
Tapi bila dah masuk
Tengok ada lagi kes baby yang kritikal dalam SCN tu.
Aku insaf.
Ada yang dah 2 bulan baby dalam SCN.
Kes baby pramatang la.
Macam2 lah.
Tak sampai hati nak tulis.
Baru le aku rasa.
Apalah aku nak lecehkan.
Anak aku setakat duduk bawah lampu je.
Tak ada masalah serius.
Tido pun aku ada katil.
Siap baby sentiasa bersama.
makan ada disediakan.
Huhuhuhuhu.....

Yang lagi best kat wad SCN ni.
Setiap pagi akan datang doktor cek anak.
Seronok je tengok derang cek.
Memang baguslah.
Walaupun ramai doktor pelatih.
Kelakar je tengok gelagat doktor pelatih.
Aku perasan doktor pelatih lelaki macam kurang konpiden sikit.
Banding doktor pelatih perempuan.

Hmm....
Secara peribadi bagi aku servis di wad SCN memuaskan.
Untuk level hospital kerajaan.
oklah setakat ni je.
Akan datang aku tepek gambo baby pula.

Hik....

4 comments:

~ As ~ said...

patutla lama senyap..dlm pantang eh..anyway, congratlation on ur newborn baby.. :-)

nieda said...

tahniah for the second junior...

yusyanti said...

tq uall....Sayang semua

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

alahai teringat pengalaman ngan bebe di scn hkl dulu..semua kena wat sukarela sendiri cuma anak je nurse mandikan hehe..hospital gomen dah bagus..hehe..tahniah yus fully bf jom jom kita teruskan sampai anak kita 2 tahun yok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails