Iklan

Monday, June 27, 2011

Karnival Di Marina Island - Bertemu Upin & Ipin

Salam....

Sepanjang minggu lepas berlangsung karnival di Marina Island, Lumut.
Marina Island ni memang tempat cantiklah untuk lepak-lepak.
Tepi laut kan.
Dari sini kalau nak ke Pulau Pangkor naik bot.
Dalam 10-15 minit je pun.

Ada pertandingan kenderaan antik.
Vespa. Van. Volkswagen (eh tak reti nak eja)

Banyaklah booth2 yang ada.
Dan yang paling penting ada booth Upin & Ipin.
Walaupun yang dijual cuma air minuman & kurma.
Tak apa lagi bagus.
Kang banyak barang dijual lagi banyak nak dibeli.
Hehehehehe....

Ir memang minat Upin & Ipin.
Jadi mendengarkan saja ada maskot Upin & Ipin.
Aku sebagai ibu yang ingin membahagiakan anaknya.
Tidak mahu lepaskan peluang gitu.

Maka. semalam kami ke karnival.
Mula pergi pukul 11.30 am.
Upin & Ipin tak ada lagi.
Pukul 3pm baru ada.
Malas nak tunggu, balik dulu.
Rumah dekat so no hal lah.
Tunggu pun malaslah.
Panas.
Tepi laut.
Even cuaca redup.
Tapi terasa bahang.



Memula sampai. 3 beranak.





IR bergambar dengan salah satu kereta antik yang ada.
Gaya macam kereta tentera je.






Pagi, maskot Upin & Ipin tak ada lagi.
Back drop je.
Bergambar juga tu.
Zikri tido time ni.




Nilah kurma dan air Upin & Ipin.
2 ni = RM5



Dalam pukul 2.30pm kami pergi semula.
Upin & Ipin masih tak ada.
Tunggu MB Dato Seri Dr Zambry rasmikan karnival baru depa ada.
Huh.

Tunggu punya tunggu dalam pukul 4 baru Upin & Ipin ada.
Mujur 2 anak aku tak meragam.
Nak bergambar dengan Upin & Ipin.
Kena beli air 5 botol = RM10
Dapat 1 kupon baru bole bergambar.
Tak apalah demi anak.
Lagipun dapat air pun kan.
Tapi time nak bergambar tu
Ya ALLAH.
Orang bertolak-tolak.
Aku tak tahu kenapa.
Nilah kan anak-anak punya pasal.
Mak Ayah sanggupkan.
Tapi aku konpius gak.
Anak-anak yamg lebih ke mak ayah yg lebih.
Hahahahahaha.....
Malu pun ada mengingatkan insiden bertolak-tolak semalam.
Sampai selipar Ir tercicir le sebelah.
Sorry le kepada bapa yang depan aku semalam.
Aku terpaksa tolak sebab nak bagi Zikri & Ir selesa.
IR dah macam mandi peluh.
Aku riso dia pitam je.
Im so sorry.....
Heheheheheee....
Terima Kasih juga pada beberapa orang mak ayah
Yang prihatin sebab aku ada bawa baby.
Siap ada yang jerit-jerit suruh lepaskan kitorang dulu.
Sebab aku ada kendong baby.

Ir tengok je Upin & Ipin.
Dia punya senyum.
Berbunga hatiku tengok.
Tapi bila si Upin nak dokong dia.
Dia macam ala2 takmo.
Terkejut kot.
Dalam TV Upin & Ipin kecik je.
Yang ni bapak giant.
Hahahahahaha....




Sementara tunggu Upin & Ipin.
Lepak dulu kat tepi pentas utama.
Tengok MB nak rasmi & beri hadiah pada pemenang pertandingan.
Baik je Zikri.
Uk...ek kejap je sebab nak susu.
Bila dah di BF elok je.




Si abang.




Yang Berhormat MB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir.






Bergambar bersama vespa2 antik.






Alahai Upin & Ipin.
Kalau tak kerana anak.
Memang takde le aku nak berebut beratur berhimpit.
Tapi oklah.
Even dapat sekeping je.
Masing-masing dapat sekejap je.
Ir pun tak ready.
Tengok selipar sebelah tak ada.
Dah tercicir.





Dapat je bergambar.
Lepak tepi pantai pula.
Bagi tenang sikit jiwa.
Pastu cau cin cau....

Tapi aku puas.
Puas sebab dapat happykan Ir
Hik....

1 comment:

nieda said...

kalau bab upin ipi mmg ramailah..sib baik masa pergi kt pesta buku tak ramai sgt..kira bolehla nk bergambar byk kali maybe sebab weekday kot

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails