Iklan

Friday, September 23, 2011

Menolong pencuri?

Salam....

Hah ni aku nak cerita 1 kejadian ni.
Kisah dialami maksu and paksu.
Diceritakan ke aku.
Aku cerita lak ke korang.
Ok.

Alkisah dalam 4 hari lepas gitu.
Time tu maksu paksu dah nak tutup kedai.
Sekali muncul sorang lelaki dalam lingkungan 20an.
Terburu-buru.
Dari apartment Bukit Permata sebelah kedai.
"Bang....bang tolong saya bang"
"Saya nak balik Klang, bas dah nak hampir"
"Bag baju saya kawan dah bawa dengan kereta"
"Kereta kawan tetiba rosak"
"Tolong hantar saya ke stesen bas"
Lagaknya macam betul-betul terdesak perlukan bantuan.

Atas dasar prihatin.
Maksu paksu pun tumpangkanlah dia.
Kebetulan memang depa nak keluar p beli barang pun.
Dalam kereta sembang elok ja.
Katanya asal Kapar.
Orang Jawa.
Sini keje dengan TNB.
Dia duduk belakang dengan adik aku.

Belum sempat sampai stesen bas
"Bang...bang berhenti bang"
"Saya nampak kawan saya kat sana"
Katanya sambil merujuk ke Shell Taman Samudera
Paksu pun turunkan dia ke shell situ.
dan memang nampak dia tegur sorang kawan dia.

So Paksu maksu and adik aku pun.
Meneruskanlah perjalanan ke kedai.
Dalam kedai tengah sibuk2 pilih barang.
Sekali telepon berdering.
Panggilan dari Pakjang.
"Dik kamu kat mana?"
"Ni ada 2 buah kereta kat kedai kamu"
"Dok pusing keliling macam cari apa ntah"

Maksu paksu kelam kabut.
Yelah takut orang nak mencuri ke apa.
Almaklumlah kedai maksu jauh dari rumah orang.
Dulu memang selalu kena pecah.

Maka perdengaihlah maksu paksu balik ke kedai.
Memang ada 2 buah kereta.
1 buah adalah polis.
Paksu tanya apahal.
Depa kata cari orang.
Baju coklat.
Orang tu ada pecah masuk rumah kat Bukit Permata tu.
Spontan paksu p cakap.
"Jangan2 orang yang kami tumpangkan tadi kot"
Sekali betul.
Paksu katalah ada turunkan dia kat Shell Samudera.
Depa pun perdenghaihlah ke sana.
Tengok dah takde.

Polis tu bagi nombor tipon dia ke paksu.
Kot2 lah laki tu ada datang lagi ke kedai.

Dah balik paksu n maksu rasa ralat sangat.
Kalaulah depa tak tumpangkan laki tu.
Barangkali laki tu tak dapat lari jauh.
BOleh ditangkap segera.
Tapi yolah benda dah nak jadi.
Tapi dalam dok ralat tu.
Depa syukur la gak.
Sebab korang bayangkan.
Laki tu duk 1 kereta dengan kita.
Dok sebelah anak kita yang umoq 11 tahun.
Korang bayangkan kalau dia p taruk pisau kat lehar anak kita.
Pastu cakap "Cepat sila bawa saya ke tempat yang saya mau"
"Kalau tak saya apa2kan anak kamu"
ISk......
Nauzubillah.....

Beberapa jam kemudian.
Paksu tergerak hati nak kol polis tu.
Tanya apa perkembangan.
Rupanya laki tu dah dapat di tangkap.
tak jauh dari Shell Manjung gak.
Area KIA Motors.
Kena tangkap time dia nak cilok motor sorang budak pompuan.

Lega dapat gak ditangkap.
Cuma tulah.
Kita sekarang ni.
Nak tolong orang.
Memang kena pikir banyak kali.
Alangkan orang kenal pun boleh tipu.
Inikan orang yang kita tak kenal.
Zaman sekarang macam2 taktik nak menipu.
Beringatjelah kan.

Huhuhuhuhu.....

2 comments:

Intan and The Boys said...

hoih...biaq betuii!
takut eh. mintak dijauhkanla...

yusyanti said...

tulah minta dijauhkan.
seriau gak bila diingatkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails