Salam....
Aku terpanggil nak menulis pasal topik ni.
Biarpun aku rasa macam berat je.
Aku sendiri pun banyak yang tak betulnya.
Dok lompang lagi sini sana.
Tapi banyak kali sangat aku jumpa.
Statement orang perempuan yang dah berkahwin.
Yang bila ditegur kelaku tak elok depa.
Depa pi balas "Biarlah, laki aku pun tak marah"
Entahlah.
Kadang aku rasa statement tu depa faham tak?
Adakah maksud depa, depa bebas nak buat salah or dosa.
Sebab laki depa tanggung semua?
Depa tak tanggung?
Bunyi macam best je.
Kau buat jelah dosa apapun.
Apa ada hal.
Laki ko yang tanggung.
Wah gitu ke?
Ye betul tugas suami tu memang berat.
Nak mendidik keluarga.
Tapi kalau kita pun tahu yang mana salah dan benar.
Apa salahnya kita sama-sama bantu suami mudahkan tugas.
Aku ada terbaca komen sorang ustaz pasal isu ni.
Katanya dosa isteri tetap isteri tanggung.
Suami pula menanggung dosa kecuaian kerana tidak didik isteri.
Begitulah lebih kurangnya.
Dan lagi satu.
Kalau kita sayang dan kasih suami kita.
Takkanlah kita sanggup nak biar suami tanggung dosa kita?
Kita yang buat salah janganlah nak heret orang lain kan.
Apalagi orang yang kita kasih dan cintai.
Hmmmm....
Hanya cebisan pendapat dari aku yang bukan ustazah.
Hik....
1 comment:
nicely written :)
Post a Comment