Iklan

Saturday, April 7, 2012

Perkembangan Bertutur Ir Lewat.....

Salam....

Untuk makluman Ir dah umur 3tahun 2bulan.
Tapi perkembangan bertutur dia agak ketinggalan berbanding rakan sebaya.
Kalau ikut umur sepatutnya Ir dah boleh buat ayat sendiri.
Tapi IR baru pandai bertutur sepatah dua kata.
Selalunya dia ambil yang hujung2 je.
Contoh kalau kita suruh ambil adik.
Dia cakap "Mik Dik"
Ultraman yang dia minat tu dia sebut "Men" je.
Iyelah sebagai seorang mak, aku memanglah sedikit risau.
Tapi bila menengokkan perkembangan lain.
Jauh sudut hati rasa IR ok.

Ir ok kalau bersosial.
Dia pandai main dengan rakan sebaya kalau ada.
Pandai pegang pen dan pandai dah lukis bulatan.
Faham arahan.
Ada interaksi mata.
Cuma tulah disebabkan dia tak berapa pandai nak cakap lagi.
Maka aku tak dapat nak potty train dia lagi.

Hari Rabu hari tu 4/4/2012.
Kitorang checkup IR dan Zikri.
Jadi teruslah ku cakapkan masalah IR.
So kena jumpa Dr.

Esoknya Dr terus buat lawatan ke rumah dan kedai maksu.
Nak tengok macamana Ir. Persekitaran.
Dr kata kalau tengok dari pemerhatian IR macam ok.
Tapi cakaplah memang sepatah2 je.
Hmmm...

Jadi Dr tu akan buat report dulu.
Dan tengok kalau boleh refer ke Hospital Manjung atau tak.
Yelah biasalah Hospital Kerajaan kan, appointment je beratur nak menunggu.
Tapi dalam masa sama Dr kata kami kena sentiasa encourage dia.

Ya Allah moga2 IR tiada masalah yang kritikal.
Amin.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails