Iklan

Monday, July 16, 2012

Hearing Test Untuk Ir di Hospital Tuanku Bainun

Salam, 13 Julai hari tu kami ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh untuk temujanji Hearing Test Ir. Hearing Test ni memang prosedur wajib untuk kanak-kanak yang delay speech. Sebab agak jauh dari Manjung kami bertolak seawal pukul 7am. Sampai lebih kurang hampir 8.30am. Harap akan datang Hospital Manjung akan ada unit Ear,Nose & Toungue(ENT). Senagn sikitlah urusan tak perlu jauh-jauh. Bila dah sampai unit ENT. Ada nampak beberapa kanak-kanak ada pakai alat pendengaran kat telinga. Ku borak dengan salah seorang parent kat situ. Anaknya memang tak dengar langsung. Ada lagi sorang lak sebelah je tak dengar. Lepas pasang alat pendengaran ok pandai cakap. Bila sampai giliran Ir. Kami pun ke bilik khas untuk ujian pendengaran. Mula-mula cek telinga Ir dulu, guna alat macam gambar di bawah
imej google dari http://hiddenhearingireland.wordpress.com/tag/stem-cell-research/ Mulanya IR macam takmau juga. Macam taknak beri kerjasama. Tapi pujuk-pujuk Ir ok. Ku fikirkan Ir akan diberi ubat tidur. Sebab banyak ku baca test dibuat ketika kanak-kanak tidur. Tapi mungkin sebab IR dah besar. Maka dibuat test secara 'Conditioned Play Audiometry'. Dipasangkan headphone/earphone ke Ir. Pastu di bagi Ir main puzzle then arah kalau Ir dengar bunyi letak puzzle tu kat tempatnya. Lebih kurang gambar kat bawah
Gambar google dari sini http://audiovisualaids.in:9080/audiovisual/evaluation.html Adalah nampak yang part low frekuensi Ir tak bagi respon. Ku pun macam tak yakin je kan. IR ni memang tak dengar atau tak fokus. Ekekekekekek... Tapi Dr confident je. Oklah tu kot test nya. Adalah lebih kurang 30minit bagi Ir test tu. Sampai dia dah jemu takmau main dah. Dr kata frekuensi rendah Ir tak respon. Kata Dr bukan masalah serius. Kalau tak sihat macam lepas atau tengah demam, batuk, selsema memang selalu macam ni. Tapi Ir takde lak demam time tu. Huhuhuhuhu..... Dr kata ada wax telinga kiri & kanan Ir. Senang cakap melayu taik telinga keras. Wakakakaka. So Dr bagi ubat titis untuk lembutkan wax tu. Bulan depan temujanji untuk cuci telinga Ir. Ikut jelah kan prosedur depa. Sekarang Kementerian Kesihatan bab kanak-kanak memang details ceknye. Apa-apa pun harap Ir tak ada masalah serius. Cakap tu memang ada. Cuma tak de ayat panjang lagi. Kira delay lah untuk peringkat umurnya. ok. Sekian. Bye

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails