Iklan

Monday, July 18, 2011

Zikri BerCloth Diaper - Sunny Baby CD Jeans

Salam....

Hari tu ada kenalan jual CD.
Aku pun belilah.
1 tu memang menariklah.
Design jeans.
Memang dia jual pun yang nilah paling laku.
Aku tau CD memang jimat.
Cuma untuk aku berfully CD.
Memang belum lagilah.
Waktu aku cuti baru aku pakaikan.

Layan gambar Zikri ber CD.


Butang boleh diselaraskan ikut size.




Alolo...hisap jari. Tepi kemas je.
Konfem tak bocor even melasak cemane pun.





From the back view. Amacam ok tak?




E'eh tanjat boboi....

Sekian.

Hik....

Saturday, July 16, 2011

Nak Cantik, Nak Melawa, Nak Berfesyen....Tapi....

Salam....

Perempuan.
Perempuan mana yang tak suka melawa, berfesyen.
Nak kelihatan cantik.
Pada mata yang memandang.
Even aku sendiri.
Walau dah umur macam ni.
Masih punya perasaan nak cantik2.
Walau hakikatnya taklah cantik mana pun.
Hehehhehe....

Tapi dalam dok nak melawa tu.
Kadang dilema lah jugak.
Tahap melawa kita tu.
Fesyen kita tu.
Ok ke?
Boleh ke?
Kena ke gayanya?
Sesuai ke dengan umur?
Macam aku sendiri.
Kadang aku terfikir gak.
Gaya aku ni.
Kena ke dengan aku?
Dengan title aku as a mak kepada 2 orang anak?
Huh.
Aku nak bergaya. Nak melawa. Nak berfesyen.
Tapi at the same time.
Nak jaga aurat.

Ada yang kata.
Menutup aurat tu adalah salah satu cara untuk kita tak menonjol.
Tak menarik pandangan orang.
Tapi.
Kalau kita pakai tudung style hana tajima.
Berfesyen style fashionita2.
Fesyen fancy2.
Tak ke tu menarik pandangan orang?
Ada lak kawan aku kata.
Kita ni ikut persekitaran kita juga.
Macam kita kat Malaysia ni.
Majoriti kita memang pakai baju warna warni.
Dan kalau dah majoriti pakai tudung hana tajima.
Maknanya takdenye dah nak menonjol dah kita.
Kalau dah semua rope itu.
Orang dah tak heran dah nak ushar.
EH iye ke?
Dan aku rasa ada betulnya gak statement tu.
Sebab kalau kat sini kalau tetiba ada sorang perempuan berpurdah.
Tutup mulut, hidung bagai.
Aku rasa orang laki lagi nak ushar yg sorang ni.
Dari nak ushar yang depa biasa2 dah tengok.
Hmmm....agaknyelah.
Eh tapi at least perempuan tu dah berjaya menjaga diri dia kan.
Which is dosa menutup aurat tu tak adalah.
HUhuhuhuu....

Sekarangpun.
Aku tengok wah ustazah-ustazah pun.
Fesyen, gaya, mekap.
Lipstik merah menyala.
Kemain gitu.
Taklah semua.
Tapi adalah yang beberapa kerat yang keluar TV camtu.
Sekali tengok tak rope ustazah.
Rope duta kosmetik pun ada.
Ke sebab depa orang beriman.
Seri tu terpamer di wajah.
So kita nampak cantik je.
Bak kata orang.
Kalau dah cantik tu.
Buatlah cemane gaya pun.
Orang tengok memang cantik je le.
Sejuk je mata memandang.
Gitu ke?

Untuk aku pulak.
Aku bertudung dari aku mula 1st period.
Alhamdulillah kekal hingga sekarang.
Nak kata sempurna menutup aurat tu.
Tak berani aku nak ngaku.
Sampai sekarang pun.
Masih tak sempurna.
Sebab aku masih berkeinginan nak bergaya + berfesyen.
Moga-moga ALLAH akan bagi pencerahan di hatiku dalam bab ni.
Amin.....

Nak berfesyen.
Nak melawa.
Nak redha suami.
Paling penting redha dari Yang Maha Esa.


Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:

"DUNIA INI ADALAH PERHIASAN/KESENANGAN.
DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN/KESENANGAN ADALAH WANITA SOLEHAH"
(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Adakah aku tergolong dalam sebaik-baik perhiasan tu?
Arghhhh.....
Ampuni daku Ya ALLAH.

Friday, July 8, 2011

Dah serupa Tepung Gomak Daaa....

Salam....

Malam tadi.
Tak sedar Ir main bedak.
Elok pulak tu disapunye ke muka.
Bajet hensem ke apa?
Bila kena marah.
Mengamuk.
Terus lembik badan baring.


Ya ALLAH anak sulung aku ni.

Ir memang suka main bedak.
Selalu dia pi tabur-tabur atas katil.
Kali ni lak elok je kat muka.
Serupa Pak Aziz Sattar dalam
Seniman Bujang Lapuk daaa.....

Hik....

Monday, July 4, 2011

Kotor, Basuh, Lap, Bersih dan Kotor Semula....

Salam....

Baju-baju kotor.
Basuh, bilas, jemur, kering.
Pakai.
Kotor semula.
Basuh balik.
Pakai semula.
Berulang-ulang rutin yang sama.

Meja makan.
Lap. Bersih.
Waktu makan.
Bersepah-sepah semula.
Tambah anak kecil makan.
Sepahnya bertambah.
Kotor semula.
Pinggan mangkuk pun sama.

Sapu sampah.
Siang ni sapu.
Tak sempat malam.
Sampah-sampah, debu berkumpul balik.

Habuk-habuk di perabot.
Sekejapan ko lap.
Tak lama, berhabuk semula.
Lap lagi.

Kesimpulannya.
Korang nak BERSIH selalu?
Memang takkan lah.

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails