Iklan

Friday, December 2, 2011

"Biarlah Suami Aku Pun Tak Kata Apa"

Salam....

Aku terpanggil nak menulis pasal topik ni.
Biarpun aku rasa macam berat je.
Aku sendiri pun banyak yang tak betulnya.
Dok lompang lagi sini sana.

Tapi banyak kali sangat aku jumpa.
Statement orang perempuan yang dah berkahwin.
Yang bila ditegur kelaku tak elok depa.
Depa pi balas "Biarlah, laki aku pun tak marah"
Entahlah.
Kadang aku rasa statement tu depa faham tak?
Adakah maksud depa, depa bebas nak buat salah or dosa.
Sebab laki depa tanggung semua?
Depa tak tanggung?
Bunyi macam best je.
Kau buat jelah dosa apapun.
Apa ada hal.
Laki ko yang tanggung.
Wah gitu ke?

Ye betul tugas suami tu memang berat.
Nak mendidik keluarga.
Tapi kalau kita pun tahu yang mana salah dan benar.
Apa salahnya kita sama-sama bantu suami mudahkan tugas.
Aku ada terbaca komen sorang ustaz pasal isu ni.
Katanya dosa isteri tetap isteri tanggung.
Suami pula menanggung dosa kecuaian kerana tidak didik isteri.
Begitulah lebih kurangnya.

Dan lagi satu.
Kalau kita sayang dan kasih suami kita.
Takkanlah kita sanggup nak biar suami tanggung dosa kita?
Kita yang buat salah janganlah nak heret orang lain kan.
Apalagi orang yang kita kasih dan cintai.
Hmmmm....

Hanya cebisan pendapat dari aku yang bukan ustazah.

Hik....

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tinggal 1432H.... Selamat Datang 1433H

Salam....

Pejam celik....pejam celik.
Hari ni last day 1432H.
Bila dah akhir-akhir.
Mulalah rasa menyesal.
Rasa macam tak cukup je tahun tu.
Rasa macam banyak membazir waktu tahun tu.
Rasa macam tak cukup amal ibadat bagai.
Rasa macam tak cukup kaut pahala dalam tahun tu.
Mulalah terfikir.
Dalam buku.
Amalan baik ke buruk yang lebih?

Ni bagi aku lah.
Benda ni datang kat aku.
Bukan takat bila tahun nak berakhir.
Time ramadhan dulu pun sama.
Bila ramdhan nak abis.
Mulalah rasa.
Alah.
Tak cukup aku ambil kesempatan dalam Ramadhan tu.
Walhal Ramadhan tu bulan penuh keberkatan.
Masa tu cantik dah Allah bagi.
Tapi dok leka2 gak.
Aduih....

Itulah kita ni kan.
Manusia selalu alpa.
Leka.
Leka.
Leka....

Tahun baru.
Semua orang nak lagi baik.
Aku pun macam tu.
Untuk diri. Untuk famili.
Cuma usaha ke arah tu je, kita selalu tertangguh2.
Ya, kita manusia selalu terlupa.
Tapi kalau beribu kali gunapakai alasan lupa.
Tak ambil iktibar.
Tarak inisiatif nak baiki diri.
Tu namanya sengaja.

Salam maal hijrah semua.

Saturday, November 19, 2011

Tawaran Insuran/Medical Melalui Telefon.....

Salam.....

Aku ni banyak kali terima panggilan telefon.
Konon offer untuk ahli kelab ni lah...kelab tulah.
Sebab ada akaun nilah...tulah.
Tawaran insurans.
Mendengarkan depa punya tawaran tu.
Dia punya pakej insurans tu.
Memang menariklah.
Bole claim sampai 300k tu.
Sehari masuk wad lebih dari 6jam bole claim 3ratus.
Bole gunapakai untuk suami.
Untuk semua anak.
Wolaweih.....
Teruja ok mendengarkannya.

Dah kita teruja tu.
Terus nak buat perjanjian.
Terus ayat....
"Ok, untuk mendaftar kami perlukan beberapa maklumat nye"
"Bila daftar ni kami akan terus hantar polisi"
Tu dia.
Dahlah ko terangkan dia punya manfaat cakap laju2 tau.
Sampai aku pun tak ter catchup.
Tetiba trus nak buat agreement.
Mujur time dia nak maklumat bagai tu.
Ku waras lagi.
Bole pause jap.
Takde main nak bagi je.

Aku ni bukanlah apa.
Menda2 offer melalui telefon ni betol ke sebenarnya?
Kadang rimas tau.
Dahlah macam nak paksa2 je.
Sebab explain tak sampai 5minit terus nak suruh buat agreement.
Haiyoh....
Kita ni dah la takut.
Zaman sekarang macam2 cara nak menipu.
Kang ku bagi maklumat peribadi.
Kang tup...tup lebur duit di akaun.

Korang ada ke terima kes macam ni?
Selalu aku cuba elak cakap sibuklah.
Kat opis lah.
Tapi ada je teleponnya.
Nak di letakkan terus telefon
Kurang ajarlah sangat kan.
Tapi pleaselah mana2 agensi insuran ka apa ka.
Gunacara tru phone ni
Cam tak sesuailah.
Sebab insurans ni macam kena by appointment.
Nak terang satu persatu.
Explain term and co.
Kan.....

Tak sukalah camni.
Cam paksa2. Huhuhuhu...

Hik.....

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Salam aidiladha all. Hidup memang perlukan pengorbanan. Nak senang nak kaya kena korban. Apa apa pun dalam nak berkorban tu, biarlah menda yang patut. Dan biarlah pada jalan yang patut. Ok. Maaf zahir dan batin. Hik.....

Thursday, November 3, 2011

Politaik????

Salam....

Aku ni bukanlah aktif politik.
Malahan isu politik Malaysia ni pun.
Tak banyak yang aku tahu.
Yang keluar dalam media semasa.
Maupun media alternatif.
Sikit-sikit je aku tau.
Cuma kadang aku ada jumpalah orang yang perasan arif politik.
Atau dalam kata lain ekstrim satu2 pihak.
Mulut bila bercakap sedap je kondem pihak yang lain.
Macamkan dia sorang yang bagus.
Dialah yang baik.

Aku ni bukanlah apa.
Sebab apa yang kita cakap tu melambangkan tahap pemikiran kita.
Konpiden sangat. Gayanya. Macam tau semua.
Bagi aku.
Apapun bendera parti.
Aku percaya orang dalam parti tu.
Ada yang memang ikhlas nak berkhidmat untuk rakyat.
Ada pula yang memang nak kan kuasa semata.
Dalam kata lain tak semesti ko jumpa sorang yang tak ok.
Terus ko kondem semua orang dalam parti tu tak ok.
Huhuhuhuhu.

Ada pula yang mula2 kita kenal elok, baik, bersih.
Sekali dah ada jawatan.
Ada kuasa. Duit depan mata berkepuk.
Hilang peribadi2 yang baik.
Manusia berubah kan.

PRU pun rasanya macam tak lama je lagi kan.
Setakat ni aku ok dengan wakil kawasan aku.
Yolah ku orang takde kepentingan.
Sapepun memerintah.
Ku cuma harap Malaysia kekal aman sentosa.
Orait....

Hik....

Hmmm.....

Tuesday, October 18, 2011

Anak layan ultraman

Salam.... Ir sekarang kesukaan ultraman. Asal bukak tv nak tengok ultraman. Layankan je. Adik lak suka kacau abang. Boleh tahan garang adik. Hehheheh

Thursday, October 13, 2011

Aku Terima Sistem Ujrah PTPTN dan Gaji Dah Start Potong.

Salam....

Ya, aku dah terima sistem pembiayaan secara ujrah.
Dan start pun potong gaji aku.
Aku tau ada ramai yang kata sistem ujrah ni ada muslihatnya.
Tapi untuk peminjam seperti aku.
Yang bayar pun macam tak bayar.
Bulan ni bayar.
Pastu berbulan-bulan tak bayar.
Memang patut pun terima offer ni.
Muahhahahaha.....

Aku sendiri tak faham.
Apa muslihat yang depa dok kaji tu.
yang aku nampak.
Sesiapa yang terima offer ujrah ni.
Memang tak boleh lari dah.
Pembiayaan memang directly potong gaji.
Makna tiap bulan tak ada leh tuang-tuang bayo.
Pastu maklumat semua diupdate.
Tu jelah kot.

Ada yang kata tak adil sebab kiraan berdasarkan baki 2008.
Tapi korang jangan risau.
Boleh cek statement.
So yang korang dah bayo akan dipotong.

Cuma aku tak pasti cara tempoh pembayaran balik dibagi tu.
Ada kawan aku dapat 6tahun.
Ada 10 tahun depa bagi.
Untuk aku 4.5 tahun ja.
Memang menengokkan jumpah bayaran sebulan tu.
Terbeliak biji matalah kan.
Macamkan instalment sebulan kete.
Semput......



Tapi dalam dok semput2 tu.
Ada macam kelegaan.
Release sikit.
Gamaknya sebab hutang ada jalan nak berbayor kot.
Kira insyaALLAH by 35 abislah hutang ni.
Padahal kalau aku bayor ikut schedule tahun depan abis tau.
Padan muka aku.
Takpalah kalau aku tak terima ni mau umur 40 tahun pun tak abis lagi.
Huhuhuhuhu....

Hik.....

Saturday, September 24, 2011

Iklan Kesukaan >> TM - Manchester United

Salam....

Yuhuuu gang.
Weih korang tengok tak iklan TM - Manchester United tu?
Aku & en wolverine memang layanlah iklan tu.
Ada sekali terlebih feel.
Sampai menangis aku.
Tak taulah nangis sebab tengok si Ramli tu main untuk MU.
Atau nangis sebab tengok bapak si Ramli tu nangis.
Tapi aku memang terharu sangat time Sir Bobby Charlton ajak Ramli training tu.
Hehehehe...
Aku memang over.....

Bertuahnya kalau Ramli tu memang wujud.

Nah layan lagi.

Friday, September 23, 2011

Menolong pencuri?

Salam....

Hah ni aku nak cerita 1 kejadian ni.
Kisah dialami maksu and paksu.
Diceritakan ke aku.
Aku cerita lak ke korang.
Ok.

Alkisah dalam 4 hari lepas gitu.
Time tu maksu paksu dah nak tutup kedai.
Sekali muncul sorang lelaki dalam lingkungan 20an.
Terburu-buru.
Dari apartment Bukit Permata sebelah kedai.
"Bang....bang tolong saya bang"
"Saya nak balik Klang, bas dah nak hampir"
"Bag baju saya kawan dah bawa dengan kereta"
"Kereta kawan tetiba rosak"
"Tolong hantar saya ke stesen bas"
Lagaknya macam betul-betul terdesak perlukan bantuan.

Atas dasar prihatin.
Maksu paksu pun tumpangkanlah dia.
Kebetulan memang depa nak keluar p beli barang pun.
Dalam kereta sembang elok ja.
Katanya asal Kapar.
Orang Jawa.
Sini keje dengan TNB.
Dia duduk belakang dengan adik aku.

Belum sempat sampai stesen bas
"Bang...bang berhenti bang"
"Saya nampak kawan saya kat sana"
Katanya sambil merujuk ke Shell Taman Samudera
Paksu pun turunkan dia ke shell situ.
dan memang nampak dia tegur sorang kawan dia.

So Paksu maksu and adik aku pun.
Meneruskanlah perjalanan ke kedai.
Dalam kedai tengah sibuk2 pilih barang.
Sekali telepon berdering.
Panggilan dari Pakjang.
"Dik kamu kat mana?"
"Ni ada 2 buah kereta kat kedai kamu"
"Dok pusing keliling macam cari apa ntah"

Maksu paksu kelam kabut.
Yelah takut orang nak mencuri ke apa.
Almaklumlah kedai maksu jauh dari rumah orang.
Dulu memang selalu kena pecah.

Maka perdengaihlah maksu paksu balik ke kedai.
Memang ada 2 buah kereta.
1 buah adalah polis.
Paksu tanya apahal.
Depa kata cari orang.
Baju coklat.
Orang tu ada pecah masuk rumah kat Bukit Permata tu.
Spontan paksu p cakap.
"Jangan2 orang yang kami tumpangkan tadi kot"
Sekali betul.
Paksu katalah ada turunkan dia kat Shell Samudera.
Depa pun perdenghaihlah ke sana.
Tengok dah takde.

Polis tu bagi nombor tipon dia ke paksu.
Kot2 lah laki tu ada datang lagi ke kedai.

Dah balik paksu n maksu rasa ralat sangat.
Kalaulah depa tak tumpangkan laki tu.
Barangkali laki tu tak dapat lari jauh.
BOleh ditangkap segera.
Tapi yolah benda dah nak jadi.
Tapi dalam dok ralat tu.
Depa syukur la gak.
Sebab korang bayangkan.
Laki tu duk 1 kereta dengan kita.
Dok sebelah anak kita yang umoq 11 tahun.
Korang bayangkan kalau dia p taruk pisau kat lehar anak kita.
Pastu cakap "Cepat sila bawa saya ke tempat yang saya mau"
"Kalau tak saya apa2kan anak kamu"
ISk......
Nauzubillah.....

Beberapa jam kemudian.
Paksu tergerak hati nak kol polis tu.
Tanya apa perkembangan.
Rupanya laki tu dah dapat di tangkap.
tak jauh dari Shell Manjung gak.
Area KIA Motors.
Kena tangkap time dia nak cilok motor sorang budak pompuan.

Lega dapat gak ditangkap.
Cuma tulah.
Kita sekarang ni.
Nak tolong orang.
Memang kena pikir banyak kali.
Alangkan orang kenal pun boleh tipu.
Inikan orang yang kita tak kenal.
Zaman sekarang macam2 taktik nak menipu.
Beringatjelah kan.

Huhuhuhuhu.....

Wednesday, September 21, 2011

Ultraman.....Fire...Bzzzzz!!!!!

Salam....

Kesukaan IR buat masa ni.
Ultraman.
Kalau tengok citer Ultraman.
Fokus habis. Memang layan.
Pastu nanti berangan jadi ultraman.
Ummi dengan ayah lah terpaksa jadi raksasa.
Hehehehehehe....

Hari tu p TESCO.
Bila lalu kawasan menan.
Aku dah riso dah janganlah dia p minta menan otomen.
Ada 1 patung tu lapan puluh lebih.
Koser sangat.
Seb baik kitorang beli kan topeng.
Dia okeh je.
Tak sampai dua ringgit.
Dengan ummi dan ayah sekali gedik nak bertopeng otomen.





Jyeah.....
Otomen sedia memfire.
Bzzz..........






Aiyoh ni apahal sesama otomen berlawan ni.
Hmmm kena cari topeng raksasa 1 kot.

Hik....

Monday, September 19, 2011

Cantik Tak Mengenal Warna Kulit

Salam....



Ni sokabar ahad semalam.
Kupasan pasal wanita kulit hitam yang cantik.

Sebut pasal warna kulit ni.
Umum semua tahu.
Kulit hitam ni selalu dipinggirkan/ditindas.
Jangan cakap kat luar negara je.
Ambil contoh kat Malaysia pun lebih kurang.
Contoh terdekat aku sendiri ni hah.

Aku akui putih melepak tu memanglah cantik.
Tapi janganlah hitam tu dipandang hina sangat.
Aku bagi contoh eh.
Time aku baru-baru couple dengan en wolverine.
En wolverine adalah bawa jumpa mak angkat dia ni.
Time jumpa tu ok je lah kan.
Ropenye dah lepas kitorang kawen tu.
En wolverine cerita.
Mak angkat dia tu ada cakap kat dia
"Kenapa pilih yang hitam?"
AAAAiyoh.
Dia ingat kulit aku yang hitam ni apa.
Dah ALLAH yang bagi kulit aku hitam.
Huhuhuhuhu....
Aku sebetulnya tak kisah orang kata aku hitam.
Sebab memang hakikatnya aku ni gelap.
Tapi janganlah macamkan mencemuh sangat.
Macam hina sangat hitam di mata depa.
Tapi bila aku tengok balik.
Apa yang nak dikata sangat.
Kulit dia pun sama je tone dengan aku.
HIihihihihi.....
Padanlah En wolverine dah kurang pi rumah mak angkat dia ni.
Ada cerita ropenye.
En wolverine memang gini.
Kalau dia yang perli2 bab kulit hitam aku.
Takpe.
Iyelah dia selalu perli time kitorang berdua laki bini ja.
Kira time berguro gitu.
Tapi kalau orang lain.
Dia memang bengang.
Beselah laki mestilah ala-ala backing bini kan.
Hiihihihihi....

Orang-orang yang memandang luaran.
Terutama cam hina orang kulit hitam ni.
Hmmm.....
Nak aku cakap mentaliti kelas bawahan.
Kang sentap.
Tapi memang iye pun.
Otak tu tak berkembang kot.
Hehehhehe.....

Bagi aku pulak.
Semua perempuan ni cantik.
Kan ke dah nama pun manusia ni ciptaan ALLAH yang terindah.
Cuma yang beza tahap cantik tu.
Cantik tu yang berbeza-beza.
Ada orang cantik tang mata.
Cantik tang mulut.
Cantik tang senyum.
Cantik tang gigi.
Cantik anggun.
Cantik cute.
Cantik jelita.
Cantik ala kadar.
Eh macam2 jenis cantiklah.
Cantik dalaman, hati bagai tu lain kiralah kan.

Nasihat paling aku ingat sampai sekarang.
Dari maksu aku.
Kata maksu
"Kita perempuan ni, kalau cantik hati kita,
InsyaALLAH orang tengok muka kita pun cantik"

Dapat laki pandang aku ni cantik di mata dia pun.
Dah syukur Alhamdulillah.
Heheheheehe....

Dan harap aku dapatlah kecantikan hati yang hakiki.
Dan memang benarlah.
Cantik itu tidak mengira warna kulit.

Hik....

Saturday, September 17, 2011

"Weh, ko mengandung lagi ke?"

Salam....

Hari tu.
Aku pi kedai.
Sekali time nak masuk kete.
Ada sorang kawan aku, kira jarak sepelaung dari aku.
Sekali dia melaung.
"Weh ko mengandung lagi ke"
OMG.....OMG.....
Aku kan dah macam malu2 alah.
YOlah orang lain pun dengo kan.
Tapi dalam dok malu tu.
BOleh lak aku terspontan reply.
"Nampak gemuk ke"
Dia angguk ok tanda mengiyakan.
OMG....OMG lagi sakit ati.
Aku "Taklah.Nak rehat lama sikit"
Sambil cecepat masuk kete.

Time tu aku pakai baju kurung.
Baju kurung longgar.
Tapi ada sedikit angin bertiup.
So nampak kebuncitan kot.
Aiyoh....

Perempuan kan.
Baru orang tego gemuk sikit.
Dah gelabah. Gabra.
Balik rumah.
Terus tengok perut pinggang.
Adoih memang macam ngandung 4 bulan pun.
Dahlah leaps puasa ni nafsu makan.
Naik bertingkat2.
Huhuhuhuhu....

Aku ni sebetulnya memang kurus.
Kecik.
Tapi memang sedikit boncet.
Eh macam bukan sedikit tapi banyak je.
Ikut BMI aku pun.
Memang underweight.
Berat aku.
Dari zaman sekolah menengah sampai sekarang range sama je.
Tu yang serba salah tu.
Kang makan banyak , tang perut je naiknya.
Mau kontrol makan, kang kurus melidi.
Echeh alasan.

Aiyoh.
Mau senaman.
Pemalas.
Huhuhuhu......

Tapi, bila fikir balik.
Manalah perempuan-perempuan ni tak gabra.
Asal naik badan je orang pi tegor "GEMUK"
Walhal bukan gemuk pun.
Aku rasa istilah yang betul "BERISI"
Arr sedap sikit telinga mendengarkan.

Lain kali jangan cakap gemuk eh.
Cakap berisi....
Eh cakap BERISI kang depa ingat BERISI tang lain lak.
HIhihihihi....

Hik....

Wednesday, September 14, 2011

Tahniah Miss Universe....Miss Angola

Salam....

Semalam berlangsung Miss Universe.
Aku ikut gitu-gitu je.
Taklah tengok live.
Tapi mengikuti jugaklah.
Suka tengok perempuan lawa2.
Heheheheh....

So keputusannya.
Miss Universe >>> Miss Angola.


Senyuman seorang ratu.


Ada yang kata Miss Angola ni tak lawa.
Mungkin tak lawa di pandangan mata depa kot.
Almaklumlah hitam.
Asal hitam je tak lawa.
Putih melepak baru lawa.
Ku tengok cantik je.
Oooo mungkin sebab sama kulit dengan aku kot.
Hahahahaha.....

Pertandingan ratu ni memanglah cari yang lawa.
Tapi bukanlah lawa luaran semata.
Adalah depa tengok faktor yang lain.
Sebab kalau tengok sessi Q&A,
memang meletuplah kan jawapan Si Leila Lopes ni.
Tak taulah dia hipokrit ka apa.

Even ada soksek soksek sebab Donald Trump punya kan.
So konon ada konspirasi bisnes bagailah.
Nak buat cemane dia bisnes punye orang loo.

To our wakil.
Si cantik yang gorgeous lagi anggun menawan.
Deborah Henry.
Takde rezeki ko menang.
Tapi memang rasa ralat yang amat.
Top 16 pun tak lepas.
Huhuhuhuhu....



Cantiknya kau. Memang aura ratu.

Hik....

Saturday, September 10, 2011

Anak-anakku

Salam....

Anak-anak aku.
Si IR dah 2 tahun 7 bulan.
Si Zikri dah 7 bulan gitu.

Yang terkini.
Yang abang dah berenti minum botol.
Which is aku suka.
Tapi yang tak bagusnya dia takmo langsung minum susu.
Even dalam cawan.
Setakat ni yang aku buat.
Bagikan dia susu kotak.
Minum milo.
Risaulah jugak kan
Selera makan dia taklah banyak mana.
Kang susu kurang, makan kurang.
Bertambah susut.

Si adik pulak.
Baru angkat2 bontot macamkan nak merangkak.
Ada reti panjat2 sikit-sikit dah.
Makan suka.
pantang nampak orang mengunyah.
Dia pun nak sama.
Susu minum kadang rasa macam kurang je.
Waktu keje aku tinggal 12 Oz je susu.
Kalau direk bf lak.
kadang kejap je dah dia lepas.
Time let down pulak tu dia p lepas.
Geram je.
Gigi dah tumbuh sebatang.
HEhehehehehe.....


Pagi kelmarin.
Elok punye tido memasing.




I lap u, anak-anak.

Hik....

Thursday, September 8, 2011

Syawal 2011

Salam....

Masih lagi mood Syawal 2011.
Nak kongsi antara gambar kenangan Syawal kami sefamili.
Tak taruk kat blog tak sah namanya.




Syawal pertama.
Rumah mak mertua.
Biru tema.
Baju kurung dotdot tu ku beli online dari lovelycotton.
Beso sikit saiznya.
Buat ku nampak gedoboh.












Syawal 2.
Susah nak bergambo dengan anak kecik ni.
Sudahnya mak ayah je yang lebih posing senyum.


















Hah bila berdua je.
Baru senang nak posing mosing.
Terasa macam posing pengantin gitu.
Cewah....


















Famili kecil kami.
Aku & En wolverine ber4 beranak.
Opah.
Paksu Maksu ber3 beranak.
Tahun ni kakyong balik rumah mertua.
Maklumlah kawen orang jauh.
Aku kawen orang dekat.
Tiap raya memang ada je le muka kami sefamili.






Famili.
Semuanya cun2 & hensem2 belaka.

Hik....

Selamat Hari Raya Uols...

Sunday, August 28, 2011


Salam....

Tup tap.... Tup tap....
Dah nak habis Ramadhan.
Rasa sedih.
Sebab macam rasa tak kaut semua kelebihan pada bulan ni.
Huhuhhuhu....
Harap ada lagi kesempatan tahun hadapan.
Dan moga pada waktu tu takde lagi ku leka-leka.

Syawal dah nak hampir.
Rasa gembira.
Persiapan ala kadar.
Ikut bajet mana yang mampu je.
Lebih ke anak-anaklah.

Kepada siapa yang sudi membaca.
Ku ucapkan Salam Aidilfitri.
Moga kalian semua bergumbira di hari raya ini.

Cool Di Hari Raya.
Ok.

Hik....

Wednesday, August 24, 2011

Aku Nampak 1Malaysia


Salam.

Beberapa hari yang lalu aku temankan opah ke hospital.
Hospital Manjung.
Hospital gomen.
Pagi pukul 8am.

Di kaunter pendaftaran.
Aku nampak Pak Hj Mat sedang borak dengan kawannya Pak Cik Mail.
Uncle Ah Fatt sambil pegang tongkat.
Auntie Kalai.
Makcik Mariah bawak anak-anak.
Abang Zaidi.
Nyonya asoh dan anaknya amoi.
Govindan.
Beberapa budak sekolah teknik.
Dan jumlah 3 kaum utama ni.
Boleh kata sama saja jumlahnya pagi tu.

Dalam hati aku.
"Ini baru nampak 1Malaysia"

Hik....

Wednesday, August 17, 2011

Janganlah Terlalu Yakin Menyuarakan Sesuatu Yang Tak Pasti....


Salam....

Keyakinan tu memang perlu.
Malah sifat positif.
Yakin Boleh gitu.
Tapi ada masanya.
Janganlah konpiden beria.
Ni aku merujuk pada situasi yang kita tak pasti kebenarannya.
Misalannya kita dengar cakap-cakap orang.
Atau yang kita baca di laman blog.
Laman gosip.
Tak semestinya yang tertulis tu sahih.

Aku beri 1 contoh.
Kita menerima 1 artikel melalui emel.
Menyatakan :
Minuman X tak boleh diminum.
Kerana terkandung cacing.
Lalu kita atas dasar konon nak cepat menyampaikan info.
Terus bikin status di fb
" Hei, jenama X tak boleh diminum, ada cacing di dalamnya"

Aduh, nampak gelojoh kan.
Sepatutnya kalau nak selamat tulislah.
" Hei, jenama X tak boleh diminum, ada cacing?"

Hah nampak kan ada tanda soal gitu.
So nampaklah kita bertanya.
Sebab mende tu tak terbukti lagi.
Jatuh fitnah kang.
Tak pepasal kita kena saman pulak.
Sekarang dahlah zaman saman menyaman.

Gosip-gosip pun gitu.
Janganlah kita konpiden 100 peratus semua gosip yang kita baca.
Mungkin ada gosip yang betul.
Tapi janganlah sekali baca kita dah jatuh hukum betul.
Nama pun gosip.
Media sekarangpun.
Bukan boleh percaya sangat.
Berita utama pun sama.
Manipulasi je lebih.
Kadang meluat aku tengok.

Bagi aku.
Tahap penerimaan kita pada sesuatu khabar.
Berita.
Tu pun melambangkan tahap kecerdikan kita.
Takkanlah kita nak melulu percaya kan.

Aku tulis ni ingatan untuk aku juga.
Maknanya bila menerima apa-apa perkhabaran.
Konpomkan dulu kesahihannya.
Kalau yang buruk.
Minta kita dijauhkan.
Kalau yang baik, baik- baik saja mintanya.

OK.

Hik....



Monday, August 15, 2011

Badak Berendam....


Salam....

Ye badak memang suka berendam.
Tapi tak tau apa sinonim kuih ni diberi nama
Badak berendam.
Nak kata rope badak.
Tak juga.
HEhehehehe....

Semalam buat badak berendam.
Selalu aku gugel.
Mesti jumpa pesen bulat-bulat je.
Tapi turun temurun famili aku.
Pesen lain sikit badaknya.


Hah camgini ye versi famili aku punya badak berendam.
Ala-ala ternganga mulut badak kot.


Curah santan.
Barulah namanya badak berendam.

Gambar dah siap tak pulak aku snap.
Hehehheehe....

Oh resipi memang mudah dan ringkas.

Tepung pulut.
Pati pandan.
Sedikit air.
Gula.
Santan.
Tepung gandum (bancuh dengan santan)

Dah masak buh peti es.
Makan sesejuk.
Sedap.....

Hik....

Friday, August 5, 2011

Edisi Istimewa Drypers.

Salam....

Sesiapa ada beli Drypers yang edisi istimewa tu?
Memang dah lama ke?
Atau aku yang baru tahu?
Eh! Menarik juga kan.
Comel rasanya bila dipunggung anak.
Heheheheehe....



Ada 4 rekabentuk semuanya.
Setiap pek ada 2 rekabentuk yang berbeza.



Ini yang aku beli.
Ini belakang.



Hadapannya.


Aku memang beli Dyrpers je untuk anak-anak.
Malas nak mencuba jenama yang lain.
Aku ni kalau dah serasi sesuatu jenama.
Memang susah nak cuba jenama lain.

Tapi hari tu.
Ada 1 hari aku beli HUGGIES time promosi.
HUGGIES merah.
Memang oklah.
Tak lama lepas tu aku pun cubalah HUGGIES biru.
Oh memang cepat nau bocornya.
Zikri berak, hah bocor je tau.
Pulak tu dia lain-lain saiz sama je kalernye.
Susah ok.
Time tergopoh kadang tertuko hat abang terambil hat adik.
Huhuhuhuhu.
Drypers ni mudah.
Lain saiz lain kalernya.
Untuk edisi istimewa ni.
Ada saiz tertera bahagian hadapan lampin.

Kualiti Drypers.
Oklah untuk harganya.
Mana boleh nak lawan MAMI POKAI.

Hik....

Tuesday, August 2, 2011

6 Bulan Berjaya Eklusif Menyusukan Zikri.....

Salam....

Hari ni genap Irfan Zikri 6 bulan.
Syukur.
Kali ni aku diberi rezeki lengkap menyusukan Zikri.
Sepenuhnya dengan susu badanku.
Sepenuhnya selama 6 bulan.
Sebagai ibu yang tidak menyusukan sepenuhnya anak pada kali pertama.
Sebagai ibu yang berkerjaya.
Aku akui betapa rasa sangat gembira.
Sedikit bangga.
Terima kasih Ya ALLAH.
Sesungguhnya KAUlah yang memberi rezeki dan peluang ni.

Sepanjang tempoh ni.
Cabaran tu memang ada.
Hari kedua selepas melahirkan Zikri.
Keluar je hospital.
Cabaran dah datang.
Yang mana aku sendiri tak pandai skill bf.
Tak reti aku nak pangku Zikri.
Di samping susu yang memang belum ada lagi.
Nasib baik aku dah ambil no telefon ahli sokongan susu ibu Hospital Manjung.
Dan kebetulan memang ada sorang tinggal berhampiran area rumah.
Ingat lagi waktu tu malam CNY.
Pukul 10 malam sanggup dia datang ke rumah.
Ajar macamana nak bfkan baby.
Terima kasih Kak Razita.
Sampai nak pukul 12 malam jugaklah dia mengajar dan beri penerangan.

Maka, dapatlah aku nikmat menyusukan anak.
Sehingga sampai waktu masuk kerja semula.
Dapatlah aku buat stok dalam 40 bekas susu.
Bermulalah rutin mengepam susu di tempat kerja.
1 pengalaman baru bagi aku.
Cuma aku ni kategori memang tak meriah susunya.
Sekali pam paling banyak boleh dapat adalah 6-7 Oz.
Tu pun sekali je lah waktu pagi.
Seterusnya memang dapat cukup untuk sekali minum Zikri je.
Tapi tak apa susu masih mencukupi.
Betullah kan Suppy vz Demand.

Cabaran sekali lagi datang bila peti ais tetiba buat hal.
Tiba-tiba bahagian frozen tak mau membeku.
Dalam 6 bekas susu mencair.
Risau. panik
Tapi nasib baiklah dapat diatasi.
Caranya ialah belilah peti ais baru.
Lagipun benda memang nak guna pun kan.
Heheheheheh....

Dalam umur Zikri 3 bulan.
Sekali lagi cabaran mendatang.
Pam spectraku buat hal.
Tetiba pam tak mau keluar susunya.
yang ni pun ku panik.
Nak tak nak pam dihantar servis.
Dan aku tak ada backup pam.
Memang panik.
Perah guna tangan memang tak reti.
Maka gunalah stok susu yang ada.
Bersusutlah stok selama beberapa hari.
Tapi kawan, gunit Pink sudi pinjamkan Pam Avent manualnya.
Sanggup kurier lagi tu.
Sementara tunggu Spectra siap.
dapatlah aku guna Avent manual ni.
Seminggu jugalah proses Spectra siap campur urusan kurier.

Bila pam dah siap.
Lega rasanya hati.
Nak top up balik stok yang dah bersusut tu.
Tapi malang sekali lagi.
Baru seminggu guna
Entah mana silapnya.
Entah mana cuainya aku.
Pagi pam sekali susu termasuk dalam tiub terus ke mesin pam.
Apa orang panggil 'backflow'
Ya ALLAH memang bebetul paniklah aku.
Mana taknya baru seminggu guna.
Dengan stok susu yang ciput.
Dengan tak ada backup pam.
Nak pinjam Avent pinku, dah malu.
Pam memang kenalah kurier semula untuk diservis kan.
Dah nyaris-nyaris aku nak putus asa.
Dah berkira-kira nak beli FM ke Zikri.
Untuk topup supply yang kurang.
Tapi cuba bertahan.
Apa yang aku buat ialah mahirkan diri dengan marmet teknik.
ALhamdulillah dapat aku.
Jadi sepanjang tempoh seminggu menunggu pam selesai siap.
Berteknik marmertlah aku.
Dan aku rasa teknik marmet ni skill yang ibu-ibu bf ni patut tahu.
Emergency boleh praktik tu.
Hehehehehe....

Hmm apa lagi eh cabaran.
Cabaran dari luar.
Macam pandangan orang yang tak yakin ku mampu bf.
Yang tak yakin susu tu akan cukup.
Itu biasalah.
Mujur kali ni berjaya mengeringkan hati.

Setelah berjaya untuk tempoh crucial 6 bulan ni.
Aku harap masih diberi peluang untuk meneruskan.
Selagi yang terdaya.

Amin.....

Monday, July 18, 2011

Zikri BerCloth Diaper - Sunny Baby CD Jeans

Salam....

Hari tu ada kenalan jual CD.
Aku pun belilah.
1 tu memang menariklah.
Design jeans.
Memang dia jual pun yang nilah paling laku.
Aku tau CD memang jimat.
Cuma untuk aku berfully CD.
Memang belum lagilah.
Waktu aku cuti baru aku pakaikan.

Layan gambar Zikri ber CD.


Butang boleh diselaraskan ikut size.




Alolo...hisap jari. Tepi kemas je.
Konfem tak bocor even melasak cemane pun.





From the back view. Amacam ok tak?




E'eh tanjat boboi....

Sekian.

Hik....

Saturday, July 16, 2011

Nak Cantik, Nak Melawa, Nak Berfesyen....Tapi....

Salam....

Perempuan.
Perempuan mana yang tak suka melawa, berfesyen.
Nak kelihatan cantik.
Pada mata yang memandang.
Even aku sendiri.
Walau dah umur macam ni.
Masih punya perasaan nak cantik2.
Walau hakikatnya taklah cantik mana pun.
Hehehhehe....

Tapi dalam dok nak melawa tu.
Kadang dilema lah jugak.
Tahap melawa kita tu.
Fesyen kita tu.
Ok ke?
Boleh ke?
Kena ke gayanya?
Sesuai ke dengan umur?
Macam aku sendiri.
Kadang aku terfikir gak.
Gaya aku ni.
Kena ke dengan aku?
Dengan title aku as a mak kepada 2 orang anak?
Huh.
Aku nak bergaya. Nak melawa. Nak berfesyen.
Tapi at the same time.
Nak jaga aurat.

Ada yang kata.
Menutup aurat tu adalah salah satu cara untuk kita tak menonjol.
Tak menarik pandangan orang.
Tapi.
Kalau kita pakai tudung style hana tajima.
Berfesyen style fashionita2.
Fesyen fancy2.
Tak ke tu menarik pandangan orang?
Ada lak kawan aku kata.
Kita ni ikut persekitaran kita juga.
Macam kita kat Malaysia ni.
Majoriti kita memang pakai baju warna warni.
Dan kalau dah majoriti pakai tudung hana tajima.
Maknanya takdenye dah nak menonjol dah kita.
Kalau dah semua rope itu.
Orang dah tak heran dah nak ushar.
EH iye ke?
Dan aku rasa ada betulnya gak statement tu.
Sebab kalau kat sini kalau tetiba ada sorang perempuan berpurdah.
Tutup mulut, hidung bagai.
Aku rasa orang laki lagi nak ushar yg sorang ni.
Dari nak ushar yang depa biasa2 dah tengok.
Hmmm....agaknyelah.
Eh tapi at least perempuan tu dah berjaya menjaga diri dia kan.
Which is dosa menutup aurat tu tak adalah.
HUhuhuhuu....

Sekarangpun.
Aku tengok wah ustazah-ustazah pun.
Fesyen, gaya, mekap.
Lipstik merah menyala.
Kemain gitu.
Taklah semua.
Tapi adalah yang beberapa kerat yang keluar TV camtu.
Sekali tengok tak rope ustazah.
Rope duta kosmetik pun ada.
Ke sebab depa orang beriman.
Seri tu terpamer di wajah.
So kita nampak cantik je.
Bak kata orang.
Kalau dah cantik tu.
Buatlah cemane gaya pun.
Orang tengok memang cantik je le.
Sejuk je mata memandang.
Gitu ke?

Untuk aku pulak.
Aku bertudung dari aku mula 1st period.
Alhamdulillah kekal hingga sekarang.
Nak kata sempurna menutup aurat tu.
Tak berani aku nak ngaku.
Sampai sekarang pun.
Masih tak sempurna.
Sebab aku masih berkeinginan nak bergaya + berfesyen.
Moga-moga ALLAH akan bagi pencerahan di hatiku dalam bab ni.
Amin.....

Nak berfesyen.
Nak melawa.
Nak redha suami.
Paling penting redha dari Yang Maha Esa.


Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:

"DUNIA INI ADALAH PERHIASAN/KESENANGAN.
DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN/KESENANGAN ADALAH WANITA SOLEHAH"
(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Adakah aku tergolong dalam sebaik-baik perhiasan tu?
Arghhhh.....
Ampuni daku Ya ALLAH.

Friday, July 8, 2011

Dah serupa Tepung Gomak Daaa....

Salam....

Malam tadi.
Tak sedar Ir main bedak.
Elok pulak tu disapunye ke muka.
Bajet hensem ke apa?
Bila kena marah.
Mengamuk.
Terus lembik badan baring.


Ya ALLAH anak sulung aku ni.

Ir memang suka main bedak.
Selalu dia pi tabur-tabur atas katil.
Kali ni lak elok je kat muka.
Serupa Pak Aziz Sattar dalam
Seniman Bujang Lapuk daaa.....

Hik....

Monday, July 4, 2011

Kotor, Basuh, Lap, Bersih dan Kotor Semula....

Salam....

Baju-baju kotor.
Basuh, bilas, jemur, kering.
Pakai.
Kotor semula.
Basuh balik.
Pakai semula.
Berulang-ulang rutin yang sama.

Meja makan.
Lap. Bersih.
Waktu makan.
Bersepah-sepah semula.
Tambah anak kecil makan.
Sepahnya bertambah.
Kotor semula.
Pinggan mangkuk pun sama.

Sapu sampah.
Siang ni sapu.
Tak sempat malam.
Sampah-sampah, debu berkumpul balik.

Habuk-habuk di perabot.
Sekejapan ko lap.
Tak lama, berhabuk semula.
Lap lagi.

Kesimpulannya.
Korang nak BERSIH selalu?
Memang takkan lah.

Hik....

Thursday, June 30, 2011

Gemuk Tanda Bahagia. Kurus tandanya???

Salam....

Bila kita dah kahwin ni.
Terutama bagi si isteri-isteri.
Perubahan fizikal.
Memang yang utama orang perati.
Nak-nak lepas kita beranak.
Bergantunglah kepada perubahan fizikal kita tu.

Tapi bagi aku.
Sebenarnya lagi untung kalau kita berisi.
Sebab at least kita bole jawab
"Aku bahagia, laki aku bagi makan cukup"

Kalau makin kurus.
Paling koman pun ,boleh jawab
"Letih jaga anak"
Takkan nak jawab
"Sengsara hidup, makan hati. Laki tak bagi makan cukup"
Hehehehhehe....

Jadi kesimpulannya.
Lepas kahwin gemuk lagi untung.
Sebab itu secara tersuratnya orang tau.
Rumahtangga kita bahagia.

Hmmm....
Tapi tak bermakna orang kurus tu rumahtangga depa tak bahagia.

Hik....

Tuesday, June 28, 2011

Seruan Azan di Astro Oasis.

Salam....

Aku suka layan azan di Astro Oasis.
Dulu siaran azan dia
Gambarkan kehidupan insan.
Dari dilahirkan disambut dengan azan/iqamat.
Zaman kanak-kanak.
Remaja, sehingga dewasa dan berkeluarga.
Punya anak sendiri.
Sampailah ke akhir usia.
Disolatkan pula.
Kira kalau tengok siaran azan ni.
InsyaALLAH boleh buat kita sedarlah.
Walau cuma seketika.
Yang bagusnya berterusanlah.

Terkini siaran azan di Astro Oasis.
Setakat ni yang aku pernah tengok 2 orang artis.
Mawi dan Amy Search.
Tapi yang menarik bagi aku.
Ialah cerita latar azan tu.
Suasana digambarkan waktu maghrib
(waktu ni je le aku berkesempatan tengok)
Ada yang menungu bas di bus stop.
Remaja sedang bermain bola.
Kanak-kanak di taman permainan.
Bagusnya bila waktu solat tiba.
Depa semua berhenti.
Indahnya kalau kita semua umat Islam macam tu.
Bersegera menunaikan solat.
Hormat seruan azan.
Indahnya....
Dan kalau kita sendiri hormat pada seruan azan.
Pasti umat lain pun akan hormat.


*** Pesanan untuk diri sendiri juga ***

Monday, June 27, 2011

Karnival Di Marina Island - Bertemu Upin & Ipin

Salam....

Sepanjang minggu lepas berlangsung karnival di Marina Island, Lumut.
Marina Island ni memang tempat cantiklah untuk lepak-lepak.
Tepi laut kan.
Dari sini kalau nak ke Pulau Pangkor naik bot.
Dalam 10-15 minit je pun.

Ada pertandingan kenderaan antik.
Vespa. Van. Volkswagen (eh tak reti nak eja)

Banyaklah booth2 yang ada.
Dan yang paling penting ada booth Upin & Ipin.
Walaupun yang dijual cuma air minuman & kurma.
Tak apa lagi bagus.
Kang banyak barang dijual lagi banyak nak dibeli.
Hehehehehe....

Ir memang minat Upin & Ipin.
Jadi mendengarkan saja ada maskot Upin & Ipin.
Aku sebagai ibu yang ingin membahagiakan anaknya.
Tidak mahu lepaskan peluang gitu.

Maka. semalam kami ke karnival.
Mula pergi pukul 11.30 am.
Upin & Ipin tak ada lagi.
Pukul 3pm baru ada.
Malas nak tunggu, balik dulu.
Rumah dekat so no hal lah.
Tunggu pun malaslah.
Panas.
Tepi laut.
Even cuaca redup.
Tapi terasa bahang.



Memula sampai. 3 beranak.





IR bergambar dengan salah satu kereta antik yang ada.
Gaya macam kereta tentera je.






Pagi, maskot Upin & Ipin tak ada lagi.
Back drop je.
Bergambar juga tu.
Zikri tido time ni.




Nilah kurma dan air Upin & Ipin.
2 ni = RM5



Dalam pukul 2.30pm kami pergi semula.
Upin & Ipin masih tak ada.
Tunggu MB Dato Seri Dr Zambry rasmikan karnival baru depa ada.
Huh.

Tunggu punya tunggu dalam pukul 4 baru Upin & Ipin ada.
Mujur 2 anak aku tak meragam.
Nak bergambar dengan Upin & Ipin.
Kena beli air 5 botol = RM10
Dapat 1 kupon baru bole bergambar.
Tak apalah demi anak.
Lagipun dapat air pun kan.
Tapi time nak bergambar tu
Ya ALLAH.
Orang bertolak-tolak.
Aku tak tahu kenapa.
Nilah kan anak-anak punya pasal.
Mak Ayah sanggupkan.
Tapi aku konpius gak.
Anak-anak yamg lebih ke mak ayah yg lebih.
Hahahahahaha.....
Malu pun ada mengingatkan insiden bertolak-tolak semalam.
Sampai selipar Ir tercicir le sebelah.
Sorry le kepada bapa yang depan aku semalam.
Aku terpaksa tolak sebab nak bagi Zikri & Ir selesa.
IR dah macam mandi peluh.
Aku riso dia pitam je.
Im so sorry.....
Heheheheheee....
Terima Kasih juga pada beberapa orang mak ayah
Yang prihatin sebab aku ada bawa baby.
Siap ada yang jerit-jerit suruh lepaskan kitorang dulu.
Sebab aku ada kendong baby.

Ir tengok je Upin & Ipin.
Dia punya senyum.
Berbunga hatiku tengok.
Tapi bila si Upin nak dokong dia.
Dia macam ala2 takmo.
Terkejut kot.
Dalam TV Upin & Ipin kecik je.
Yang ni bapak giant.
Hahahahahaha....




Sementara tunggu Upin & Ipin.
Lepak dulu kat tepi pentas utama.
Tengok MB nak rasmi & beri hadiah pada pemenang pertandingan.
Baik je Zikri.
Uk...ek kejap je sebab nak susu.
Bila dah di BF elok je.




Si abang.




Yang Berhormat MB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir.






Bergambar bersama vespa2 antik.






Alahai Upin & Ipin.
Kalau tak kerana anak.
Memang takde le aku nak berebut beratur berhimpit.
Tapi oklah.
Even dapat sekeping je.
Masing-masing dapat sekejap je.
Ir pun tak ready.
Tengok selipar sebelah tak ada.
Dah tercicir.





Dapat je bergambar.
Lepak tepi pantai pula.
Bagi tenang sikit jiwa.
Pastu cau cin cau....

Tapi aku puas.
Puas sebab dapat happykan Ir
Hik....

Sunday, June 26, 2011

Salam....

Yuhuuuu....
Zikri dah meniarap.
Dah 3 minggu gitu.
Sekarang pantang lepa.
Letak je terus nak pusing.
Hahahahahah....
Comel.



Cepatlah anak merangkak.
Berjalan.
Boleh cepat main sama abangmu.

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails