Iklan

Tuesday, December 21, 2010

Dah 3 Tahun Usia Perkahwinan

Salam....

Hari ni dah 3 tahun aku dan en wolverine kahwin.
Pejam celik pejam celik.(cewah ayat klise)
Sekejap je 3 tahun jadi suami isteri.
Perasaan rasa gembira, syukur, terharu.
Harapan semoga dikekalkanlah kasih sayang antara kami.
Diberkati rumahtangga.
Amin....

3 tahun bergelar isteri.
Hampir 2 tahun bergelar ibu.
Nak komen banyak pun.
Rasanya macam masih muda usia gelaran.
Banding dengan orang yang dah puluh tahun kahwin.
Cuma apa yang aku dapat simpulkan.
(ni dari pengalaman aku yang ciput ni je le)
Perkahwinan itu 1 perkongsian.
Bukan sekadar kongsi bantal, katil, selimut, bilik air, bla..bla..bla..
Tapi juga kongsi pendapatan, duit(hehehhe)
Kongsi perasaan, masalah, keluarga....
Gaduh-gaduh manja.
Dah gaduh pastu manja-manja.
Sebab ada tolak ansur.
Memanglah sorang kena mengalah.
Kalau memasing ego.
Alahmak terbang le pinggan mangkuk bagai.

Sebagai seorang yang realistik.
Aku tau setiap rumahtangga itu.
Ada dugaan tersendiri.
Apa pun dugaan yang kami bakal hadapi.
Biarlah aku & en wolverine dapat hadapi dengan baik.
Amin....

Meh layan nostalgia gambar kami kahwin.



Lor scary pulak latar belakang ni.
Tapi kuasa cinta yang membara mengatasi rasa takut.
Ewah....




Kenduri belah en wolverine.
Awat pengantin memasing muka serius ni?




Cheh..cheh...cheh.
Senduk nasi untuk suami nampaknya.
Tapi tengok kamera.
Nampak sangat untuk posing semata.
Hahahahahaaa....




Muka kegembiraan sebab dapat peluk laki sendiri.
Macamkan aku sorang je ada laki.
Muhahahahahahaha....




Kami 3 beranak.
Tahun depan InsyaALLAH ber 4 beranak pulak.
Rezeki....

Hik....

Friday, December 10, 2010

Nostalgia Pesta Laut Lumut.

Salam....

Kali ni aku nak bercerita pasal Pesta Laut Lumut.
Kalian pernah pergi?
Pernah dengar?
Pesta ni dulu selalu diadakan sekitar bulan Ogos. atau musim cuti sekolah.
Bermula pada tahun 1980an di Teluk Batik.
Untuk makluman kalian rumah opah betul2 di simpang Teluk Batik.
Setiap kali musim pesta.
Wolaweih.
Meriah Ok.
Pengunjung bukan sekadar dari Perak.
Tapi juga dari luar negeri Perak.
Termasuk pelancong asing.

Sumber rezeki jangan cakap le.
Meniaga time musim pesta.
Memang rezeki lebih gitu.
Aku pun join.
Sabtu & Ahad je.
Terkedek2 le aku,kakyong & sepupu.
Tunggu bas tepi jalan nak ke Teluk Batik.
Tolong opah kat Restoran dia kerja.
Kalau bas lambat.
Kami jalan kaki je.
Dapatlah upah RM5 sehari.

Yang best pasal pesta ni.
Persembahan konsert dari artis-artis.
Antara nama besar yang pernah buat persembahan
Search, Wings, Ella
Ramlah Ram, Wann, Amy Mastura
Grup2 dangdut - Amelina, Sheeda, Haiza, Asyraff,
Slam, XPDC, Saleem Iklim
Eeeee banyak ler
tak teringat aku.
KRU pun ada weih
aku ingat lagi
Time tu KRU baru je nak menapak dalam industri seni.
KRU pun mengaku Pesta Laut Lumutlah persembahan terbuka pertama derang.
Tapi time tu mana nak kenal KRU
Aku time tengok tu.
Siapa ni KRU?
Muzik derang pun time tu tak mesra pendengar lagi gitu.
Datuk Siti Nurhaliza(DCT) takde.
Lagipun time zaman DCT.
Rasanya Pesta Laut Lumut pun dah mengalami kejatuhan gitu.
Ataupun DCT time tu kan diframekan sebagai artis lindungan gitu.
Kiranya nak jaga standard kot tak mahu perform di pesta2.

Yang aku ingat.
Antara faktor kemerosotan Pesta Laut Lumut.
Bilakala penganjur mula jual tiket lain untuk persembahan artis.
Bila artis top depa pi jual tiket masuk mahal.
Jadi ada la pengunjung yang tak puas hati gitu.
Yelah bukan semua pengunjung datang tengok konsert
Gitulah.
Siap masuk paper lagi pasal isu ni.

Hmm lagi yang best.
Tikam-tikam.
Permainan tikam-tikam tu.
Banyak jenis permainan.
Antaranya tembak botol ke.
Tin ke.
Bolehlah berangan macam wakil negara acara menembak di Olimpik gitu.
Dapat sasaran dapatlah hadiah.
Aku tak main pun.
Tak reti pun aku.
Tapi seronok tengok orang main.
Bila ada yang menang hadiah besar.
Siren bunyi.
Kami yang kanak-kanak ni.
Berlari le ke bunyi siren.
Sebab nak tengok hadiah besar orang tu dapat.

Permainan pula.
Standardlah permainan pesta aka funfair.
Buaian pusing.
Keretapi.
Kuda pusing.
Roket.
Rumah hantu.
Dll....

Aku dengar Pesta Laut Lumut nak diadakan semula.
Baguslah.
Boleh bantu industri perlancongan negeri Perak.
Tapi perlulah penambahbaikan.
Bukan saja dari segi infrastruktur, kesesuaian dengan situasi semasa.
Tapi juga dari sudut moral dan masalah sosial.
Harap pihak terbabit pandailah merancang dengan baik.

Akhir kata aku bangga tinggal di Lumut.
Hik....

Tuesday, December 7, 2010

Salam Tahun 1432 Hijrah

Salam....

Tup tap.....tup tap....
Dah masuk tahun baru Hijrah.
Serius aku rasa macam baru je baca doa awal tahun 1431H.
Cepat benar masa berlalu.

Kalau nak bercerita tentang pencapaian.
Hmm...memanglah aku no idea.
Lagipun aku memang tak pernah letakkan sebarang tanda aras pencapaian.
Sekadar menikmati kurniaan, limpahan nikmat yang diberi.
Dan menghadapi segala dugaan yang mendatang.
So boring kan cara aku.
Tapi.
Inilah aku....
Hehehehehe....

Apapun aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Harapan semoga tahun 1432H ni memberi lebih kebahagiaan.
Dan keberkatan.

Hik....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails