Iklan

Saturday, September 20, 2008

Date Couple

Salam.....
Baca entry tAnyA pasal tarikh dia couple dengan hubbynya. Menarik tuh. Ramai jugak gang yang memang ingat tarikh derang couple. Yang hebat tu bukan setakat tarikh, malah waktu declared pun ingat. Aku memang tak ingat lah tarikh aku couple. Kalau diikutkan aku ni detail jugak pasal tarikh2 ni. Tapi tarikh couple memang tak ingat.

Yang aku ingat situasi macamana aku dan hubby ada ala2 macam nak declared couple.
Ada 2 3 situasi rasanya. Yang ini antara yang dalam ingatan.

Situasi 1 (Tahun 1997)
Waktu tu ujian lisan Bahasa Malaysia. Time SPM. Aku dgn hubby masa tu tengah tunggu giliran untuk ujian lisan tu. Biasa ar dah nama dia pangkal Y lepas tu memang nama aku ar pangkal Z. Dalam tunggu giliran tu hubby ada cam cakap nak couple dengan aku. Tapi yelah time tu mana nak ambil serius. Heheheheheheh. Bila ingat balik situasi ni. Hubby selalu cakap aku jual mahal. Dia bila aku tak bagi respon masa tu. Dia pun malas nak tanya2 lagi. Ekekekekekek. Kekdahnya dia pun boring. Sghhhhhh.

Situasi 2 (Tahun 2002)
Waktu tu aku keje kt KL. Kebetulan hubby pun keje area KL. Tapi serius kami tak penah berjumpa. Telefon dan sms je. Ada sekali hubby sms tanya kalau aku dengan dia sepadan tak (maksud dia kalau kitorg couple ar). Macam tak caya ke hubby nak bercouple dengan aku. Memang tak tau aku jawab apa. Tapi rasanya aku reply kawan je ar. Hehehehehhehehe.

Situasi 3 (Tahun 2004)
Hmm...waktu ni aku dah balik lumut. Dan kebetulan juga rupanya hubbyku waktu ni juga dah balik keje lumut. Kitorang terserempak dekat kedai makan. Sebelum ni kitorang dah terlost contact. Sebab aku dah tukar nombor telefon dan sama jugak dengan dia. Macam biasa bertukar nombor telefon. Tak lama lepas ber sms...telefon. Borak macam biasa. Sehingga terima satu sms dari dia "Z***** Binti M** Y**** sudikah anda menjadi teman hidup saya". Wah nama penuh gitu kan. Tapi masa ni aku cam tak percaya lagi. Ye ar by sms kan mana nak percaya sangat. Ekekekekekekke

Situasi 4 (Tahun 2004)
Waktu ni janji nak jumpa lepas memasing balik kerja. Pergi makan . Sembang macam biasa. Tetiba dalam kereta hubby macam cakap ayat nak couple. Aku bila dia tanya dedepan memang lain sikit ar rasa. By phone or sms tu cam rasa ok lagi. Sebab bukan depan mata. Aku cam tak ada ar cakap iye ke tidak. Tapi rasanya lepas date yang ni terus macam kitorang couple secara otomatik. Ekekekekekke

Inilah antara situasi macamana bermulanya couple antara aku dan hubby. Sekarang aku bukan sekadar sahabat dia malah teman, kekasih dan isteri yang sah. Kalau dah jodoh kan.Ya ALLAH kekalkanlah rumahtangga kami ke akhir hayat.

Salam

4 comments:

HadSha said...

yus... bestnye pengalaman cam nih... ye la kan dah jodoh... tak ke mane... hi hi.. :)

Linda said...

Yuhuuu....

Amboi baper thn korang amik masa nak bercouple hah? Kemain lg jual mahal. Hehehehe... Skrg dah selamat dah.. Tunggu baby kuar jer ni.. Ahakss... Take care, jgn notty2.. ;P

yusyanti said...

tu le pasal.....
nk kata jual mahal idak le rasanyer...
cume mmg dh jodoh tu lambt agaknyer
ekekekekkeekk

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

hadeh..bulan depan sy mau wat kronologi gaklah sempena enibeseri...ekeeke...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails