Iklan

Tuesday, October 20, 2009

Sesape Nak Terror Menjahit, Meh Sini Ada Petua....Baik Punya

Salam....

Hai kawan-kawan.
Apa khabar? (Lagak mcm kanak2 riang ria ribena).
Hihihihi....
Korang aku nak kongsi sikit.
Cerita zaman aku kekecik dulu.
Kenangan agak lawak + bengong sikit.
Huhuhuhuhu....

Ceritanya macam ni.
Adalah dedulu time aku sekolah rendah, dlm darjah 3 kot.
Kak yong ada cakap kat aku.
"Hang nak terror menjahit tak?"
"Kalau hang nak terror menjahit, jahit jari, memang boleh terror"
Time tu aku idak le nak percaya ke apa.
Dengar tak dengar je.
Acuh tak acuh gitu.

Cuma ada satu hari tu.
Balik sekolah.
Opah takde rumah....kerja kot.
Kak yong pun tak balik sekolah lagi.
Sekali tengok.
Mesin jahit...cantik je terpasang.
Apa lagi aku pun set up projek baik punya.
Misi kekonon nak jadi terror menjahit.
Ye aku nak jahit jari aku guna mesin jahit.
Hihihihihihihi....

Ok...memula tutup pintu tingkap semua....
Siap kunci....alah rumah kampung selak je.
Aku pun apa lagi.
Memula putar pelan2 roda mesin.
Turunkan jarum mesin.
Letak jari telunjuk ngam2 bawah jarum
1..2..3..
Jarum mesin menusuk kuku telunjuk.
Masuk ok cantik
Aku tak rasa sakit lagi.
Sekali time nak bwk kuar jarum.
UWAA.............
Sakit weih.
Takleh kuar jarum tu
Aku tarik seriau.
Dengan jari aku sama naik
Jarum takleh kuar lagi.

Aku dah panik.
Sakit ada.
Dah nak meraung2 dah menangis.
Siap angkat sebelah tangan berdoa.
MInta ALLAH cepat hantar penyelamat pada aku.

Ada dalam 20 minit aku keras je kat mesin jahit tu.
Sambil memikir untung nasib (ewah over lak)
Sekali aku dengar suara opah.
Apa lagi menjerit le aku nangis.
"Opah tolong................opah"
Opah "Hah kenapa lak kamu ni?"
Sambil ketuk2 pintu
Dah aku kunci pintu kan.
Opah suh buka pintu.
"Takleh bukak,tgn kt mesin jahit....uwaa...."
Opah "Yang gatal p kunci tu naper?"
Aku dah tak tahan ni.
Opah dok membebel dah.

Naseb baik opah kuat cam power rangers.
Ditolaknya pintu sampai terbukak selak kunci.
Sekali dia tgk aku menderita je kat mesin jahit.
Opah nak keluarkan jarum dari jari aku.
tapi aku ala2 gedik meronta sakit takut
Seriau beb sbb sakit.
Sekali opah tolak jari aku ke bawah
Fuh selamat bole kuar.
Darah takde tp cam ada le bekas jarum tu kan tercucuk.
Tapi aku tersedu2 gak le
Ye le time tu budak lagi kan.
Padahal sendiri yg cari pasal.

Hampeh ok.
Kesannya sampai sekarang memang aku tak terror menjahit.
Setakat ada le jahit butang secoet tu.
Pastu masa form 4 n form 5.
Subjek ERT jahit skirt & apron.
Nama jahit baju ke apa ke.
Usah le.

Bengong je rasa bila ingat.
Kakyong aku mmg tersenyum je le balik sekolah opah cerita kt dia.
Hampeh....

Lawak kan.

Hik....

Friday, October 16, 2009

Kelaku IR....

Salam....

Ir dh 8 bulan korang woi...
sekejap je rasa.
Pe'el dh macam kelaku dia tunjuk.
Udah pandai nak panjat sini sana.
Berdiri tak stabil lagi.
Tapi ada hati nak memanjat.
Sudahnye ada je terhantuk sini sana.
Baby boy....nakal le sikit....kot.
Risau kita dibuatnya.

Kot aku dah bersiap pakai tudung semua.
Mula le menjerit.
"Mmmmi...Mmmmi"
Takut kena tinggal kot.
Huhuhuhuhuhu....



Aku dah IR merenung di kejauhan.....hihihiihihihi....



Seronok le tu naik motor dengan ayahnye.

Lagi satu kan.
Ada hari tu.
Kebetulan je le gamaknye.
Aku suap dia kek coklat.
Sebelum ni IR macam tak suke bile bagi dia coklat.
Sambil aku suap tu.
Aku pun kata le kt en wolverine.
"IR tak suke coklat, dia tak berapa nak makan"
en wolverine tanya "ye ke?"
sekali kau keluar seketul ayat dari IR "Mmmm...SEDAP"
Terkujat aku laki bini.
Memang le seronok dengar dia cam cakap kn.
Tapi dlm masa sama aku rasa cam dikenakan anak sendiri lak.
Macam aku cakap dia tak suka coklat.
Tapi IR cam menafikan gitu...
SEDAP katanye coklat.
Hahahhaahhahaha....
Kebetulan je kot.
Terkeluar SEDAP tu dari mulut dia kan.

Hik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails