Iklan

Saturday, April 10, 2010

Peragut>>>>Kita Semua Harus Berwaspada....

Salam....

Yup, kita semua harus berwaspada.
Untuk semua dalam kehidupan seharian.
Tapi untuk entri ini.
Aku lebih tekankan pada kes ragut.

Sesiapa yang ada menonton Buletin Utama malam tadi.
Ada disiarkan CCTV 1 kes ragut.
Lokasi aku tak berapa ingat.
Tapi dari imbasan CCTV terbabit memaparkan.
Seorang auntie sedang berjogging di pagi hari
di kawasan taman perumahan.
Diekori 2 lelaki bermotosikal.
Setelah pasti keadaan mencurigakan.
Auntie tersebut memanjat pagar rumah jirannya.
Tetapi peragut yang sangat terdesak
turut sama memanjat pagar terbabit.
Weih gila scary je aku tengok.
Siap bawa parang tu sang peragut.
Isk ingatkan dah masuk kawasan rumah harusle selamatkan.
Rupanya tak gak.
Geram je tengok.
Rasa aku nak masuk je dalam TV tu tangkap peragut tu(ewah.....)
Syukurlah auntie tu tak diapa-apakan.
Tapi rasa geram & marah tetap ada le.

Tadi aku terlebih rajin
Gugel youtube pasal peragut.
Adalah jumpa beberapa video.
Huish macam-macam taktik peragut.
Ada 1 taktik tu peragut tunggu luar pagar rumah.
Dalam video tu tunjuk kelibat seorang lelaki mundar mandir depan rumah.
Setelah pasti mangsanya dah keluar dari rumah.
Sebab lampu rumah dah padam.
(Aku bajet ni waktu selepas subuh.)
(Dan mangsa mungkin seorang cikgu yang nak pergi sekolah)
Peragut menyorok tepi pagar.
Kemudian kelihatan alarm kereta berbunyi.
Pada waktu nilah peragut masuk ke dalam pagar rumah terbabit.
Tak lama kemudian lari keluar dengan cepat.
Huh aku yakin ni mesti dia dah dapat apa yang dihajat.
Isk takut je.

Memang kita kena sentiasa berhati-hatilah.
Jangan pakai perhiasan emas dengan terbuka.
Pegang beg tangan dengan selamat.
Jangan bawa barang berharga.
Jangan biar barang berharga dalam kereta.
Cepat-cepat lock kereta bila masuk kereta.
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
( aku ni kadang tak peka gak)huh....

Memang orang kata.
Benda nak jadi.
Jaga macamana pun jadi gak.
Tapi bagi aku sekurangnya kita ambil langkah pencegahan.
Mana tahu bole dihindarkan.

Usaha.
Doa.
Tawakal.

Hik....

2 comments:

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

tulah saya pikir 2,3 kali nak pakai handbag. sling bag rasa secure sket walaupun kadang tak selamat juga. hmm..bag dah lusuh dah ni..hmm..(tiba2 je)..keke..

yusyanti said...

oh...ini namanya safety sambil bergaya bag baru....sambil menyelam minum air....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails