Iklan

Saturday, June 21, 2008

.....SEPI....

Sepi

Bisikku pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku

Sepi memelukku,

Bulan jangan biar siang

Biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku


Bait-bait di atas bukan espresi diri. Yang pasti Yus tidak kesepian. Ia satu bait promosi dari filem SEPI.Beberapa minggu kebelakangan ini, promosi filem SEPI melalui media buat Yus teruja untuk menonton filem arahan Khabir Bhatia ini. Semalam berkesempatan menonton 'The Making of SEPI'. Baru saja melihat the making hati Yus sudah tersentuh(memang lah Yus ni sensitif). Siapa yang tak tersentuh dengan iringan muzik tema yang mengasyikkan, di tambah dengan visual 'maple leaf' yang berguguran. Ah teringat pula pada filem 'Mohabbatein'.

Melihat senarai para pelakonnya, Yus dapat rasakan ini satu nashkah hebat. Mari kita lihat para pelakon dan watak mereka di dalam SEPI :

Adam - Afdlin Shauki (Pasti tidak akan menghampakan sebagaimana lakonan selamba beliau sebelum ini)


Sufi - Tony Eusof (Selalu watak yang dipegang karektor lelaki urban, hmm harap lakonannya superb)


Ilyana - Vanidah Imran (Yus antara peminat Vanidah, antara pelakon terbaik di Malaysia)


Suzie - Nasha Aziz (Walaupun adakala Yus kurang senang dengan lakonan Nasha, tapi tak dinafikan Nasha antara pelakon yang baik.


Imaan - Baizura Kahar (Suka lakonan Baizura dalam Dunia Baru dan Cinta)


Ean - Syed Hussain (Tak pernah lihat lakonan Hussain, tak sangka lepas berkahwin Hussain masih aktif dunia seni)


Khalif- Piere Andre (Walaupun lakonannya bagus. Tapi selalunya gaya yang sama, harap SEPI ada pembaharuan)


Marya - Eja (Hmm apa lagi nak dikatakan,memang sentiasa tidak menghampakan)


Tak sabar nak menanti tayangan SEPI pada 26 Jun ini. Sudah ingatkan hubby untuk sama sama menonton nanti. Selepas menonton filem santai HULK dan KUNG FU PANDA(ah si PO yang comel) masanya pula untuk melayan perasaan untuk filem romantis. Nantikan reviu SEPI dari Yus.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails