Iklan

Thursday, November 5, 2009

LAYANAN TAK BEST OLEH PETUGAS HOSPITAL ANGKATAN TENTERA......

Salam....

2 minggu lepas.
IR demam.
Suhu tinggi juga 39'c.
Memula kitorang bawak ke klinik swasta.
2 hari still tak baik demamnya.
Jadi hari ahad paksu ajak bawak ke HOSPITAL ANGKATAN TENTERA (HAT)
di pangkalan TLDM.
Aku pun ok je lah kan.
Pergilah hospital kerajaan terus....senang.

Kitorang terus mendaftar di bahagian wad kecemasan.
Orang memang tak ramai.
Sekejap je dah giliran IR.
Kami dilayan MA SARJAN EN ZAHARI.
Consultation semua ok.
Untuk kepastian sarjan tu suruh darah IR diambil.
Yelah sekarang kn musim denggilah.....itulah....inilah.
Ambil darah di bahagian wad bersalin.
OK...pergi jelah kan.
Ambil darah je makan masa dekat 30minit.
Terjerit2 aku dengar IR menangis.
Tau sangat le tu mengelejat tak ingat kot.
Kesian huhuhuhuhuuhu.....

Selesai darah diambil....
Tersedu2 IR....kesian ko nak.
Sampel darah diletak di kaunter makmal.
Kitorang disuruh tunggu di bahagian kecemasan semula.
Selang 10 minit, Paksu tergerak hati nak meronda kat kaunter makmal tadi.
Sampel darah IR tak terusik pun.
Paksu ketuk cermin kaunter.
Barulah petugas tu "Ar..ye..ye"
Paksu nampak dia main game kt komputer.

Tak lama lepas tu kaunter bahagian kecemasan terima call.
Darah IR tadi dh beku.
Kena ambil darah lain.
Ya ALLAH serius geram je aku.
Seb baik emosi aku bole kawal lagi.
Nak tak nak terpaksa le gak kan
Ikut rasa nak balik je.
Mana tak beku kan...dah lama terbiar.
GERAM....

Sampai wad bersalin.
Geram bertambah.
Sebab petugas tu lak.
Name tag ASHIMAH.
Suruh tunggu dulu dia nak settlekan kerja dia di komputer.
"Tunggu luar dulu nye,sy nak settlekan kerja saya dulu"
Sambil menaip2 di komputer.
OK...fine kitorang tunggu.
Ir dh meragam nak tido.
Dalam 10 minit tunggu.
Aku tanya
"Lambat lagi ke, anak sy dah nak tido ni...meragam dah"
ASHIMAH tu jawab "Arr,saya nak siapkan kerja sy dulu. nak tunggu doktor habis melawat lagi"
EEEE rasa nak mencarut je tau.
"Takpe budak biasalah,duduk dulu tidokan dia dulu takpe"
Eeee...memang tahap nak mencarut je rasa.

Paksu naik.....lama dah tunggu dengan IR meragam.
KItoragn igt nak batalkan je ambil darah kali kedua.
si ASHIMAH ni suruh kalau nk batalkan kena jumpe MA tadi.
Then isi form & cakap parent yg refuse nak teruskan.
Takutle kan...kang tak pepasal kena menjawab dgn superior.
Kitorang pun nak refuse bukan le tak nak buat cek sampel darah tu.
Ingat nak ke HOSPITAL MANJUNG pula.

Sampai bawah jumpa MA SARJAN EN ZAHARI tadi.
Dia pun terkejut kenapa kitorang nak refuse.
Aku pun cakaple.
Dah si ASHIMAH tadi nak settlekan kerja dia lah.
Nak tunggu doktor abis melawatle.
Takkan kitorang nk tunggu berejamkan.
Sebab ketara orang memang tak de .
Seb baik si MA ni lembut gak orangnya.
So dia suggest....biar dia yg amekkan darah IR.
Bole lak amek kt bawah terus.
Oklah amek le....

Dan keputusan darah syukur.
Tak ada apa2 masalah.

Apa yg aku fikirkan.

APAKAH KERANA HARI TU HARI AHAD.
MAKA PETUGAS2 KERJA SAMBIL LEWA.
LAYAN PATIENT MACAM NAK TAK NAK????

ATAU KAMI ORANG AWAM.
BUKAN KAKITANGAN TENTERA.
MAKA LAYANAN ENDAH TAK ENDAH???

ATAU JUGA TIADA OFFICER YG PANTAU KERJA MEREKA.
JADI KERJA SAMBIL LEWA???

Bila ingat memang hati rasa geram.
Kenapa le paksu tak amek gambar petugas yg main game kt kaunter makmal tu.
Kalau dapat gambar.
Hah bukti bergambar lagi.
Patut lah ramai yang tak nak bersalin kt HAT.
Rupanya layanan tak bagus kot.
Huh.....

Apapun, aku bersyukur IR tak de kena tahan wad ke apa ke.
IR pun dh sembuh sekarang.

Patut petugas di HAT lagi le berdisiplin dan layanan lagi bagus kan.
Sebab mereka tentera.
Sahih dilatih displin lagi kuat.

Hmmm......

Hik....

7 comments:

ziela said...

hospital gomen ni mmg cm tu..aku pun penah kene dulu time nk bersalin..hospital slim river..cm hampas!!!

yusyanti said...

tu la zila....
tapi spital manjung time yus beranak...
seb baik dpt yg ok...
tp HAT ni mmg byk komplen
even navy sendiri takmo beranak kat HAT....
huh

salsabeelasofiyyahsakeenah said...

lor ye ke yus? teruknyer..

zila, tak semua hosp. gomen hampas, pinku so far experience di hkl memang best je..nurse semua baik2 dan pantas je wat keja..nak tunggu giliran tu adatlah..kalau ada apa2 nak follow up derang akan call kita..hr tu masuk wad pon ok..lembut je..

teruklah hospital tentera nie..mintak2 depa baca...choi!!

HadSha said...

kesiannye kat IR... sabar ye yus.. nape ko tak sergah je dema hari tu... geram lak vim bace..

ye la pink, sepital GH elok dah sekarang nih...

nieda said...

uihs teruknyer..kesian IR kena ambil sampai dua kali..
kalau husband nieda dia ni baran sikit bab2 cam tu, mau dia tulis surat aduan biar padan muka...

ubatkuat said...

saya prihatin dengan nasib yg diterima oleh keluarga anda..sejujurnya saya adalah seorang medical tentera yang masih dalam perkhidmatan dan dah masak dengan karenah di HAT LUMUT,,saya bagi pihak medical tentera bersimpati dgn cerita anda..tapi percayalah yg tak semua medical tentera SETERUK staff di HAT yg anda sebutkan itu,,apepun kerana nila setitik rosak susu sebelanga,,kalau sudi berikan butir butir lanjut kes anda ke email saya sarimanhjsaaidin@ymail.com..saya akan panjangkan ke pengetahuan pihak tertinggi medical tentera,,INSYAALAH..JANGAN SERIK UTK DATANG DAN MENERIMA PERKHIDMATAN DI HOSPITAL TENTERA YG LAIN..IKHLAS DARI SAYA DAN TIADA APE2 AGENDA TERTENTU YG TIMBUL DARI DIRI SAYA

Y@NtI @lL b0Ut m3 said...

clinic ortopedic hkl pn sma aje...nurse mrka y lbh sudu dr kuah..pk ttg mata y ngantok la ape la...if mls nk wt keje n nk tdo bek bhenti je..doc smau bek2 belaka..bosan ngan prangai org bwh y mcm2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails