Iklan

Saturday, July 31, 2010

Kemuncak Imam Muda....

Salam....

Malam tadi berlangsungnya Kemuncak Imam Muda(IM).
Secara peribadi aku rasa IM ini program yang bagus.
dan kemuncaknya semalam membuktikan IM telah berjaya.
Tugasan yang menarik.
Tiada persembahan meleret.
Pengacara yang tegas dalam bersahaja.
Mudir yang pandai berjenaka.
Dan pengakhiran yang cukup baik.

Tahniah kepada Asraf yang dinobatkan sebagai juara sulung.
Kalau siapa perasan twitter aku.
Asyraf memang dalam antara 3 IM pilihan aku.

Kalau dilihat dari tugasan yang diberi.
Tugasan di kampung,nampak Hizbur menyerlah.
Oh isteri Hizbur sangat cantik.
Bukan saja cantik kerana parasnya.
Tapi bertambah cantik kerana pemakaiannya.
Tudung seperti yang disyariatkan.
Huhuhuhuhu.....(malu aku)

Bagi tugasan tazkirah pula.
Asyraf jelas menonjol.
Isi jelas dan padat.
Hizbur lak bagi aku.
Isi tu ada tapi lebih kepada penceritaan semata.

tazkirah oleh Asyraf.

Bahagian menjawab soalan Mudir.
Asyraf juga lagi menonjol.
Nampak Asyraf yakin dan petah.

Akhir segmen pembacaan Al Quran.
Hizbur suaranya lagi mendayu dan merdu dari Asyraf.

Kesemua IM ada kelebihan masing-masing.
Mereka muda.
Harap mereka dapat menjadi ikutan.
Bravo pada semua pihak yang terlibat menjayakan IM ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails