Iklan

Friday, August 6, 2010

Youtube Pelajar Tumbuk Guru....-(pendapat peribadi aku)

Salam....

Aku yakin ramai dah tonton video ni.
Rakaman seorang pelajar yang berlawan mulut dengan seorang guru.
dan berakhir dengan pelajar terbabit menumbuk guru terbabit.
Dari pertuturan pelajar.
Jelas seperti bukan orang semenanjung.
Pelajar jelas sangat emosi dan marah.

Aku tidak menyokong perlakuan pelajar tersebut.
Malah sebagai seorang pelajar.
Kelakuan itu memang tak patut.
Biarpun secara naturalnya emosi remaja memang mudah marah.

Dalam aku perhati video tu.
Ada benda yang memusykilkan aku.
Aku perasan seperti tidak adil di situ.

Pertama
Aku yakin guru yang terlibat sudah tahu rakaman dibuat.
Berbanding pelajar yang sedang marah.
Sebagai individu yang sudah tahu rakaman dibuat.
Guru terbabit boleh menjaga kelaku dia.
Dia boleh mengawal emosi dari naik angin.
Dari gerak tubuh guru terbabit pun.
Memang jelas dia tahu rakaman dibuat.
Buktinya dia statik saja.
Tidak bergerak ke mana-mana.
Ya lah kalau bergerak kang kamera tak dapat fokus.

Kedua
Kalau kita perasan ada seorang wanita duduk di atas sofa.
Ya ALLAH geram je aku tengok.
Bagaimana dia boleh selamba duduk di situ.
Sambil mengurut2 rambut.
Agaknya tengah layan TV ke apa?
Dan aku juga yakin individu yang merakam juga seorang guru.

Ketiga
Walaupun perbualan guru dan pelajar terbabit tak jelas.
Kalau dengar betul2.
Guru terbabit memang asyik provok pelajar terbabit.
Mungkin guru terbabit dah tak tahan dengan kelaku pelajar.
Tapi dari perbualan guru tersebut katanya dia tak kisah orang benci dia.
Dari laporan berita pun katanya pelajar tumbuk guru.
Selepas dicabar guru tu sendiri.
Huhuhuhuhuhuhu.....

Ini hanya sedikit analisis aku(wah analisis gitu)
Dari paparan video.
Punca pelajar tersebut marah.
Bagaimana bermulanya kejadian.
Hanya mereka yang terlibat saja yang tahu.

Secara peribadi.
Antara guru dan pelajar yang terbabit.
Kedua-duanya bersalah.
Tetapi guru terbabit lebih nampak salahnya
dari gaya dia handle situasi.
Kepada guru yang terlibat>>>guru yang berlawan mulut,
guru wanita yang duduk di sofa, guru yang merakam.
Jika anda ingat dengan menyebarkan video ni di youtube.
Dapat menunjukkan keburukan pelajar kalian.
Bagi aku kalian silap.
Dari penglihatan aku ia hanya menjatuhkan kredibiliti kalian
Sebagai pendidik.

Ok. Ok.
Kepada guru-guru lain kalau terbaca analisis aku ni(cewah macamle ada)
Ini hanya pendapat aku dari video terbabit sahaja.
Tidak bermaksud untuk semua guru.
AKu yakin masih ramai guru di luar sana.
Yang berdedikasi, ikhlas, amanah.
Dengan tanggungjawab mereka sebagai pendidik.
Teruskan usaha anda.

Hik....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails