Iklan

Tuesday, June 28, 2011

Seruan Azan di Astro Oasis.

Salam....

Aku suka layan azan di Astro Oasis.
Dulu siaran azan dia
Gambarkan kehidupan insan.
Dari dilahirkan disambut dengan azan/iqamat.
Zaman kanak-kanak.
Remaja, sehingga dewasa dan berkeluarga.
Punya anak sendiri.
Sampailah ke akhir usia.
Disolatkan pula.
Kira kalau tengok siaran azan ni.
InsyaALLAH boleh buat kita sedarlah.
Walau cuma seketika.
Yang bagusnya berterusanlah.

Terkini siaran azan di Astro Oasis.
Setakat ni yang aku pernah tengok 2 orang artis.
Mawi dan Amy Search.
Tapi yang menarik bagi aku.
Ialah cerita latar azan tu.
Suasana digambarkan waktu maghrib
(waktu ni je le aku berkesempatan tengok)
Ada yang menungu bas di bus stop.
Remaja sedang bermain bola.
Kanak-kanak di taman permainan.
Bagusnya bila waktu solat tiba.
Depa semua berhenti.
Indahnya kalau kita semua umat Islam macam tu.
Bersegera menunaikan solat.
Hormat seruan azan.
Indahnya....
Dan kalau kita sendiri hormat pada seruan azan.
Pasti umat lain pun akan hormat.


*** Pesanan untuk diri sendiri juga ***

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails