Iklan

Monday, February 10, 2014

Rasa Hati Seorang Ibu

Salam..... Lama benar tak menulis blog. Hari ini entah apa mood. Rasa nak mencoret sedikit. Sedikit rasa seorang ibu. Sejak dah bergelar ibu. Tambah-tambah dah punyai tiga orang cahaya mata. Dua lelaki seorang perempuan. Memang rasa syukur sangat. Alhamdulillah atas segala nikmat kan. Semua ibu sayang dan kasih anak mereka kan. Aku pun tak terkecuali. Tapi dalam pada sayang dan kasih pada mereka. Aku ni kadang tak dapat elak daripada rasa marah pada anak. Marah-marah mak. Marah yang bila anak tak dengar kata. Yang bila anak kadang buat perangai di kala kita keletihan. Yang bila kita tak larat melayan kerenah depa. Huh. Kalian ada tak? Aku sebenarnya bukanlah suka marah anak. Cuma ada masa Ya Allah...terlalai, terleka terlepas. Marah juga kadang terlepas juga tangan. Huhuuhuhuhu.... Dah marah, nanti anak merajuk baru datang insaf, menyesal. Tambah bila tengok depa tidur. Alahai sayu hati. Mulalah tiba-tiba jadi hati seperti tisu. Air mata boleh menitik. Hmmm blues pula kan. Ya Allah berilah aku kesabaran dalam mendidik dan mengasuh anak-anak. Moga depa juga nanti punyai kesabaran dalam menjagaku di masa depan. InsyaAllah jika dipanjangkan usia. Aaminn.....



Aku dan Si bongsu, Sofia.
Layan Sofia tak banyak
ragamnya. Ialah baya macam ni setakat layan nak bf je lah.




Si Abang Ngah. Huhuhu sejak genap tiga tahun 2hb Feb lepas, meragamnya makin menjadi2. Huhuhu bila merajuk membawa diri ke satu penjuru Kat rumah. Port merajuk namanya. Melayan hati yg Lara macamkan sedih yg amat. Alahai.




Abang long. Sejak sekolah ni dah faham banyak. Bolehlah diharap. Cuma bilakala bergaduh dengan adik Ngah. Aduh pukulnya beria. Kalau tumbuknya tak reti slow. Huhuhu.

Sekian.
Blues Seorang ibu.

Hiks

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails