Iklan

Thursday, March 11, 2010

Mari Menurunkan Berat Badan Di Samping Mengamalkan Gaya Hidup Yang Sihat....Entri Bersempena THE BIGGEST LOSER ASIA....ewah ewah

Salam....

Wahwah.... tajuk kemain aku ni.
Lagak macam pakar pemakanan dan instructor gym je.
Hihihihihi....

The Biggest Loser Asia (TBLA) baru je habis.
Sejujurnya aku bukanlah fanatik setia program ni.
Tapi memang rasa kagumlah tengok derang dapat turun berat badan.
Secara sihat pula tu.
Tanpa ubatan terlarang.
Cuma senaman yang konsisten dan diet yang seimbang & sihat.
Memang bole motivate kitalah.
Bagus program ni.
Dah lah tak ada sistem undian melalui sms.
Kira memang only the biggest loser yang akan staylah.
Bab penyingkiran mingguan.
Peserta sendiri yang undi.
Huh....
Mencabar emosi strategi dan pilihan.


Tapi serius si David ni.
Kurus gila weih.
Berbeza terus muka.
Takpelah.
Lepas dah menang ni.
Bolehlah dia workout balik.
Pergi gym nye King David.
Bagi fit sikit.
Ada muscle sikit barulah macho.
Ewah....

Ok.
Bila tengok program ni.
Aku bersyukur.
Sebab aku ni kategori tak ada masalah berat badan.
Berat aku dari zaman anak dara sampai dah beranak sorang ni.
Setakat ni.
Maintain gitu je.
Cuma aku harap nak gain 2 - 4 kilo je.
Bagi fit gitu.
Memintak tercapailah dan dikekalkan.
Amin....
Masa bebaru kahwin.
Memang aku dah capai berat ni.
Tapi kembali turun bila alahan mengandungkan Ir.
Dah 5 bulan mengandung baru naik berat.
Berat naik waktu mengandung tu biasalah kan.
Tapi yelah.
Normal problem perempuan lepas bersalin.
Kebuncitan perut melanda.
(walhal memang sebelum beranak pun perut dah buncit)
Berat kekal, perut still buncit. Huh...
Hahahahahaha....

Selain mungkin faktor hormon.
Aku rasa corak diet aku seharian.
Menyumbang gak ke arah maintannya berat aku.
Ewah.....
Bukan nak berlagak ke apa.
Tapi rasanya benda baik & manfaat.
Meh le kita kongsi bersama.
Hehehehehehe....

Aku ni jenis memang makan ikut schedule.
Kudapan antara waktu makan utama memang sangat2 jarang.
Boleh kata aku makan hanya pada 3 waktu makan yang utama.
Sarapan, Lunch, Dinner (Sejak ada anak ni selalu terskip dinner)
Banyak aku baca artikel kata.
Bila kita displinkan waktu makan.
Itu boleh maintainkan berat kita.
Kalau nak skip pun.
Makan malam je.
Yang lain a must gitu untuk aku.
Dan aku juga makan dalam portion yang kecil.
Agak perut aku memang kantung kecik kot.
Sekali lagi syukur....

Faktor lain.
Kelasakan Ir memang menyumbang juganye.
Dok terkejar dia ke sana ke sinun.
Takpe le, pengorbanan ibu kan.
Boleh kira senaman gitu.

Cuma yang aku tak buat.
Senaman yang konsisten.
Tu je lah aku rasa kurang.
Setakat jalan, naik turun tangga.
Kejar2 Ir.
Itu senaman sampingan secara tak langsung je kan.
Kalau aku rajin buat sit up tiap hari.
Mungkin body aku lagi fit kan.
Bolehlah hilang buncit perutku.
Hihihihihi....
Nak berazam le sit up setiap hari.
Mau perut flat wooo....


Aku yang kurus (Memang diakui ramai)

Hik....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails