Iklan

Thursday, March 4, 2010

RAJA LAWAK 4....Kelakar Tak Ingat....

Salam....

Aku memang layan Raja Lawak.
Musim pertama aku cuma layan sikit2 saja.
Musim Kedua & Ketiga memang terus layan.
Tengok untuk berhibur dan suka-suka.
Bagi aku bintang kelahiran Raja Lawak.
Tetap ada kualiti tersendiri.
Lihat saja Zizan, Johan, Angah, Tauke, Nabil, Along, Cham, Jihan
(Sekadar memberi beberapa nama)
Mereka boleh dikatakan pelapis pelawak yang berbakat.

Masuk musim ke empat ni.
Lihat pada promo memang menarik saja.
tagline 'KELAKAR TAK INGAT' katanya.
Dari tenaga pengajar hingga ke peserta.
Pengacara jangan katalah.
Zizan dan Johan memang dah serasi bersama.
Tenaga pengajar merangkap juri.
Memang nama besar & ada kelas tersendiri dalam dunia hiburan.
AFDLIN SHAUKI, DIN BERAMBOI, BOB LOKMAN.

Tapi Raja Lawak 4 ni semacam kurang.
Kadang aku rasa juri bagi komen lebih kepada syok sendiri.
Juri seperti nak promote memasing.
Entahlah pendapat aku je.

Bagi aku.
Memang ada peserta yang tahap hampas je.
Tapi tetap ada gak peserta yang punya kualiti.
MAMU(sudah tersingkir), KECIK, ALEX
Aku rasa ada potensi(wah lagak macam pro gitu aku ni)
Mereka ada idea.
Tapi macam tak terluah atau sentuhan lawak perlu dipolish lagi.
Wah gitu....
Hihihihihihi.....

Mungkin perlu dikekalkan juri jemputan.
Yang mana juri jemputan yang memberi tugasan.
Seperti Raja Lawak yang lepas.

Raja LAwak 4 ni pun dah nak masuk minggu akhir.
Harap di final nanti
Sesiapa peserta yang tinggal.
Dapat perform best punya.
Zizan & Johan juga yang best + lawak.

Hik....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails