Iklan

Tuesday, August 2, 2011

6 Bulan Berjaya Eklusif Menyusukan Zikri.....

Salam....

Hari ni genap Irfan Zikri 6 bulan.
Syukur.
Kali ni aku diberi rezeki lengkap menyusukan Zikri.
Sepenuhnya dengan susu badanku.
Sepenuhnya selama 6 bulan.
Sebagai ibu yang tidak menyusukan sepenuhnya anak pada kali pertama.
Sebagai ibu yang berkerjaya.
Aku akui betapa rasa sangat gembira.
Sedikit bangga.
Terima kasih Ya ALLAH.
Sesungguhnya KAUlah yang memberi rezeki dan peluang ni.

Sepanjang tempoh ni.
Cabaran tu memang ada.
Hari kedua selepas melahirkan Zikri.
Keluar je hospital.
Cabaran dah datang.
Yang mana aku sendiri tak pandai skill bf.
Tak reti aku nak pangku Zikri.
Di samping susu yang memang belum ada lagi.
Nasib baik aku dah ambil no telefon ahli sokongan susu ibu Hospital Manjung.
Dan kebetulan memang ada sorang tinggal berhampiran area rumah.
Ingat lagi waktu tu malam CNY.
Pukul 10 malam sanggup dia datang ke rumah.
Ajar macamana nak bfkan baby.
Terima kasih Kak Razita.
Sampai nak pukul 12 malam jugaklah dia mengajar dan beri penerangan.

Maka, dapatlah aku nikmat menyusukan anak.
Sehingga sampai waktu masuk kerja semula.
Dapatlah aku buat stok dalam 40 bekas susu.
Bermulalah rutin mengepam susu di tempat kerja.
1 pengalaman baru bagi aku.
Cuma aku ni kategori memang tak meriah susunya.
Sekali pam paling banyak boleh dapat adalah 6-7 Oz.
Tu pun sekali je lah waktu pagi.
Seterusnya memang dapat cukup untuk sekali minum Zikri je.
Tapi tak apa susu masih mencukupi.
Betullah kan Suppy vz Demand.

Cabaran sekali lagi datang bila peti ais tetiba buat hal.
Tiba-tiba bahagian frozen tak mau membeku.
Dalam 6 bekas susu mencair.
Risau. panik
Tapi nasib baiklah dapat diatasi.
Caranya ialah belilah peti ais baru.
Lagipun benda memang nak guna pun kan.
Heheheheheh....

Dalam umur Zikri 3 bulan.
Sekali lagi cabaran mendatang.
Pam spectraku buat hal.
Tetiba pam tak mau keluar susunya.
yang ni pun ku panik.
Nak tak nak pam dihantar servis.
Dan aku tak ada backup pam.
Memang panik.
Perah guna tangan memang tak reti.
Maka gunalah stok susu yang ada.
Bersusutlah stok selama beberapa hari.
Tapi kawan, gunit Pink sudi pinjamkan Pam Avent manualnya.
Sanggup kurier lagi tu.
Sementara tunggu Spectra siap.
dapatlah aku guna Avent manual ni.
Seminggu jugalah proses Spectra siap campur urusan kurier.

Bila pam dah siap.
Lega rasanya hati.
Nak top up balik stok yang dah bersusut tu.
Tapi malang sekali lagi.
Baru seminggu guna
Entah mana silapnya.
Entah mana cuainya aku.
Pagi pam sekali susu termasuk dalam tiub terus ke mesin pam.
Apa orang panggil 'backflow'
Ya ALLAH memang bebetul paniklah aku.
Mana taknya baru seminggu guna.
Dengan stok susu yang ciput.
Dengan tak ada backup pam.
Nak pinjam Avent pinku, dah malu.
Pam memang kenalah kurier semula untuk diservis kan.
Dah nyaris-nyaris aku nak putus asa.
Dah berkira-kira nak beli FM ke Zikri.
Untuk topup supply yang kurang.
Tapi cuba bertahan.
Apa yang aku buat ialah mahirkan diri dengan marmet teknik.
ALhamdulillah dapat aku.
Jadi sepanjang tempoh seminggu menunggu pam selesai siap.
Berteknik marmertlah aku.
Dan aku rasa teknik marmet ni skill yang ibu-ibu bf ni patut tahu.
Emergency boleh praktik tu.
Hehehehehe....

Hmm apa lagi eh cabaran.
Cabaran dari luar.
Macam pandangan orang yang tak yakin ku mampu bf.
Yang tak yakin susu tu akan cukup.
Itu biasalah.
Mujur kali ni berjaya mengeringkan hati.

Setelah berjaya untuk tempoh crucial 6 bulan ni.
Aku harap masih diberi peluang untuk meneruskan.
Selagi yang terdaya.

Amin.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails