Iklan

Wednesday, August 17, 2011

Janganlah Terlalu Yakin Menyuarakan Sesuatu Yang Tak Pasti....


Salam....

Keyakinan tu memang perlu.
Malah sifat positif.
Yakin Boleh gitu.
Tapi ada masanya.
Janganlah konpiden beria.
Ni aku merujuk pada situasi yang kita tak pasti kebenarannya.
Misalannya kita dengar cakap-cakap orang.
Atau yang kita baca di laman blog.
Laman gosip.
Tak semestinya yang tertulis tu sahih.

Aku beri 1 contoh.
Kita menerima 1 artikel melalui emel.
Menyatakan :
Minuman X tak boleh diminum.
Kerana terkandung cacing.
Lalu kita atas dasar konon nak cepat menyampaikan info.
Terus bikin status di fb
" Hei, jenama X tak boleh diminum, ada cacing di dalamnya"

Aduh, nampak gelojoh kan.
Sepatutnya kalau nak selamat tulislah.
" Hei, jenama X tak boleh diminum, ada cacing?"

Hah nampak kan ada tanda soal gitu.
So nampaklah kita bertanya.
Sebab mende tu tak terbukti lagi.
Jatuh fitnah kang.
Tak pepasal kita kena saman pulak.
Sekarang dahlah zaman saman menyaman.

Gosip-gosip pun gitu.
Janganlah kita konpiden 100 peratus semua gosip yang kita baca.
Mungkin ada gosip yang betul.
Tapi janganlah sekali baca kita dah jatuh hukum betul.
Nama pun gosip.
Media sekarangpun.
Bukan boleh percaya sangat.
Berita utama pun sama.
Manipulasi je lebih.
Kadang meluat aku tengok.

Bagi aku.
Tahap penerimaan kita pada sesuatu khabar.
Berita.
Tu pun melambangkan tahap kecerdikan kita.
Takkanlah kita nak melulu percaya kan.

Aku tulis ni ingatan untuk aku juga.
Maknanya bila menerima apa-apa perkhabaran.
Konpomkan dulu kesahihannya.
Kalau yang buruk.
Minta kita dijauhkan.
Kalau yang baik, baik- baik saja mintanya.

OK.

Hik....



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails