Iklan

Saturday, December 20, 2008

Gosip....gosip....gosip

Salam....

Entry kali ni saja aku nak berkongsi rasa aku mengenai gosip dunia seni kita.
Malam tadi aku layan GALAKSI TV9.
Aku suka tgk GALAKSI sebab format dia lebih baik dari MELODI


Semalam ada cerita pasal Mawi & Ekin.
Aku kira sekarang mereka dah selamat pun diijabkabul dengan sah
(psst....sekali lafaz je ei...cayalah Mawi)
Eleh hubby aku pun dulu sekali lafaz gak (OMG..esok 1st enibeseri kitorang ar)
Hihihihiihihihi........

Baru malam tadi aku perasan, ye ar memang nampak Ekin tua dari Mawi
Hello mmg sohih dia tua 2 tahun maa....Apa nak heran.Hik....
Dalam rancangan tu Mawi cakap dia kenal Ekin, biar apa orang lain cakap mengenai Ekin
Ekin pengikis? Mawi cakap "mana ada....dia tak pernah minta duit saya"
Masa ni aku dengar Ekin nyampuk "Sampai botak Mawi saya kikis"
Hmmmm... Apa2 lah kan.
Selamat Pengantin Baru & Semoga kekal ke akhir usia.

Lagi satu cerita, pasal Norman Hakim (NH) dan Abby yg sah bercerai.
Kiranya 2 talak la kan sudah???
Agaknya ini jalan terbaik untuk mereka berdua.
NH kekonon sebak. Erk NH bole bukak spek itam ko tu tak?
Aku nak tgk keikhlasan dari mata ko..Hihihihiiiiihi.
Tapi bak kata NH hanya orang yg melalui proses cerai ni je tau perasaan memasing.
Habis tu yg ko abaikan Abby dari masa dia peknen.APA KES?
Teman baru si Abby yg lelaki tu pun ada di mahkamah.
Hmm aku kira mungkin ini peluang utk naikkan nama dia sekelip mata
Kalau betul dia & Abby ada hubungan.
Rasanya terlalu awal dan seperti tak sesuai.
Atau barangkali Abby nak tunjuk pd NH dia pun boleh dapat yg muda
NH jgn abaikan nafkah anak ko yg 3 org tu!!!
Apa2lah....

Aku suka style Sharifah Shahira handle GALAKSI
Kelly Cantik....Hihihihihiihi
Bila masuk part cerita NH & Abby dia control & malu2
Cakap tak terlepas. Maklumlah dia pun dulu ada kes khalwat dan bercerai.
Berbeza dgn Ifa Raziah dlm WHI masa interviu Abby
Ifa asyik provok Abby mcm lah Ifa tak ada suami....
Hmmm.....

Ok stop setakat ni.....
Aku nak komen byk aku pun baru setahun kahwin
Tapi ini cuma rasa aku mengenai kisah 3 artis ni(Ekin tak termasuk dalam list artis)
1 baru nak bina masjid....1 lagi dah roboh masjid
Yg pasti dalam realiti ramai lagi org biasa yg alami lagi teruk dari mereka
Biasalah harga publisiti untuk artis la kan
Semoga apa yg berlaku ada hikmahnya....

p/s : esok 1st enibeseri aku & hubby weih......21/12/2008

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails